Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Wednesday, September 19, 2012

kami dah besar !


selamat malam kawan2!! hehe. u know what guys, aku skrg dah dok rumah sewa. kat seksyen 7 shah alam. nak tau kat mane? cari sendiri k. quite comfortable gak lah here. kongsi bilik dgn dua orang kawan yg sangat sangat sangat baik and baik and sangat baik. hah ambik kau, sbb apa aku tulis mcm tu? sbb diorang mmg sangat baik tau tak. nama roomate ku di rumah sewa ini ialah Hanim Ajla dan Nurul Akhyar. dua orang ni mmg kawan yg superb, thank you Allah coz giving me such a nice and good friend.

bersama mereka, aku belajar erti kehidupan. kami bersama mengharungi liku-liku hidup sbg seorang student di bandar Shah Alam ni. bersama2, kami melintas jalan, kami menaiki bas ke kuliah, kami beli barang2 runcit di Giant, kami kemas bilik, kami belajar basuh baju guna washing machine manual, kami tidur dalam kuliah same2, tak faham ckp lecturer same2, gosip same2. segalanya same2. dan hari ni, kami makan masakan kami sendiri di rumah sewa ni. ada sedikit bangga di situ. mana pernah buat semua ni selain dgn mak dan ayah kat rumah. mana pernah cari bawang kat giant, beli sayur, mana pernah babe. tak pernah kot!

now kami sama2 makan hasil tangan kami sendiri. aku masak nasik, ajla goreng sayur, aya pulak goreng telur. waaa, anak mak ni dah besar, dah hidup berdikari sendiri. :'( tp still, rindu mak. rindu masakan mak, rindu nak sembang dgn mak. still nak mak walau dah boleh buat most kerja sendiri.

mak, kalau mak nak tahu, anak mak ni tgh berperang dgn perasaan sendiri. tgh cuba buat2 happy walaupun hati sakit sekali. tgh cuba sedaya upaya fokus dlm kelas, walaupun fikiran selalu terbang jauh. sakit sangat, bila cuba ditahan air mata dr mengalir. anak mak ni tgh cuba lawan diri sendiri. benarlah kata Hlovate, 'the hardest battle is when you are against yourself.'

semoga pengorbanan mak dan ayah tak sia-sia. i will make you guys proud one day nanti! jangan pergi sebelum akak berjaya. :'(




conteng

ku rasa ingin tamatkan segalanya di sini.
tapi nanti tidak ku cium bau syurgawi.
sedangkan itu motifnya kita di sini.
mencari bekalan buat di sana nanti.
apakan daya, langkah terhenti.
tika bahagia mulai beransur pergi.
terganti oleh duka masa silam yg tak bererti.
di mana mahu cari bahagia itu lagi.
pabila diri sudah tak percaya pada janji.
munafiknya manusia,janji dimungkiri.
munafiknya cinta,insan dikhianati.
ini bukan cerita kisah cinta yg abadi.
ini bukan hikayat segalanya tentang diri.
ini cuma luahan rasa hati.
yang menginginkan bahagia abadi.
dari insan yg disayangi.

jangan berserah pada takdir.
Allah tidak suka manusia yg mungkir.

Allah tidak suka.
Kelak dia murka.
Siapa yg merana?




Sunday, September 16, 2012

saat hati menangis


13 Oktober 2010 , 13:02.
Assalamualaikum wani.mak abg dah tiada ptg ni.

Innalillahiwainnailaihirajiun. Benarlah, setiap yg hidup pasti akan pergi. Hebat dugaanMu pd dia. Ya Allah, kau berikan dia kesabaran. Kuatkan imannya,tabahkan hatinya menerima ujianMu. I'm sorry abg, wani tak dapat nak ada dgn abg saat ni. Tp wani akan sentiasa bersama abg. Tu janji wani. kita happy sama2,biar kita sedih pun sama2. I know u must be so sad right now. Wani takkan dapat faham perasaan abg sbb wani tak pernah rasa kehilangan. Tp abg jgn risau, wani sentiasa ada dgn abg. Selagi wani ada, wani takkan biarkan abg rasa alone. Hope abg tabah. Redhakan pemergian arwah.

Dan hari2 selepas itu.. ayat dia pelik2..

" Hurm. abg syg wani sgt2. jgn tinggalkan abg ea"

"abg ada syg je tau, abg dah xda sape2 dah"

"syg, abg btl2 rindukan mak dgn syg"

"sbb syg org yg ambil berat like my mom"

Abang.. wani tau abang sedang merasa kehilangan..tp wani nak abg tau..

"wani pun taknak kehilangan abg"

:-(

Petikan diari, Oktober 2010.
Semoga roh ibumu aman di sana. Aku tak pernah lupa mendoakan ibumu.
Ayat terakhir petikan diari di atas itu, membuat air mata aku mengalir deras.

Saturday, September 15, 2012

15 september


sape rajin, pegi tengok balik post lame2 aku tahun 2011.
tengok post yang bertarikh 15 september.
same date. same memory.
itulah yang terjadi.

