Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Tuesday, July 31, 2012

meski ku rapuh dalam langkah

Assalamualaikum..

aku berpegang kepada kata2 bahawa setiap manusia itu tiada yang sempurna. ada kala langkahnya pasti akan rapuh, pasti akan tersilap, pasti akan mengundang duka. namun jika timbul penyesalan, dia pasti akan cuba membetulkan langkahnya kembali. kita tak boleh menghukum seseorang atas kesilapan masa lalunya. itu antara dia dengan Allah, antara dia dengan orang yg telah dianiaya, atau menganiaya. kita ni hanya pemerhati, bukan penghukum. 

kalau kita selalu rasa resah, rasa hidup macam tak tenang, rasa tak tenteram, ada yang tidak kena dengan hati kita. hati ni, kita yang kawal. Allah milikinya, tp kita yang mencorakkannya, hitam ke, putih ke, tu semua kita yang tentukan. kalau hati tu masih lagi ada keinginan nak berubah, masih lagi ada keinginan utk membetulkan apa yang salah, masih ada rasa insaf, Insyaallah, hati kita tu belum terlalu hitam. belum terlalu dicemari. kita masih punya waktu untuk berubah. 

tapi macam mana kalau hati tu dah hitam? dah takda langusng rasa insaf, takda langsung rasa bersalah? ingatlah, ubat hati itu ada lima perkara. 

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

Ya Allah, aku sangat memohon agar Kau kuatkan imanku, bersihkan hatiku, agar aku tidak lagi tersesat dalam kehidupan ini. Ramadhan tahun ini, aku ingin sekali berhijrah menuju ke jalanMu, tp aku sangat takut andai aku tersesat lagi, terpaling lagi dalam dunia yang sangat mencabar ini. Aku benar2 takut andai aku tidak mampu menjadi hamba yang baik buatMu. dan rasa bersalah, rasa keinsafan itu seringkali menusuk2 kalbu, bagai ada yang tidak kena dalam diri ini. Maka aku bersujud padaMu Ya Allah, semoga apa yang aku lakukan ini diberkati dan dirahmati. aku ingin sekali tergolong dalam para bidadariMu kelak. 

aku sedar, diri ini masih terlalu jauh dengan syurga Allah, masih terlalu jauh untuk mencapai redhaMu, namun aku tetap akan berusaha agar diri ini tidak lagi terlalu lemah menangkis dugaan, tidak lagi terlalu lemah untuk melawan nafsu, melawan anasir2 jahat yang datang untuk menggoyahkan imanku. tidaklah aku ingin menjadi seperti gadis2 di luar sana, yang membuka auratnya tanpa segan silu, yang terlalu murah maruahnya, yang terlalu lantang bicaranya, yang terlalu berlebihan manjanya, yang terlalu leka dan lalai di luar sana, Nauzubillah, Kau jauhkan aku dari semua itu Ya Allah. aku tidak mahu membebankan ibu bapaku dengan dosa2 kerana tidak mampu mendidik anak sendiri menjadi insan yang soleh serta solehah. 

meski langkahku terkadang rapuh, meski tuturku terkadang berlebihan, meski sikapku terkadang menyakitkan, namun percayalah, aku ingin sekali menghapuskan Nurul yang dahulu, dan ingin sekali menjadi Nurul yg baru. tp semua itu bukan mudah, dan memerlukan masa. semoga Allah meredhai nawaituku untuk berubah dan menjadi yang lebih baik. aku kini sedar, tiada guna hidup sekadar untuk bergembira di dunia, dan menderita di akhirat kelak. 

segagah manapun diri, bukanlah pahlawan jika nafsu tidak dapat dilawan
setinggi manapun darjat, bukanlah mulia jika tiada iman di dada
walau setinggi langit pun ilmu, bukanlah bijaksana jika tidak diamal dan diguna
dan sealim mana pun akhlak, bukanlah ulama jika takbur dan riak. 

Salam Ramadhan dari saya. :)

pembunuhan paling kejam dalam sejarah Malaysia,kes Mona Fendi

dari tgh hari sampai petang aku habiskan masa baca pasal perbicaraan kes Mona Fendi ni. mula2 aku cuma tahu yang kes ni pasal mayat dikerat 18. setelah aku baca perbicaraan kes ni, keterangan saksi, keterangan ketiga2 tertuduh, mmg ngeri bak ang!! so aku nak simplifykan kat sini pasal kes yang aku baca ni. aku baca benda ni dari laman web, ditulis oleh seorang wartawan yang pada ketika itu bertugas dlm mahkamah masa perbicaraan kes ini berlangsung pada 1994.
si mati, Datuk Mazlan Idris, bekas ADUN Batu Talam, Pahang, telah dibunuh dan mayatnya dikerat 18 bahagian. nak tengok camne dia kena kerat? tgk pic bawah ni.

kejadian berlaku lebih kurang masa tgh malam, 2 Julai 1993 dekat rumah Mona Fendi and suami dia kat Ulu Dong, Pahang. Ni ha gmbr umah diorang. mmg menyeramkan!!

Tertuduh pertama ialah Juraimi Husin, pembantu Mona dan suaminya, tertuduh kedua, Mohd Affendy Abd Rahman dan tertuduh ketiga ialah Maznah Ismail iaitu Mona Fendi (nama gelaran). caye tak yg Mona Fendi ni pernah jadi penyanyi dan ada keluarkan album dan pernah tercalon dlm Muzik2 tp tersingkir masa pusingan pertama? aku pun baru tahu pasal ni sbnrnya. dlu tak baca sangat kes ni dgn detail. 

