Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Monday, July 30, 2012

apa guna kita puasa tp tak solat?


bukan seorang, bukan dua orang, tapi terlalu ramai umat Islam yang bila tiba Ramadhan, puasa bagai nak rak, tp solat, diendahkan mcm tu je. cuba la fikir, solat tu kan salah satu rukun Islam jugak. kenapa bila puasa, kita beria buat tp bila tang solat, kita tak ada rasa bersalah langsung meninggalkannya. solat tu kan tiang agama, mana boleh main tinggal macam tu je. puasa2 jugak, solat tu jangan sesekali ditinggalkan.

tp aku sungguh kesal bila melihat remaja2 belasan tahun yg langsung tak ada rasa malu tak puasa di khalayak ramai. remaja2 tingkatan satu dua yang baru balik sekolah, dgn selamba beli air kat bazar pukul 2 petang, takkan nak simpan sampai berbuka?? dah tu, kat tempat tersorok, p merokok pulak tuh. aku bersyukur sangat adik2ku tak macam tu. nasib baik diorang semua tu sekolah dengan ayah, dikawal pergerakannya, tak tahu la apa nak jadi kalau diorang salah pilih kawan. mahu rosak adik2ku.

dulu aku juga bukan seorang yang solatnya penuh lima waktu. aku akui, bukan mudah nak komited dan istiqamah, tambah2 di usia remaja yang sangat mencabar jiwa,hati dan iman. bila2 masa boleh terjerumus dalam lembah kehinaan. tp lama kelamaan kita akan sedar, betapa jauhnya kita dari Allah andai solat itu kita abaikan. mula2 mmg payah nak istiqamah, tp bila kita dah selalu amalkan, dah selalu buat, Insyaallah, kita takkan sekali2 tegar utk meninggalkannya lagi, malah kita akan merasa ralat sangat jika tertinggal satu waktu solat. 

dan pabila telah cukup solat lima waktu kita, kita gandakan lagi dgn solat2 sunat. alang2 kita online ke main game ke buat assignment ke sampai tgh2 malam tu, apa la salahnya kita buat solat hajat dua rakaat, kalau kita terjaga, tak salah kita buat solat tahajud, tenangkan hati, tenangkan fikiran. Insyaallah, Allah makin sayang pada kita. 

tak salah kan kalau masa bulan Ramadhan ni kita cuba ubah diri kita. cuba lebih dekat dengan Allah. malu la sikit kalau kita puasa, tp tak solat. malu dengan Allah, malu dengan diri sendiri. ingat satu benda je. kita ni hamba Allah, umat Islam, mana letaknya identiti kita sebagai umat Islam kalau kita tak solat penuh 5 waktu. jangan berlubang2. setiap waktu solat yang ditinggalkan itu, dosanya Masyaallah, sangat berat sebenarnya dosa meninggalkan solat ini. dan kalau kita tak solat, mmg confirm kita akan masuk neraka. tak payah nak fikir2 lagi, mmg confirm. tp jangan risau, Allah itu Maha Pengampun, andai sebelum ini solat kita tidak penuh, tidak sempurna, sering kita abaikan, maka berubahlah. selagi nyawa masih ada, selagi itu pintu taubat masih terbuka.

moga2 kita semua tergolong dalam golongan yang beriman. Aminnn.

ajarlah anak2/adik2 solat sedari kecil. melentur buluh itu biarlah dr rebungnya.

No comments:

Post a Comment