Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Friday, July 6, 2012

hanya Allah yg tahu



aku tak tau kenapa aku sangat2 hilang fokus. pertama kali dlm hidup aku, aku mmg tak boleh study utk exam. td exam consti, sumpah aku taktau apa aku mengarut dlm tu tadi. dari semalam, aku tak boleh nak fokus study. buku depan mata, tp fikiran entah ke mana. i drink 4 cups of nescafe, 2 tin nescafe kuat yg mmg boleh buat tak tidur. and then, aku loya, muntah2. aku jalan sikit kepala aku pening. i don't know why this is happening to me. pertama kali time final exam, aku tak mampu buat dgn baik. malah aku tak fokus langsung utk study. seakan ada benda menghalang. :'(

aku sangat down skrg. aku rasa mcm aku taktau apa2. mcm aku tak pernah study apa2. aku hilang fokus and everything. dan smlm, badan sangat panas. loya, muntah, cirit birit. mmg aku tak mampu nak study. aku duduk atas meja study tu tanpa buat apa2. aku hilang rasa nak study, i lost my spirit. 

aku ambil wuduk. aku solat sunat. aku baca Al-Mathurat. tp still, aku tak mampu study. aku pergi exam td, seriously without prepared well. aku tak sempat nak hafal anything. aku tak sedar bila aku tertidur, then pukul 10 pg bangun, terus bersiap untuk pergi exam. masa nak pergi exam, bas takde, hari sangat panas. sangat2 panas. aku tunggu bawah bas stand tu, and aku perasan hidung aku berdarah. aku cpt2 lap, kepala aku dah start pening. exam start 2.45, jam dh pukul 2.30 tp still satu bas pun takde. dah la kami taktau dewan kat mana. 

kami sampai dewan Annex, dlm 3 minit before exam start. sakitnya kepala aku Allah saja yg tahu masa tu. soalan dia walaupun sbnrnya tak susah mana, tp aku tak dapat jawab dgn baik. banyak benda aku tak dapat nak ingat. sedihnya mmg tak dibayangkan. aku taktau knp tiba2 jadi mcm ni. like something happening in my life. 

balik exam, aku hantar msg kat mak suruh call aku. tp mak x call2. aku nak call mak, tp kredit tinggal 14 sen. nak topup aku takde duit, duit mmg betul2 tinggal utk makan. aku mintak kredit kat dia, tp dia tak bagi2. sumpah aku taktau nak cr mana kredit singgit utk aku call someone nak mintak semangat. aku sangat2 down actually. final exam, aku tak mampu jawab. bayangkan, before ni tak pernah mcm ni. tak pernah. :'(

Ya Allah harap Kau kuatkan aku untuk exam last seterusnya. aku risau kalau aku memang dah tak mampu dah fokus. aku risau kalau Allah dah tarik nikmat yg Dia bg. aku dah tak nampak jalan di hadapan......

No comments:

Post a Comment