Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Monday, July 23, 2012

hijrah, demi satu perubahan



lama sangat tak update blog.. rindu sangat.. skrg sibuk menulis novel Insyaallah. :) dah lama tak menulis. dulu masa sekolah menengah rajin sangat menulis. macam2 cerita dikarang. humm, skrg dah cuti sem. start 9hb July hari tu. macam2 dh berlaku actually lepas tu.

nak cerita satu2 pun, ada yang terlalu peribadi. tp Insyaallah, jika diizinkan Allah, bakal menjadi milik seseorang tak lama lagi. Rabu ni, jumpa ayah dia. nak bincang soal kami. tak lama lg, Insyaallah ayah dia akan datang rumah jumpa my dad. kadang2, aku keliru juga dengan semua ni. tp entah kenapa, perasaan itu walaupun keliru, tp bersetuju dgn apa yg telah dirancang. walaupun rasa mcm tak sedia, tp ada rasa lain yg lebih perlu diutamakan. 

aku kini cuba utk menjadi lebih baik. pakaian Insyaallah dilabuhkan. tidak mahu tubuh menjadi tontonan umum. tudung juga menutupi dada. dah rasa segan sangat nak pakai tudung bersilang sana sini. moga2 aku istiqamah melakukan semua ni. Ramadhan ni, aku nak kurangkan segala2nya. Facebook, dah takda makna dlm hidupku. aku buka pun sbb nak tgk notification group kelas, takut x alert tarikh daftar kos and result. blog pun, dah xda masa nak bukak. sibuk menulis novel. moga2 dpt siapkan sebelum habis cuti sem. novel ini, mmg diadaptasi dari cerita realiti. 

soal perasaan? mmg aku tak nafikan, menjadi punca utama aku sering gelisah. entahlah, aku ingin sekali pasrah dan serahkan segala2nya pada Allah. biar semua ditentukan oleh Allah. nak je aku tinggalkan segalanya. tp seriously, mmg aku tak mampu. aku tak mampu nak berserah. biarlah segalanya berlaku sperti apa yg dirancang, Insyaallah. kalau jodoh tu mmg kuat, sampai syurga bersamalah kita. 

semoga Ramadhan dan Aidilfitri kali ni lebih bererti buat kita berdua. walau apa pun yg terjadi, doa saya sentiasa untuk awak. sentiasa. moga Allah menyayangimu.

No comments:

Post a Comment