Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Monday, August 20, 2012

Allah memberi petunjuk yg jelas..

Ramadhan dah pun berlalu pergi. Syawal kini menjelma. sepanjang bulan Ramadhan, pelbagai petunjuk Allah  SWT dah berikan pada aku. sungguh, satu demi satu aku ditunjukkan kebenarannya. Allah memperlihatkan apa yg aku tidak tahu sebelum ini, Allah menunjukkan apa yg aku sangkalkan selama ni. dan makin hari, aku semakin melihat pelbagai kelemahan di dalam dirinya. membuatkan aku benar2 dalam dilema. 

dan yang kedua, Allah memperlihatkan aku tentang seorang lelaki ini. Allah membuka mataku seluas2nya utk melihat, lelaki yg sangat2 menyejuk mata. tiba2 sahaja pada suatu hari, aku ternampak status lelaki ini di facebook. tiba2 sahaja, hati aku terdetik utk menghantar chat pada dia, mengucapkan selamat hari raya, tiba2 shaja, kami bersembang tentang kenangan dulu2.. dan tiba2 shaja, dia mengakui sesuatu yg dia tak berani nak nyatakan dlu, dia akui dahulu dia pernah sukakan aku. tp itu dahulu, semasa masih belum ada perasaan apa2 di antara lelaki dan perempuan, itu dahulu, 10 tahun yg lalu.

kini, 10 tahun dah berlalu, aku seorang perempuan, dia seorang lelaki. ajnabi. tak mungkin dia masih sukakan aku. tak mungkin juga aku layak utk dia, lelaki sebaik dia. :'( tp sungguh, Allah tunjukkan aku kebaikan dia, terdetik hati aku nak melihat album gambar2nya di facebook, dan MasyaAllah, kagumnya aku pada lelaki ini, yg satu ketika dulu hanyalah seorang kanak2 nakal. Allah kurniakan dia suara yg merdu, yg lunak bacaan Al-Qurannya. Allah memberinya kelebihan dalam bertilawah. Allah tingkatkan keimanannya. dan Allah memperlihatkan aku betapa dia seorang anak yg soleh, yg mentaati kedua ibu bapanya, yg mendahulukan ibu bapa. betapa jauh perbezaannya. betapa jauh Allah ingin menunjukkan perbezaannya antara dia dan dia. :'(

sungguh, aku pernah sukakan lelaki ini 7 tahun yg lalu, ketika aku di tingkatan satu. dan kini, apa mungkin hati ini terbuka kembali buat dia? Masyaallah, sedang aku masih ada seseorang itu, masih lagi belum terlerai ikatannya. cuma Allah sudah menunjukkan apa yg septutnya aku sedar 2 tahun dahulu. Allah bagai memberi petanda yg sangat jelas di bulan Ramadhan yg mulia. 

seorang lelaki yg baik, adalah lelaki yg benar2 beriman kpd Allah SWT, mampu menjadi imam dalam solat, mampu membaca Al-Quran dgn baik, bahkan menghafaznya, sopan tutur katanya, sejuk mata pabila memandangnya, tiada status2 gatal di facebook, tiada akaun facebook sampai dua tiga, tidak leka dan lalai dgn dunia, menghormati perempuan, mampu menjadi anak yg baik, yg mengutamakan keluarga sendiri, yg menyejukkan perut ibu mengandung dgn kejayaannya. sungguh, semua ini ada pada dia yg pernah ku sukai 7 tahun lalu, bukan pada dia yg aku cintai 2 tahun lalu. T___________T

permainan takdir ini kekadang rumit. bagaimana utk aku katakan pada dia yg pernah ku suka itu, aku inginkan dia menjadi zaujku? dan bagaimana pula aku ingin katakan pada DIA .. DIA bukan lelaki pilihan? Ya ALLAH, tp jauh di hati kecil ini, masih ada ruang buat DIA. masih ada doa buat DIA agar DIA berubah satu hari nanti. tp yg menjadi kekangan, mampukan DIA berubah? akan terbukakah hati DIA utk berubah? 
moga Allah tunjukkan aku jalan yg sebenar2nya. apa pun itu takdirnya, aku REDHA. dengan izin Allah, aku akan belajar erti REDHA. sebab setiap yg diaturkan Allah itu adalah yg terbaik. :') InsyaALLAH.


selamat hari raya dari adik beradik vampire. (mata red-eye sume) :p


family is everything. the one who should come first. 

No comments:

Post a Comment