Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Tuesday, March 26, 2013

tak pernah mimpi pun

guys, what's up?

flash back to the age where I am still a toddler, what? a toddler? no no, when I was in my elementary school, kan ada yg suh isi kad 001 tu kan? kan belakang dia tu ade kena tulis cita2 apa kan? mase tu cita2 nak gempak je, mane boleh kalah dgn kawan2. kotak pertama tulis, DOKTOR. sebab dalam fikiran dah tertanam yg doktor tu gaji banyak. then kotak kedua tulis, CIKGU. sebab ayah kerja cikgu. kotak ketiga mesti tulis PENULIS. sebab minat sangat tulis cerpen mase sekolah rendah dulu. haa tu la pikiran zaman budak2 darjah satu dua dulu.

doktor. 

cikgu. :)

penulis. 

#tiga2 x kesampaian. haha.

then masuk sekolah menengah pun kan ade kena tulis lagi kan. still the same cita-cita aku. kadang2 je ada berubah sikit jadi SAINTIS. sbb mase sekolah menengah aku perasan yg aku ni terer sains. haha. tak tipu, serius. tapi aku ingat ada pernah SEKALI je aku isi kad 001 aku tulis PEGUAM as cita2 aku rasenye sbb mase tu aku dpt tau yg peguam ni banyak duit, kaya la konon. tak ingat mase darjah brape tp yang pasti bukan masa sekolah menengah sebab aku mmg minat sains mase sekolah menegah, so tak pernah langsung ada cita-cita nak jd peguam.

pastu aku ingat lagi, dulu masa sekolah, bila sembang ngan kawan2 pasal cita2, pernah sekali kawan ckp, "aku taknak jd peguam, even duit banyak tp kerja penipu je." yg aku pun balas la,"haha, cam ntahape2 je jd peguam ni, salu India je yg jd peguam sbb diorg kan mmg kaki putar belit." pastu ade pulak kawan lagi seorang nyampuk, "tak elok jd peguam ni, susah nak masuk syurga, kerja x berkat."

serius, satu masa dulu mmg aku banned kerjaya peguam ni dari hidup aku, sbb dah dimomokkan yang kerjaya ni x elok la, penipu la bagai. and the truth is aku mmg x pernah ada cita-cita yg mmg aku betul2 nak selain jadi penulis. haaa tgk, sadis tak tgk kecintaan aku dgn dunia penulisan? huhu.
nak dipendekkan cerita, ada la satu masa dalam hidup aku, yg merupakan turning point aku utk mula meminati kerjaya peguam. aku ingat lg, mase tu aku still kat matrik, ayah and mak aku mmg harapkan aku jd doktor, which is aku pun harap yg sama sbb dah mak ayah aku suh gitu kan. then mase aku ralit online, aku terjumpa satu blog ni, blog kak Nurulbadiah Lai. mase tu dia masih belajar lg kat UUM Kedah, dlm bidang law. aku baca stiap entry dia dr first dia tulis blog sampai the latest one, and serius aku mmg tertarik dgn pengalaman2 dia belajar masa ambik law kat UUM tu. and hati aku rasa nak sangat sangat jadi mcm dia.
then tu je la, nothing much happen after that. aku stil teruskan pengajian di matrik and get a quite good result. 

nak dijadikan cerita, Allah menguji aku. mungkin ujian ini adalah cara utk dia tunjuk jalan yg sebenarnya, aku ni mmg ditakdirkan utk bidang guaman. Allah uji dgn cara, lepas matrik aku tak dapat kos and u yg aku nak, tp aku dpt offer medik utk ke Indonesia and India, twinning program. Allah uji lagi, aku gagal interview yg ke Indonesia tu and ayah pulak tak bagi pergi interview yg utk ke India tu. so my journey ends there. aku dah taktau nak pergi ke mana and ambik kos apa. aku dah tolak offer UPU. 

so masa aku taktau nak watpe tu, Allah gerakkan hati aku utk jumpa balik blog kak Nurul tadi, and aku makin bertambah minat dgn kos law, mase ni kak Nurul dah habis study and dah start chambering. lagi la banyak pengalaman dia kongsi dalam blog, pengalaman dia turun naik mahkamah, deal dgn macam2 kes. mmg betul2 menarik minat aku. so masa ni, aku cakap kat mak aku, "mak, akak rasa nak amik bidang undang-undang la." then aku tengok reaksi mak aku macam suka je aku nak ambik bidang tu, mak siap bagi galakan and sokongan. pastu mak cakap kat ayah, ayah pun tak membantah, malah ayah cerita dulu dia mmg nak ambik kos law pun tp tak kesampaian. haa bila dah macam tu, aku pun apa lagi, bertambah nekad la nak pilih kos ni.

