Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Monday, August 13, 2012

cara nak dapat A subjek ADD MATH


tahukah korang apa itu ADD MATH atau lebih mesra dipanggil Math Tamb dlu? itulah subjek yg paling digeruni oleh student pure science and yg mengambil add math. persoalannya, mengapa Add math ni susah dan menyusahkan? sebab, dari awal kita dah dihasut oleh senior2 dan cikgu2 bahawasanya Add Math ni susah. maka wujudlah satu perasaan dalam hati, yg mana kita akan rasa, "alah, malas tol la time add math ni, da la susah", "aduh, aku tak faham satu ape pun cikgu ajar ni, add math ni susah ar", "ee susah betul ar homework add math td, nyampah tol subjek nih". see? brape banyak perkataan susah korang sebut, mmg jadi susah la dia. HAHA.

tp rilek2. aku dlu pun camtu gak. benci nak mati la kat add math nih. sampai aku terfikir, siapalah manusia yg mencipta subjek add math ni? mengapakah dia tergamak mendera pelajar2 seperti kami? kekadang penat2 buat jawapan berjela2, tp salah. fuh, time tu serious shit rasa nak peronyok kertas. okey2 enough with the kemerapuan. skrg, kita blaja cara2 nak dpt A or at least, kredit.

first, the very2 the first, korang kena fokus gila apa yg cikgu ajar dlm kelas. trust me, klu x fokus, mmg korg out. melainkan kalau kat rumah korang ada kakak or abang yg pandai add math, yg boleh tolong terang balik apa yg cikgu korg ajar dlm kelas td. huahua. aku lettew, selalu jd mangsa adik aku. pdahal sumpah aku dh lupa, yg aku ingat simultenous equation jaa. huhuh. almaklumlah, skrg dh amek LAW. mane pakai math2 dah. satu nombor pun tak nampak dah. 

second, korang kena buat soalan past year and trial SPM dari negeri lain banyak2. BANYAK2 ye adik2, bukan satu dua set je. lebih 20 set korang kena buat at least. aku dlu, masa time SPM, aku ingat lg, buku soalan past year warna kuning keluaran SASBADI, ex bf aku yg belikan. masa nak dekat SPM, rasanya dlm lebih kurang sebulan before SPM, time tu mmg aku pulun gila buat natang ni. sbbnye, cikgu target SPM aku dpt 40 je utk add math. huih, mmg tercabar jiwa raga aku time tuh. tu yg aku bertekad gila2 nak maju tuh.

ha, lupa nak bgtau. kenapa kena buat soalan PAST YEAR? sbbnye, soalan SPM ni dia berulang2 je sebenarnya. formatnya sama je setiap tahun. dah boleh tau dah num 1 soalan jenis apa yg akan kua, num dua soalan apa. camtu la kirenye. so kalau korang buat past year, secara tak langsung korang dah familiar dgn kertas exam real nanti, so automatically korang dah boleh agak soalan apa yg akan kua. just number and rajah dia je yg akan berbeza tiap2 tahun. see, how senang SPM is? :)

third, kena jugak buat koleksi soalan ramalan SPM. haa, yg ni as back up plan korang. alah. bukan susah pun, seminggu korang leh habis buat satu buku. sebenanrnye best tau kalau kita betul2 hayati add math ni. aku bila dah tergoda dgn subjek ni, mmg dua tiga jam aku sanggup ngadap koleksi soalan buat natang ni, sampai makan tidur pun tak. sbb best sbnrnye, tmbh2 bila kita punya jawapan yg panjang berjela tu betul, mmg heaven gila rasa. try la, it's worth. :)

fourth, berbaiklah dgn cikgu add math korang. jangan korang kata dia ajar tak best la, korang tak paham langsung pe dia ajar lah, kesian dia ajar penat2 kat whiteboard tuh. bersungguh2 dia nak terangkan kat korang bg paham, tp korang ngata dia macam2 lak, tak elok la lagu tuh kan. KEBERKATAN tu kan penting. aku dulu, nama cikgu add math aku, Pn Azalina Aziz. baik cikgunya. aku rapat gak dgn dia. memula aku pun tak brapa paham dia ajar. tp lama2, aku dah boleh tangkap cara dia. bila kita tak paham, PLEASE tanya. jangan diam and buat tak tahu. kecuali korang ada kakak or abang yg pandai kat umah yg bley tlg ajrkan. 

dan yg terakhir, korang kena menCINTAI subjek ni lebih dr korang cintakan boyfriend tak guna korang time sekolah tuh. serious shit, bila korang dah cinta subjek ni, dah suka subjek ni, automatically korang tak akan rasa puas bila buat soalan2 add math. aku mmg suka bnd2 yg mencabar keupayaan otak ni, sbb tuh aku mmg work out utk add math menjelang SPM dlu. dan alhamdulillah, pengorbanan aku dulu tak sia2. korang try lah, serious, hasilnya nanti akan buat korang puas hati sangat2. 

adik aku pun SPM taun ni. ambik pure science gak. so aku dpt rasa ketensenan korang tambah2 dgn killer subjek mcm ni. jgn risau, selagi kerajinan tu masih ada, Insyaallah peluang utk berjaya tu terbuka luas. :)
# and please jaga hubungan dgn ALLAH dan hubungan dgn manusia tambah2 ibu bapa kita. keberkatan tu paling penting, berserta doa dan usaha.  good luck guys!

11 comments:

  1. haha, sy google cara nak dapat A addmaths n jumpa blog akak! ckg target akak dpt 40? rendahnya markah tu..n akak usaha sungguh2, hasilnya? akak dapat okeh la? okeh, sy belajar addmath n periksa prestasi 1 ni rasa blank buat addmath. tu yg balik sekolah terus google. tapi nasihat akak tu mcm yg selalu ckg cakap la..tapi diri sy ni yg tak reti2 nak bertindak...hehe
    thanks akak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak dpt A addmath masa spm. :) InshaAllah boleh, bayangkan akak yg dr zero pun blh buat, kamu mesti boleh punya.

      Delete
  2. Akak, saya selalu G addmath. Huhu. Sodyh laa. Tp, sy cuba ambik spirit dr akak punya advice dalam entri ni :') SPM lebih kurang sebulan lagi. Doakan saya :')

    ReplyDelete
  3. nice entry :) and nice tips too :) tomorrow final exam for sub add math . baru terhegeh hegeh cari tips bagai . ngee .. wish me luck .

    ReplyDelete
  4. akak,akak,akak (goyang bahu) saya suka addmath. tapi bila time exam blurr, lupa formular.. okay memang kena byk buat past year. tu kunci kedua untuk score kan?? btw, kalau amik LAW xpayah blajar addmath eh? sbb saya lebih minat 'bahasa' drp hujan angka yang menyeksa jiwa raga ni.. haha. nk jugak!! citer lah experience and cecara nk dpt course law.. everything.. share!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dik, akak dah share memacam dah dlm blog akak ni haa.. cari je kt entry2 akak.. pasal camne akak masuk kos law ni ada akak wat dulu.. tp tak ingat bila.. hehe..

      Delete
  5. Thanks kak! Saya suka subjek add math ni :D

    ReplyDelete
  6. Thanks akak. Tapi seriously mmg susa gak subjek ne. Satu benda pun tak faham. Haraplaa lepas ne dapat score. Thanks for your advices akak :)

    ReplyDelete
  7. Akakkk!!!!Thanks..ujian 1 hari tu pon saya dpt 53...lepas baca entry akak ni,hope dpt la semangat nk dpt A+...😁

    ReplyDelete