Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Saturday, December 1, 2012

selamat jalan, awak !

awak, saya bahagia. kenangan terindah itu, akan saya simpan sampai akhir hayat saya. mungkin ini pertemuan terakhir untuk tahun ini, mungkin juga pertemuan terakhir utk beberapa tahun lg. tapi saya yakin dan pasti, awak tetap akan pegang pada janji.

melihat awak pergi, saat-saat terakhir bersama awak, adalah waktu paling sukar bagi saya. menangis dalam pelukan awak, dengan adanya awak di sisi, membuat keadaan jadi lebih sulit. Allah menguji kita sampai macam ni. sukar sangat untuk saya capai bahagia. tapi awak, masih kekal di sisi. walaupun satu masa dahulu awak yang pergi. untuk itu, terima kasih awak.


pergilah menuntut ilmu, capai diploma anda. gapai cita-cita anda, dan setelah anda berjaya, setelah anda punya segalanya, saya di sini, setia menanti hadirnya awak untuk mengisi ruang hidup, sekali lagi. walaupun pada mulanya, setelah awak pergi, amat sukar utk saya maafkan awak, tp awak dah buktikan, betapa setelah dua jiwa itu dah sebati, mmg sukar utk dileraikan.  

lalu saya maafkan awak, dan menanti cinta kita untuk bersemi, sekali lagi.
semoga, sekali lagi, cinta itu milik kita.
diari dan sebentuk cincin, menjadi saksi dua insan yang terpisah.

Allah itu Maha Mengetahui segalanya. 
segala sakit dan perit, segala tangisan, segala harapan, semoga semuanya terbalas.
penantian itu, walau sesuatu yg amat sukar utk dilakukan, tp saya yakin dgn hati saya, dgn hati awak. kita sama-sama dah tutup hati kita demi cinta. kita sama-sama dah sepakat, ini cinta terakhir sepanjang hidup kita. dan saya percaya, awak akan jaga ia sampai bila-bila.

i love this picture. it means a lot. :)





No comments:

Post a Comment