Mona dgn suami dia seorang bomoh. yg si mati ni, ada kaitan dgn dua manusia ni sbb dia nak jd Menteri Besar Pahang, so dia gunakanlah khidmat bomoh pasangan suami isteri ni. yg Juraimi Husin tu, mcm anak angkat dorang la, kira pembantu dorang, dia menurut je kata si Mona dan suaminya tu. Perbicaraan kes ni berlangsung di Mahkamah Tinggi Temerloh pada tahun 1994.

Malam 2 Julai tu, pembunuhan berlaku di bilik air rumah dorang. masa tu konon2 diorang nak mandi bunga kan Datuk ni. Datuk tu dalam keadaan terbaring, sedangkan sepatutnya kebiasaannya mandi bunga dlm keadaan duduk kan? Kat sini dah timbul keraguan. kata tertuduh pertama, Juraimi, dia dengar upacara ni utk buat ibu duit, macam nak gandakan wang la. masa hari kejadian, Datuk Mazlan ada keluarkan wang RM200 000. kemudian mengikut keterangan tertuduh pertama, suami mona, Affendy, arahkan dia utk tetak leher mangsa hingga putus. dia mengaku melakukan tetakan dengan kapak sebanyak tiga kali. dua kali yg pertama leher tak putus, kali ketiga baru putus. 

"Saya tetak leher Datuk Mazlan dengan kapak sebanyak tiga

kali baru kepalanya putus selepas mendapat isyarat tangan 
daripada Affandi (Mohd Affandi Abdul Rahman)," kata Juraimi 
dalam keterangan membela diri.

Menurutnya, dia kemudian memotong sendi dan melapah kulit serta daging Mazlan setelah mendapat arahan lanjut daripada Affandi. Bagaimanapun, tertuduh pertama itu tidak dapat ingat berapa bahagian dia memotong tulang dan daging mayat Mazlan.(Perunding Kanan Perubatan Fornsik Hospital Kuala Lumpur, Dr Abdul Rahman Yusof dalam keterangannya memberitahu mahkamah mayat Mazlan dipotong 18 bahagian)."Tulang dan daging itu kemudian saya masukkan ke dalam basin dan mencurahkannya ke dalam lubang stor rumah yang sudah digali sejak seminggu lalu dan menimbusnya. Ngeri bukan? aku sampai naik loya baca benda ni. aku bukan boleh benda2 mcm ni, sbb tu takmo jadi doctor. tp gatai lak nak jadi peguam. padahal peguam pun kena deal ngan kes2 ngeri mcm ni gak. huhuhu.

ok sambung lagi. keterangan ketiga2 tertuduh ni mmg bercanggah dan berbeza antara satu lain. tertuduh pertama, Juraimi menegaskan bahawa dia dalam keadaan tak sedar masa pembunuhan tu berlaku. dia hanya menurut apa yg diarahkan oleh Mona dan suaminya. lepas dia tetak mangsa, Mona dan suaminya bergegas ke KL menggunakan kereta si mati, dan meninggalkan tertuduh pertama seorang diri di rumah tu dengan upah rm180 sebagaimana yg dikatakan oleh tertuduh pertama. dia diarahkan oleh Mona utk menanam mayat itu. kemudian beberapa hari kemudian, sepupu mangsa datang ke rumah tu mencari mangsa. dia bertanyakan ke mana Mona dan suaminya pergi, Juraimi hanya menjawab tidak tahu. selepas sepupu mangsa datang, Juraimi terus menanam senjata pembunuhan iaitu kapak dan parang yg digunakan untuk melapah mayat mangsa. 

manakala bg pihak tertuduh kedua dan ketiga pula, mereka memberi keterangan bahawa semasa mereka sedang dlm upacaran nak mandi bunga kan si mati tu, Juraimi tiba2 masuk dengan sebilah kapak dan menetak leher mangsa. kat sini pun dh timbul keraguan, masa hujah penggulungan, pendakwaraya berkata, kalau betul Juraimi tiba2 masuk dan menetak leher mangsa, sudah tentu tangan Affendy dan Mona turut terkena tetakan sbb Affendy kata masa tu dia tengah mengusap wajah si mati manakala Mona sedang menjirus air ke muka si mati.
berikut adalah penggulungan hujah Timbalan Pendakwaraya di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995.
Pertuduhan terhadap ketiga-tiga tertuduh ialah:

"Bahawa kamu di antara jam 10 malam 2 Julai 1993 hingga 12 tengah
malam 8 Julai 1993, di sebuah rumah tanpa nombor, di Kampung Peruas,
Ulu Dong, dalam daerah Raub di dalam negeri Pahang, dengan niatbersama
seperti yang ditakrifkan oleh Seksyen 34 Kanun Keseksaan, telah melakukan
kesalahan bunuh, iaitu menyebabkan kematian YB Datuk Idros @ Mohd
Mazlan Idris (nombor kad pengenalan 1317702) dan dengan itu kamu telah
melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun
Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 34 kanun yang sama."

Fakta yang tidak dipertikaikan di sini ialah:

1. Pada hari pembunuhannya Datuk Mazlan telah mengeluarkan wang hampir RM300,000 dari beberapa bank di Kuala Lumpur.
2. Jasad yang ditemui dalam lubang stor di rumah yang didiami oleh Juraimi, Affandi dan Mona di Ulu Dong adalah jasad Mazlan.
3. Mazlan telah dibunuh di rumah tempat kediaman ketiga-tiga tertuduh pada 2 Julai 1993 jam lebih kurang 11.30 malam.
4. Pada masa kejadian ketiga-tiga mereka berada di situ.
5. Ketiga-tiga tertuduh mengenali Mazlan beberapa bulan sebelum kejadian.
6. Juraimi telah membawa pihak polis kepada penemuan senjata yang digunakan dalam pembunuhan itu.

Apa yang dipertikaikan di sini ialah siapakah yang bertanggungjawab
dalam pembunuhan itu.


