Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Tuesday, August 28, 2012

26 ogos- terima kasih.


masih terngiang kata2 ayah dan mak tiri anda.. masih terngiang saat berada di Villa saudara anda. pabila saudaramu di sana bertanya , "ini siapa pik?"

dan dengan senyuman anda menjawab "ni la bakal sedara kita." hati yg diselaputi benci, sakit hati, bagai sungguh runtun, sebak rasa hati. dan dengan bangga anda menyatakan pada mereka "bakal lawyer ni nek." 

padahal sebelum itu.. "lame da ke ko sampai?"

"baru je."

"wey ko pehal ckp camtu kat bapak ko?"

"ko ni knp hah? nak memain ngan aku ke hape??" 

sungguh tidak aku menyangka, pertemuan Ahad itu mengubah segalanya. kau pertahankan aku depan ayah dan mak tiri kau. kau setia dengan keputusanmu. kau tak pernah mungkir janji sebenarnya. aku yg mereka cerita, kerana aku tidak merasa bahagia. 

dan hari itu juga.. aku melihat apa yg selama ini aku tidak nampak. kasih dan sayang yang ditutup oleh ego, benci dan sakit hati.

"takde sikit pun ke rasa sayang ko kat aku?" aku bertanya.

"i always and still love you, no matter what happened." dan sungguh, setitis air mata mengalir.

dan saat aku membuka dompetnye di rumah kawan aku. kawan aku perasan ada gmbar seorang perempuan dalam dompet dia. " gambar sape tu weh?" tanye kawan aku. 

dalam hati aku, terasa sungguh bersalah sekali. mati2 aku ingatkan dia dah lupakan aku selama dua bulan ni, mati2 aku ingatkan aku dah takda tempat dalam ruang hati dia, mati2 aku ingatkan dia buat aku macam tak wujud. 

"gambar sape lagi, gambar awek aku ler. dia ni ha. ini katenye tak sayang, dalam hp, dalam laptop, penuh gmbr dia aje" dia jawab. dan aku mengukir senyum.

kalau tak sayang, kenapa masih simpan gambar saya?
kalau tak sayang, kenapa masih setuju jumpa saya?
kalau tak sayang, kenapa tak terus buang saya?
kalau tak sayang, kenapa bawak saya jumpa family? 

sungguh, 26 ogos akan kekal terpahat dalam ingatan.

No comments:

Post a Comment