Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Sunday, December 30, 2012

Aidil's 6th Birthday

minggu lepas, 21 Disember birthday aku, now, 28 Disember, birthday my little adik pulak. Muhammad Aidil Hakim. well takmo tulis panjang2, just nak share pic dlm blog.

this is birthday boy and me. 

 the cake. beli dgn 'dia'.

happy family. :)

muahhh. sayang aidil. 

tiup same2 ekk

peace yaww!

  
last2 tayang gmbr sendiri. :p

happy birthday Aidil.
semoga jadi anak yg baik dan berguna bila besar nanti.
:)

Saturday, December 29, 2012

buat mak and ayah.

mak, ayah, akak jarang sangat tulis pasal mak and ayah dalam ni, bukan sbb akak tak sayangkan mak and ayah, akak sayang, terlalu sayang, sayang tu, melebihi segala2nya dalam dunia ni. cuma akak tak mampu nak luahkan segalanya, akak akan nangis setiap kali bercerita tentang mak and ayah. sebab mak dan ayah adalah anugerah terindah buat akak dalam hidup ni.

mak, ayah, bila akak dah masuk universiti, akak mula sedar, hidup tak semudah yang disangka. nak berjaya tu bukan macam nak ambik PMR and SPM suatu masa dahulu. di saat akak mula hidup jauh dr mak ayah, pelbagai halangan dan cabaran akak terpaksa tempuh. takde lagi mak dan ayah untuk nasihatkan akak yang mana baik, yang mana buruk. senang sangat untuk akak sesat dan tersasar dr landasan kehidupan.

akak takkan boleh lupa apa yang mak dan ayah dah lakukan untuk akak. tambah2 masa akak kat universiti ni. makan, pakai, belanja, semuanya mak dan ayah yang tanggung.

Ayah, walaupun jarang sgt tunjuk kasih syg dia kat anak2. Tp bila tiba saat2 pntg dlm hdup aku,ayah akan bg msg and said, "i love u so much,u r always my feveret daughter." Ayah jrg tanya khabar, tp aku tau ayah selalu baca blog aku senyap2. Even makin besar aku lg rapat dgn mak,tp aku tau,ayah tak pernah sanggup tgk aku susah. Makan pakai aku kat u ni,sume duit ayah n mak,bukan ptptn. Parents are the greatest gift ever. Kalau la kita tak buat yg terbaik for them,alangkah kejamnya kita sbg anak. 

mak, masa aku tengah study kat atas pukul 3 pagi, aku haus, nak pergi minum air kat bawah, then tgh turun tangga, langkah aku terhenti bila nampak mak tgh uli tepung. mengalir air mata aku saat tu. aku naik balik, aku nangis puas2. mak buat kuih tu sebab nak bagi aku duit belanja sepanjang kat universiti. duit yang dpt dari hasil jual kuih tu, semua mak bg kat aku. yang tinggal kat mak cuma duit modal je. sampai mati aku takkan lupa apa yang mak korbankan utk tengok anak dia berjaya. mak cuma nak aku berjaya je. jd peguam. untuk hidup aku jugak suatu hari nanti. bukan utk dia pun. :'(

apa aku nak panggil diri aku sendiri kalau aku hancurkan harapan dan impian mereka? anak kah aku? mereka berkorban segalanya untuk aku, tp aku? tergamak ke aku nak tgk dorang menangis sebab aku? 

:'(

nampak tak permainan Dia kat sini?

nampak tak permainan Dia kat sini? kau pusing ikut mana pun last2 kau jumpa jalan yg sama jugak. kau lari jauh mana pun last2 kau jumpa orang yg sama jugak. kau buat la mcm mana sekalipun nak lupakan orang tu, last2 dia datang cari kau jugak.

last2 jodoh kau dgn dia jugak. cinta? sayang? entah lah. Tuhan saja yg tahu ada lagi ke tak semua tu.

sepatutnya segalanya berakhir 15 September lalu. sepatutnya masa tu kita lepaskan segala2nya. lupakan segala2nya tentang kita. tp entah kat mana silapnya, 26 Oktober kau cari aku balik, jumpa aku balik. then kau janji 5 tahun lagi kau akan laksanakan janji kau. aku hanya perlu menunggu.

