Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Saturday, December 29, 2012

buat mak and ayah.

mak, ayah, akak jarang sangat tulis pasal mak and ayah dalam ni, bukan sbb akak tak sayangkan mak and ayah, akak sayang, terlalu sayang, sayang tu, melebihi segala2nya dalam dunia ni. cuma akak tak mampu nak luahkan segalanya, akak akan nangis setiap kali bercerita tentang mak and ayah. sebab mak dan ayah adalah anugerah terindah buat akak dalam hidup ni.

mak, ayah, bila akak dah masuk universiti, akak mula sedar, hidup tak semudah yang disangka. nak berjaya tu bukan macam nak ambik PMR and SPM suatu masa dahulu. di saat akak mula hidup jauh dr mak ayah, pelbagai halangan dan cabaran akak terpaksa tempuh. takde lagi mak dan ayah untuk nasihatkan akak yang mana baik, yang mana buruk. senang sangat untuk akak sesat dan tersasar dr landasan kehidupan.

akak takkan boleh lupa apa yang mak dan ayah dah lakukan untuk akak. tambah2 masa akak kat universiti ni. makan, pakai, belanja, semuanya mak dan ayah yang tanggung.

Ayah, walaupun jarang sgt tunjuk kasih syg dia kat anak2. Tp bila tiba saat2 pntg dlm hdup aku,ayah akan bg msg and said, "i love u so much,u r always my feveret daughter." Ayah jrg tanya khabar, tp aku tau ayah selalu baca blog aku senyap2. Even makin besar aku lg rapat dgn mak,tp aku tau,ayah tak pernah sanggup tgk aku susah. Makan pakai aku kat u ni,sume duit ayah n mak,bukan ptptn. Parents are the greatest gift ever. Kalau la kita tak buat yg terbaik for them,alangkah kejamnya kita sbg anak. 

mak, masa aku tengah study kat atas pukul 3 pagi, aku haus, nak pergi minum air kat bawah, then tgh turun tangga, langkah aku terhenti bila nampak mak tgh uli tepung. mengalir air mata aku saat tu. aku naik balik, aku nangis puas2. mak buat kuih tu sebab nak bagi aku duit belanja sepanjang kat universiti. duit yang dpt dari hasil jual kuih tu, semua mak bg kat aku. yang tinggal kat mak cuma duit modal je. sampai mati aku takkan lupa apa yang mak korbankan utk tengok anak dia berjaya. mak cuma nak aku berjaya je. jd peguam. untuk hidup aku jugak suatu hari nanti. bukan utk dia pun. :'(

apa aku nak panggil diri aku sendiri kalau aku hancurkan harapan dan impian mereka? anak kah aku? mereka berkorban segalanya untuk aku, tp aku? tergamak ke aku nak tgk dorang menangis sebab aku? 

:'(

No comments:

Post a Comment