- Juraimi mengatakan dia telah menetak leher Mazlan kerana arahan Affandi dan Mona. Sebulan sebelum kejadian, Affandi dan Mona telah membuat rancangan untuk membunuh Mazlan dan dia diminta memberikan kerjasama.Semasa menetak itu dia dalam keadaan tidak sedar.

- Affandi dan Mona pula di satu pihak mengatakan pada malam kejadian ketika mereka menjalankan upacara mandi bunga ke atas Mazlan, Juraimi dengan tiba-tiba seperti orang hilang pedoman menetak leher Mazlan. Motif Juraimi berbuat demikian kerana cemburukan hubungan Mazlan dengan Noraini.
Bagi pihak pendakwa pula, pembunuhan itu adalah hasil perancangan bersama ketiga-tiga tertuduh untuk membunuh Mazlan pada 2 Julai 1993.Dalam usaha membuktikan pertuduhan terhadap ketiga-tiga tertuduh,
pendakwaan bergantung kepada peruntukan Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan Seksyen 30 Akta Keterangan. Seksyen 34 Kanun Keseksaan memperuntukkan:

"Apabila suatu perbuatan jenayah dilakukan oleh beberapa ramai orang

bagi mencapai niat bersama mereka semuanya, tiap-tiap seorang daripada

mereka itu adalah bertanggungjawab atas perbuatan itu sama seperti seolah-

olah perbuatan itu telah dilakukannya olehnya."

Ini bermakna walaupun Juraimi yang menetak leher Mazlan sehingga membawa maut, Affandi dan Mona adalah dianggap turut membunuh Mazlan kerana mereka bertiga telah merancangkan pembunuhan itu bersama-sama.Pembunuhan itu adalah satu operasi yang dirancangkan bersama-sama oleh
ketiga-tiga tertuduh. Tetakan pada leher Mazlan dan kemudian jasadnya dikerat-kerat dan lapah dagingnya adalah bukti niat untuk membunuh.Tugas setiap tertuduh telah ditentukan lama sebelum kejadian:

- Satu lubang yang besar dan dalam digali oleh Juraimi beberapa hari sebelum kejadian
- Juraimi telah mengasah kapak, Affandi dan Mona setiap seorang mengasah sebilah parang yang akan digunakan dalam pembunuhan itu,

- Affandi dan Mona akan berpura-pura menyediakan Mazlan untuk membuat ibu duit dengan membaring dan mendongakkan kepalanya,
- Juraimi akan menetak leher Mazlan,

- Mayat itu akan dikerat-kerat dan dilapah, kemudian ditanam dalam lubang stor dan disimen supaya pembunuhan itu tidak dapat dikesan.

Seksyen 30 Akta Keterangan pula memperuntukkan:
 "Apabila lebih daripada seorang dibicarakan bersama atas suatu kesalahan yang sama, dan pengakuan salah yang dibuat oleh seorang daripada mereka yang menjejaskan dirinya dan beberapa orang lain itu terbukti,   mahkamah boleh menimbangkan pengakuan salah itu bagi menentang orang yang lain itu dan juga bagi menentang orang yang membuat pengakuan salah itu."

Ini membawa maksud apabila Juraimi mengaku menetak leher Mazlan di atas arahan Affandi dan Mona, keterangan Juraimi mengesahkan pembabitannya dalam rancangan pembunuhan itu boleh digunakan terhadap Affandi dan Mona untuk membuktikan pembabitan mereka dalam pembunuhan itu.Dalam kes ini, Juraimi melalui keterangannya di mahkamah dan percakapan beramarannya telah mengaku menetak leher Mazlan seperti yang dirancang oleh mereka bertiga.Dia juga dengan percakapan beramaran Mona yang menyebut perancangan mereka bertiga untuk membunuh. Percakapan Mona boleh digunakan terhadap Juraimi dan Affandi.Saya berhujah bahawa adanya niat bersama ketiga-tiga tertuduh untuk membunuh Mazlan.


Ketiga2 tertuduh telah didapati bersalah sebulat suara oleh para juri, dan dijatuhkan hukuman mati mandatori.

TARIKH : 9 FEBRUARI 1995
TEMPAT : MAHKAMAH TINGGI TEMERLOH

TERTUDUH : JURAIMI HUSIN, MOHD AFFANDI ABDUL RAHMAN

DAN MAZNAH ISMAIL ATAU MONA FANDEY.

HAKIM : DATUK MOKHTAR SIDIN
TEPAT jam 2.31 petang, tujuh juri membuat keputusan sebulat suara
bahawa ketiga-tiga tertuduh perbicaraan kes bekas Adun Batu Talam bersalah menyebabkan kematian Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris
di rumah tak bernombor di Kampung Peruas, UluDong, Raub Julai 1993. 
Juraimi Husin (tertuduh pertama), Mohd Affandi Abdul Rahman (kedua) danMaznah Ismail atau Mona Fandey (ketiga), dijatuhi hukuman mati mandatori. 


ni aku ringkaskan je. mmg panjang sbnrnya perbicaraan kes dia, macam2 fakta, macam2 keterangan yang bercanggah dan hujah2 para peguambela, buat aku rasa teruja gila baca kes ni. hope lepas ni takda dah kes berprofil tinggi macam ni kat Malaysia. ngeri aihhh. pasni aku sambung g pasal 5 pembunuhan paling kejam kat Malaysia ni. dan yg number satunya kes ni la. nak tengok muka Mona Fendi, Affandi (suami Mona) dan Juraimi? ni ha gmbr diorang. 

yg pompan tu Mona, yg pakai spec tu Juraimi, and yg bwh tu suami Mona.
tgk la senyuman Mona, psiko gila kan? 