tapi mmg takdir Allah kita tak boleh jangka, sebulan lepas tu kau cari aku balik. dan kononnya kita nak 'date' buat kali terakhir. takdir Allah juga, masa dlm date tu aku jumpa cinta yg hilang. lalu aku jatuh cinta pada kau sekali lagi. tp aku diamkan, biarlah 5 tahun lagi kita bersama, bukan sekarang.

then after the precious date, kau pulak buat surprise for my birthday. 30 November kita jumpa balik. dgn sebentuk cincin yg menjadi saksi dua hati yg sepatutnya dah terpisah. aku dah mula2 tertanya2, apa semua ni. setiap kali kami merancang utk jadikan pertemuan itu pertemuan terakhir, setiap kali itu jugaklah ia tak menjadi kenyataan. dan kita terus bertemu, bertemu dan bertemu.

hingga hari ini.. kita masih tetap bertemu. dan satu kata2 kau yg sentiasa bermain dlm fikiran.. "I mmg x leh hidup tnpa u".

kalau kita mmg tak ditakdirkan bersama, sepatutnya 15 September itulah akhirnya segala2nya.

Ya Allah, kalau mmg jodoh kami, tolong jgn biarkan kami buat kesilapan lagi. :(

Friday, December 28, 2012

forgive me,kawan.

kawan, mungkin akan ada banyak kali sepanjang perkenalan kita aku akan buat kau terasa hati dgn sikap mahupun perangai aku, maafkan aku kawan. mungkin makin lama kau kenal aku, kau akan makin nampak setiap kelemahan dan kekurangan aku, untuk itu, maafkan aku kawan. mungkin ada ketika aku tidak pandai untuk adapt dgn persekitaran, maafkan aku kawan. mungkin ada masanya aku terlalu cuai dan mengikut kata hati, maafkan aku kawan.

kawan, izinkan aku nyatakan di sini, aku terlalu menyayangi setiap kawan2 yang hadir dlm hidup aku. tapi maafkan aku kerana aku bukan kawan yg baik. aku tak pandai nak tunjuk aku sayang kawan2 aku. aku tak pandai nak masuk dalam persekitaran. aku tak pandai nak berkomunikasi, nak berkongsi apa aku ada, walau aku sangat ingin berbuat begitu. aku tak pandai kawan. :(

kawan, ketahuilah, bila kau susah, tolonglah mintak tolong kat aku. aku sanggup buat apa saja utk membantu. cuma satu aku nak kau faham, aku tak pandai nak memulakan komunikasi, nak memulakan sesuatu. aku mmg x pandai. tolonglah kawan, jangan pandang enteng aku, jangan menganggap aku bukan kawan yg baik hanya kerana aku gagal 'life lesson'. aku tak pandai nak hidup kawan. aku tak pandai berdiri atas kaki sendiri. aku perlukan kalian. perlukan tunjuk ajar kalian, perlukan bimbingan kalian. bukan sindiran dan perlian kalian. :'(

kawan, aku tahu aku salah kawan, aku tahu. sikap dan perangai aku selalu tak menyenangkan hati kalian. maafkanlah aku kawan. andai aku salah, andai aku silap, tegurlah aku, tp jangan di belakangku, di luar pengetahuanku. demi Allah, tak terniat nak menyakiti walau secebis pun perasaan kalian. kalau aku mampu buat anything utk kalian, aku akan buat, sedaya upaya aku. tolong beri aku ruang dan peluang untuk belajar menjadi dewasa, untuk belajar tentang kehidupan. kalian tak mengerti, hidup aku tak sama macam kalian. ada yang tersirat di balik yg tersurat.

andai kalian mengerti itu, cukuplah sekadar cuba mengerti itu, aku sudah cukup bersyukur kawan.

:(  please kawan.

Thursday, December 27, 2012

takdir

while sitting next to him and eating "nasik bungkus" together, I told him, "ni kalau kita kahwin makan camni je takpe kan?" #sambil buat muke comel.
then he replied, "haa buat buat, bakor dapor tu baru tau. camtu baik I kawen ngan tukang masak kedai ni je." dan dua2 ketawa.

