Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Friday, August 17, 2012

kena kat batang hidung sendiri.


semalam,  28 Ramadhan, hati aku terdetik untuk baca satu artikel ditulis dalam satu blog nie.
tajuknya, "Antara maruah dan gambar pakwe".

Ayat pertama sudah sangat membuka mata, membuka hati yg tertutup sangat2 sebelum nie.

Pakwe. Boyfriend. Teman lelaki. Marka. Balak.
Namakan apa saja. Ia tetap bukan seorang lelaki yang sah, bergelar suami. Tahap, taraf dan martabatnya seinci pun tidak sampai ke kedudukan itu. Untuk ditaati, dihormati, disayangi, dirindui, langsung tidak berkelayakan. Itu syariatullah yang harus diakui oleh semua orang.

Siapakah insan yg kita panggil boyfriend itu? Hanya seorang lelaki yang kita baru kenal, BARU KENAL!!! bukan mak ayah kita yg dah lama kita kenal sejak kita membuka mata di dunia ini. lalu kenapa kita sangat dekat dgn boyfriend kita tp makin jauh dgn ibu bapa kita? ALLAH, hinanya aku dulu!!!!

Dalam blog, selain pelbagai widget di kiri atau kanan, gambar sendiri diedit cantik dan dipamerkan. Ditambah lagi satu, gambar kekasih hati turut sama terpampang. Gambar ‘budak lelaki’ itu juga diedit cantik dan ditulis pelbagai kata cinta di atasnya. Sangat gedik dan geli. Gejala sama turut menimpa para facebookers. Gambar profil berpurdah hitam dengan paparan mata yang konon menawan. Berpurdah katanya. Di bawahnya pula, status ‘in a relationship’ tertera penuh bangga dengan lelaki yang bukan suaminya.

Haa ambik kau wani! ambik kau! dulu facebook penuh gambar pakwe, penuh gambar berdua. dgn bangga aku letak "in a relationship with".  dalam blog penuh gambar dia. sidebar siap ada gambar dia. inikah lelaki yg aku bangga2kan?? dalam facebook lebih banyak gmbr pakwe dr gambar mak ayah. ASTAGHFIRULLAHALAZIM. jahilnya aku!

Analogi yang selalu kita dengar, syariat itu umpama papan tanda di lebuh raya. Bayangkan apa akan terjadi, jika lori balak sama-sama bersaing di laluan kanan bersama motosikal dan kereta? Bayangkan pula, jika semua orang bebas memandu ke arah mana yang mereka suka, tanpa ada lampu isyarat ataupun papan tanda?
Begitu juga. Bayangkan bagaimana jika wanita yang seharusnya lebih mahal dan lebih tinggi sifat malunya, membakulsampahkan kesemua sifat tersebut di hadapan lelaki? Dan situasi ini sebenarnya telah banyak terjadi dan terus terjadi, terutama di kalangan gadis remaja kita.
Gejala mempamerkan wajah sendiri telah banyak diingatkan sebagai membahayakan maruah. Pelbagai bukti printscreen ditunjukkan bagaimana gilanya manusia yang mencuri dan membuat editing pada gambar-gambar kaum hawa. Namun kedegilan yang sama terus dipertahankan. Bahkan bertambah, dengan trend meletakkan bersama gambar teman lelaki masing-masing.

Bukak mata tu luas2 wani. mana pergi sifat malu kau? mana pergi sifat pemalu yg patut dijaga selama ni? tayang gambar pakwe sana sini, gambar berdua sana sini.  pamerkan kemesraan dalam facebook. apa itu sifat yg patut ada pada wanita solehah??? sungguh, tidak akan aku ulangi perbuatan ini. cukuplah sekali aku pernah tersasar. ku sedar kini, diri ini harus menjadi seperti mawar, indah di pandangan, namun terjaga dek durinya, sukar disentuh, biar menjadi seperti mawar berduri. sungguh, aku menyesal yang teramat sangat.

Menjadi trend, di usia remaja wajib punya pasangan. Seawal tingkatan satu, sudah punya teman istimewa dan diisytihar merata-rata. Bahkan ada juga yang memanggil budak lelaki mereka sebagai ‘hubby‘ atau suami. Kemudian, putus di tengah jalan. Lalu ditulis pula status-status penuh kesedihan.
” Saya relakan awak pergi. Mungkin kita tiada jodoh. Saya redha dengan suratan Ilahi. Kalau kita cintakan seseorang, kita pasti akan sanggup lepaskan dia untuk melihat dia bahagia..”
Gurindam putus cinta dari anak remaja yang baru tingkatan tiga.
Tidak berapa lama, gambar berganti. Dapat pula teman lelaki yang lain. Dapat boyfriend baru. Cinta berputik kembali. Gambar ditayang lagi. Hanyut kembali dalam ombak perasaan yang tidak bertepi.
Muliakah anda dalam situasi itu? Tinggikah nilaian anda dengan melakukan perkara seperti itu? Tenang dan damaikah jiwa anda dengan mainan perasaan seperti itu?

Seawal usia 16 tahun aku memulakan perhubungan pertama aku. dan kecewa betul2 8 hari sebelum SPM. hancur harapan aku utk mendapatkan 10A, kerna leka bermain cinta. itupun Allah masih menyayangiku, tidak dia biarkan aku gagal, masih diberi aku peluang utk berjaya. walau hanya kurang lagi 3A utk straight A.
menyesal? ya, sangat2. tp hati dan minda masih bodoh, utk tak nampak apa yg Allah nak tunjuk. CINTA tu MELALAIKAN!!!!

 Bercinta dan berhubungan dengan bukan mahram adalah satu dosa, dan mengisytiharkan dosa itu dengan bangga di khalayak ramai menambahkan satu lagi dosa. Di sebaliknya, maruah anda sebagai wanita sedang terhina.
Kembalilah pulang.
Masih belum terlambat untuk beralih memperbaiki kesilapan. Buang lah kesemua gambar teman lelaki anda kerana tidak ada apa yang hendak dibanggakan. Bangga sangatkah mempamerkan perlanggaran hukum Tuhan? Di facebook juga begitu, berhentilah dari status ‘ in a relationship ‘ dengan kaum adam yang bukan mahram. Lebih parah jika sampai tahap status ‘ married to ‘ yang tergamak dipaparkan dengan lelaki yang tiada ikatan.
Saya kasihan, kerana saya yakin, dalam diri mereka ada kecintaan kepada Islam. Dan mudah-mudahan, artikel ini mampu menyuntik sedikit kesedaran. Sayangilah diri anda sebagai kaum hawa yang dimuliakan Tuhan. Moga Allah memberi kekuatan untuk melakukan perubahan.

Astaghfirullahalazim. betapa lalai dan lekanya aku selama ini. hanyut sejauh2nya. benarlah, usia remaja begitu mencabar. sangat mudah tergoda dan terpengaruh dengan nikmat dunia. Ya Allah, berilah aku kekuatan, utk menjadikan ini yang terakhir kalinya. tidak akan ku ulangi lagi semua ini. berilah aku kekuatan itu, agar bisa aku menjadi anak yg solehah, perempuan yg baik, dan isteri yg menyejukkan mata.

Ya Allah, jadikan ini yang terakhir, Jadikan ini sempadannya Ya Allah. T____T

Amin.

No comments:

Post a Comment