Monday, July 30, 2012

apa guna kita puasa tp tak solat?


bukan seorang, bukan dua orang, tapi terlalu ramai umat Islam yang bila tiba Ramadhan, puasa bagai nak rak, tp solat, diendahkan mcm tu je. cuba la fikir, solat tu kan salah satu rukun Islam jugak. kenapa bila puasa, kita beria buat tp bila tang solat, kita tak ada rasa bersalah langsung meninggalkannya. solat tu kan tiang agama, mana boleh main tinggal macam tu je. puasa2 jugak, solat tu jangan sesekali ditinggalkan.

tp aku sungguh kesal bila melihat remaja2 belasan tahun yg langsung tak ada rasa malu tak puasa di khalayak ramai. remaja2 tingkatan satu dua yang baru balik sekolah, dgn selamba beli air kat bazar pukul 2 petang, takkan nak simpan sampai berbuka?? dah tu, kat tempat tersorok, p merokok pulak tuh. aku bersyukur sangat adik2ku tak macam tu. nasib baik diorang semua tu sekolah dengan ayah, dikawal pergerakannya, tak tahu la apa nak jadi kalau diorang salah pilih kawan. mahu rosak adik2ku.

dulu aku juga bukan seorang yang solatnya penuh lima waktu. aku akui, bukan mudah nak komited dan istiqamah, tambah2 di usia remaja yang sangat mencabar jiwa,hati dan iman. bila2 masa boleh terjerumus dalam lembah kehinaan. tp lama kelamaan kita akan sedar, betapa jauhnya kita dari Allah andai solat itu kita abaikan. mula2 mmg payah nak istiqamah, tp bila kita dah selalu amalkan, dah selalu buat, Insyaallah, kita takkan sekali2 tegar utk meninggalkannya lagi, malah kita akan merasa ralat sangat jika tertinggal satu waktu solat. 

dan pabila telah cukup solat lima waktu kita, kita gandakan lagi dgn solat2 sunat. alang2 kita online ke main game ke buat assignment ke sampai tgh2 malam tu, apa la salahnya kita buat solat hajat dua rakaat, kalau kita terjaga, tak salah kita buat solat tahajud, tenangkan hati, tenangkan fikiran. Insyaallah, Allah makin sayang pada kita. 

tak salah kan kalau masa bulan Ramadhan ni kita cuba ubah diri kita. cuba lebih dekat dengan Allah. malu la sikit kalau kita puasa, tp tak solat. malu dengan Allah, malu dengan diri sendiri. ingat satu benda je. kita ni hamba Allah, umat Islam, mana letaknya identiti kita sebagai umat Islam kalau kita tak solat penuh 5 waktu. jangan berlubang2. setiap waktu solat yang ditinggalkan itu, dosanya Masyaallah, sangat berat sebenarnya dosa meninggalkan solat ini. dan kalau kita tak solat, mmg confirm kita akan masuk neraka. tak payah nak fikir2 lagi, mmg confirm. tp jangan risau, Allah itu Maha Pengampun, andai sebelum ini solat kita tidak penuh, tidak sempurna, sering kita abaikan, maka berubahlah. selagi nyawa masih ada, selagi itu pintu taubat masih terbuka.

moga2 kita semua tergolong dalam golongan yang beriman. Aminnn.

ajarlah anak2/adik2 solat sedari kecil. melentur buluh itu biarlah dr rebungnya.

bank negara dah keluarkan akta baru?


semalam aku call number hotline BSN. nak cek baki akaun aku. sebab dah lama tak usik akaun BSN ni. kad atm aku pulak dah ilang kena curi bulan 5 ritu. so aku nak cek bape balance yg tinggal dlm akaun tu.
last aku call bsn ni masa bulan 6 ritu rasanya, masa tu boleh cek lagi baki akaun.

alih2 semalam, masa aku mintak kat operator tu nak cek baki akaun ada berapa, dia ckp "oh,tu kami tak boleh bgtau cik." aku pun ckp la "nape plak?ari tu saya call elok je boleh bgtau bape balance?" pastu dia kata "skrg dah xboleh cik, bank negara dah keluarkan akta baru." 

betul ke? ee x best gila. kena p bank pulak dah nak cek baki akaun. nyampah tol la. sebal je semalam. grr. tp sabar2. sabar tu sebahagian drpd iman kan. mesti ada sbb knp bank negara keluarkan akta baru mcm tu kot.. adehh, dah kena susah2 p BSN utk tau balance akaun.

Thursday, July 26, 2012

aku pernah suka dia



satu masa dulu, aku pernah jatuh hati pd dia. masa tu, dia tiada apa2. masih seorang pelajar sekolah yang baru nak meningkat maju dlm hidup. entah kenapa terdetik perasaan suka dlm hati ni utk dia. then satu hari, kami terpisah. sbb aku terpaksa pindah. berat rasa hati nak tinggalkan dia, pdhal aku cuma bertepuk sebelah tangan je masa tu. aku simpan cinta dlm hati, x berani nak luahkan. sbb aku tahu, belum tiba masanya.

masa berlalu, tanpa sebarang khabar berita dari dia. aku tahu berita mengenai dia pun melalui kawan aku. aku tanya pasal dia. dan tak sangka, dia cemerlang dlm PMRnya walau belum mampu mengalahkan aku. aku bangga dengan dia. dulu seorang yang kurang pandai, tp berkat usaha, dia semakin maju. sampai dia mampu melanjutkan pelajaran di sekolah agama. hati ni teringin sangat nak contact dia, tp no fon dia pun takda. aku cuma ada num fon mak and ayah dia and no fon rumah dia. tp segan la nak contact melalui diorang kan. rindu tu mmg ada, tp nak buat macam mana.