"u percaya takdir?" he asked. and I replied, "caye la. dulu pas kita putus, I janji ngan diri I sendiri, sampai mati I x kan jumpa u dah sampai bila2, tp tengok, takdir Allah lg hebat. kita jumpa jugak. bukan sekali, bukan dua kali, tp berkali2."

 " I rasa I mmg x boleh hidup tanpa u. "
 " What?? #Laughing. Cam pelik plak u yg cakap camtu. "
 " Dah mmg betul. "

satu kesilapan meleraikan apa yg terikat, tp dengan satu kesilapan juga apa yg terlerai kembali bertaut. hebat permainan takdir.
now, berserah pd Allah.
Dia Maha Mengetahui.
Dia yg menentukan segalanya.
Perancangan itu atas kami, penentuan itu atas Dia.
Moga2 kali ini ada pengakhiran yg baik buat kami.

# Ya Allah, jadikan ini satu pengajaran buat Kami. Izinkan kami membetulkan segalanya. aku sangat takut kali ini. :(

Monday, December 24, 2012

kenangan bus stand

hari ni, 24 November, mungkin Allah nak bg petunjuk kat aku. bahawa ada ramai lagi lelaki dlm dunia ni yg lebih baik. semalam, i send a msg to him, I said "aku nak mintak izin kau, utk buang segala milik kau". then he replied "kerna apa?" dan aku jawab, "untuk aku berpijak di bumi yg nyata." lalu dia membalas " drpd u buang, baik u bg i balik, biar i yg simpan."

dan sejujurnya, aku tak akan pernah mampu nak buang segala kenangan kita. segala benda yg kau bg kat aku, aku akan simpan sampai hujung nyawa aku. then semalam aku mintak kita akhirkan segalanya di sini. aku mintak kita berhubung buat kali yg terakhir. tp ternyata aku yg menangis sepanjang malam, aku yg terasa sakitnya. :'(

dan hari ni, something happened to me.

today aku nak pergi salun, nak gunting rambut. aku tunggu bas kat bus stand sorang2 depan rumah aku. lama gila aku tunggu bas x datang2. sume driver yg lalu kat jalan tu sume toleh pandang aku. pelik, aku ni comel sgt ke. muahaha. sambil dgr lagu kat headphone masa tu. then aku noticed ada satu kereta ni berhenti dekat dgn bus stand tu. aku pun buat endah x endah je la. tp cam ada satu perasaan dlm hati aku yg dia berhenti sbb aku. eh perasan pulak aku ni. tp aku biarkan je. tgk2 dia tanye jalan kat org yg masa tu tgh drive nak kuar simpang. then aku biar je la lg. sambung dgr lagu. then tetibe dia dtg dekat aku. dia ckp something. tp aku tak dgr sbb tgh dgr lagu kat headphone mase tu. aku pun bkk la headphone. rupe2nye dia tanye jalan pintas nak ke Teluk Intan ikut mane. aku pun bgtau la, sebelum sampai Bidor akan ada satu simpang, masuk situ. aku pelik gak la sbb rasenye dia dah tanya kat pakcik td sebelum tu, nape lak nak tanye aku lg kan.

then aku pun dok balik la kat bus stand tu. tetibe dia tanye aku lg, nak g mane? aku pun jwb la nak g Bidor. dia ckp nak naik skali x? maybe sbb dia kesian tgk aku tunggu sorang2 kat situ. aku pun jwb la "eh takkan la, nyusahkan awak je, awak kan bukan nak pergi Bidor". sbb simpang ke Teluk Intan tu sebelum pekan Bidor. tp dia kate takpe. so aku pun setuju la sbb bas x datang2 pun. lgpun tgk muke dia cam dak baik. rupe2nye.. dia budak Uitm gak. UiTM Selayang. ambik kos dentistry kauuuu. terkejut aku. then dia tanye aku amik kos ape, dia pun agak terkejut bila dgr aku amik Law. then kitorang sembang2 dlm kereta.

soalan first dia tanye, ni dah kawin ke dah tunang ke? aku pun ckp dak aih, mude lg. umur dia 22 tahun, final year. kagum gak la ngan dia, amik dentistry kot. mesti dak pandai. rupa2nya dia bdk SMKA Slim. mmg dekat je la kan ngan tempat aku. kelakar sgt dia tu, nampak sgt dia kekok and agak kalut bila ckp ngan aku. tp sies, aku senang dgn perwatakan dia. rasa mcm best sembang ngan dia, padahal baru je kenal.dia citer la dia tgh serabut sbb mak dia tgh sakit, dah la skg ni musim final exam kitorg. kesian sgt aku dgr.

