Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Wednesday, July 4, 2012

9 peristiwa masa silam yang tak dapat dilupakan



1. aku jatuh longkang masa ayah aku suruh aku ambik kotak rokok ayah aku dalam rumah. kejadian berlaku masa kitorang dok kuates guru kat SMK Slim. akibat peristiwa tu mulut aku berdarah2 and berparut sikit sampai sekarang. mak kata berbulan jugak la ayah stop smoking akibat peristiwa ni. :)

2. masa first masuk tadika, mak teman aku sampai time rehat. then rasanya aku nak pergi tandas. ni first time la nak kencing kat tandas selain dari tandas rumah. masuk je tandas, dah lepaskan hajat, aku tak reti nak guna paip tandas tu, habis satu seluar aku basah. keluar je dr tandas mak gelak. sampai skrg tak boleh lupa. :)

3. masa aku sekolah rendah, aku main bola dgn sorang kawan aku ni. lepas tu aku terjatuh, then dia gelak2. aku bengang gila. lepas tu dia hulurkan tangan utk tolong aku bangun, and tiba2 dia cium dahi aku. haha. peristiwa ni paling aku tak boleh lupa seumur hidup. sebab apa? sebab kawan aku tu LELAKI. first time kena cium. malu gila kalau ada orang tengok pastu terus blah buat mcm takda apa berlaku. nasib baik masa ni takde getaran dlm hati lagi. yela budak2 lagi. :)

4. masa aku form one, kerusi selalu kena ambik dlm kelas tu sbb budak petang guna kelas lain yg kerusi tak cukup so diorang amik kerusi kelas kitorang. nak dijadikan cerita, masa datang kelas tu, kerusi aku takde, sape ambik ntah. so aku amik la kerusi sorang mamat ni. pastu mamat tu datang, dia ckp tu kerusi dia and dia nak balik. aku tak bagi, mati2 aku kata tu kerusi aku padahal tu mmg bukan kerusi aku pun. hahaha. mmg lama gak la masing2 taknak mengalah. then last2 dia mengalah and dia terpaksa amik kerusi kat bilik KH. yg ajaibnya, korang tau sape mamat tu? mamat tu BAKAL SUAMI aku skrg. hahahaha. 

5. masa aku form two, aku main basikal dgn adik2 lelaki aku yg ganas2 belaka. kitorang race basikal dekat jalan depan rumah kitorang. masa ni dah pindah sungkai dah. aku sorang je prempuan yg join race tu. aku guna basikal adik nombor 3 aku. aku kayuh selaju2 ada, aku la paling depan masa tu, then tiba2 tgh laju2 tu rantai basikal tercabut, apa lagi mmg jatuh la, bayangkan tgh laju, mmg aku terseret atas jalan raya tu, kepala aku berdentum kuat kat jalan, adik2 aku dok gelakkan aku. depa tak tahu aku sakit gila. akibat kejadian tu, dua hari kepala aku pening2 and jalan terhuyung-hayang.

6. masa first day darjah 1, aku tunggu ayah ambik masa balik sekolah. dekat setengah jam aku tunggu, tp x gak nampak kete ayah. pastu aku nangis teresak2 depan sekolah tu. Kak Nani, anak arwah cikgu Halim nampak aku nangis, then dia tanye nape pastu aku ckp ayah x amek sambil teresak2, pastu dia ajak aku balik jalan kaki dgn dia. dah jalan dua tiga langkah, ayah hon dr blakang. kena gelak satu family sbb ayah citer aku nangis sbb ayah lambat ambik. :)

7. masa aku darjah 6, aku ada gaduh dgn sorang pompan ni. aku tak tau apa masalah dia tp dia cm dengki kat aku. dia baca diari aku. dlm diari tu aku ada tulis aku minat kat sape. pastu dia ckp "eleh, ingat F*#&% tu nak kat ko ke?" aku punya bengang pastu aku p meja dia aku langgar meja dia. then dia koyakkan kertas baling kat muka aku. then aku pun koyakkan buku dia pastu campak kat dia. hahaha. dasyat x dah pompan gado?

8. masa kecik2, aku dgn adik2 suka main baling2 spender kat atas langsir umah sampai dia stuck atas tu pastu takde sape ley amek then ktorang gelak2. pastu kena marah dgn mak, kena kurung dlm bilik. hahaha.

9. lastly, aku tak boleh lupa birthday aku masa umur 5 tahun. masa tu kitorang sambut kat KL kat umah opah aku kat Wangsa Maju, ayah and mak belikan kek pastu ayah hadiahkan jam warne hijau. aku sangat happy time tu. tu la birthday yg sangat bermakna dlm hidup aku. :')

No comments:

Post a Comment