Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Tuesday, August 28, 2012

26 ogos- terima kasih.


masih terngiang kata2 ayah dan mak tiri anda.. masih terngiang saat berada di Villa saudara anda. pabila saudaramu di sana bertanya , "ini siapa pik?"

dan dengan senyuman anda menjawab "ni la bakal sedara kita." hati yg diselaputi benci, sakit hati, bagai sungguh runtun, sebak rasa hati. dan dengan bangga anda menyatakan pada mereka "bakal lawyer ni nek." 

padahal sebelum itu.. "lame da ke ko sampai?"

"baru je."

"wey ko pehal ckp camtu kat bapak ko?"

"ko ni knp hah? nak memain ngan aku ke hape??" 

sungguh tidak aku menyangka, pertemuan Ahad itu mengubah segalanya. kau pertahankan aku depan ayah dan mak tiri kau. kau setia dengan keputusanmu. kau tak pernah mungkir janji sebenarnya. aku yg mereka cerita, kerana aku tidak merasa bahagia. 

dan hari itu juga.. aku melihat apa yg selama ini aku tidak nampak. kasih dan sayang yang ditutup oleh ego, benci dan sakit hati.

"takde sikit pun ke rasa sayang ko kat aku?" aku bertanya.

"i always and still love you, no matter what happened." dan sungguh, setitis air mata mengalir.

dan saat aku membuka dompetnye di rumah kawan aku. kawan aku perasan ada gmbar seorang perempuan dalam dompet dia. " gambar sape tu weh?" tanye kawan aku. 

dalam hati aku, terasa sungguh bersalah sekali. mati2 aku ingatkan dia dah lupakan aku selama dua bulan ni, mati2 aku ingatkan aku dah takda tempat dalam ruang hati dia, mati2 aku ingatkan dia buat aku macam tak wujud. 

"gambar sape lagi, gambar awek aku ler. dia ni ha. ini katenye tak sayang, dalam hp, dalam laptop, penuh gmbr dia aje" dia jawab. dan aku mengukir senyum.

kalau tak sayang, kenapa masih simpan gambar saya?
kalau tak sayang, kenapa masih setuju jumpa saya?
kalau tak sayang, kenapa tak terus buang saya?
kalau tak sayang, kenapa bawak saya jumpa family? 

sungguh, 26 ogos akan kekal terpahat dalam ingatan.

Monday, August 20, 2012

dialog sesaat


percaturan hidup tiada siapa yg tahu, hanya Allah Maha Mengetahui. hanya Allah. hanya sesaat, kata2nya begitu menikam sanubari. apa yg aku sangkakan, apa yg aku rasakan, sebenarnya salah sama sekali. tp perasaan aku tak menipu, aku sudah jauh meninggalkan dia. jauh sangat.  

msg aku kpd seorang teman tadi, yg mengharap aku memberi DIA peluang.
" dah lame sgt ak hilang cinta aku pada topek..lme sangat..kami berhubungan, tp tak saling menyayangi. "

dan itu ternyata kontra dengan kata2 dia pagi tadi.

"dua tahun ko sanggup tggu, nape skg susah sgt nak sabar??" tanya dia setelah aku desak utk buat apa yg aku nak.

" sbb dua tahun yg dlu, aku sayangkan kau. tp skrg, aku tak sayangkan ko. aku benci ko! and ko pun bkn sayangkan aku dah kan"

" mane ko tau? sape ckp? dua tahun aku dgn ko, tipu sangat lah kalau aku kata aku tak sayangkan kau. aku sayang ko sbnrnya, cuma ak x suka dgn sikap ko."

aku bagai terpukul, sangat terpukul. sedang hati aku, sangat berbelah bahagi. dia atau dia. 

dilema. dilema. dan dilema. 

Allah memberi petunjuk yg jelas..

Ramadhan dah pun berlalu pergi. Syawal kini menjelma. sepanjang bulan Ramadhan, pelbagai petunjuk Allah  SWT dah berikan pada aku. sungguh, satu demi satu aku ditunjukkan kebenarannya. Allah memperlihatkan apa yg aku tidak tahu sebelum ini, Allah menunjukkan apa yg aku sangkalkan selama ni. dan makin hari, aku semakin melihat pelbagai kelemahan di dalam dirinya. membuatkan aku benar2 dalam dilema. 

dan yang kedua, Allah memperlihatkan aku tentang seorang lelaki ini. Allah membuka mataku seluas2nya utk melihat, lelaki yg sangat2 menyejuk mata. tiba2 sahaja pada suatu hari, aku ternampak status lelaki ini di facebook. tiba2 sahaja, hati aku terdetik utk menghantar chat pada dia, mengucapkan selamat hari raya, tiba2 shaja, kami bersembang tentang kenangan dulu2.. dan tiba2 shaja, dia mengakui sesuatu yg dia tak berani nak nyatakan dlu, dia akui dahulu dia pernah sukakan aku. tp itu dahulu, semasa masih belum ada perasaan apa2 di antara lelaki dan perempuan, itu dahulu, 10 tahun yg lalu.