then, bila dah sampai Bidor, aku suh turunkan aku kat bus stand, dia insist nak turunkan aku betul2 depan salun tu, sbb dia risau aku jalan sorg2. tp aku ckp takpe la. bila aku dah kuar and tutup pintu kereta, tetibe dia panggil aku balik, katanya nak sembang lg. mcm2 dia tanye. kekok sgt sebenarnye mase tu. dua2 cam segan2. berapa kali jgk sebenarnya dia panggil aku balik lepas aku tutup pintu, aku tau sebenarnya dia nak mintak something dr aku, tp dia segan and malu. then we separated, he went to his way, i went to my way. awkward gila rasa. then I finally realise that, we don't even exchange name!

menyesal sangat sangat sangat tak tanye name dia. at least boleh jgk cari kat fb ke ape kan. aku cuma igt pesanan terakhir dia kat aku, "jalan nanti tgk kiri kanan depan belakang, takut pape jd, dunia skrg bukan blh percaya." and hati aku tersentuh masa tu. dia sanggup kot patah balik semata2 utk hantar aku. ada jugak rupanya lelaki yg baik dlm dunia ni.

dan kemudian sepanjang perjalanan ke Tapah aku asyik tersenyum dlm bas, asyik teringat pd dia dgn seribu penyesalan di hati sbb terlupa nak tanye nama dia! skrg yg aku tahu cuma, dia budak UiTM Selayang, amik kos Dentistry, bekas dak SMKA Slim, and tinggal kat Teluk Intan area SEMESTI. adehh, jenuh aku nak cari orang klu x tahu nama. =,="

aku berdoa and harap sangat sangat Allah akan pertemukan kami sekali lagi. sebab aku belum mengucapkan terima kasih pd dia. mohon Ya Allah, pertemukanlah kami sekali lagi. :)

# kerana hati masih pada dia yg dulu, aku tolak ajakannya utk pergi makan and berkenalan lebih dlm. tanpa sedar, hati ini masih milik si dia, yg sampai bila2 mungkin masih milik dia. :(


21 Disember

tahu x apa yg special pada tarikh 21 Disember? Its my burfday uolls. genap dah umur aku 20 tahun. Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur aku. semoga Allah terus panjang usiaku utk bg aku peluang berbakti pd kedua ibu bapaku lepas ni. Insyaallah.

nak cerita, tahun ni burfday special sikit. sbb ia disambut dua kali. dua kali uolls. and dua2 surprise. aku rasa terharu sangat. first, my burfday disambut pd 1 Disember, oleh insan yg sepatutnya bergelar 'ex' tp bg aku, he's not my ex. he is still my love. dia lah Ahmad Taufiq bin Baharuddin. dia yg buat surprise utk burfday aku. mula2 dia ajak aku balik, aku ingat saje2 je nak jumpa. then x sangka sangat2, he close my eyes, and there it is, a cake in front of my eyes with a writing stated "Surprise 20 Wanie". masa tu perasaan aku sies macam nak nangis. tak sangka, org yg dah berpisah ngan aku, yg tingalkan aku satu masa dulu, sanggup susah payah sambut burfday aku.

and yg paling aku tak sangka, he gives me the most precious present in my life. dia ckp " I x tau nak bg apa, ni je I dpt bg." It was a small box. And when I opened it, it is a ring. masa ni air mata dah bergenang dah actually. tp tahan je. then he said "tgk la apa ada dekat cincin tu, tgk betul2". then aku tgk bhgian dlm cincin tu, ada huruf F&W. means Fiq & Wanie. sumpah, ni first time aku rasa sgt hargai pemberian dia yg bg aku, sangat ikhlas. sbb dia tempah sendiri, dia cari sendiri cincin tu. bukan aku mintak. bukan aku yg nak. :')

and this is the most special burfday in my life ever.


the most unforgettable moment.  :')
picture taken by our friend, shima.

me and abg.

and the most precious thing he gave me..

 the ring. 

and then, 21 Disember lepas, masa aku nak balik utk study week, tgk2 my mum pulak sambut my burfday. belikan kek for me. that was so sweet. sambut dgn adik2 semua. sayang mak sangat2!! burfday adik2 lain mak x sambut pun, tp burfday akak mak x pernah lupa nak sambut tiap2 tahun. :)

this is my mum's cake for me.

this is me and my mum. love u mum!

 me with my only sister, Irah.

my love.

 
kesimpulannya, my 20th burfday is so unforgettable. :)
thanks semua yg wish.
 
