Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Saturday, November 10, 2012

sempurnakah solatmu?

Buat pertama kalinya, aku mengucapkan "Alhamdulillah" sebanyak2nya, setelah mendengar ustaz berkata , 
"kalau kamu mengahwini seorang lelaki yang tidak sempurna solatnya, malah tidak langsung endah untuk solat atau tidak, hidup kamu tak akan bahagia dunia akhirat."

dan kata2 ustaz yang paling terkesan dan bagiku, bakal aku pegang sampai akhir hayatku ialah, 
"kunci kepada sebuah rumahtangga dan perkahwinan hanya terletak pada dua benda, pada solatnya, dan pada redha ibubapanya, kalau kamu tak ada dua benda tu, nescaya perkahwinan kamu takkan ada makna dan takkan bahagia."

I was really2 grateful today, aku bersyukur sangat2 kerana terpilih antara insan2 yang wajib menghadiri program Smart Solat at Masjid UiTM Shah Alam pagi ni. Walau pada awalnya aku begitu berat sekali nak pergi sebab semalam sampai rumah jam 1 pagi lepas menonton mock trial muzikal UiTM, tp aku gagahkan diri jugak utk pergi sebab fikir ini program wajib and I might get marks for my koko for this. 
Tapi syukur alhamdulillah, there's a lot of input I got from this program, walaupun kehadiran utk program ini amat mengecewakan. Sepatutnya ada 150 orang daripada 5 kelas akan hadir, tapi yang hadir cuma lebih kurang tak sampai 30 orang. Mungkin kerna hari Sabtu dan sebab hari ni juga ada program Himpunan Felda bersama PM kat uitm ni jugak.
Straight to the point, I wanna share this.  

Antara kesalahan paling besar, yang boleh menyebabkan solat kita tidak sah tanpa kita sedari, ialah 
tidak toma'ninah dalam solat.

Thuma’ninah adalah diam beberapa saat setelah tenangnya anggota-anggota badan. Diam di sini bermakna berhentikan semua anggota badan, tanpa bergerak sedikitpun kecuali mata. Meninggalkan thuma’ninah, berarti tidak meluruskan dan mendiamkan punggung sesaat ketika ruku’ dan sujud, tidak tegak ketika bangkit dari ruku’ serta ketika duduk antara dua sujud, semuanya merupakan kebiasaan buruk yang sering dilakukan oleh sebagian besar kaum muslimin. Bahkan hampir bisa dikatakan, tak ada satu masjid pun kecuali di dalamnya terdapat orang-orang yang tidak thuma’ninah dalam solatnya.

Sebenarnya banyak lagi nak dikongsi, tp tak cukup masa nak tulis dalam ni. Insyaallah nanti aku update sikit2. 

By the way, 

Rasulullah SAW bersabda, "Beza antara seorang lelaki Muslim dan kafir adalah solatnya." ( HR Muslim)
Well, tanpa sedar, ramai antara kita yang dah mengkafirkan diri sendiri.
Wallahualam. Moga sama-sama kita ambil iktibar.

No comments:

Post a Comment