kini, 10 tahun dah berlalu, aku seorang perempuan, dia seorang lelaki. ajnabi. tak mungkin dia masih sukakan aku. tak mungkin juga aku layak utk dia, lelaki sebaik dia. :'( tp sungguh, Allah tunjukkan aku kebaikan dia, terdetik hati aku nak melihat album gambar2nya di facebook, dan MasyaAllah, kagumnya aku pada lelaki ini, yg satu ketika dulu hanyalah seorang kanak2 nakal. Allah kurniakan dia suara yg merdu, yg lunak bacaan Al-Qurannya. Allah memberinya kelebihan dalam bertilawah. Allah tingkatkan keimanannya. dan Allah memperlihatkan aku betapa dia seorang anak yg soleh, yg mentaati kedua ibu bapanya, yg mendahulukan ibu bapa. betapa jauh perbezaannya. betapa jauh Allah ingin menunjukkan perbezaannya antara dia dan dia. :'(

sungguh, aku pernah sukakan lelaki ini 7 tahun yg lalu, ketika aku di tingkatan satu. dan kini, apa mungkin hati ini terbuka kembali buat dia? Masyaallah, sedang aku masih ada seseorang itu, masih lagi belum terlerai ikatannya. cuma Allah sudah menunjukkan apa yg septutnya aku sedar 2 tahun dahulu. Allah bagai memberi petanda yg sangat jelas di bulan Ramadhan yg mulia. 

seorang lelaki yg baik, adalah lelaki yg benar2 beriman kpd Allah SWT, mampu menjadi imam dalam solat, mampu membaca Al-Quran dgn baik, bahkan menghafaznya, sopan tutur katanya, sejuk mata pabila memandangnya, tiada status2 gatal di facebook, tiada akaun facebook sampai dua tiga, tidak leka dan lalai dgn dunia, menghormati perempuan, mampu menjadi anak yg baik, yg mengutamakan keluarga sendiri, yg menyejukkan perut ibu mengandung dgn kejayaannya. sungguh, semua ini ada pada dia yg pernah ku sukai 7 tahun lalu, bukan pada dia yg aku cintai 2 tahun lalu. T___________T

permainan takdir ini kekadang rumit. bagaimana utk aku katakan pada dia yg pernah ku suka itu, aku inginkan dia menjadi zaujku? dan bagaimana pula aku ingin katakan pada DIA .. DIA bukan lelaki pilihan? Ya ALLAH, tp jauh di hati kecil ini, masih ada ruang buat DIA. masih ada doa buat DIA agar DIA berubah satu hari nanti. tp yg menjadi kekangan, mampukan DIA berubah? akan terbukakah hati DIA utk berubah? 
moga Allah tunjukkan aku jalan yg sebenar2nya. apa pun itu takdirnya, aku REDHA. dengan izin Allah, aku akan belajar erti REDHA. sebab setiap yg diaturkan Allah itu adalah yg terbaik. :') InsyaALLAH.


selamat hari raya dari adik beradik vampire. (mata red-eye sume) :p


family is everything. the one who should come first. 

Friday, August 17, 2012

kena kat batang hidung sendiri.


semalam,  28 Ramadhan, hati aku terdetik untuk baca satu artikel ditulis dalam satu blog nie.
tajuknya, "Antara maruah dan gambar pakwe".

Ayat pertama sudah sangat membuka mata, membuka hati yg tertutup sangat2 sebelum nie.

Pakwe. Boyfriend. Teman lelaki. Marka. Balak.
Namakan apa saja. Ia tetap bukan seorang lelaki yang sah, bergelar suami. Tahap, taraf dan martabatnya seinci pun tidak sampai ke kedudukan itu. Untuk ditaati, dihormati, disayangi, dirindui, langsung tidak berkelayakan. Itu syariatullah yang harus diakui oleh semua orang.

Siapakah insan yg kita panggil boyfriend itu? Hanya seorang lelaki yang kita baru kenal, BARU KENAL!!! bukan mak ayah kita yg dah lama kita kenal sejak kita membuka mata di dunia ini. lalu kenapa kita sangat dekat dgn boyfriend kita tp makin jauh dgn ibu bapa kita? ALLAH, hinanya aku dulu!!!!

Dalam blog, selain pelbagai widget di kiri atau kanan, gambar sendiri diedit cantik dan dipamerkan. Ditambah lagi satu, gambar kekasih hati turut sama terpampang. Gambar ‘budak lelaki’ itu juga diedit cantik dan ditulis pelbagai kata cinta di atasnya. Sangat gedik dan geli. Gejala sama turut menimpa para facebookers. Gambar profil berpurdah hitam dengan paparan mata yang konon menawan. Berpurdah katanya. Di bawahnya pula, status ‘in a relationship’ tertera penuh bangga dengan lelaki yang bukan suaminya.

Haa ambik kau wani! ambik kau! dulu facebook penuh gambar pakwe, penuh gambar berdua. dgn bangga aku letak "in a relationship with".  dalam blog penuh gambar dia. sidebar siap ada gambar dia. inikah lelaki yg aku bangga2kan?? dalam facebook lebih banyak gmbr pakwe dr gambar mak ayah. ASTAGHFIRULLAHALAZIM. jahilnya aku!

