Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Friday, December 28, 2012

forgive me,kawan.

kawan, mungkin akan ada banyak kali sepanjang perkenalan kita aku akan buat kau terasa hati dgn sikap mahupun perangai aku, maafkan aku kawan. mungkin makin lama kau kenal aku, kau akan makin nampak setiap kelemahan dan kekurangan aku, untuk itu, maafkan aku kawan. mungkin ada ketika aku tidak pandai untuk adapt dgn persekitaran, maafkan aku kawan. mungkin ada masanya aku terlalu cuai dan mengikut kata hati, maafkan aku kawan.

kawan, izinkan aku nyatakan di sini, aku terlalu menyayangi setiap kawan2 yang hadir dlm hidup aku. tapi maafkan aku kerana aku bukan kawan yg baik. aku tak pandai nak tunjuk aku sayang kawan2 aku. aku tak pandai nak masuk dalam persekitaran. aku tak pandai nak berkomunikasi, nak berkongsi apa aku ada, walau aku sangat ingin berbuat begitu. aku tak pandai kawan. :(

kawan, ketahuilah, bila kau susah, tolonglah mintak tolong kat aku. aku sanggup buat apa saja utk membantu. cuma satu aku nak kau faham, aku tak pandai nak memulakan komunikasi, nak memulakan sesuatu. aku mmg x pandai. tolonglah kawan, jangan pandang enteng aku, jangan menganggap aku bukan kawan yg baik hanya kerana aku gagal 'life lesson'. aku tak pandai nak hidup kawan. aku tak pandai berdiri atas kaki sendiri. aku perlukan kalian. perlukan tunjuk ajar kalian, perlukan bimbingan kalian. bukan sindiran dan perlian kalian. :'(

kawan, aku tahu aku salah kawan, aku tahu. sikap dan perangai aku selalu tak menyenangkan hati kalian. maafkanlah aku kawan. andai aku salah, andai aku silap, tegurlah aku, tp jangan di belakangku, di luar pengetahuanku. demi Allah, tak terniat nak menyakiti walau secebis pun perasaan kalian. kalau aku mampu buat anything utk kalian, aku akan buat, sedaya upaya aku. tolong beri aku ruang dan peluang untuk belajar menjadi dewasa, untuk belajar tentang kehidupan. kalian tak mengerti, hidup aku tak sama macam kalian. ada yang tersirat di balik yg tersurat.

andai kalian mengerti itu, cukuplah sekadar cuba mengerti itu, aku sudah cukup bersyukur kawan.

:(  please kawan.

1 comment:

  1. Mencintai manusia itu perlukan kesabaran yg besar & pengorbanan yg berterusan. Sahabat sejati takkkan pernah berubah hati meskipun musim selalu berubah. :)

    ReplyDelete