Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Sunday, July 1, 2012

dan aku terjatuh sendiri..




kadang2 aku terfikir , apa salah aku kat dia sampai dia merosakkan hidup aku? apa la salah aku sampai Allah hukum aku sampai cmni? aku bukan insan yg sangat kuat. beberapa kali aku menangis dlm sehari. nampak mcm aku tabah hadapi bnd ni, tp hati aku, diri aku, makin lama makin jatuh. aku belum cukup kuat. aku sangat2 tak kuat.

tolong bg aku peluang utk gembira dan bahagia. selama hayat aku, tak pernah aku mintak semua ni terjadi. bukan aku yg tulis cerita kehidupan ini. bukan ak mintak dipertemukan dgn org2 yg salah, dan bukan aku mintak dipertemukan dgn org yg aku sayang. paling penting, bukan aku minta utk jatuh cinta. ia datang tanpa diduga, dan pergi tanpa dipinta. 

kerana rasa cinta, hidup aku porak peranda. menyesal? ya, aku sangat menyesal. kalau boleh diputarkan balik masa,aku takkan sesekali buka hati ini utk menerima cinta. takkan.. 

kerana cinta juga, aku hilang diri aku sendiri. aku bukan lagi diri aku yg sentiasa ceria, yg dulu sangat teguh pendiriannya, sangat pintar akalnya, sangat manja, sangat berhati2 dlm membuat keputusan. aku hilang semua nikmat dan anugerah itu. dan kini, aku selemah2 manusia. aku mudah menangis walau hanya kerana satu perkataan. aku mudah terguris. dan aku mudah melakukan pengorbanan yg aku tahu hanya sia2. demi membahagiakan, aku deritakan diri sendiri. dan ya, kau takkan pernah nampak segala pengorbanan itu. biar ia tersisip dlm ruang hati, kerna aku ikhlas melakukannya..

perginya insan paling kau sayang, di saat engkau masih ada aku, membuat aku hampir terduduk, menangisnya engkau tatkala berbicara dgnku dlm telefon, membuat aku dihimpit rasa sebak yg sangat2 mendalam. seakan aku turut merasai pemergian itu walau aku tidak pernah bertemu orangnya. dan saat itu, tika itu, masa itu, aku berjanji pada diri aku sendiri, aku akan membahagiakan hidup kau, aku akan hilangkan kekosongan yg ada dlm hidup kau, aku akan buat kau tersenyum di saat kau sedih, dan aku akan mengisi setiap ruang hidup kau. menyayangi kau apa ada nya. menyelami perasaan seorang lelaki yg pernah menggetarkan hati aku suatu waktu dahulu...

kerana janji pada diri sendiri itu, aku tekad takkan berpatah balik. meninggalkan kau, merupakan satu perkara paling mustahil untuk aku lakukan. bersama kau aku belajar erti menghargai seorang manusia. di Kedah tercipta kenangan kita, di Perak ada kisah suka dan duka, dan di sini segalanya hampir terlerai. Namun utuhnya janji, mengikat kita. 

kata orang, masa itu penyembuh luka yang paling baik, tp tidak bagi aku. tiada apa yg dpt menyembuh luka di hati ini, melainkan orang yg melukakannya itu sendiri. sebesar mana kelemahan kau, sebanyak mana kau lukakan hati aku, aku masih tetap setia bersama kau, sbb aku dah ubah persepsi aku terhadap cinta, masa hari pertama aku jatuh cinta pada kau.

biarlah kau cinta terakhir aku. dua tahun bukan tempoh yg sekejap untuk aku kata ini bukan cinta, ini cinta monyet, ini cinta sia-sia. bahagia itu tetap ada selagi kau masih bersama aku. bukan wang ringgit pembawa bahagia, bukan pengorbanan kau yg aku damba, tp kesetiaan kau bersama aku, sentiasa ada di sisi aku, cukup memberi makna pada aku.

semoga Allah memberi pengakhiran yg baik pada kita. andai takdir ingin membawa kita bermain jauh lagi, aku mohon, Allah kuatkan aku. kerna aku sedar kini, tak semua yang kita inginkan, kita akan dapat. benarlah...

jangan berjanji ketika sedang gembira,
dan jangan membuat keputusan ketika sedang marah..
kelak kita akan menyesal di akhirnya..

No comments:

Post a Comment