Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Monday, August 6, 2012

tentang dia..


dia tak suka perempuan pakai shawl and tudung sarung tu.. dia lg suka perempuan pakai tudung bawal.. bg dia, perempuan tiup2 tudung tu comel.. dia selalu menyakat aku bila aku tiup2 tudung, atau aku behenti tiba2 utk tgk cermin sama ada kat kereta,kat kedai2, or kat mane2 je la.

dia tak boleh makan udang. kalau makan udang., dia allergic. badan gatal2..

kalau dia makan kfc, dia mesti akan amik dinner plate or snack plate.. air pepsi je, dia takkan tukar. kadang2 je dia amek krusher. aku stay with my milo. dan ayam aku, mesti takkan abis, dia? mampu habiskan tiga ketul ayam kejap je. dan yg paling best, dia tetap akan sabar tunggu aku habis makan, dia takkan paksa suh makan cepat.

kalau beli barang dgn dia, dia akan setia di sisi, ikut ke mana aku pergi. dia akan tolong bwk barang kalau aku suruh, dia takkan sampai hati biar aku bawak berat2. walaupun dia tgh marah. :'( beg laptop aku, selalu dia yg jadi mangsa tukang bawak. dia tak mengeluh, dia cuma akan melawak. dia takkan tunggu kat luar suh aku shopping sorang2. kadang2,dia akan bg suggestion suh beli itu, beli ini. walau jauh mana aku jalan, dia tetap setia menemani di sisi. 

dia suka main game. game feberet dia, SA. sudden attack. kadang2, dia main game kat FB. dia boleh stay menghadap lappy satu hari tu main game je. 
dia bukan jenis bergaya, bukan jenis stylo. dia boleh kuar jalan kat KL tu pakai tracksuit ngan t shirt je.  dia tak kisah pasal penampilan dia. pernah satu hari aku tanye, nape x pakai style2, dia jawab "watpe, dah ada awek dah, bukan nak ngorat awek pun."

dia... entahlah.. dia sukar dijangka, bila dia ckp xnak, tp dia buat jugak. walaupun dia xnak, kadang2, dia jenis tak sampai hati. walaupun dia terpaksa, dia buat. apa yg aku mintak, apa yg aku nak, apa yg aku paksa, dia akan buat walaupun dia marah, dia maki.

dia suka bergurau. suka melawak. jenis ramah, dia boleh sembang dgn sesiapa saja, pakcik tua, nenek, budak2 kecik. dia suka buat benda2 bodoh, such as naik escalator sambil duduk, buat malu aku je, buat2 merajuk tgh2 jalan, menari2 dgr muzik even kat shopping mall, main buaian kat taman permainan.. dia, buat aku ketawa.. buat aku rasa tak bosan bila jalan dgn dia. tak pernah bosan. tak pernah kami diam, pasti ada je bnd nak cakap. ada je bnd nak buat, ada je lawak utk gelak..

dia sbnrnya baik, baik sangat.. turut apa kehendak aku, layan aku tak kira masa, pernah masa aku sakit kat rumah sedare dia, dia bawakkan makanan dalam bilik, goreng telur utk aku sbb aku tak makan bnd pedas, ambikkan air, belikan air bila aku nak, picitkan kepala aku, teman aku sambil sembang2. even masa tu sedare dia datang. dia tetap datang melayani kehendak aku bila aku panggil. 

tp jangan diuji kesabaran dia.. dia pantang klu aku ingkar cakap dia. dia ckp "nanti dh kawen, sape akan ikut  ckp sape?" jangan berkasar dgn dia, dia akan buat lg teruk. jangan paksa dia, dia tak suka. dan jgn meragui dia, dia tak suka kalau ditanya "dah ada org lain ke?" 

dia seorang yg sanggup melakukan pengorbanan.. sanggup susah walaupun terpaksa. tp cuba tanya diri sendiri, org bodoh pun tahu, knp sanggup buat walau terpaksa kalau bukan sbb org tu penting buat kita? sanggup korbankan masa depan sendiri demi masa depan org lain. kenapa? satu persoalan yg aku sendiri tidak dapat jawab.

tentang dia, mengajar aku tentang cinta. tentang dia juga, mengajar aku suka duka. tp perlahan2, dia dan aku, semakin jauh, dan terus menjauh. masa mengubah segalanya. 
tp satu yg pasti, masa tak mengubah keputusan dia. utk menjadikan aku isterinya yang sah. itu sesuatu yg dia tak pernah lari. dia tak pernah pergi. entahlah, utk aku hargai perhubungan ini, setelah lama kami jauh, jauh sangat. bukan jarak yg memisahkan kami, namun keegoan dan sikap yg mencabar segalanya. 
tentang dia, tak mungkin aku dpt lupa seumur hidup aku. andai selepas ini, bukan aku yg memilikinya, tentang dia ini yg harus gadis selepas aku pelajari.. agar tidak menjadi seperti aku, yang sering menyakitinya, sering memaksanya, sering buat dia terluka walau aku tahu, aku sangat menyayanginya. tentang dia, mengajar aku betapa berharganya hati lelaki, sanggup berkorban, walau diri sendiri yg terkorban. 

ini bicara buat dia, 
tentang seorang lelaki yg sukar utk difahami, namun mudah utk memberi. 
dia kuhargai sepenuh hati, sampai mati.
hanya yg mengerti bisa memahami, terima kasih awak.
tentang awak, kisah kita, memori terindah dlm hidup saya.

No comments:

Post a Comment