Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Saturday, August 11, 2012

random - pergi mampus dgn cinta!


Pagi ini, lepas Subuh, aku terkaku atas sejadah. Rasa ini, amat sukar ditafsirkan. Amat sukar utk dihuraikan. Aku bagai hilang dalam dunia lain. Rasa ini, begitu menggugat diri. Dan secara tidak sengaja, pandangan mataku tertancap pada deretan novel atas almari buku dalam bilikku. Ya, deretan novel2 itu, HLOVATE.

Tanpa sedar, kucapai aA+bB, menyumbat telinga dgn earphone, berbaring di atas katil sambil membaca novel. Rutin yang telah lama kutinggalkan. Indahnya hidup ini, andai hari2 ku seterusnya hanya seperti ini, berbaring malas atas katil, sambil telinga disumbat earfon yang mendendangkan pelbagai jenis lagu, membaca novel, bagai tiada apa lagi yang perlu difikir. Tp nikmat seperti ini tidak datang selalu, aku lupa, aku ini pelajar, pelajar undang-undang, rutinku selepas ini pasti dipenuhi dgn bacaan deretan kes-kes dari England dgn nama yang sangat sukar utk dihafal, dgn pelbagai akta dan element yang perlu difahami, ya, pasti masa aku bukan seperti ini lagi.

Dan kesempatan yang ada ini, ku hayati sepenuhnya. Novel yang sudah puluhan kali ku khatamkan itu, masih lagi aku dalami dan hayati sesungguhnya. Watak Addin dan Benz bagai dilakonkan dalam ruang minda, sesekali aku ketawa, sesekali juga aku menangis, dan terkadang aku terfikir, betapa indahnya andai aku dapat menjadi seperti Addin, yang kebal dek cinta, yang tak percaya that a relationship can exist between a man and woman. Dan satu kata-kata Benz yang bermain dalam ingatan, “Didi, nanti bila u jatuh cinta, bgtau i. I nak tengok macam mana cinta cairkan besi.”

I wish i am the iron. Not easily melted. Especially to love. And to be loved. Kejam kan hidup ini? Kadang2 dia tak bagi kita peluang utk bahagia pun. Dan tika itu, lagu Adam, Benar-benar cinta bermain dalam senarai playlist mp3, spontan aku tersebut “pergi mampus dgn cinta!”  

Dan saat ini aku benar-benar berharap, andai cinta sesama lelaki dan perempuan bukan mahram itu tidak akan pernah wujud. Ia akan selamatkan banyak hati dan jiwa dari terluka dan tersiksa. Tapi siapalah aku nak menentang fitrah kejadian manusia, andai rasa cinta itu hadir, siapa yang mampu menolaknya, siapa yang mampu menafikannya.

Dan helaian pertama novel itu sungguh terasa ingin aku koyak dan carik-carik. “I love you, Saya cintakan awak, Aishiteru. 5:30, 18 November 2010”. What the hell? Pergi mampus dengan cinta!

The End.

Random writing. Forgive me, for not forgiving you.  

No comments:

Post a Comment