Analogi yang selalu kita dengar, syariat itu umpama papan tanda di lebuh raya. Bayangkan apa akan terjadi, jika lori balak sama-sama bersaing di laluan kanan bersama motosikal dan kereta? Bayangkan pula, jika semua orang bebas memandu ke arah mana yang mereka suka, tanpa ada lampu isyarat ataupun papan tanda?
Begitu juga. Bayangkan bagaimana jika wanita yang seharusnya lebih mahal dan lebih tinggi sifat malunya, membakulsampahkan kesemua sifat tersebut di hadapan lelaki? Dan situasi ini sebenarnya telah banyak terjadi dan terus terjadi, terutama di kalangan gadis remaja kita.
Gejala mempamerkan wajah sendiri telah banyak diingatkan sebagai membahayakan maruah. Pelbagai bukti printscreen ditunjukkan bagaimana gilanya manusia yang mencuri dan membuat editing pada gambar-gambar kaum hawa. Namun kedegilan yang sama terus dipertahankan. Bahkan bertambah, dengan trend meletakkan bersama gambar teman lelaki masing-masing.

Bukak mata tu luas2 wani. mana pergi sifat malu kau? mana pergi sifat pemalu yg patut dijaga selama ni? tayang gambar pakwe sana sini, gambar berdua sana sini.  pamerkan kemesraan dalam facebook. apa itu sifat yg patut ada pada wanita solehah??? sungguh, tidak akan aku ulangi perbuatan ini. cukuplah sekali aku pernah tersasar. ku sedar kini, diri ini harus menjadi seperti mawar, indah di pandangan, namun terjaga dek durinya, sukar disentuh, biar menjadi seperti mawar berduri. sungguh, aku menyesal yang teramat sangat.

Menjadi trend, di usia remaja wajib punya pasangan. Seawal tingkatan satu, sudah punya teman istimewa dan diisytihar merata-rata. Bahkan ada juga yang memanggil budak lelaki mereka sebagai ‘hubby‘ atau suami. Kemudian, putus di tengah jalan. Lalu ditulis pula status-status penuh kesedihan.
” Saya relakan awak pergi. Mungkin kita tiada jodoh. Saya redha dengan suratan Ilahi. Kalau kita cintakan seseorang, kita pasti akan sanggup lepaskan dia untuk melihat dia bahagia..”
Gurindam putus cinta dari anak remaja yang baru tingkatan tiga.
Tidak berapa lama, gambar berganti. Dapat pula teman lelaki yang lain. Dapat boyfriend baru. Cinta berputik kembali. Gambar ditayang lagi. Hanyut kembali dalam ombak perasaan yang tidak bertepi.
Muliakah anda dalam situasi itu? Tinggikah nilaian anda dengan melakukan perkara seperti itu? Tenang dan damaikah jiwa anda dengan mainan perasaan seperti itu?

Seawal usia 16 tahun aku memulakan perhubungan pertama aku. dan kecewa betul2 8 hari sebelum SPM. hancur harapan aku utk mendapatkan 10A, kerna leka bermain cinta. itupun Allah masih menyayangiku, tidak dia biarkan aku gagal, masih diberi aku peluang utk berjaya. walau hanya kurang lagi 3A utk straight A.
menyesal? ya, sangat2. tp hati dan minda masih bodoh, utk tak nampak apa yg Allah nak tunjuk. CINTA tu MELALAIKAN!!!!

 Bercinta dan berhubungan dengan bukan mahram adalah satu dosa, dan mengisytiharkan dosa itu dengan bangga di khalayak ramai menambahkan satu lagi dosa. Di sebaliknya, maruah anda sebagai wanita sedang terhina.
Kembalilah pulang.
Masih belum terlambat untuk beralih memperbaiki kesilapan. Buang lah kesemua gambar teman lelaki anda kerana tidak ada apa yang hendak dibanggakan. Bangga sangatkah mempamerkan perlanggaran hukum Tuhan? Di facebook juga begitu, berhentilah dari status ‘ in a relationship ‘ dengan kaum adam yang bukan mahram. Lebih parah jika sampai tahap status ‘ married to ‘ yang tergamak dipaparkan dengan lelaki yang tiada ikatan.
Saya kasihan, kerana saya yakin, dalam diri mereka ada kecintaan kepada Islam. Dan mudah-mudahan, artikel ini mampu menyuntik sedikit kesedaran. Sayangilah diri anda sebagai kaum hawa yang dimuliakan Tuhan. Moga Allah memberi kekuatan untuk melakukan perubahan.

Astaghfirullahalazim. betapa lalai dan lekanya aku selama ini. hanyut sejauh2nya. benarlah, usia remaja begitu mencabar. sangat mudah tergoda dan terpengaruh dengan nikmat dunia. Ya Allah, berilah aku kekuatan, utk menjadikan ini yang terakhir kalinya. tidak akan ku ulangi lagi semua ini. berilah aku kekuatan itu, agar bisa aku menjadi anak yg solehah, perempuan yg baik, dan isteri yg menyejukkan mata.

Ya Allah, jadikan ini yang terakhir, Jadikan ini sempadannya Ya Allah. T____T

Amin.

Thursday, August 16, 2012

40 kesilapan ibu bapa


1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
39. Tidak tegas mendidik anak-anak
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama



Dipetik dari buku '40 kesilapan mendidik anak'
oleh Dr. Hassan Ali, AKRAB 1996


jangan biarkan aku jatuh cinta


Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.


Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta. 


Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga. 


Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi 


Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.


