Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Tuesday, December 18, 2012

satu kesilapan.

to my dearest _ _ _ _ _ _ ,

forgive me for all my mistakes to you.
all i'm trying to do, is to make you happy, but if you don't, please, forgive me.
I spent almost three years with you, we have gone through a lot of things together. we share everything together. we laugh, we joke, we were happy back then. but for just a little mistakes I'd done, you left.

and that what hurt me the most. with all your mistakes all this while, not even once I'm trying to leave you. not even once my dear. kadang-kadang aku rasa hidup ni sangat tak adil. penat kot bertahan bertahun2. tapi hasilnya? i got nothing after i give everything. everything. haha. it's funny isn't it? orang yang kita sangka, boleh jaga kita sampai akhir hayat kita, boleh tinggalkan kita tanpa sikit pun rasa bersalah. pergi macam tu je. tak toleh langsung kat kita. langsung. walau puas kita meratap, merayu, menagih kasih yang tak kesampaian, dia pergi, tak sikit pun ada rasa simpati, pada orang yang pernah dia cinta separuh mati.

kelakar kan? kelakar sangat bila kau hidup tak ubah macam orang mati lepas dia pergi, jasad je berlegar sana sini, tapi hati kau, jiwa kau, mati. sebulan kau nangis sorang2 tiap2 malam, mimpi benda yang sama tiap2 malam, tiap pagi bangun tidur dgn kenyataan yg amat perit, dia dah tiada di sisi kau. takde lagi msg sebelum tidur dan bila kau bangun tidur, takde lagi telefon tgh2 malam sembang kosong, takde lagi marah dia sebab lambat balas msg, takde lg ajak skype and YM tgh2 malam, takde lagi jeles dia komen gambar org lain, takde lagi wish "happy anniversary" tiap2 bulan, takde lagi mintak novel bila nak, takde lg org yang nak dengar kau dpt berapa utk test, utk kuiz, utk dgr semua cerita2 kau. kelakar kan bila orang yang dah sebati dgn hidup kau, sanggup tinggalkan kau atas alasan yang langsung tak munasabah.

nampak macam senang kan? takde sape tau apa aku rasa. sorang2 aku simpan benda ni semua. sorang2 aku lalui sem baru tanpa orang yang paling aku percaya, orang yang paling aku harapkan utk bantu aku jadi kuat. dia kekuatan aku satu masa dulu. dia temankan aku bila aku memerlukan. dia ada bila aku dalam keadaan paling sulit. tapi dia jugak yang pergi, di saat aku masih menyintai. untuk itu, takda kata2 yang mampu aku ungkapkan, betapa kejamnya seorang manusia yang aku percaya punya sikap tanggungjawab yg cukup tinggi. hancur segala kepercayaan aku. menangis air mata darah sekalipun, masa tu, cukup aku katakan, aku sangat kecewa.

tapi macam mana aku nak membenci orang yang pernah sangat aku cintai? macam mana aku nak benci dia, bila setiap masa dia ada di hati aku? yang paling aku benci tu adalah diri aku sendiri, sebab aku tak mampu nak benci orang yang paling aku nak benci. sakit tau tak?

untuk berdiri balik lepas semua ni jadi, I have cried, at least, 1 litre of tears.

tapi utk memaafkan setelah dilukai berkali2, aku rasa, aku belum mampu. aku belum mampu nak bukak ruang kemaafan dalam hati ini. di sebalik senyuman yang aku ukirkan tiap kali aku pandang kau, di sebalik gelak tawa, di sebalik setiap gurauan, ada rasa terluka dan terkilan yang amat sangat. melihat kau, satu je yang aku mampu buat, aku cuba tersenyum, sebab aku cuma nak satu je, aku nak kau rasa bahagia, walau aku terpaksa buat benda paling bodoh dalam dunia.

sekali aku dah berjanji, takkan mudah aku mungkir. kita bermula sbg kawan satu masa dahulu, tapi kau pilih sebuah perhubungan ketika kita mula belajar erti hidup, ketika kita mula belajar menjadi dewasa. layakkah hubungan ini kita panggil satu kesilapan? sekali kau tukar persahabatan kepada cinta, ia takkan mudah kembali menjadi persahabatan. kau korbankan cinta yang kau sendiri bina satu masa dulu hanya kerana satu kesilapan aku.

satu pengajaran yang aku dapat, hanya keluarga yang takkan tinggalkan kita walau bagaimana teruk pun kita buat silap. orang lain, akan lupakan seribu kebaikan kita, hanya kerana satu kesilapan kita.

terima kasih, sebab melukakan. luka ni, sampai bila-bila takkan berhenti berdarah selagi jasad dikandung badan. aku takkan percayakan sesiapa lagi lepas ni, aku takkan menyintai sesiapa lagi. sekali hati dilukai, sampai mati, takkan ada pengganti.

kalau boleh, itupun kalau boleh, aku nak sangat benci kau. aku nak sangat hidup seminit tanpa ingatkan kau. sebab aku tau, aku menyintai orang yang salah. yang aku simpan dalam hati itu kaca, bukan permata. orang bodoh je yang takkan sedar hakikat tu. orang bodoh je yang masih bertahan setelah berkali2 dilukai, dan akulah si bodoh tu.





hanya yang memahami akan mengerti.

No comments:

Post a Comment