Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Monday, November 12, 2012

Saranghae!

Dear diary,

Tau tak macam mana rasa dia bila tengah2 kau fokus dalam kelas lepas tu suddenly kau teringat kat dia?? lepas tu kau bukak facebook, berharap nak tgk profile dia, nak tengok macam mana keadaan dia skrg, sihat ke tak, dekat mana skrg, tapi lepas tu cepat2 kau tersedar yang kau dah janji taknak ganggu hidup dia lagi, taknak sakitkan hati sendiri lagi, terus kau off facebook and konon2 nak sambung study balik, tapi lepas tu kau tetap teringat kat dia. do you even know how much it hurts?

Dear diary,

Tau tak macam mana rasa dia bila tiba-tiba tengah seronok2 tengok drama korea "playful kiss", tiba2 ada scene romantik yang sama pernah kau lalui dgn dia, lalu dgn tiba2 air mata kau mengalir, tanpa kau sedar. Bila tiba2 hati kau sakit sangat2 bila teringat segala kenangan pahit manis kau dan dia, tambah2 yang seumur hidup kau takkan dapat lupa. tau tak macam mana rasa sakit dia?

Dear diary,

Tau tak macam mana rasa dia bila kau dah tekad nak melupakan, kau dah tekad nak cuba hidup sekejap tanpa bayangan dia, tapi dalam masa yang sama, di satu sudut hati kecil kau, ada rindu yang teramat-amat sangat, hingga tengah2 kau study, kau bukak folder lama, tengok segala gambar dan video kenangan kau dan dia, lalu ketawa sendiri, tersenyum, menangis.. tau tak kau dah serupa macam orang yang dah tak betul?

Dear diary,

Tau tak macam mana rasa dia bila kau perhatikan hidup dia dari jauh? macam bayang-bayang, yang dia tak akan pernah perasan kewujudannya. tau tak macam mana rasa dia bila kau tengok gambar dia sekarang, lalu kau senyum melihat dia gembira, walau kau tahu hati kau terasa sakit di satu sudut. kau masih mengambil tahu tentang kehidupan dia walau kau tahu, dia tidak pernah peduli walau sedikit pasal kau lagi. :'(

Dear diary,

Walaupun dia dah jauh di mata, tapi kenapa dia mesti selalu dekat di hati? Kenapa walaupun dia tiada di sisi, hati ni tetap sakit dan merindui? Kenapa walaupun dia dah pergi, diri ni masih dibayangi dia? Dan kenapa, walaupun aku sendiri bertekad, tidak mahu percaya lagi pada janji, tapi kenapa diri ni degil sangat masih tetap pegang pada janji dia ???? Kenapa walau aku tahu aku akan kecewa andai dia tak benar2 tunggu aku utk beberapa tahun lagi, aku masih nak tunggu dia? Kenapa???? 

Kenapa cinta ni sesuatu yang sangat complicated? Walau dia dah buang kau, walau dia dah pergi jauh dari hidup kau, walau dia merendahkan maruah dan emosi kau, walau dia dah campak kau jauh2 dari hidup dia, kenapa kau tetap menunggu, dan masih percaya pada kata-kata dia bahawa dia akan tetap pegang pada janji?

Kenapa Nurul Azawani? What makes him so special in your life? 

Kerana dia yang pertama...... yang pertama mengenali aku sepenuhnya..
Dan untuk itu, aku tetap akan terus menunggu. Seperti janji dia, janji aku. aku pegang kata2 terakhirku sebelum kami berpisah kali kedua, "I will wait for you."   

Semoga Allah memberi aku kekuatan untuk terus sabar menunggu. Moga dia berubah menjadi yang lebih baik, seperti yang dijanjikan. 

Saranghae!!!!!!!!  

No comments:

Post a Comment