Ameen Ya Rabbal Alameen....

pengorbanan atau kebahagiaan?



sayangnya, pengorbanan itu juga mungkin membawa derita.
peliknya permainan takdir, aku tak kisah jika bahagia tu dah hilang, 
tp kenapa hati tak pernah berhenti mengharap?

orang semua takkan pernah mengerti apa yang aku rasa.
apa yang dia rasa.
apa yang kami rasa.
sumpah, kita dah terlalu jauh. terlalu jauh.
tapi, setelah segalanya yang berlaku, mampu ke kita berpisah?

sesungguhnya genetik XY dan XX ni mmg tak sama.
tp ada satu yg sama.
dua2 EGO.

eh ini bukan pengorbanan seringgit dua.
tp bukan juga pengorbanan wang ringgit seribu dua ribu.
ini pengorbanan masa depan.
cerah atau gelap lepas ni, Allah saja yang tahu.
tp dia mengorbankan masa depan dia untuk masa depan aku.
apa itu? perlukah aku sia2kan?
sedangkan tiada cinta antara kita lagi. benarkah? itu Wallahualam.

aku bersorak gembira apabila melihat dia menjatuhkan ego.
aku tersenyum sinis saat aku menang!
dan sejujurnya aku selalu menang, dia selalu kalah.


salah!
seribu kebaikan dia yg sentiasa aku cari saat dia buat air mata ini mengalir.
walau seribu kejahatan dia buat, tp satu kebaikan itu juga yg aku fikirkan.
membuat aku tidak mampu melepaskan.

salah!
walau dia sabar melayani 1000 karenah aku, tp dia juga punya hati dan perasaan.
sampai masa rasa cinta itu akan hilang.
setelah lama terpendam rasa kecewa.

sekarang aku sangat buntu.
apa aku harus tetap pilih dia?
sedangkan aku mmg terpaksa pilih dia.
apa aku harus tetap pilih jalan ini,
sedang aku tahu, ini bukan jalan bahagia.

dan paling penting, mampukah hati ini REDHA dgn ketentuan Illahi?
mampukah hati ini REDHA andai dia bukan ditakdirkan untukku?
sebenci2 aku pada dia, dia pernah bahagiakan aku.
sejahat2 dia, dia pernah ada waktu suka dan duka aku.
walau itu semua tinggal kenangan, tp sumpah, tetap terpahat dalam ingatan.

perlukah segalanya diakhiri setelah dia mengorbankan masa depannya?


Ya Allah, berilah jawapan terbaik buatku. 




Wednesday, August 15, 2012

APA YANG TERJADI PADA TUBUH KITA SETELAH DIKUBURKAN


Sesungguhnya mayat di dalam kubur akan melalui beberapa fasa perubahan. Berikut ini adalah fasa tersebut secara ringkas sejak malam pertama di alam kubur sehingga 25 tahun berikutnya.

Malam Pertama
Setelah dikuburkan, pembusukan bermula pada daerah perut dan kemaluan. Subhanallah, perut dan kemaluan adalah dua hal terpenting yang anak cucu Adam saling bergulat dan menjaganya di dunia. Setelah itu, jasad akan mula berubah menjadi hijau kehitaman. Setelah berbagai solekan dan alat-alat kecantikan semasa hayat di dunia, setelah meninggal dunia manusia hanya akan memiliki satu warna sahaja.

Malam Kedua
Anggota-anggota tubuh yang lain seperti limpa, hati, paru-paru dan lambung akan mula membusuk.

Hari Ketiga
Anggota-anggota tubuh mula mengeluarkan bau yang busuk.

Setelah Seminggu
Wajah dan mata mula membengkak.

Setelah 10 hari
Tetap terjadi pembusukan pada pada anggota-anggota tubuh.

Setelah 2 MingguRambut mulai gugur. Lalat hijau mulai mencium bau busuk dari jarak 5 km dan ulat-ulat pun mula menutupi seluruh tubuh.

Setelah 6 Bulan
Semua anggota telah tiada yang tinggal cuma tulang rangka sahaja.

Setelah 25 Tahun
Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji, dan di dalam biji tersebut, anda akan menemukan satu tulang yang sangat kecil disebut ‘Ajbudz Dzanab’ (tulang ekor), dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh ALLAH SWT pada hari kiamat.

Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH, inilah tubuh yang selama ini kita jaga.
Inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kepada ALLAH dengannya.
Oleh kerana itu, janganlah biarkan umur dan jasad kita dalam keadaan sia-sia janji ALLAH adalah benar.

Ya ALLAH, Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agama-
MU. Ya ALLAH, jadikanlah kuburan kami sebagai satu taman dari taman-taman syurga dan jangan jadikan ianya sebagai satu lubang dari lubang-lubang api neraka.
Aaamiiin Ya Robbal Alamiiin.

mati


selera aku mati.
jasad aku mati.
fikiran aku mati.
hati aku mati.
dunia aku mati.
anganku mati.
segala-galanya mati.

aku mati , walau jasadku masih hidup.
aku mati, sebab aku benci diri sendiri. 
yeah, i hate myself and to be truth, i hate my life now. 
pathetic. 