sampai lepas habis sekolah, aku first buat fb. then aku search nama dia kat fb. alhamdulillah sangat2, jumpa pun. then aku try msg dia melalui fb. dan betullah, dia orang yang aku cari selama ni. kami bertukar2 cerita dan num fon. tp jarang msg dia. sbb aku segan nak mula msg dia. msg dia pun bila nak tanya pasal depa dh pindah ke apa tu je. mmg jarang gila la msg. bukan x teringin, tp malu, segan. mcm perigi cari timba pulak.

sekarang dia dah jd seorang manusia yang aku rasa, agak sempurna akhlak dan imannya. baik dan sopan orangnya. mmg layak kalau nak dijadikan calon suami. tengok dia pun, sejuk mata memandang. aku pernah sukakan dia, pernah jatuh hati pd dia. tp segalanya cuma tersimpan dlm ruangan hati. aku tak layak untuk dia. jauh sangat beza antara aku dan dia. semoga dia bertemu seseorang yang sesuai dengan dia.

walau apa pun, kita pernah rapat suatu ketika dulu. pada ketika masih tiada perasaan antara lelaki dan perempuan. pada ketika kita tanpa segan silu bermain bersama. Insyaallah, kenangan tu tetap terpahat dalam hati. aku akan sentiasa ingat kau. moga kau berjaya dlm hidupmu. :)

Wednesday, July 25, 2012

orang tua lebih bijak merancang




today, i meet his dad. rasa macam pelik bila mampu duduk berbincang dengan ayah dia tp tak mampu nak duduk berbincang dengan ayah sendiri. pendekatan yang mereka gunakan sangat berbeza. both have pros and cons. betul jugak cakap ayah dia, kalau pakcik guna cara yang sama ayah wani guna dekat topek, mesti lain hasilnya. mcm tu jugak dengan ayah wani, dia ada cara sendiri utk berbincang dgn anak dia.

memang kami berdua ni dididik dengan cara yang berbeza, matlamatnya saja sama. cuma yang aku respek, ayah dia dah siap rancang masa depan utk dia. so bermakna sama ada dia habis diploma atau tak, sama saja. tiada beza. lainlah aku, tanpa degree, aku tak tau la apa akan jadi pd aku kelak. kalau suami tanggung sepenuhnya tak pa la jugak. kalau dah hidup seorang2, mmg terumbang-ambing la takda keje. so degree tu penting buat aku. sangat2 penting. 

hmm. Insyaallah, apa aku buat ni, berdasarkan apa yang aku rasa, setelah meminta petunjuk macam2, meminta pandangan ramai orang. cuma aku terkilan sebab keluarga sendiri masih belum memahami apa yang aku benar2 perlukan. tp bak kata ayah topek, it takes time. dan mungkin ayah faham, cuma ayah tak sedia untuk memahaminya, atau macam2 lagi la andaian yang keluar dari kepala otak aku ni. 

cuma apa yang betul2 aku harapkan, moga2 aku istiqamah dlm perubahan ini. 

"... Wahai lelaki jika kamu mahu mencintai diriku, aku mahu kamu mencintai KEKURANGAN ku melebihi KELEBIHAN ku.. Mencintai KELEMAHAN ku melebihi KEKUATAN ku. Mencintai KEBURUKAN ku melebihi KECANTIKAN ku. Mencintai KEKHILAFAN ku melebihi KESEMPURNAAN ku. Kerana untuk mencintai segala yang TERBAIK biarlah kamu hanya CUKUP mencintai Allah (SWT), bukan diri ini yang TIADA APA KELEBIHANNYA ..."

Monday, July 23, 2012

hijrah, demi satu perubahan



lama sangat tak update blog.. rindu sangat.. skrg sibuk menulis novel Insyaallah. :) dah lama tak menulis. dulu masa sekolah menengah rajin sangat menulis. macam2 cerita dikarang. humm, skrg dah cuti sem. start 9hb July hari tu. macam2 dh berlaku actually lepas tu.

nak cerita satu2 pun, ada yang terlalu peribadi. tp Insyaallah, jika diizinkan Allah, bakal menjadi milik seseorang tak lama lagi. Rabu ni, jumpa ayah dia. nak bincang soal kami. tak lama lg, Insyaallah ayah dia akan datang rumah jumpa my dad. kadang2, aku keliru juga dengan semua ni. tp entah kenapa, perasaan itu walaupun keliru, tp bersetuju dgn apa yg telah dirancang. walaupun rasa mcm tak sedia, tp ada rasa lain yg lebih perlu diutamakan. 

aku kini cuba utk menjadi lebih baik. pakaian Insyaallah dilabuhkan. tidak mahu tubuh menjadi tontonan umum. tudung juga menutupi dada. dah rasa segan sangat nak pakai tudung bersilang sana sini. moga2 aku istiqamah melakukan semua ni. Ramadhan ni, aku nak kurangkan segala2nya. Facebook, dah takda makna dlm hidupku. aku buka pun sbb nak tgk notification group kelas, takut x alert tarikh daftar kos and result. blog pun, dah xda masa nak bukak. sibuk menulis novel. moga2 dpt siapkan sebelum habis cuti sem. novel ini, mmg diadaptasi dari cerita realiti. 

soal perasaan? mmg aku tak nafikan, menjadi punca utama aku sering gelisah. entahlah, aku ingin sekali pasrah dan serahkan segala2nya pada Allah. biar semua ditentukan oleh Allah. nak je aku tinggalkan segalanya. tp seriously, mmg aku tak mampu. aku tak mampu nak berserah. biarlah segalanya berlaku sperti apa yg dirancang, Insyaallah. kalau jodoh tu mmg kuat, sampai syurga bersamalah kita. 

semoga Ramadhan dan Aidilfitri kali ni lebih bererti buat kita berdua. walau apa pun yg terjadi, doa saya sentiasa untuk awak. sentiasa. moga Allah menyayangimu.

Monday, July 9, 2012

7 perkara yang korang tahu tentang diri sendiri



1. saya seorang yang garang,careless,clumsy.