 


 


Thursday, December 20, 2012

lelaki.

Perempuan kaum yg lemah. Lelaki kaum yg kuat. Sebab tu mereka memerlukan kaum lelaki untuk melindungi mereka. Bukan mempermainkan mereka -Ustaz Don.

tapi klu lelaki yg x solat? x jejak masjid kecuali ari jumaat? x hafal doa qunut? hanya tau hidup utk enjoy? hanya main game n fb 24 jam? x jaga hubungan lelaki perempuan? mempermainkan maruah dan perasaan perempuan?  hidup tak pernah fikir tanggungjawab. tu lelaki ke? lelaki sejati ke? boleh buat suami ke? boleh jaga kita dunia akhirat ke? boleh?

Wednesday, December 19, 2012

tahniah adik!

nak share, adik aku dpt straight A PMR. alhamdulillah. x sia2 aku ajar dia dlu, x sia2 usaha dia. moga2 SPM nanti pun straight A. happy sangat bila adik sendiri berjaya. adik sendiri, bukan adik angkat, bukan adik anak org lain, bukan adik kenal dlm fb, tp ADIK KANDUNG.

well, benarlah, sesiapa yg berusaha itu pasti akan berjaya. sesiapa yg hidup 24 jam enjoy, bercinta, main fb, main game, akan ketinggalan. kejayaan adik akan aku jadikan batu loncatan utk aku genggam anugerah dekan sem ni. Insyaallah!

benci!

tau tak apa aku rasa skrg? sumpah aku rasa nak kill someone. sumpah aku rasa nak lepaskan semua beban kat dada aku ni. sumpah aku rasa nak lenyap dari muka bumi ni. sumpah hati aku sakit sangat.

penat. sakit. kecewa. lemah. lelah. semua bermain dalam minda aku ni. i wish i could disappear...

someone please take me away. please. for God sake, please.  i can't take it anymore.  :(

Ya Allah. Rabbighfirli, warhamni, wajburni, warfa'ni, warzu'ni, wahdini, wa'afini, wa'fuanni. 

Tuesday, December 18, 2012

satu kesilapan.

to my dearest _ _ _ _ _ _ ,

forgive me for all my mistakes to you.
all i'm trying to do, is to make you happy, but if you don't, please, forgive me.
I spent almost three years with you, we have gone through a lot of things together. we share everything together. we laugh, we joke, we were happy back then. but for just a little mistakes I'd done, you left.

and that what hurt me the most. with all your mistakes all this while, not even once I'm trying to leave you. not even once my dear. kadang-kadang aku rasa hidup ni sangat tak adil. penat kot bertahan bertahun2. tapi hasilnya? i got nothing after i give everything. everything. haha. it's funny isn't it? orang yang kita sangka, boleh jaga kita sampai akhir hayat kita, boleh tinggalkan kita tanpa sikit pun rasa bersalah. pergi macam tu je. tak toleh langsung kat kita. langsung. walau puas kita meratap, merayu, menagih kasih yang tak kesampaian, dia pergi, tak sikit pun ada rasa simpati, pada orang yang pernah dia cinta separuh mati.

kelakar kan? kelakar sangat bila kau hidup tak ubah macam orang mati lepas dia pergi, jasad je berlegar sana sini, tapi hati kau, jiwa kau, mati. sebulan kau nangis sorang2 tiap2 malam, mimpi benda yang sama tiap2 malam, tiap pagi bangun tidur dgn kenyataan yg amat perit, dia dah tiada di sisi kau. takde lagi msg sebelum tidur dan bila kau bangun tidur, takde lagi telefon tgh2 malam sembang kosong, takde lagi marah dia sebab lambat balas msg, takde lg ajak skype and YM tgh2 malam, takde lagi jeles dia komen gambar org lain, takde lagi wish "happy anniversary" tiap2 bulan, takde lagi mintak novel bila nak, takde lg org yang nak dengar kau dpt berapa utk test, utk kuiz, utk dgr semua cerita2 kau. kelakar kan bila orang yang dah sebati dgn hidup kau, sanggup tinggalkan kau atas alasan yang langsung tak munasabah.