Tuesday, August 14, 2012

Monday, August 13, 2012

cara nak dapat A subjek ADD MATH


tahukah korang apa itu ADD MATH atau lebih mesra dipanggil Math Tamb dlu? itulah subjek yg paling digeruni oleh student pure science and yg mengambil add math. persoalannya, mengapa Add math ni susah dan menyusahkan? sebab, dari awal kita dah dihasut oleh senior2 dan cikgu2 bahawasanya Add Math ni susah. maka wujudlah satu perasaan dalam hati, yg mana kita akan rasa, "alah, malas tol la time add math ni, da la susah", "aduh, aku tak faham satu ape pun cikgu ajar ni, add math ni susah ar", "ee susah betul ar homework add math td, nyampah tol subjek nih". see? brape banyak perkataan susah korang sebut, mmg jadi susah la dia. HAHA.

tp rilek2. aku dlu pun camtu gak. benci nak mati la kat add math nih. sampai aku terfikir, siapalah manusia yg mencipta subjek add math ni? mengapakah dia tergamak mendera pelajar2 seperti kami? kekadang penat2 buat jawapan berjela2, tp salah. fuh, time tu serious shit rasa nak peronyok kertas. okey2 enough with the kemerapuan. skrg, kita blaja cara2 nak dpt A or at least, kredit.

first, the very2 the first, korang kena fokus gila apa yg cikgu ajar dlm kelas. trust me, klu x fokus, mmg korg out. melainkan kalau kat rumah korang ada kakak or abang yg pandai add math, yg boleh tolong terang balik apa yg cikgu korg ajar dlm kelas td. huahua. aku lettew, selalu jd mangsa adik aku. pdahal sumpah aku dh lupa, yg aku ingat simultenous equation jaa. huhuh. almaklumlah, skrg dh amek LAW. mane pakai math2 dah. satu nombor pun tak nampak dah. 

second, korang kena buat soalan past year and trial SPM dari negeri lain banyak2. BANYAK2 ye adik2, bukan satu dua set je. lebih 20 set korang kena buat at least. aku dlu, masa time SPM, aku ingat lg, buku soalan past year warna kuning keluaran SASBADI, ex bf aku yg belikan. masa nak dekat SPM, rasanya dlm lebih kurang sebulan before SPM, time tu mmg aku pulun gila buat natang ni. sbbnye, cikgu target SPM aku dpt 40 je utk add math. huih, mmg tercabar jiwa raga aku time tuh. tu yg aku bertekad gila2 nak maju tuh.

ha, lupa nak bgtau. kenapa kena buat soalan PAST YEAR? sbbnye, soalan SPM ni dia berulang2 je sebenarnya. formatnya sama je setiap tahun. dah boleh tau dah num 1 soalan jenis apa yg akan kua, num dua soalan apa. camtu la kirenye. so kalau korang buat past year, secara tak langsung korang dah familiar dgn kertas exam real nanti, so automatically korang dah boleh agak soalan apa yg akan kua. just number and rajah dia je yg akan berbeza tiap2 tahun. see, how senang SPM is? :)

third, kena jugak buat koleksi soalan ramalan SPM. haa, yg ni as back up plan korang. alah. bukan susah pun, seminggu korang leh habis buat satu buku. sebenanrnye best tau kalau kita betul2 hayati add math ni. aku bila dah tergoda dgn subjek ni, mmg dua tiga jam aku sanggup ngadap koleksi soalan buat natang ni, sampai makan tidur pun tak. sbb best sbnrnye, tmbh2 bila kita punya jawapan yg panjang berjela tu betul, mmg heaven gila rasa. try la, it's worth. :)

fourth, berbaiklah dgn cikgu add math korang. jangan korang kata dia ajar tak best la, korang tak paham langsung pe dia ajar lah, kesian dia ajar penat2 kat whiteboard tuh. bersungguh2 dia nak terangkan kat korang bg paham, tp korang ngata dia macam2 lak, tak elok la lagu tuh kan. KEBERKATAN tu kan penting. aku dulu, nama cikgu add math aku, Pn Azalina Aziz. baik cikgunya. aku rapat gak dgn dia. memula aku pun tak brapa paham dia ajar. tp lama2, aku dah boleh tangkap cara dia. bila kita tak paham, PLEASE tanya. jangan diam and buat tak tahu. kecuali korang ada kakak or abang yg pandai kat umah yg bley tlg ajrkan. 

dan yg terakhir, korang kena menCINTAI subjek ni lebih dr korang cintakan boyfriend tak guna korang time sekolah tuh. serious shit, bila korang dah cinta subjek ni, dah suka subjek ni, automatically korang tak akan rasa puas bila buat soalan2 add math. aku mmg suka bnd2 yg mencabar keupayaan otak ni, sbb tuh aku mmg work out utk add math menjelang SPM dlu. dan alhamdulillah, pengorbanan aku dulu tak sia2. korang try lah, serious, hasilnya nanti akan buat korang puas hati sangat2. 

adik aku pun SPM taun ni. ambik pure science gak. so aku dpt rasa ketensenan korang tambah2 dgn killer subjek mcm ni. jgn risau, selagi kerajinan tu masih ada, Insyaallah peluang utk berjaya tu terbuka luas. :)
# and please jaga hubungan dgn ALLAH dan hubungan dgn manusia tambah2 ibu bapa kita. keberkatan tu paling penting, berserta doa dan usaha.  good luck guys!

Saturday, August 11, 2012

random - pergi mampus dgn cinta!


Pagi ini, lepas Subuh, aku terkaku atas sejadah. Rasa ini, amat sukar ditafsirkan. Amat sukar utk dihuraikan. Aku bagai hilang dalam dunia lain. Rasa ini, begitu menggugat diri. Dan secara tidak sengaja, pandangan mataku tertancap pada deretan novel atas almari buku dalam bilikku. Ya, deretan novel2 itu, HLOVATE.

