Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Thursday, July 26, 2012

aku pernah suka dia



satu masa dulu, aku pernah jatuh hati pd dia. masa tu, dia tiada apa2. masih seorang pelajar sekolah yang baru nak meningkat maju dlm hidup. entah kenapa terdetik perasaan suka dlm hati ni utk dia. then satu hari, kami terpisah. sbb aku terpaksa pindah. berat rasa hati nak tinggalkan dia, pdhal aku cuma bertepuk sebelah tangan je masa tu. aku simpan cinta dlm hati, x berani nak luahkan. sbb aku tahu, belum tiba masanya.

masa berlalu, tanpa sebarang khabar berita dari dia. aku tahu berita mengenai dia pun melalui kawan aku. aku tanya pasal dia. dan tak sangka, dia cemerlang dlm PMRnya walau belum mampu mengalahkan aku. aku bangga dengan dia. dulu seorang yang kurang pandai, tp berkat usaha, dia semakin maju. sampai dia mampu melanjutkan pelajaran di sekolah agama. hati ni teringin sangat nak contact dia, tp no fon dia pun takda. aku cuma ada num fon mak and ayah dia and no fon rumah dia. tp segan la nak contact melalui diorang kan. rindu tu mmg ada, tp nak buat macam mana.

sampai lepas habis sekolah, aku first buat fb. then aku search nama dia kat fb. alhamdulillah sangat2, jumpa pun. then aku try msg dia melalui fb. dan betullah, dia orang yang aku cari selama ni. kami bertukar2 cerita dan num fon. tp jarang msg dia. sbb aku segan nak mula msg dia. msg dia pun bila nak tanya pasal depa dh pindah ke apa tu je. mmg jarang gila la msg. bukan x teringin, tp malu, segan. mcm perigi cari timba pulak.

sekarang dia dah jd seorang manusia yang aku rasa, agak sempurna akhlak dan imannya. baik dan sopan orangnya. mmg layak kalau nak dijadikan calon suami. tengok dia pun, sejuk mata memandang. aku pernah sukakan dia, pernah jatuh hati pd dia. tp segalanya cuma tersimpan dlm ruangan hati. aku tak layak untuk dia. jauh sangat beza antara aku dan dia. semoga dia bertemu seseorang yang sesuai dengan dia.

walau apa pun, kita pernah rapat suatu ketika dulu. pada ketika masih tiada perasaan antara lelaki dan perempuan. pada ketika kita tanpa segan silu bermain bersama. Insyaallah, kenangan tu tetap terpahat dalam hati. aku akan sentiasa ingat kau. moga kau berjaya dlm hidupmu. :)

No comments:

Post a Comment