tapi aku ada dua pilihan masa ni. sama ada start balik dgn asasi undang-undang kat UiTM, ataupun terus apply for degree undang-undang, also kat uitm. sebab apa uitm? sebab uitm ada dua intake, satu bulan mac and satu bulan september. bayangkan aku kan dah tolak upu bulan september 2011 ritu, so takkan aku nak tunggu lagi setahun utk sambung degree, sebab tu aku pilih UiTM sbb dia bukak dua intake. universiti lain just ada satu intake. ambik masa jugak la aku fikir nak start dari asasi ke or terus degree sebab kalau aku terus ambik degree, aku langsung takde basic dlm bidang law ni, takut nanti aku tak boleh buat sia-sia je. tp kalau aku ambik asasi, membazir lak masa aku and membazir je result matrik aku taknak guna pun. so aku decide, terus je la ambik degree, apa nak jd jadi la lepas tu. kunfayakun.

so here I am now, taking degree of law at UiTM Shah Alam. apa yg aku nak highlight dalam entry ni ialah, aku tak pernah ada cita-cita pun sebenarnya. malah satu masa dulu aku benci kerjaya peguam. now, bila aku dah berada dalam bidang ni, baru aku faham betapa pentingnya mempelajari ilmu undang-undang ni dalam kehidupan, banyak benda aku dpt tahu, and paling penting, LAWYER bukan PENIPU sebenarnya, diorg cuma pandai berhujah, putar belit sikit fakta tu untuk dpt kemenangan. dalam law ni, there's no RIGHT and WRONG answer, semua jawapan adalah betul jika kita pandai berhujah and tegakkan apa kita rasa betul. 

peguam. :) #gambar kak Nurul.

tengok betapa rapinya perancangan Allah, Dia dah tetapkan sebenarnya mmg aku akan end up dalam bidang undang-undang ni, tp Dia tambah resepi manis pedas pahit dalam perjalanan hidup aku sebelum aku end up kat sini. and semua ni mengajar aku yang, kita memang boleh merancang, tp Allah yang menentukan segalanya. and Alhamdulillah, aku tak pernah sekalipun gagal or repeat paper even without any basic in law. tengok, Allah tahu aku mampu, sebab tu Dia gerakkan hati aku utk terus ambik degree guna result matrik dulu. :) thank you Allah. 

so, the end. :)

Saturday, March 23, 2013

karam

dear me, please, 
cukup2 la air mata tu jatuh. 
buku land law depan mata, tp knapa air mata yg mengalir.
lepas solat hati tenang sebentar, tp kenapa kemudian ia berdarah kembali.
perjalanan hidup yg disulitkan oleh diri sendiri, nak salahkan siapa?
sendiri cari padah, cari nahas, sendiri gali lubang kubur sendiri,
sendirilah tanggung.
biar semua menjauh.
biar semua tak peduli.
biar sakit jerih payah semua sendiri2.
siapa lagi mau peduli, salah sendiri.

lagipun siapa yg nak faham kan.
semua cuma tahu menuduh dan menghentam.
tidak apa, tiada bukti pun boleh main tuduh je,
biasalah manusia kan, cakap tanpa bukti.
apa namanya?

biarlah sampai aku jatuh tersungkur sendiri,
sampai aku rasa dah tiada daya lagi,
biarlah aku dengan dunia aku sendiri,
sakit aku sendiri, susah perit aku sendiri,
Allah ada, masih nak terima aku,
bukan seperti manusia yg hanya tahu menghukum aku
tanpa tahu cerita di sebalik cerita.

ya, dunia memang tempat yg penuh dgn ujian,
dan ya juga, Allah takkan menguji, melainkan dia tahu kita mampu,
aku mampu, tp sejauh mana aku tidak tahu,
moga Allah tak tinggalkan aku, saat aku sedang cari Dia.
saat semua pergi tinggalkan aku, moga Dia ada.

bila hidup terlalu berahsia, pendam segalanya, begini padahnya.
begini padahnya bila tiada komunikasi dua hala,
antara insan2 yg aku rasakan paling memahami diri ini, 
kerana darah dan setiap sel tubuh, sama.

sial.
tiada siapa akhirnya mengerti.
sedang Allah paling memahami, paling mengetahui,
Dia tahu siapa aku, bagaimana aku, Dia tahu setiap rahsia yg dipendam.

dan hidup aku, makin hari makin terasa kosong.
makin tak nampak huruf dan abjad di hadapan,
kerna mata hati ditutup, oleh seribu duka yg terpendam.
lalu yang paling aku arif kini ialah menangis, menangis, dan terus menangis.
pergilah semua menjauh, biar aku dalam dunia aku, biar aku tenggelam dalam dunia aku.
nanti kalau aku karam sendiri, sila jangan salahkan aku.

terima kasih blog, 
sebab jadi pendengar setia aku saat semua dah tidak mahu lagi mendengar.