Tanpa sedar, kucapai aA+bB, menyumbat telinga dgn earphone, berbaring di atas katil sambil membaca novel. Rutin yang telah lama kutinggalkan. Indahnya hidup ini, andai hari2 ku seterusnya hanya seperti ini, berbaring malas atas katil, sambil telinga disumbat earfon yang mendendangkan pelbagai jenis lagu, membaca novel, bagai tiada apa lagi yang perlu difikir. Tp nikmat seperti ini tidak datang selalu, aku lupa, aku ini pelajar, pelajar undang-undang, rutinku selepas ini pasti dipenuhi dgn bacaan deretan kes-kes dari England dgn nama yang sangat sukar utk dihafal, dgn pelbagai akta dan element yang perlu difahami, ya, pasti masa aku bukan seperti ini lagi.

Dan kesempatan yang ada ini, ku hayati sepenuhnya. Novel yang sudah puluhan kali ku khatamkan itu, masih lagi aku dalami dan hayati sesungguhnya. Watak Addin dan Benz bagai dilakonkan dalam ruang minda, sesekali aku ketawa, sesekali juga aku menangis, dan terkadang aku terfikir, betapa indahnya andai aku dapat menjadi seperti Addin, yang kebal dek cinta, yang tak percaya that a relationship can exist between a man and woman. Dan satu kata-kata Benz yang bermain dalam ingatan, “Didi, nanti bila u jatuh cinta, bgtau i. I nak tengok macam mana cinta cairkan besi.”

I wish i am the iron. Not easily melted. Especially to love. And to be loved. Kejam kan hidup ini? Kadang2 dia tak bagi kita peluang utk bahagia pun. Dan tika itu, lagu Adam, Benar-benar cinta bermain dalam senarai playlist mp3, spontan aku tersebut “pergi mampus dgn cinta!”  

Dan saat ini aku benar-benar berharap, andai cinta sesama lelaki dan perempuan bukan mahram itu tidak akan pernah wujud. Ia akan selamatkan banyak hati dan jiwa dari terluka dan tersiksa. Tapi siapalah aku nak menentang fitrah kejadian manusia, andai rasa cinta itu hadir, siapa yang mampu menolaknya, siapa yang mampu menafikannya.

Dan helaian pertama novel itu sungguh terasa ingin aku koyak dan carik-carik. “I love you, Saya cintakan awak, Aishiteru. 5:30, 18 November 2010”. What the hell? Pergi mampus dengan cinta!

The End.

Random writing. Forgive me, for not forgiving you.  

Thursday, August 9, 2012

aku benci bila..


Aku benci bila setiap pagi aku bangun tidur, perkara pertama yang terlintas di fikiran aku adalah dia. Aku benci sangat rasa tu!

Aku benci bila setiap kali aku pandang handphone, aku pasti ternanti2 msg dari dia. Even aku tahu takkan ada, tp aku tetap berharap. Dan aku benci bila harapan tu hancur!

Aku benci bila setiap kali aku bukak folder gambar, pasti akan ada gambar dia. Aku benci sebab aku tak mampu nak buang semua kenangan. Aku benci bila setiap gambar dia, mengukir senyuman di wajah aku ,even aku sangat bencikan dia, aku benci sangat!

Aku benci bila setiap kali aku nampak motor yang sama macam motor dia, aku akan teringat kat dia. Aku benci sebab motor tu yang banyak berjasa pada aku, bawak aku sana sini., aku benci bila aku tak mampu nak padam semua kenangan tu.

Aku benci bila setiap apa yang aku lakukan, pasti berkaitan dia. Aku benci bila aku masuk kedai yang sama aku pernah masuk dgn dia, aku akan teringat setiap gurauan, setiap gelak tawa, setiap rengekan nak itu nak ini. Ya Allah, sungguh aku benci bila bayangan dia sentiasa ada di minda.

Aku benci bila aku baca novel Hlovate, aku pasti akan teringatkan dia. Sebab dia yang belikan semua novel tu. Dan paling aku benci helaian pertama novel2 itu, pasti akan buat air mata aku mengalir! Ya, kerna dia menulis coretan di helaian pertama itu, dan tarikh buku itu dibeli. Astaghfirullahalazim, susahnya aku nak melupakan semuanya.

Aku benci bila aku kemas2 buku Law aku, semuanya dia yang belikan. Dia yang sanggup turun dr kedah ke Shah Alam, bersama baucer buku dia, utk beli semua keperluan buku aku. Aku benci bila aku selak2 buku tu, ada terselit resit pembelian buku di Kinokuniya, KLCC. Aku benci bila aku teringat, betapa dia beratur panjang utk membayar semua buku tu, aku benci bila aku teringat senyuman dia, gurauan dia. Aku benci Ya Allah, aku benci semua tu.. :’(

Aku benci bila aku pandang kad pengenalan sementara aku. Sebab aku buat semua tu dengan dia. Aku benci bila tengok muka aku dalam IC tuh, dia yang ketawakan aku, kata “konon comel la?” sambil tersenyum. Aku benci bila aku teringat balik masa IC dan kad ATM aku hilang, dia yang bawak aku ke balai polis, ke JPN, ke bank, semua dia yang uruskan. Aku benci bila semua tu tak pernah padam dr minda. Aku benci!!!

Aku benci setiap kali aku lalu kedai cd tempat aku kerja dulu, sbb kat situ banyak kenangan aku dan dia. 
Aku benci sebab aku pasti akan teringat, masa dia bawakkan bekal makanan utk aku time aku keje, masa dia teman aku kerja sambil tgk movie sampai balik, masa kami pergi dinner makan chicken chop sama2 lepas aku kerja, masa dia datang pukul 5 petang, belikan keropok and air, makan sama2 dalam kedai. Aku 
benci semua kenangan tu! Aku benci sebab aku tak mampu nak lupakan segalanya..