Friday, September 14, 2012

kawan

dia Hanim Ajla. 
yang memimpin tanganku setiap kali melintas jalan.
yang mengingatkanku solat Isyak sebelum tertidur.
yang menyuruhku makan ubat setiap kali aku pening.
yang tak pernah lokek berkongsi ilmu.
yang tak pernah kisah membasuh dan menyidai bajuku tatkala aku bermasalah.
yang sentiasa concern keadaan rakannya.
yang sentiasa bersamaku sepanjang satu sem, dan kini di semester ke dua.

dia, aku kenal secara tidak sengaja ketika hari pertama semester pertama bermula.
ketika aku bersendirian tanpa teman di bidang baru.
ketika aku masih merangkak2 mengenali apa itu Torts, apa itu jurisdiction, apa itu Law.
ketika aku begitu memerlukan seorang SAHABAT. 
Allah temukan aku dan dia.

terima kasih kawan. 
terima kasih sebab jadi kawan paling baik.

Wednesday, September 12, 2012

antara mercedes dan proton wira

setelah tiga hari kuliah bermula , aku perasan something. lecturer asyik sebut pasal lawyer, mahkamah, and segala yg berkaitan dgn profession law. dan hati aku terdetik, skrg dah semester dua rupanya, bermakna, perjalanan menuju cita-cita dah semakin hampir. lulus semester pertama memberi ruang pada aku utk meneruskan perjuangan mengejar cita-cita. 

"if u wanna become a lawyer, you must be aggresive, mana boleh jd passive je". - lecturer torts. 

"nak pakai mercedes,BMW bila besar nanti,kena la berkorban skrg.study sungguh2." - lecturer torts.

"hakim dalam mahkamah tu nanti, semua tua2. dah tak berapa nak dengar, sbb tu korang kena speak louder as a lawyer." - lecturer contract.

dalam fikiran, aku terbayangkan dah besar nanti, aku nak pakai kereta BMW, tak pun AUDI, bukan nak menunjuk2, bukan nak bangga, tp nak buktikan, yang aku boleh berjaya. aku nak buktikan pada orang yang  membenci aku, pada orang yang tak suka aku, pada orang yang pandang rendah pada aku, I'm not that bad. 

aku nak ada rumah banglo sendiri, nak men'design'kan rumah aku sendiri. aku nak kehidupan anak2 aku nanti senang, aku nak .. entah lah, aku nak hidup aku berjaya. 

tapi, dalam keadaan sekarang ni, susah sekali utk aku bertahan.

Ya Allah, mohon kuatkan AKU.. 

dunia aku. masa depan aku.

aku wani. jemputlah masuk ke dunia aku. dunia yang penuh kecelaruan.
masa aku di Tingkatan Lima aku pernah ditanya oleh seorang kawan, "weh, apa cita2 kau?". dan jawapan aku dari Darjah 1 hingga masa itu, "entah".
perjalanan menerobos ruang masa, membakar diri aku menjadi sisa-sisa.

tahun 2004 mencatat sejarah kegemilangan pertama aku. 5A UPSR menjanjikan sebuah masa depan yang cerah buat aku. but i decided to be normal, jadi budak biasa2. sekolah biasa2. 

there goes my stories. i first met him when i was 13. 
and falling in love with him when i was only 18. only 18.

and that was my BIGGEST mistake. my BIGGEST mistake. 
knowing him, falling in love with him. 
i felt STUPID.

i am only 18 when he first introduced me to his father.
i am only 18 when he makes thousand promises with me.
i am only 18 for God sake. what did i done??

dan ketika itu aku sedang dalam perjuangan mengejar cita-cita.

Ya Allah, di mana letaknya nilai perikemanusiaan dalam diri manusia?
di mana letaknya logik akal fikiran?

bahagia utk sementara, tp derita selama2nya. hanya kerana satu kesilapan.
andai diberi satu lagi peluang, satu lagi, pasti tak akan ku ulangi.
pasti tak akan aku lukakan hati ibu dan bapaku.
pasti tak akan aku persiakan amanah yg diberi.

dan air mata yang tak pernah kering ini, menemaniku hampir saban hari. 
tatkala duka silam menerobos ruang fikiran, hanya kegelapan yang aku nampak di hadapan.
lemah seluruh semangatku, hancur seluruh jiwaku.
kalau tak kerana memikirkan ibu bapaku, sudah lama aku akhiri semua ini.
Tuhan , ampuni aku, ampuni segala dosaku.

sungguh aku tak kuat, rapuh tersangat-sangat.
masa depanku, bergantung kepada diri aku sendiri.
diri yg kini makin dipijak-pijak.

dunia aku, masa depan aku. 
dunia aku, kelam. masih mencari di mana cahaya.
masa depan aku, semoga Allah memberi yang terbaik.

Tuesday, September 11, 2012

Insyaallah, kakak balas jasa mak and ayah


dah masuk second semester in degree. tapi aku rasa ralat sangat. ralat sebab aku study ni guna duit mak dan ayah. ptptn hanya dpt separuh as my dad gaji xlayak utk aku dpt pinjaman penuh. hum, tp aku janji dgn diri aku sendiri, aku akan balas jasa mak and ayah once i've completed my study. aku akan senangkan hidup diorang. Insyaallah.

Actually aku dah takde mood nak update blog. xtahu nape. nak bukak blog pun malas dah. 

tempek muka sikit. 

tempek lagi.

k la, it's time for me utk mengejar cita2. 


Thursday, September 6, 2012

andai ku bercinta lagi..


andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
tunjukkan di mana ruang hati untuknya yang masih belum KAU huni..
apabila tiba waktu bersemuka
ku perlu pejamkan mata 
dan memaksa lafaz CINTA
dengan BAYANGmu di minda.................

maafkan bila ku tak sempurna.