Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Thursday, August 9, 2012

aku benci bila..


Aku benci bila setiap pagi aku bangun tidur, perkara pertama yang terlintas di fikiran aku adalah dia. Aku benci sangat rasa tu!

Aku benci bila setiap kali aku pandang handphone, aku pasti ternanti2 msg dari dia. Even aku tahu takkan ada, tp aku tetap berharap. Dan aku benci bila harapan tu hancur!

Aku benci bila setiap kali aku bukak folder gambar, pasti akan ada gambar dia. Aku benci sebab aku tak mampu nak buang semua kenangan. Aku benci bila setiap gambar dia, mengukir senyuman di wajah aku ,even aku sangat bencikan dia, aku benci sangat!

Aku benci bila setiap kali aku nampak motor yang sama macam motor dia, aku akan teringat kat dia. Aku benci sebab motor tu yang banyak berjasa pada aku, bawak aku sana sini., aku benci bila aku tak mampu nak padam semua kenangan tu.

Aku benci bila setiap apa yang aku lakukan, pasti berkaitan dia. Aku benci bila aku masuk kedai yang sama aku pernah masuk dgn dia, aku akan teringat setiap gurauan, setiap gelak tawa, setiap rengekan nak itu nak ini. Ya Allah, sungguh aku benci bila bayangan dia sentiasa ada di minda.

Aku benci bila aku baca novel Hlovate, aku pasti akan teringatkan dia. Sebab dia yang belikan semua novel tu. Dan paling aku benci helaian pertama novel2 itu, pasti akan buat air mata aku mengalir! Ya, kerna dia menulis coretan di helaian pertama itu, dan tarikh buku itu dibeli. Astaghfirullahalazim, susahnya aku nak melupakan semuanya.

Aku benci bila aku kemas2 buku Law aku, semuanya dia yang belikan. Dia yang sanggup turun dr kedah ke Shah Alam, bersama baucer buku dia, utk beli semua keperluan buku aku. Aku benci bila aku selak2 buku tu, ada terselit resit pembelian buku di Kinokuniya, KLCC. Aku benci bila aku teringat, betapa dia beratur panjang utk membayar semua buku tu, aku benci bila aku teringat senyuman dia, gurauan dia. Aku benci Ya Allah, aku benci semua tu.. :’(

Aku benci bila aku pandang kad pengenalan sementara aku. Sebab aku buat semua tu dengan dia. Aku benci bila tengok muka aku dalam IC tuh, dia yang ketawakan aku, kata “konon comel la?” sambil tersenyum. Aku benci bila aku teringat balik masa IC dan kad ATM aku hilang, dia yang bawak aku ke balai polis, ke JPN, ke bank, semua dia yang uruskan. Aku benci bila semua tu tak pernah padam dr minda. Aku benci!!!

Aku benci setiap kali aku lalu kedai cd tempat aku kerja dulu, sbb kat situ banyak kenangan aku dan dia. 
Aku benci sebab aku pasti akan teringat, masa dia bawakkan bekal makanan utk aku time aku keje, masa dia teman aku kerja sambil tgk movie sampai balik, masa kami pergi dinner makan chicken chop sama2 lepas aku kerja, masa dia datang pukul 5 petang, belikan keropok and air, makan sama2 dalam kedai. Aku 
benci semua kenangan tu! Aku benci sebab aku tak mampu nak lupakan segalanya..

Aku benci bila aku tengok orang lain bahagia, sebab aku pernah rasa kebahagiaan tu, bersama dia. Aku benci bila tengok pasangan lain bergelak tawa, sebab aku pernah lalui lebih dari itu. Aku benci bila pandang gambar pasangan lain, sebab aku pernah bahagia macam tu, dan aku pernah sangat bahagia.. aku benci sebab skrg, kebahagiaan tu makin jauh, dan terus jauh. Aku benci sebab aku takkan bahagia!

Dan yang paling aku benci, aku benci bila setiap kali aku tanya dia, “kau benci aku?” dia tak pernah jawab ya. Aku benci bila dia tak pernah membenci aku., sedangkan aku teramat2 membenci dia. Dan aku benci bila aku tipu diri sendiri, aku benci bila aku cakap “aku tak cintakan dia!! Aku bencikan dia!!” sebab ternyata hati aku tak akan pernah membenci.. tak akan sekali2 membenci dia. Aku benci bila aku tak mampu membenci, org yang paling ingin aku benci..

Ternyata, aku tak akan pernah mampu membenci, walaupun aku benci setiap kenangan, benci setiap memori, benci  setiap tutur kata yang menyayat hati. Aku tak akan mampu membenci, sebab hati ni, dah terlanjur menyintai. Sebab diri ini, dah terlanjur menyayangi. Dan sebab dia, yang tak pernah pergi. Aku benci sebab dia tak pernah bagi aku peluang utk benci dia. Sebab dia terlalu mementingkan aku, walau dia sendiri tak bahagia.. aku benci bila dia tak pernah bagi aku sikit pun peluang utk merasa kecewa, kerna dia tak pernah menolak, setiap keinginan aku.

Sesungguhnya, yang paling aku benci itu adalah diri aku sendiri. Bukan dia, bukan kenangan, dan bukan juga kita. 




No comments:

Post a Comment