Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Saturday, January 26, 2013

siapa tahu?

siapa tahu dlm hati seorang perempuan? Dia pandai sembunyikan apa dia rasa. pandai senyum palsu tatkala hati menangis. pandai bersandiwara demi menjaga hati semua pihak. tp at last, apa yg dia dapat?
Aku semakin tidak mengerti perasaan aku sendiri. apakah semua ini hanya sekadar satu lakonan aku? Atau perasaan aku semakin keliru setelah mcm2 benda terjadi, setelah mengetahui hakikat yg tak seindah impian. Aku semakin ditolak ke tepi. 
Peritnya rasa bila menyayangi dan mengambil berat akan seseorang. Apatah lg jika kita tidak pernah dihargai. Kesabaran jua ada batasnya. Hati perempuan, walau lembut seperti kapas, tp jika terlalu disakiti dan dilukai, lama2 kelembutan itu terhakis jua. Aku bukan boneka seorang lelaki. Silapku hanya kerana jika sekali aku menyayangi seseorang, aku menyayangi dia sepenuh hati, bukan separuh hati. Dan kerna silap itu juga aku melakukan kesilapan berkali2 dalam hidup. Menerima dia berkali2 setelah aku dia lukai. Itu kesilapan aku. 

Mungkin setelah sekian lama tersakiti hati ini mula sedar. Bahagia bukanlah dikatakan bahagia jika ianya tidak berpanjangan. Bahagia itu sesuatu yg berterusan. Bukan hanya sekejap2. Jika sering air mata yg keluar menggantikan senyuman, apakah itu bahagia namanya? Cinta itu sesuatu yg ikhlas, lahir dr hati, bukan dipaksa dan bukan jua terpaksa. Aku pernah mencintai dia. Tp kini aku sendiri tidak mengerti, apakah yg aku rasa ini cinta atau sekadar satu pengorbanan perasaan utk sebuah hubungan.

 siapa yg dpt bezakan ini senyuman gembira atau palsu semata?
:/

No comments:

Post a Comment