Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Saturday, February 23, 2013

diary vs blog

malam ini, menyingkap kembali sebuah diari lama, yg aku tulis sejak tahun 2005 dan berhenti pada April 2010. membaca kembali kenangan suka duka alam persekolahan, cinta monyet, cinta pertama, zaman putus cinta and mcm2 lagi, buat aku tergelak sendiri dan kadang2, sebak teringat kisah lama. betapa suatu waktu dulu aku pernah lalui mcm2, suka duka gelak tawa tangis, semua pernah rasa.

dan tiba2, di helaian terakhir diari, aku tamatkan pada April 2010, selepas perpisahan aku dgn Luqman Hafiz, my ex. helaian selepas itu kosong tanpa coretan. aku mula tertanya2 sendiri, knp langsung takde name Ahmad Taufiq dlm diari ni? knp aku berhenti sampai setakat itu sahaja. then I realise, cerita aku dgn topek, kisah kami, bermula di sini, di blog ini, blog yg aku buat khas utk cerita kami suatu masa dahulu, bermula November 2010 tak silap.

perjalanan suka duka kami selama 3 tahun, sejak umur 18 hingga kini dah masuk 21 tahun, semua tercatit dlm blog ni. kisah jatuh bangun kami, suka duka kami, segala yg kami lalui, tersisip kemas dlm setiap coretan di sini. ini mmg blog yg aku buat khas utk merakam perjalanan kisah kami, so jangan salahkan aku andai kalian banyak baca tentang kisah aku dan dia dlm ni.

ada sesuatu tentang dia yg buat dia istimewa berbanding mereka yg pernah hadir. ada sesuatu tentang dia yg mana2 lelaki x mampu tandingi. andai aku catit setiap kebaikan dan keburukan dia dalam satu senarai, pasti terlalu panjang senarainya, selama 3 tahun he did a lot. andai hadir lelaki lain dlm hidup aku selepas ini, mungkin belum tentu dia dapat buat mcm mana taufiq buat utk aku selama ni. walau ramai lagi lelaki lain yg baik, yg lebih layak utk aku, tapi dia pernah buat satu benda yg pasti aku tidak akan lupakan sampai bila2.

tapi jodoh pertemuan tetap di tangan Allah.
itu aku semat dalam hati, agar aku tidak lagi hanyut dlm harapan sebagaimana aku pernah hanyut suatu masa dahulu.
manusia, takkan pernah lari dari kesilapan.

teringat satu perbualan antara kami.

both silent. (gado)

dia : takde ape nak ckp ?
me : takde. (sambil pandang bawah)
dia : ce ckp tu tgk org.
me : xnak.
dia : huh, ckp r pape.
me : x tau nak ckp ape.
dia : buat lawak ke ape ni?? td nk jmp sgt. ni xnk ckp pape lak.
me : nak kepci bole ?
dia : haih. x abes2 kepci dia. jom.
me : na cadbury bole?
dia : nak kepci ke nak cadbury ni??
me : nak due2 bole?
dia : yela2. jom cepat.

kesimpulan : da x gado.


takde orang yg lg faham aku mcm mana lebih dari dia. and takde org yg boleh buat aku senyum the way he did.

one day, at gerai nasik lemak kukus.

dia : syg bayar eh, abg xde duit. 
me : hah? serius? bak cni dompet nak tgk. (dia bg dompet)
dia : cek la, mmg x de duit. 
me : (cek semua tempat) ee abg ni! tipu ni. xkan la xde duit. pe syg lak kena bayar.
dia : lah, kan syg ade duit. skali skala syg la belanja abg pulak. dh abg mmg xde duit. 
me : ee! ( wat muke geram sambil teruskan makan)

bile dh habis makan, nak bayar. 

dia : hah syg, bak duit, abg nak g bayar ni.
me : betul ke x de duit ni? 
dia : lah betul la, dh cek td kan.
last2 , dia g bayar. sampai kat kaunter, dia senyum2 sambil sorok2 kuarkan duit and bayar. 

me : ee tipu! td kate x de duit, kat mane abg sorok ni? oo da pandai sorok2 duit skg kan! 
dia : haha. dah syg pepagi lg mintak dompet abg nak cek duit. jenuh la abg camtu.
me : ee, cpt bgtau kat mane abg sorok. 
dia : hehe, dlm zip dompet ni la, syg x cek cni td.

mase tu aku fikir, boleh je dia sorok je duit tu and biar aku je yg bayar, jimat duit dia. tapi tak, dia tetap bayarkan and siap bagitau aku lagi kat mane dia sorok. and sepanjang balik umah tu aku tersenyum teringat sikap dia. satu yg paling aku suka ttg dia, dia tak pernah berkira and kedekut dgn aku. selagi dia ada duit, dia akan tunaikan apa yg aku nak. selalu aku perhati bnd ni. bukan aku nak duit dia sgt, aku mintak pun bnd2 remeh2 je. aku cuma nak tgk keikhlasan dia nak buat bnd tu utk aku. and he did. walaupun aku selalu cek dompet dia,  selalu sangat kire duit dia, tp dia rilek jee, xpernah langsung kedekut or berkira. :')

and sape yg sanggup buat mcm2 utk perempuan yg terlalu manje sampai x tau nak buat apa.. he did. dia la yg tahan. yg faham. selalu sangat aku ni haa, mintak wat tu wat ni. abg tolong ketatkan tali helmet ni, tak reti. abg tolong angkat barang ni. abg tolong topupkan syg. abg tolong masakkan megi. abg tolong antar pegi balai polis nak wat report. abg nak duit belanje duit dh habis. abg nak pinjam laptop abg dua bulan. abg nak tgk wayang citer ni baru kua. abg nak makan kepci. abg tolong belikan ubat kat farmasi. abg tolong belikan tu belikan ni. semua mintak kat dia. =,="

sampai dia pernah ckp, "syg ni kena belajar hidup berdikari tnp abg. nanti satu masa abg da xde mcm mane?"

mase tu serius tersentuh. rase mcm hidup ni dah terlalu bergantung pd dia sejak jauh dr mak ayah sbb belajar ni. dlu mak ayah yg salu watkan sume for me. 

Ya Allah, sedihnye bila ingat balik semua ni. aku selalu sangat cari kesalahan dia, salah dia semua aku nampak, tp kebaikan dia aku tutup sebelah mata je. semua manusia buat silap, and dia pun banyak buat silap. sebab tu, kemaafan itu paling penting dalam kehidupan. kemaafan dan pengajaran dari kesilapan. 

buat dia, terima kasih. kamu mengajar saya warna warni kehidupan.


No comments:

Post a Comment