Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Wednesday, July 25, 2012

orang tua lebih bijak merancang




today, i meet his dad. rasa macam pelik bila mampu duduk berbincang dengan ayah dia tp tak mampu nak duduk berbincang dengan ayah sendiri. pendekatan yang mereka gunakan sangat berbeza. both have pros and cons. betul jugak cakap ayah dia, kalau pakcik guna cara yang sama ayah wani guna dekat topek, mesti lain hasilnya. mcm tu jugak dengan ayah wani, dia ada cara sendiri utk berbincang dgn anak dia.

memang kami berdua ni dididik dengan cara yang berbeza, matlamatnya saja sama. cuma yang aku respek, ayah dia dah siap rancang masa depan utk dia. so bermakna sama ada dia habis diploma atau tak, sama saja. tiada beza. lainlah aku, tanpa degree, aku tak tau la apa akan jadi pd aku kelak. kalau suami tanggung sepenuhnya tak pa la jugak. kalau dah hidup seorang2, mmg terumbang-ambing la takda keje. so degree tu penting buat aku. sangat2 penting. 

hmm. Insyaallah, apa aku buat ni, berdasarkan apa yang aku rasa, setelah meminta petunjuk macam2, meminta pandangan ramai orang. cuma aku terkilan sebab keluarga sendiri masih belum memahami apa yang aku benar2 perlukan. tp bak kata ayah topek, it takes time. dan mungkin ayah faham, cuma ayah tak sedia untuk memahaminya, atau macam2 lagi la andaian yang keluar dari kepala otak aku ni. 

cuma apa yang betul2 aku harapkan, moga2 aku istiqamah dlm perubahan ini. 

"... Wahai lelaki jika kamu mahu mencintai diriku, aku mahu kamu mencintai KEKURANGAN ku melebihi KELEBIHAN ku.. Mencintai KELEMAHAN ku melebihi KEKUATAN ku. Mencintai KEBURUKAN ku melebihi KECANTIKAN ku. Mencintai KEKHILAFAN ku melebihi KESEMPURNAAN ku. Kerana untuk mencintai segala yang TERBAIK biarlah kamu hanya CUKUP mencintai Allah (SWT), bukan diri ini yang TIADA APA KELEBIHANNYA ..."

No comments:

Post a Comment