Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Wednesday, December 5, 2012

mungkin buat kali yang terakhir.

i was once said to myself, "the day I stop writing about you in my blog, is the day I stop loving you". I wonder whether that day will comes or not. somehow, deep inside my heart, I feel so hurt. tonight, at 3 a.m, I'm doing my assignment. dunnow why, I keep thinking about him, all the time. susah nak padamkan memori yang dah terpahat dalam minda. susah, sangat susah bila segalanya dah sebati dalam jiwa.

ingat senang nak lupa bila orang tu yang tegur kau sidai kain tak betul? yang tegur bila kau tak potong kuku? yang suruh kau teman dia makan sampai habis? yang suka perli kau bila kau buat salah? yang tegur kau buat itu salah buat ini salah? ingat senang nak lupa orang yang bersama kau selama hampir 3 tahun? yang dah kenal kau hampir 100%? yang dah ajar kau macam2? memanglah, cakap senang, suruh let go bagai. yang rasanya tahu ke?? even dia yang lepaskan pun kata, bagai separuh nyawa dia dah pergi, aku yang dilepaskan ni, rasanya bagaimana?

aku memang cari nahas bila setuju jumpa dia balik lepas segalanya dah terlerai. memang aku cari nahas. betapa payah aku cuba melupakan dan let go suatu masa dahulu, senang2 cinta tu datang balik. tapi bila fikir2 balik, tu cinta ke atau aku ni sebenarnya payah nak lepaskan kenangan? entahlah, aku sampai demam2 lepas dia pergi sabtu lepas. sampai sekarang terasa kesan dia. rindu tak payah cakaplah. baru sejam dia pergi, hati dah teringat-ingat. risau kemain bila fikir dia nak travel jauh ke Kedah nun, berharap sangat agar dia selamat. tak boleh tidur bila ingat dia masih belum sampai. risau sangat, takut apa-apa jadi, nak bagi mesej tanya dah selamat sampai ke belum, takut menganggu, takut dia marah. last2, cuba buat-buat normal, tp sebab risau sangat, akhirnya aku send gak msg tanya. but the truth is, he never even care. entahlah, everything, remind me to him. padahal, dia bukanlah apa-apa. jauh sekali sempurna. banyak cacat cela semakin lama aku kenal dia. 

bila hati aku sakit, bila aku tiba-tiba teringat dia, bila segala-galanya bermain di mata, aku pejam mata, aku hold the ring that he gave me, aku pujuk diri sendiri, "sabarlah wani, Allah menguji." hati aku sakit sangat bila ingat, aku ni tak ubah macam mainan. dah taknak, buang. apa rendah sangat kau pijak2 maruah seorang perempuan? apa tak cukup ke kebahagiaan yang kita rasa selama ni? apa lagi yang mahu kau cari? kesempurnaan? maaf, aku tak mampu jadi sempurna. tapi yang aku tahu dan sangat pasti, aku tak pernah harap kau jadi seorang yang sempurna. 

bayangkan, selama beberapa tahun kita bersama, aku tak pernah kisah kau nak pakai apa time kita keluar. even kau keluar date pakai tracksuit je pun aku tak pernah kisah. even rambut kau tak pernah sesuai dgn taste aku pun, aku tak kisah langsung. even penampilan kau jauh beza dgn lelaki idaman aku pun, aku tak pernah peduli. bagi aku, aku terima kau sebab diri kau, bukan sebab lain. 

rasanya, aku ni tak pernah dihargai kot. mungkin, aku ni cuma satu persinggahan dalam hidup dia. mungkin, mencintai aku merupakan kesilapan terbesar dia. dan mungkin juga, semua yang kami lalui selama ni, tak pernah bermakna buat dia. kadang-kadang rasa nak gelak kat diri sendiri, bodoh sangat rasanya, jelas sangat terbentang di mata, betapa dia bukan yang terbaik, tapi still jugak mengharap, menunggu, memegang pada janji yang entah tertunai atau tidak.

entahlah, even aku takde facebook kau, even aku tak friend dgn kau, even kau jauh sangat dari aku, even aku tak dapat nak komen setiap status kau, tapi aku sentiasa perhati kau dari jauh. aku tahu setiap apa yang kau lakukan. sakit demam kau, aku tahu. dan aku juga nak kau tahu, when kau rasa alone, when kau rasa takde orang sayang kau, when kau rasa hidup kau takde tujuan, ingat satu je, ada seseorang yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan kau, yang sentiasa bersama kau, yang sentiasa ada bila kau perlukan. you can turn to me anytime, I will always be there. melainkan dengan kehendak Allah, aku terpaksa pergi. 

No comments:

Post a Comment