nampak macam senang kan? takde sape tau apa aku rasa. sorang2 aku simpan benda ni semua. sorang2 aku lalui sem baru tanpa orang yang paling aku percaya, orang yang paling aku harapkan utk bantu aku jadi kuat. dia kekuatan aku satu masa dulu. dia temankan aku bila aku memerlukan. dia ada bila aku dalam keadaan paling sulit. tapi dia jugak yang pergi, di saat aku masih menyintai. untuk itu, takda kata2 yang mampu aku ungkapkan, betapa kejamnya seorang manusia yang aku percaya punya sikap tanggungjawab yg cukup tinggi. hancur segala kepercayaan aku. menangis air mata darah sekalipun, masa tu, cukup aku katakan, aku sangat kecewa.

tapi macam mana aku nak membenci orang yang pernah sangat aku cintai? macam mana aku nak benci dia, bila setiap masa dia ada di hati aku? yang paling aku benci tu adalah diri aku sendiri, sebab aku tak mampu nak benci orang yang paling aku nak benci. sakit tau tak?

untuk berdiri balik lepas semua ni jadi, I have cried, at least, 1 litre of tears.

tapi utk memaafkan setelah dilukai berkali2, aku rasa, aku belum mampu. aku belum mampu nak bukak ruang kemaafan dalam hati ini. di sebalik senyuman yang aku ukirkan tiap kali aku pandang kau, di sebalik gelak tawa, di sebalik setiap gurauan, ada rasa terluka dan terkilan yang amat sangat. melihat kau, satu je yang aku mampu buat, aku cuba tersenyum, sebab aku cuma nak satu je, aku nak kau rasa bahagia, walau aku terpaksa buat benda paling bodoh dalam dunia.

sekali aku dah berjanji, takkan mudah aku mungkir. kita bermula sbg kawan satu masa dahulu, tapi kau pilih sebuah perhubungan ketika kita mula belajar erti hidup, ketika kita mula belajar menjadi dewasa. layakkah hubungan ini kita panggil satu kesilapan? sekali kau tukar persahabatan kepada cinta, ia takkan mudah kembali menjadi persahabatan. kau korbankan cinta yang kau sendiri bina satu masa dulu hanya kerana satu kesilapan aku.

satu pengajaran yang aku dapat, hanya keluarga yang takkan tinggalkan kita walau bagaimana teruk pun kita buat silap. orang lain, akan lupakan seribu kebaikan kita, hanya kerana satu kesilapan kita.

terima kasih, sebab melukakan. luka ni, sampai bila-bila takkan berhenti berdarah selagi jasad dikandung badan. aku takkan percayakan sesiapa lagi lepas ni, aku takkan menyintai sesiapa lagi. sekali hati dilukai, sampai mati, takkan ada pengganti.

kalau boleh, itupun kalau boleh, aku nak sangat benci kau. aku nak sangat hidup seminit tanpa ingatkan kau. sebab aku tau, aku menyintai orang yang salah. yang aku simpan dalam hati itu kaca, bukan permata. orang bodoh je yang takkan sedar hakikat tu. orang bodoh je yang masih bertahan setelah berkali2 dilukai, dan akulah si bodoh tu.





hanya yang memahami akan mengerti.

Saturday, December 8, 2012

ada yang tersirat.

from the korean drama, Rooftop Prince.






 sometimes you really want the memories to go away
so that the most painful things about you and that person will fade away
but you often forget..
if you don't have the memories
you can't be together in your heart either
you will forget about that person
and nothing could remind you to him
as long as you have your memories
you and that person, can be together in the heart always.

