Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Wednesday, September 12, 2012

antara mercedes dan proton wira

setelah tiga hari kuliah bermula , aku perasan something. lecturer asyik sebut pasal lawyer, mahkamah, and segala yg berkaitan dgn profession law. dan hati aku terdetik, skrg dah semester dua rupanya, bermakna, perjalanan menuju cita-cita dah semakin hampir. lulus semester pertama memberi ruang pada aku utk meneruskan perjuangan mengejar cita-cita. 

"if u wanna become a lawyer, you must be aggresive, mana boleh jd passive je". - lecturer torts. 

"nak pakai mercedes,BMW bila besar nanti,kena la berkorban skrg.study sungguh2." - lecturer torts.

"hakim dalam mahkamah tu nanti, semua tua2. dah tak berapa nak dengar, sbb tu korang kena speak louder as a lawyer." - lecturer contract.

dalam fikiran, aku terbayangkan dah besar nanti, aku nak pakai kereta BMW, tak pun AUDI, bukan nak menunjuk2, bukan nak bangga, tp nak buktikan, yang aku boleh berjaya. aku nak buktikan pada orang yang  membenci aku, pada orang yang tak suka aku, pada orang yang pandang rendah pada aku, I'm not that bad. 

aku nak ada rumah banglo sendiri, nak men'design'kan rumah aku sendiri. aku nak kehidupan anak2 aku nanti senang, aku nak .. entah lah, aku nak hidup aku berjaya. 

tapi, dalam keadaan sekarang ni, susah sekali utk aku bertahan.

Ya Allah, mohon kuatkan AKU.. 

No comments:

Post a Comment