Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Tuesday, January 1, 2013

welcome , 2013

never even thought that I will still be with you now. entah lah, nak kata suka ke tak ke, aku pun dah tak faham perasaan sendiri. cinta? sayang? aku pun tak sure ada lagi ke tak semua tu. yang aku tahu, aku akan jalani kehidupan ni mengikut takdir Allah. kalau Allah takdirkan aku masih dgn dia, maka dgn dia lah. baik ke buruk ke, itu bukan aku yg tentukan. bak kata his dad masa jumpa Ahad lepas, "tak semua orang yg nampak baik tu baik, dan tak semua orang jahat tu jahat. bila2 masa org boleh berubah. yg penting niat tu."  

bukannya sebulan dua aku dah kenal dia, since form 1 lg actually. that was back to the year 2005. kira masuk tahun ni, dah hampir 7 tahun kami kenal. cuma aku mula rapat dgn dia since 2010. bayangkanlah, 2010, 2011, 2012, now 2013. bukan kejap2, bukan sikit2 apa yg aku dah lalui dgn dia. banyak sangat. semalam, bila dia call aku time new year and wish happy new year, aku rasa mcm, mampu ke kami ni harungi setahun lagi, atau bertahun2 lagi, atau sampai akhir hayat kami lepas ni? even tu semua terserah pada Allah, tp sebagai manusia, aku tak lari dr rasa gelisah, risau semua ni hanya sementara. risau kesilapan lalu berulang lagi.


  

nak kata aku dah lupakan apa yg terjadi, dah kembali normal macam dulu, itu silap.


Hati perempuan ni, setelah disakiti, dirobek, dihiris, tetap tak akan sama macam masa mula-mula kau ambil hati dia dulu. Macam tu lah apa aku rasa sekarang. Sakit tu masih tetap ada, malah tetap utuh dalam hati. Cuma untuk hadapi kenyataan sekarang ni, aku kena cuba untuk kuat. Sebenarnya bukan ni yang aku nak, tp kalau ini takdir dan kehendak Allah, aku redha, aku pasrah.

Tak mintak pun nak jd camni balik, tak mintak pun nak segalanya jd mcm dulu balik, malah aku sebenarnya dah cuba selesa tanpa dia. Tp mmg lah kan takdir tu takde sape leh jangka. Sedih weh bila kita mcm mengulang kenangan dulu. Msg ngan dia tiap2 waktu, sebelum tidur call, bgn tidur ada msg. Semua mcm sama mcm sebelum kita berpisah. Nak hadapi hakikat ni bukan senang weh, bayangkan mcm mana rasa dia bila dua tahun lebih bersama, then berpisah, then cuba utk hidup walau seminit pun takde dia, then tiba2, segalanya jadi mcm dulu balik. Lain sangat. Sampai aku rasa susah nak adapt dgn keadaan.

aku pernah sayang dia, malah aku pernah teramat menyayangi dia. Sebab tu, aku mengalami waktu paling sukar dlm hidup aku bila dia melangkah pergi satu ketika dulu. Kalau dia kata tu salah aku, maka salah aku lah. Biarlah dia terus menyalahkan. Hakikatnya Allah saja yang tahu. Sekarang, aku taktau sebenarnya apa dlm hati aku. Seronok? Suka? Gembira? Entah lah. Aku mcm senyum tapi menangis. Susah aku nak tafsir perasaan ni. Kalau dulu, aku tau, mmg aku sangat menyintai dia, tp sekarang, aku tak faham perasaan aku sendiri. 



Aku pernah berjanji dgn diri sendiri, lepas apa yg dah jadi, aku akan jalani hidup ni seiring dgn kehendak dan takdir Allah, bukan kehendak serta kemahuan aku sendiri. Kalau ini yg Allah takdirkan utk aku, kalau dia mmg jodoh aku yg tertulis di Luh Mahfuz, InsyaAllah, aku tak akan pertikaikan walau sedikit pun. Baik buruk dia, aku hanya mampu melihat, menegur sedaya upaya, aku tak akan bersuara atas kekurangan mahupun kelebihan dia. Aku akan setia bersama dia, tapi andai satu hari nanti dia tetap tidak memilih aku, aku harap aku akan mampu tabah. Sebab aku dah serahkan seluruh hidup aku pada dia.

Sayang, aku tak akan ulang kesilapan yg pernah aku lakukan suatu masa dahulu. Tp maafkan aku jika kadang2 aku hanya berpura2 redha atas segalanya. Kadang2 aku terpaksa sembunyikan apa aku rasa untuk menjaga hubungan ini sekali lagi. Kalau betul kau jodoh aku dunia akhirat, InsyaAllah sayang, akan aku buat yang terbaik untuk kita. Beri aku masa untuk menyempurnakan kau. Aku akan bahagiakan hidupmu sampai syurga. Insyaallah.

semoga 2013 ini menjadi tahun yang terbaik buat kita. sama-sama lah kita berubah ke arah yang lebih baik. doa aku, sentiasa bersama kau, tiap masa, tiap waktu. 

No comments:

Post a Comment