Aku benci bila aku tengok orang lain bahagia, sebab aku pernah rasa kebahagiaan tu, bersama dia. Aku benci bila tengok pasangan lain bergelak tawa, sebab aku pernah lalui lebih dari itu. Aku benci bila pandang gambar pasangan lain, sebab aku pernah bahagia macam tu, dan aku pernah sangat bahagia.. aku benci sebab skrg, kebahagiaan tu makin jauh, dan terus jauh. Aku benci sebab aku takkan bahagia!

Dan yang paling aku benci, aku benci bila setiap kali aku tanya dia, “kau benci aku?” dia tak pernah jawab ya. Aku benci bila dia tak pernah membenci aku., sedangkan aku teramat2 membenci dia. Dan aku benci bila aku tipu diri sendiri, aku benci bila aku cakap “aku tak cintakan dia!! Aku bencikan dia!!” sebab ternyata hati aku tak akan pernah membenci.. tak akan sekali2 membenci dia. Aku benci bila aku tak mampu membenci, org yang paling ingin aku benci..

Ternyata, aku tak akan pernah mampu membenci, walaupun aku benci setiap kenangan, benci setiap memori, benci  setiap tutur kata yang menyayat hati. Aku tak akan mampu membenci, sebab hati ni, dah terlanjur menyintai. Sebab diri ini, dah terlanjur menyayangi. Dan sebab dia, yang tak pernah pergi. Aku benci sebab dia tak pernah bagi aku peluang utk benci dia. Sebab dia terlalu mementingkan aku, walau dia sendiri tak bahagia.. aku benci bila dia tak pernah bagi aku sikit pun peluang utk merasa kecewa, kerna dia tak pernah menolak, setiap keinginan aku.

Sesungguhnya, yang paling aku benci itu adalah diri aku sendiri. Bukan dia, bukan kenangan, dan bukan juga kita. 




Monday, August 6, 2012

tentang dia..


dia tak suka perempuan pakai shawl and tudung sarung tu.. dia lg suka perempuan pakai tudung bawal.. bg dia, perempuan tiup2 tudung tu comel.. dia selalu menyakat aku bila aku tiup2 tudung, atau aku behenti tiba2 utk tgk cermin sama ada kat kereta,kat kedai2, or kat mane2 je la.

dia tak boleh makan udang. kalau makan udang., dia allergic. badan gatal2..

kalau dia makan kfc, dia mesti akan amik dinner plate or snack plate.. air pepsi je, dia takkan tukar. kadang2 je dia amek krusher. aku stay with my milo. dan ayam aku, mesti takkan abis, dia? mampu habiskan tiga ketul ayam kejap je. dan yg paling best, dia tetap akan sabar tunggu aku habis makan, dia takkan paksa suh makan cepat.

kalau beli barang dgn dia, dia akan setia di sisi, ikut ke mana aku pergi. dia akan tolong bwk barang kalau aku suruh, dia takkan sampai hati biar aku bawak berat2. walaupun dia tgh marah. :'( beg laptop aku, selalu dia yg jadi mangsa tukang bawak. dia tak mengeluh, dia cuma akan melawak. dia takkan tunggu kat luar suh aku shopping sorang2. kadang2,dia akan bg suggestion suh beli itu, beli ini. walau jauh mana aku jalan, dia tetap setia menemani di sisi. 

dia suka main game. game feberet dia, SA. sudden attack. kadang2, dia main game kat FB. dia boleh stay menghadap lappy satu hari tu main game je. 
dia bukan jenis bergaya, bukan jenis stylo. dia boleh kuar jalan kat KL tu pakai tracksuit ngan t shirt je.  dia tak kisah pasal penampilan dia. pernah satu hari aku tanye, nape x pakai style2, dia jawab "watpe, dah ada awek dah, bukan nak ngorat awek pun."

dia... entahlah.. dia sukar dijangka, bila dia ckp xnak, tp dia buat jugak. walaupun dia xnak, kadang2, dia jenis tak sampai hati. walaupun dia terpaksa, dia buat. apa yg aku mintak, apa yg aku nak, apa yg aku paksa, dia akan buat walaupun dia marah, dia maki.

dia suka bergurau. suka melawak. jenis ramah, dia boleh sembang dgn sesiapa saja, pakcik tua, nenek, budak2 kecik. dia suka buat benda2 bodoh, such as naik escalator sambil duduk, buat malu aku je, buat2 merajuk tgh2 jalan, menari2 dgr muzik even kat shopping mall, main buaian kat taman permainan.. dia, buat aku ketawa.. buat aku rasa tak bosan bila jalan dgn dia. tak pernah bosan. tak pernah kami diam, pasti ada je bnd nak cakap. ada je bnd nak buat, ada je lawak utk gelak..

dia sbnrnya baik, baik sangat.. turut apa kehendak aku, layan aku tak kira masa, pernah masa aku sakit kat rumah sedare dia, dia bawakkan makanan dalam bilik, goreng telur utk aku sbb aku tak makan bnd pedas, ambikkan air, belikan air bila aku nak, picitkan kepala aku, teman aku sambil sembang2. even masa tu sedare dia datang. dia tetap datang melayani kehendak aku bila aku panggil. 

