Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Tuesday, July 31, 2012

meski ku rapuh dalam langkah

Assalamualaikum..

aku berpegang kepada kata2 bahawa setiap manusia itu tiada yang sempurna. ada kala langkahnya pasti akan rapuh, pasti akan tersilap, pasti akan mengundang duka. namun jika timbul penyesalan, dia pasti akan cuba membetulkan langkahnya kembali. kita tak boleh menghukum seseorang atas kesilapan masa lalunya. itu antara dia dengan Allah, antara dia dengan orang yg telah dianiaya, atau menganiaya. kita ni hanya pemerhati, bukan penghukum. 

kalau kita selalu rasa resah, rasa hidup macam tak tenang, rasa tak tenteram, ada yang tidak kena dengan hati kita. hati ni, kita yang kawal. Allah milikinya, tp kita yang mencorakkannya, hitam ke, putih ke, tu semua kita yang tentukan. kalau hati tu masih lagi ada keinginan nak berubah, masih lagi ada keinginan utk membetulkan apa yang salah, masih ada rasa insaf, Insyaallah, hati kita tu belum terlalu hitam. belum terlalu dicemari. kita masih punya waktu untuk berubah. 

tapi macam mana kalau hati tu dah hitam? dah takda langusng rasa insaf, takda langsung rasa bersalah? ingatlah, ubat hati itu ada lima perkara. 

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

Ya Allah, aku sangat memohon agar Kau kuatkan imanku, bersihkan hatiku, agar aku tidak lagi tersesat dalam kehidupan ini. Ramadhan tahun ini, aku ingin sekali berhijrah menuju ke jalanMu, tp aku sangat takut andai aku tersesat lagi, terpaling lagi dalam dunia yang sangat mencabar ini. Aku benar2 takut andai aku tidak mampu menjadi hamba yang baik buatMu. dan rasa bersalah, rasa keinsafan itu seringkali menusuk2 kalbu, bagai ada yang tidak kena dalam diri ini. Maka aku bersujud padaMu Ya Allah, semoga apa yang aku lakukan ini diberkati dan dirahmati. aku ingin sekali tergolong dalam para bidadariMu kelak. 

aku sedar, diri ini masih terlalu jauh dengan syurga Allah, masih terlalu jauh untuk mencapai redhaMu, namun aku tetap akan berusaha agar diri ini tidak lagi terlalu lemah menangkis dugaan, tidak lagi terlalu lemah untuk melawan nafsu, melawan anasir2 jahat yang datang untuk menggoyahkan imanku. tidaklah aku ingin menjadi seperti gadis2 di luar sana, yang membuka auratnya tanpa segan silu, yang terlalu murah maruahnya, yang terlalu lantang bicaranya, yang terlalu berlebihan manjanya, yang terlalu leka dan lalai di luar sana, Nauzubillah, Kau jauhkan aku dari semua itu Ya Allah. aku tidak mahu membebankan ibu bapaku dengan dosa2 kerana tidak mampu mendidik anak sendiri menjadi insan yang soleh serta solehah. 

meski langkahku terkadang rapuh, meski tuturku terkadang berlebihan, meski sikapku terkadang menyakitkan, namun percayalah, aku ingin sekali menghapuskan Nurul yang dahulu, dan ingin sekali menjadi Nurul yg baru. tp semua itu bukan mudah, dan memerlukan masa. semoga Allah meredhai nawaituku untuk berubah dan menjadi yang lebih baik. aku kini sedar, tiada guna hidup sekadar untuk bergembira di dunia, dan menderita di akhirat kelak. 

segagah manapun diri, bukanlah pahlawan jika nafsu tidak dapat dilawan
setinggi manapun darjat, bukanlah mulia jika tiada iman di dada
walau setinggi langit pun ilmu, bukanlah bijaksana jika tidak diamal dan diguna
dan sealim mana pun akhlak, bukanlah ulama jika takbur dan riak. 

Salam Ramadhan dari saya. :)

No comments:

Post a Comment