Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Saturday, December 29, 2012

nampak tak permainan Dia kat sini?

nampak tak permainan Dia kat sini? kau pusing ikut mana pun last2 kau jumpa jalan yg sama jugak. kau lari jauh mana pun last2 kau jumpa orang yg sama jugak. kau buat la mcm mana sekalipun nak lupakan orang tu, last2 dia datang cari kau jugak.

last2 jodoh kau dgn dia jugak. cinta? sayang? entah lah. Tuhan saja yg tahu ada lagi ke tak semua tu.

sepatutnya segalanya berakhir 15 September lalu. sepatutnya masa tu kita lepaskan segala2nya. lupakan segala2nya tentang kita. tp entah kat mana silapnya, 26 Oktober kau cari aku balik, jumpa aku balik. then kau janji 5 tahun lagi kau akan laksanakan janji kau. aku hanya perlu menunggu.

tapi mmg takdir Allah kita tak boleh jangka, sebulan lepas tu kau cari aku balik. dan kononnya kita nak 'date' buat kali terakhir. takdir Allah juga, masa dlm date tu aku jumpa cinta yg hilang. lalu aku jatuh cinta pada kau sekali lagi. tp aku diamkan, biarlah 5 tahun lagi kita bersama, bukan sekarang.

then after the precious date, kau pulak buat surprise for my birthday. 30 November kita jumpa balik. dgn sebentuk cincin yg menjadi saksi dua hati yg sepatutnya dah terpisah. aku dah mula2 tertanya2, apa semua ni. setiap kali kami merancang utk jadikan pertemuan itu pertemuan terakhir, setiap kali itu jugaklah ia tak menjadi kenyataan. dan kita terus bertemu, bertemu dan bertemu.

hingga hari ini.. kita masih tetap bertemu. dan satu kata2 kau yg sentiasa bermain dlm fikiran.. "I mmg x leh hidup tnpa u".

kalau kita mmg tak ditakdirkan bersama, sepatutnya 15 September itulah akhirnya segala2nya.

Ya Allah, kalau mmg jodoh kami, tolong jgn biarkan kami buat kesilapan lagi. :(

No comments:

Post a Comment