2. saya pandai menipu. sangat pandai.

3. sekali saya sayang seseorang, saya akan sayang sungguh2.

4. saya tak suka makan benda pelik2. termasuk tempoyak,smbl belacan,durian.

5. saya susah nak berkawan,hanya dgn yg saya boleh masuk.

6. saya seorang pendendam. 

7. saya sangat menyayangi mak dan ayah saya. sangat2.

8 dialog yang terpendam, yang teringin diluahkan, tapi tak berkesempatan. *Terpulang nak bagitaw kepada siapa dialog itu ditujukan*



1. kakak sayang mak and ayah sangat2. mintak maaf tak dapat jd anak yg terbaik.

2. saya tak suka bau badan awak.

3. saya benci awak sangat2.

4. sebenarnya saya pernah..... tumbuk and pukul orang.

5. mak, akak nak belajar masak.

6. ayah, belikan akak android baru boleh? takpun bg akak satu android ayah.

7. kawan, tolong jangan suka mengata belakang. saya ni pandai baca fikiran orang.

8. sebenarnya saya selalu hack facebook awak. 

Saturday, July 7, 2012

suddenly i love red.



red is beautiful. seriously.

masa ni, tgh sakit before g exam. tp still dok main camera. 

okey, sumpah merah cantik. 

pink, sorry. ^^


dosa dan rasa




saya boleh buang segala rasa, 
tapi saya tak mampu buang segala dosa. 


Friday, July 6, 2012

hanya Allah yg tahu



aku tak tau kenapa aku sangat2 hilang fokus. pertama kali dlm hidup aku, aku mmg tak boleh study utk exam. td exam consti, sumpah aku taktau apa aku mengarut dlm tu tadi. dari semalam, aku tak boleh nak fokus study. buku depan mata, tp fikiran entah ke mana. i drink 4 cups of nescafe, 2 tin nescafe kuat yg mmg boleh buat tak tidur. and then, aku loya, muntah2. aku jalan sikit kepala aku pening. i don't know why this is happening to me. pertama kali time final exam, aku tak mampu buat dgn baik. malah aku tak fokus langsung utk study. seakan ada benda menghalang. :'(

aku sangat down skrg. aku rasa mcm aku taktau apa2. mcm aku tak pernah study apa2. aku hilang fokus and everything. dan smlm, badan sangat panas. loya, muntah, cirit birit. mmg aku tak mampu nak study. aku duduk atas meja study tu tanpa buat apa2. aku hilang rasa nak study, i lost my spirit. 

aku ambil wuduk. aku solat sunat. aku baca Al-Mathurat. tp still, aku tak mampu study. aku pergi exam td, seriously without prepared well. aku tak sempat nak hafal anything. aku tak sedar bila aku tertidur, then pukul 10 pg bangun, terus bersiap untuk pergi exam. masa nak pergi exam, bas takde, hari sangat panas. sangat2 panas. aku tunggu bawah bas stand tu, and aku perasan hidung aku berdarah. aku cpt2 lap, kepala aku dah start pening. exam start 2.45, jam dh pukul 2.30 tp still satu bas pun takde. dah la kami taktau dewan kat mana. 

kami sampai dewan Annex, dlm 3 minit before exam start. sakitnya kepala aku Allah saja yg tahu masa tu. soalan dia walaupun sbnrnya tak susah mana, tp aku tak dapat jawab dgn baik. banyak benda aku tak dapat nak ingat. sedihnya mmg tak dibayangkan. aku taktau knp tiba2 jadi mcm ni. like something happening in my life. 

balik exam, aku hantar msg kat mak suruh call aku. tp mak x call2. aku nak call mak, tp kredit tinggal 14 sen. nak topup aku takde duit, duit mmg betul2 tinggal utk makan. aku mintak kredit kat dia, tp dia tak bagi2. sumpah aku taktau nak cr mana kredit singgit utk aku call someone nak mintak semangat. aku sangat2 down actually. final exam, aku tak mampu jawab. bayangkan, before ni tak pernah mcm ni. tak pernah. :'(

Ya Allah harap Kau kuatkan aku untuk exam last seterusnya. aku risau kalau aku memang dah tak mampu dah fokus. aku risau kalau Allah dah tarik nikmat yg Dia bg. aku dah tak nampak jalan di hadapan......

mengalir air mata



3.41 pagi. aku update my other blog. dan tanpa sedar, air mata mengalir.
sedihnya Tuhan saja yg tahu.
mungkin Dia turunkan hujan, untuk bagi kita nampak betapa indahnya pelangi.

*maaf aku tak update cerita tu kat sini, sbb segalanya terlalu rahsia utk diceritakan.


Thursday, July 5, 2012

20 reasons why you should date a law student







yesterday i told him.
"sila bertahan kalau lepas ni saya cakap macam keling"
haha.


i am a law student. caye tak? 

Wednesday, July 4, 2012

9 peristiwa masa silam yang tak dapat dilupakan



1. aku jatuh longkang masa ayah aku suruh aku ambik kotak rokok ayah aku dalam rumah. kejadian berlaku masa kitorang dok kuates guru kat SMK Slim. akibat peristiwa tu mulut aku berdarah2 and berparut sikit sampai sekarang. mak kata berbulan jugak la ayah stop smoking akibat peristiwa ni. :)

2. masa first masuk tadika, mak teman aku sampai time rehat. then rasanya aku nak pergi tandas. ni first time la nak kencing kat tandas selain dari tandas rumah. masuk je tandas, dah lepaskan hajat, aku tak reti nak guna paip tandas tu, habis satu seluar aku basah. keluar je dr tandas mak gelak. sampai skrg tak boleh lupa. :)