# dear blog, sorry for all the writing.
Insyaallah, all of this will end soon..


Wednesday, December 5, 2012

mungkin buat kali yang terakhir.

i was once said to myself, "the day I stop writing about you in my blog, is the day I stop loving you". I wonder whether that day will comes or not. somehow, deep inside my heart, I feel so hurt. tonight, at 3 a.m, I'm doing my assignment. dunnow why, I keep thinking about him, all the time. susah nak padamkan memori yang dah terpahat dalam minda. susah, sangat susah bila segalanya dah sebati dalam jiwa.

ingat senang nak lupa bila orang tu yang tegur kau sidai kain tak betul? yang tegur bila kau tak potong kuku? yang suruh kau teman dia makan sampai habis? yang suka perli kau bila kau buat salah? yang tegur kau buat itu salah buat ini salah? ingat senang nak lupa orang yang bersama kau selama hampir 3 tahun? yang dah kenal kau hampir 100%? yang dah ajar kau macam2? memanglah, cakap senang, suruh let go bagai. yang rasanya tahu ke?? even dia yang lepaskan pun kata, bagai separuh nyawa dia dah pergi, aku yang dilepaskan ni, rasanya bagaimana?

aku memang cari nahas bila setuju jumpa dia balik lepas segalanya dah terlerai. memang aku cari nahas. betapa payah aku cuba melupakan dan let go suatu masa dahulu, senang2 cinta tu datang balik. tapi bila fikir2 balik, tu cinta ke atau aku ni sebenarnya payah nak lepaskan kenangan? entahlah, aku sampai demam2 lepas dia pergi sabtu lepas. sampai sekarang terasa kesan dia. rindu tak payah cakaplah. baru sejam dia pergi, hati dah teringat-ingat. risau kemain bila fikir dia nak travel jauh ke Kedah nun, berharap sangat agar dia selamat. tak boleh tidur bila ingat dia masih belum sampai. risau sangat, takut apa-apa jadi, nak bagi mesej tanya dah selamat sampai ke belum, takut menganggu, takut dia marah. last2, cuba buat-buat normal, tp sebab risau sangat, akhirnya aku send gak msg tanya. but the truth is, he never even care. entahlah, everything, remind me to him. padahal, dia bukanlah apa-apa. jauh sekali sempurna. banyak cacat cela semakin lama aku kenal dia. 

bila hati aku sakit, bila aku tiba-tiba teringat dia, bila segala-galanya bermain di mata, aku pejam mata, aku hold the ring that he gave me, aku pujuk diri sendiri, "sabarlah wani, Allah menguji." hati aku sakit sangat bila ingat, aku ni tak ubah macam mainan. dah taknak, buang. apa rendah sangat kau pijak2 maruah seorang perempuan? apa tak cukup ke kebahagiaan yang kita rasa selama ni? apa lagi yang mahu kau cari? kesempurnaan? maaf, aku tak mampu jadi sempurna. tapi yang aku tahu dan sangat pasti, aku tak pernah harap kau jadi seorang yang sempurna. 

bayangkan, selama beberapa tahun kita bersama, aku tak pernah kisah kau nak pakai apa time kita keluar. even kau keluar date pakai tracksuit je pun aku tak pernah kisah. even rambut kau tak pernah sesuai dgn taste aku pun, aku tak kisah langsung. even penampilan kau jauh beza dgn lelaki idaman aku pun, aku tak pernah peduli. bagi aku, aku terima kau sebab diri kau, bukan sebab lain. 

rasanya, aku ni tak pernah dihargai kot. mungkin, aku ni cuma satu persinggahan dalam hidup dia. mungkin, mencintai aku merupakan kesilapan terbesar dia. dan mungkin juga, semua yang kami lalui selama ni, tak pernah bermakna buat dia. kadang-kadang rasa nak gelak kat diri sendiri, bodoh sangat rasanya, jelas sangat terbentang di mata, betapa dia bukan yang terbaik, tapi still jugak mengharap, menunggu, memegang pada janji yang entah tertunai atau tidak.

entahlah, even aku takde facebook kau, even aku tak friend dgn kau, even kau jauh sangat dari aku, even aku tak dapat nak komen setiap status kau, tapi aku sentiasa perhati kau dari jauh. aku tahu setiap apa yang kau lakukan. sakit demam kau, aku tahu. dan aku juga nak kau tahu, when kau rasa alone, when kau rasa takde orang sayang kau, when kau rasa hidup kau takde tujuan, ingat satu je, ada seseorang yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan kau, yang sentiasa bersama kau, yang sentiasa ada bila kau perlukan. you can turn to me anytime, I will always be there. melainkan dengan kehendak Allah, aku terpaksa pergi. 

