Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Friday, September 14, 2012

kawan

dia Hanim Ajla. 
yang memimpin tanganku setiap kali melintas jalan.
yang mengingatkanku solat Isyak sebelum tertidur.
yang menyuruhku makan ubat setiap kali aku pening.
yang tak pernah lokek berkongsi ilmu.
yang tak pernah kisah membasuh dan menyidai bajuku tatkala aku bermasalah.
yang sentiasa concern keadaan rakannya.
yang sentiasa bersamaku sepanjang satu sem, dan kini di semester ke dua.

dia, aku kenal secara tidak sengaja ketika hari pertama semester pertama bermula.
ketika aku bersendirian tanpa teman di bidang baru.
ketika aku masih merangkak2 mengenali apa itu Torts, apa itu jurisdiction, apa itu Law.
ketika aku begitu memerlukan seorang SAHABAT. 
Allah temukan aku dan dia.

terima kasih kawan. 
terima kasih sebab jadi kawan paling baik.

No comments:

Post a Comment