3. masa aku sekolah rendah, aku main bola dgn sorang kawan aku ni. lepas tu aku terjatuh, then dia gelak2. aku bengang gila. lepas tu dia hulurkan tangan utk tolong aku bangun, and tiba2 dia cium dahi aku. haha. peristiwa ni paling aku tak boleh lupa seumur hidup. sebab apa? sebab kawan aku tu LELAKI. first time kena cium. malu gila kalau ada orang tengok pastu terus blah buat mcm takda apa berlaku. nasib baik masa ni takde getaran dlm hati lagi. yela budak2 lagi. :)

4. masa aku form one, kerusi selalu kena ambik dlm kelas tu sbb budak petang guna kelas lain yg kerusi tak cukup so diorang amik kerusi kelas kitorang. nak dijadikan cerita, masa datang kelas tu, kerusi aku takde, sape ambik ntah. so aku amik la kerusi sorang mamat ni. pastu mamat tu datang, dia ckp tu kerusi dia and dia nak balik. aku tak bagi, mati2 aku kata tu kerusi aku padahal tu mmg bukan kerusi aku pun. hahaha. mmg lama gak la masing2 taknak mengalah. then last2 dia mengalah and dia terpaksa amik kerusi kat bilik KH. yg ajaibnya, korang tau sape mamat tu? mamat tu BAKAL SUAMI aku skrg. hahahaha. 

5. masa aku form two, aku main basikal dgn adik2 lelaki aku yg ganas2 belaka. kitorang race basikal dekat jalan depan rumah kitorang. masa ni dah pindah sungkai dah. aku sorang je prempuan yg join race tu. aku guna basikal adik nombor 3 aku. aku kayuh selaju2 ada, aku la paling depan masa tu, then tiba2 tgh laju2 tu rantai basikal tercabut, apa lagi mmg jatuh la, bayangkan tgh laju, mmg aku terseret atas jalan raya tu, kepala aku berdentum kuat kat jalan, adik2 aku dok gelakkan aku. depa tak tahu aku sakit gila. akibat kejadian tu, dua hari kepala aku pening2 and jalan terhuyung-hayang.

6. masa first day darjah 1, aku tunggu ayah ambik masa balik sekolah. dekat setengah jam aku tunggu, tp x gak nampak kete ayah. pastu aku nangis teresak2 depan sekolah tu. Kak Nani, anak arwah cikgu Halim nampak aku nangis, then dia tanye nape pastu aku ckp ayah x amek sambil teresak2, pastu dia ajak aku balik jalan kaki dgn dia. dah jalan dua tiga langkah, ayah hon dr blakang. kena gelak satu family sbb ayah citer aku nangis sbb ayah lambat ambik. :)

7. masa aku darjah 6, aku ada gaduh dgn sorang pompan ni. aku tak tau apa masalah dia tp dia cm dengki kat aku. dia baca diari aku. dlm diari tu aku ada tulis aku minat kat sape. pastu dia ckp "eleh, ingat F*#&% tu nak kat ko ke?" aku punya bengang pastu aku p meja dia aku langgar meja dia. then dia koyakkan kertas baling kat muka aku. then aku pun koyakkan buku dia pastu campak kat dia. hahaha. dasyat x dah pompan gado?

8. masa kecik2, aku dgn adik2 suka main baling2 spender kat atas langsir umah sampai dia stuck atas tu pastu takde sape ley amek then ktorang gelak2. pastu kena marah dgn mak, kena kurung dlm bilik. hahaha.

9. lastly, aku tak boleh lupa birthday aku masa umur 5 tahun. masa tu kitorang sambut kat KL kat umah opah aku kat Wangsa Maju, ayah and mak belikan kek pastu ayah hadiahkan jam warne hijau. aku sangat happy time tu. tu la birthday yg sangat bermakna dlm hidup aku. :')

cabaran 7 perkara


Disebabkan aku bosan tak tau nak buat apa and nak study pulak takut aku lupa apa yg aku study memandangkan gap exam dua hari, so aku buat keputusan nak buat benda alah ni. apa dia? baca la kat bawah. :)

 pertama
9 peristiwa masa silam yang tak dapat dilupakan

kedua
 8 dialog yang terpendam, yang teringin diluahkan, tapi tak berkesempatan.
*Terpulang nak bagitaw kepada siapa dialog itu ditujukan*

ketiga
7 perkara yang korang tahu tentang diri sendiri

keempat
6 lirik lagu yang paling mendalam

kelima
 Describe tentang 5 orang yang yang disayangi, dan 5 orang yang dibenci
*keluarga terkecuali, dan tak perlu sebutkan nama*

keenam
4 keajaiban yang pernah berlaku pada diri sendiri

baca la setiap entry aku lepas ni akan berkaitan 6 perkara ni. peace. ^_^V

i am such an innocent girl



pernah tak korang rasa korang noob sangat? haha. itu la yg terjadi pada aku. tp noob2 aku, aku noob bermaruah, itu tandanya aku masih tidak ter'expose' pd red zone. haha. korang2 yg tak noob ni tau tak apa itu BJ? errk sape tau angkat tangan!! haha. korang yg tau mmg otak karat tak boleh pakai. haha. 

aku mula tau perkataan ni masa aku tgh search2 kat internet ni haa. aku tak ingat la pasaipa tp aku terjumpa perkataan 'blowjob'. aku tak tahu tu mende ape doh. sies tak tipu. kejadian ini baru sahaja berlaku beberapa bulan yg lepas bermakna aku mmg seorang yg masih suci dan pure mentalnya. :-p

dan setelah aku terjumpa perkataan itu maka aku pelik kenapa aku tak pernah dengar perkataan ni. masa tu aku tgh msg dgn topek, so aku tanye la dia "blowjob tu apa?" bapak innocent ar tanye perkataan cmtu kat orang laki pulak tu. hahahahahahaha. 

