Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Wednesday, September 19, 2012

kami dah besar !


selamat malam kawan2!! hehe. u know what guys, aku skrg dah dok rumah sewa. kat seksyen 7 shah alam. nak tau kat mane? cari sendiri k. quite comfortable gak lah here. kongsi bilik dgn dua orang kawan yg sangat sangat sangat baik and baik and sangat baik. hah ambik kau, sbb apa aku tulis mcm tu? sbb diorang mmg sangat baik tau tak. nama roomate ku di rumah sewa ini ialah Hanim Ajla dan Nurul Akhyar. dua orang ni mmg kawan yg superb, thank you Allah coz giving me such a nice and good friend.

bersama mereka, aku belajar erti kehidupan. kami bersama mengharungi liku-liku hidup sbg seorang student di bandar Shah Alam ni. bersama2, kami melintas jalan, kami menaiki bas ke kuliah, kami beli barang2 runcit di Giant, kami kemas bilik, kami belajar basuh baju guna washing machine manual, kami tidur dalam kuliah same2, tak faham ckp lecturer same2, gosip same2. segalanya same2. dan hari ni, kami makan masakan kami sendiri di rumah sewa ni. ada sedikit bangga di situ. mana pernah buat semua ni selain dgn mak dan ayah kat rumah. mana pernah cari bawang kat giant, beli sayur, mana pernah babe. tak pernah kot!

now kami sama2 makan hasil tangan kami sendiri. aku masak nasik, ajla goreng sayur, aya pulak goreng telur. waaa, anak mak ni dah besar, dah hidup berdikari sendiri. :'( tp still, rindu mak. rindu masakan mak, rindu nak sembang dgn mak. still nak mak walau dah boleh buat most kerja sendiri.

mak, kalau mak nak tahu, anak mak ni tgh berperang dgn perasaan sendiri. tgh cuba buat2 happy walaupun hati sakit sekali. tgh cuba sedaya upaya fokus dlm kelas, walaupun fikiran selalu terbang jauh. sakit sangat, bila cuba ditahan air mata dr mengalir. anak mak ni tgh cuba lawan diri sendiri. benarlah kata Hlovate, 'the hardest battle is when you are against yourself.'

semoga pengorbanan mak dan ayah tak sia-sia. i will make you guys proud one day nanti! jangan pergi sebelum akak berjaya. :'(




No comments:

Post a Comment