tp jangan diuji kesabaran dia.. dia pantang klu aku ingkar cakap dia. dia ckp "nanti dh kawen, sape akan ikut  ckp sape?" jangan berkasar dgn dia, dia akan buat lg teruk. jangan paksa dia, dia tak suka. dan jgn meragui dia, dia tak suka kalau ditanya "dah ada org lain ke?" 

dia seorang yg sanggup melakukan pengorbanan.. sanggup susah walaupun terpaksa. tp cuba tanya diri sendiri, org bodoh pun tahu, knp sanggup buat walau terpaksa kalau bukan sbb org tu penting buat kita? sanggup korbankan masa depan sendiri demi masa depan org lain. kenapa? satu persoalan yg aku sendiri tidak dapat jawab.

tentang dia, mengajar aku tentang cinta. tentang dia juga, mengajar aku suka duka. tp perlahan2, dia dan aku, semakin jauh, dan terus menjauh. masa mengubah segalanya. 
tp satu yg pasti, masa tak mengubah keputusan dia. utk menjadikan aku isterinya yang sah. itu sesuatu yg dia tak pernah lari. dia tak pernah pergi. entahlah, utk aku hargai perhubungan ini, setelah lama kami jauh, jauh sangat. bukan jarak yg memisahkan kami, namun keegoan dan sikap yg mencabar segalanya. 
tentang dia, tak mungkin aku dpt lupa seumur hidup aku. andai selepas ini, bukan aku yg memilikinya, tentang dia ini yg harus gadis selepas aku pelajari.. agar tidak menjadi seperti aku, yang sering menyakitinya, sering memaksanya, sering buat dia terluka walau aku tahu, aku sangat menyayanginya. tentang dia, mengajar aku betapa berharganya hati lelaki, sanggup berkorban, walau diri sendiri yg terkorban. 

ini bicara buat dia, 
tentang seorang lelaki yg sukar utk difahami, namun mudah utk memberi. 
dia kuhargai sepenuh hati, sampai mati.
hanya yg mengerti bisa memahami, terima kasih awak.
tentang awak, kisah kita, memori terindah dlm hidup saya.

Friday, August 3, 2012

syukur Alhamdulillah Ya Allah



haha. this is exactly what i felt just now. i've passed all my law subject. means that, i don't hv to repeat any paper next sem. bersyukur sangat2. ingatkan MLS dah ke laut dah. sbb masa final ritu mmg dah pasrah dan menyerah dan MLS ni. tgk2 dpt B. tak sangka pulak. ^^ 

dan betullah, kalau mmg kita dah suka subject tu, confirm kita akan study subject tuh sungguh2. macam tu jugak la dgn subjek Torts aku. tak sangka dapat A Torts. ari tu dalam kelas lecturer kata Torts mmg susah nak dapat A. Alhamdulillah, aku dapat gak. tu la kalau dah suka kan. kalau tak suka pulak, lain jadinyer. tp yang peliknye, aku tak suka MLS, tp kenapa Contract paling teruk?? huhu. jawapannya aku tau dah kenapa, sbb Contract masa final ritu last paper, and guest what? aku tak study langsung! sungguh aku cakap, malam tu aku g layan Maharaja Lawak kat Youtube. pasaipa? sbb aku tensen sangat2. aduhh, menyesal pun ada. takpe la, bnd dah lepas, nasib baik tak fail. Allah masih bg peluang. lagipun Contract Part C aku tak sempat jawab. =,=""" nyesal gilaaa, sedangkan aku tau jawapannya, masa je tak cukup. takpela wani, cuba lagi next sem.

overall, aku bersyukur sangat2 dengan result yg aku dpt. mmg lebih drpd apa yg aku usahakan. walaupun belum mencapai Dean List, tp hampir sangat2 dah dgn Dean List. kalau la aku usaha sikit je lagi, and buat sungguh2 time final ritu, Insyaallah dpt. takpa la, Allah nak suruh aku usaha lebih sem depan. tu la, main2 sangat sem ni., dah la main2, byk masalah pulak tu. tekanan gila2. moga2 sem depan tak macam ni. 

aku nak tanya something, korang, kalau ada lelaki, sanggup berhenti belajar semata2 sebab nak kerja and nak tanggung korang next sem, patut ke korang hargai? sebab.. aku dah tak pandai nak hargai orang. :'(


i wish i could hug you next time i see you, and say "thank you for everything".
but i can't, i couldn't.


Wednesday, August 1, 2012

Aidil's first competition

Hari ni pertama kali Aidil masuk pertandingan kat sekolah. dia terpilih untuk mendeklamasikan sajak sempena bulan kemerdekaan. comel gila Aidil pakai baju melayu sekali dgn hiasan jalur gemilang. maklumlah, bulan kemerdekaan katakan. malas nak type panjang2, nak upload gambar je. ^^
tudia macam pahlawan Melayu.

atas stage. 


my adik. ^^

tak sangka, dalam pemalu2 budak ni, berani gak dia ke depan baca sajak. siap hafal sume and tak lupa langsung pulak tu. cayalah my bro. yg si Irah tak habis2 cakap nanti Irah sekolah Irah pun nak baca sajak. heheh. budak tu mmg tak sabar2 nak sekolah. btw, sonok giler ada adik2 kecik camni, idak la sunyi umah tu. adik2 besor dah xley nak ajak main dah. ^^

me and irah. comel kan dia? ^^