then dia jwb. "mane dpt perkataan ni??" okey fine aku dah terasa bahawa perkataan ni bukan calang2. haha. korang tahu ke ape maksud dia? mesti sume tahu kann. aku je noob. =,="

ke'innocent'an aku ni mmg best ahh. buat aku secure x termasuk dlm redzone. agagaga. tp makin kita dewasa makin kita ter'exposed' dgn bnd2 camni kan. nyampah laa. kalau masa bebudak dulu tak tau pun camne baby tu ley lahir. and x pernah nak tahu pun. haha. nampak gila innocent. bila form 3 blaja bab 4 reproduction tu, baru la aku faham camne baby tu ley lahir. see, how noob i am. tp bagus pe, at least otak aku tak kotor masa tu, tu yg agaknye PMR and SPM boleh tahan result. kahkah!

and aku tak tahu 'fuck' tu mende doh. orang dok sebut2 natang tu aku pelik la. bila marah je ckp fuck. bila bengang je ckp fuck. tunjuk jari tgh like what the hell dorang buat cmtu? apakah? mengapakah? motif? aku cam pelik. tambah2 dak laki. dok komen2 kat fb kemain konon gangster dok 'fak2'. aku pun  bertanya la pada Encik Serba Tahu perkataan pelik2. dia pun menerangkan apa sebenarnya itu fuck lalu aku pun "hahahahaha, bodoh gila orang yg marah sebut 'fuck'!"

see , Wani is such an innocent girl. jangan ckp kat aku perkataan pelik2. aku bukan faham pun. haha. dulu masa memula masuk matrik kat Kedah kengkawan sume dok salu sebut "pungkok hang!". aku punye la innocent x tau pungkok tu pe mende. hahahahaha.

k chow.

Tuesday, July 3, 2012

kisah cinta kurniaan Allah SWT




Aku nak share dua video yg sangat2 buat hati aku tersentuh dan aku percaya, sesiapa yg lihat video ni pun pasti akan tersentuh dgn apa yg anda lihat. betapa besar anugerah Allah pada mereka yg benar2 beriman. dan benarlah, lelaki yg baik utk perempuan yg baik, begitu juga sebaliknya. Subhanallah, tersentuh rasa hati, ingin sekali mendapat cinta yg sebegini. Moga Allah buka hati utk berubah, walaupun pernah tersalah langkah. :'(

Video 1

Hayati cerita dan raut wajah mereka yg sangat2 ikhlas. klik link utk lihat.

Video 2

Indahnya cinta kurniaan Illahi. betapa manusia itu berhak mendapat yg terbaik apabila dia membuka hati untuk Tuhannya, Allah SWT.




“Semoga Allah memberi keberkatan kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua (pengantin laki-laki dan perempuan) dalam kebaikan.




















semoga mereka kekal bahagia selamanya. 

berkurburlah Malaysian Legal System...



hahahahahahahahahaha. #meroyan dulu.
susah bak ang exam td.. susa nak mampuss der... susa nak mampus nak arwah nak mendiang sume ada.
gila kauu. mcm ni ke MLS???? pehh, mmg berdoa sangat2 lulus je pun aku nak wat sujud syukur dan2 tu jugak. aku taknak repeat paper. wuwuwuuu. T_T

aku taktau ape mende aku ngarut dlm paper tu tadi. idakla aku tak ley jawab langsung, boleh tu boleh tp mcm x cukup lengkap. ilang separuh dah markah paper tuu. gileee. susanye LAW. huhu. paper torts ritu okey lagi, MLS mmg arwah la aku ckp. haishhh. mintak2 sangat lulus pun jadi laa. =,="

dah lah, taknak pkir pasal MLS lagi. bye MLS. pasni ada dua paper g. pastu, MERDEKA utk sem 1. yeay!! hehe. then another 5 sem to go. kalau pointer lepas 2.75, boleh masuk LLB then jadi lawyer. lg setahun then kerja. INSYAALLAH2!!! 

tapi... kalau dah first sem pun kena repeat, ada harapan ke nak dpt overall pointer atas 2.75?? waaa takutnyee, moga2 lulus la paper MLS ni. huhuhu. AMINN!

Monday, July 2, 2012

3 teori tentang nescafe



1. nescafe buat aku mengalami diarrhea atau nama glamournye cirit birit. 

2. nescafe buat aku loya.

3. nescafe buat aku tak tidur sepanjang malam.

dan nescafe inilah yg menyelamatkan aku untuk exam. hohoho. kenapa aku ckp cmtu? well aku ni mmg berani mati punya student. even ada dua hari gap exam, hari fisrt gap tu aku boleh bersenang lenang lagi. mmg malam last before exam tu yang aku beria gila study. time tu la nak revise semua chapter sepanjang sem ni dan time tu la dok kalut hafal segala mcm benda. =,="

and i found it useful for my torts subject. i did it, aku tak tidur sepanjang malam. aku hafal kes and element2. sampai pukul 5 pagi lebih. then lepas subuh aku tidur jap sampai pukul 7.30 pagi then bersiap untuk pergi exam yg bermula pukul 9. dan alhamdulillah, aku dpt jawab walaupun mmg cukup2 5 minit before exam tamat aku siapkan semua. gila, ni first time aku sit for paper law, and baru aku tahu betapa tangan and jari mmg kena kuat sbb banyak gila benda kena tulis dlm masa hanya 3 jam. how i wish exam tu 5 jam, boleh rest exercise tangan sikit. habis je tulis mmg sakit gila jari jemari ni haa. dua hari gak la aku sakit2 tangan and badan sbb fokus sangat menulis tanpa berhenti seminit pun. =,="

semoga dpt result yg bagus untuk torts dan semua subjek law yg lain. esok exam Malaysian Legal System. doakan aku ye sume. ^_^V