Tuesday, December 4, 2012

new hairstyle

ingat nak ubah angin, nak ubah imej, nak ubah semua. rasa macam terpikat and tergoda pulak tgk fesyen rambut diorang ni. comel sangat. klu muka cute, plus rambut camni, mmg bertambah2 berkali2 ganda kiut la kan.

tak tahu nak pilih antara dua fesyen ni. dua2 comel.

any suggestions?

Monday, December 3, 2012

bodoh.

HAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHA.
nama je budak undang-undang, tau la konon pasal undang-undang kan.
SPM kemain mantap kan, budak matrik pulak tuh.
pointer mana pernah kurang drpd 3 ke atas kan.
 
TAPI..
 
aku still rasa diri aku sangat sangat sangat bodoh. 
BODOH dalam kehidupan.
especially, BODOH dlm menilai orang.
 
hati dgn minda selalu sangat tak seiring. 
minda tu dah cukup sempurna Allah bagi, tip top lagi.
tapi hati ni.. degil !! degil sangat!!
 
kenapa eh hati? kau tak kesian ke kat tuan kau ni?
penat dah menangis tau tak.
penat sangat.
berharap pada sesuatu yang tak pasti.

menyayangi insan yang salah.
mencintai pada yang tak berhak.
rasa diri terlalu hina.
teramat hina...
 
satu masa dahulu, aku lah insan paling bodoh.
merayu pada yang tak sudi,
menangis. meratap, kerna seseorang yang tak pernah menghargai.
pernah aku janji dengan diri aku sendiri, jangan sesekali mengalirkan air mata sebab dia lagi.
 
tapi, bila dia di sisi, air mata laju sangat mengalir.
kenapa wahai hati?????
 
arghhhh bodohnya aku!
SAYANGI orang yg MENYAYANGI kita!!!!!!
bukan yang dah BUANG kita!!!
 
I am so stupid.
I give everything.
at the end, I get nothing.
nothing.
:'(
 
Ya Allah, tunjukkan aku apa yang terbaik buatku.
 
 
 
 
 

Saturday, December 1, 2012

selamat jalan, awak !

awak, saya bahagia. kenangan terindah itu, akan saya simpan sampai akhir hayat saya. mungkin ini pertemuan terakhir untuk tahun ini, mungkin juga pertemuan terakhir utk beberapa tahun lg. tapi saya yakin dan pasti, awak tetap akan pegang pada janji.

melihat awak pergi, saat-saat terakhir bersama awak, adalah waktu paling sukar bagi saya. menangis dalam pelukan awak, dengan adanya awak di sisi, membuat keadaan jadi lebih sulit. Allah menguji kita sampai macam ni. sukar sangat untuk saya capai bahagia. tapi awak, masih kekal di sisi. walaupun satu masa dahulu awak yang pergi. untuk itu, terima kasih awak.


pergilah menuntut ilmu, capai diploma anda. gapai cita-cita anda, dan setelah anda berjaya, setelah anda punya segalanya, saya di sini, setia menanti hadirnya awak untuk mengisi ruang hidup, sekali lagi. walaupun pada mulanya, setelah awak pergi, amat sukar utk saya maafkan awak, tp awak dah buktikan, betapa setelah dua jiwa itu dah sebati, mmg sukar utk dileraikan.  

lalu saya maafkan awak, dan menanti cinta kita untuk bersemi, sekali lagi.
semoga, sekali lagi, cinta itu milik kita.
diari dan sebentuk cincin, menjadi saksi dua insan yang terpisah.

Allah itu Maha Mengetahui segalanya. 
segala sakit dan perit, segala tangisan, segala harapan, semoga semuanya terbalas.
penantian itu, walau sesuatu yg amat sukar utk dilakukan, tp saya yakin dgn hati saya, dgn hati awak. kita sama-sama dah tutup hati kita demi cinta. kita sama-sama dah sepakat, ini cinta terakhir sepanjang hidup kita. dan saya percaya, awak akan jaga ia sampai bila-bila.

i love this picture. it means a lot. :)