Friday, March 22, 2013

undang-undang dunia

assalamualaikum. 

it's been a long time. hari terasa cepat sangat berlalu bagi aku. rasa macam baru je masuk kelas criminal law isnin lepas, tup2 dah sampai kelas admin law hari jumaat. subhanallah, tanda2 dunia makin akhir zaman, masa semakin terasa pendek. #cepat cepat istighfar.

banyak subjek baru aku belajar sem ni, yg buat aku lg semangat nak terus belajar. land law, criminal law, administrative law, equity, semua tu buat aku teruja sebab semua tu benda baru bg aku. and aku suka lecturer admin, sebab dia banyak bukak mata aku tentang dunia, tentang hidup seorang pengamal undang-undang, tentang lawyer. dia selalu tanya, "yes or no guys?" bila kitorang jawab yes, atau no, dia kata, "common la guys, lawyer will not answer whether yes or no, a lawyer will always answer yes+no, balance it and think, and then give answer." katanya lagi, "a lawyer will not choose whether its BN or Pakatan, we look deeper, we think, we balancing, plus, no government in this world are PERFECT, there will always be imperfections."

our lecturer once said, "the government can change, but justice and law will never change."

#sigh. 

being a law student, not as easy as you think. banyak sangat benda nak kena timbang, mana boleh main cakap je, everything must be argued. argued with knowledge, bkn cakap kosong. macam pengalaman aku sendiri masa dalam facebook, argue dgn seorang hamba Allah ni, dia cakap pakai emosi, bukan pakai ilmu, sedangkan aku tahu benda tu, aku belajar constitutional law so aku tahu apa yg ada dalam perlembagaan tu, tp dia, just cakap ikut sedap hati dia sbb dia nak menang. btw, # he's a pro PAKATAN.

again, my lecturer words, "as lawyer, we will not believe what we hear or what we see, everything has to be questioned."

tp takpe la, semua ni dunia je. tp kena jugak ingat, masa kat dunia ni la kita kutip ilmu banyak2, tambah pengetahuan, tambah iman. INSYAALLAH.
sekali tersilap, tak bermakna tersilap selama2nya. mungkin selama ni aku buta, aku jahil, aku tak nampak apa yg Allah nak tunjuk kat aku, tp Alhamdulillah, makin hari aku makin sedar, apa sebenarnya yg Allah nak aku buat. Dia uji aku macam2, sebab Dia nak aku cari Dia. sebab Dia sayang aku, Dia taknak aku tersasar lagi jauh. 

i just wanna say here, yes i am a bad person, but i am not too bad, i know the limit. 
don't judge me, upon people's word. 
only me myself, know myself better.



and now, i don't want to stay as bad people anymore. dah sampai masa, aku cari balik diri sendiri, aku cari balik apa yg hilang, aku cari Allah. 

dan benarlah, 
"crying in your sujud, feels like nothing else exist between you and Allah."
 the feeling is, AMAZING and cannot be described by any words. 

sesungguhnya Allah itu penerima taubat. :)

I am on my way to make myself better, to be a good Allah's servant, towards a better dunia and akhirat.
maaf andai pernah melukakan hati sesiapa, terutama my parents, whom I love the most and nobody can be compared to them. terlalu banyak salah dan silap pada mereka, moga sempat membalas jasa2 mereka dan menjadi anak yg solehah yg akan menjamin mereka disyurga kelak. 

InsyaAllah. 


Saturday, March 16, 2013

telling myself, be strong.

pandang luar, nampak hujan. kembali ke skrin laptop, fikir. mau jadi apa gini wani? mana fikiran kau melayang wani? 3 years more wani, please don't give up. yes, don't give up.

have you ever, go into the bathroom, let the water flow and crying alone inside there, crying, crying and crying. have you ever done that? 

sorry, bukan gini

tapi gini

.
.
.
.
.
haa lebey kurang gini la tp aku pakai baju full la. huhu

kalau dari luar, nampak aku mcm kuat, nampak aku mcm boleh bertahan dlm hidup and dalam pengajian, takde repeat, still mampu teruskan, tp sebenarnya, dalam ni, emosi aku ni, sangat sangat sangat rapuh. sampai aku pernah terfikir nak buat kerja kerja gila. serius. ASTAGHFIRULLAHALAZIM.

bukan apa, aku memang jenis pendam. and never ever told my parents about my problem. me can talk anything with my mum but never personal problems. sbb aku rasa mcm tak mampu nak share dgn mak, dgn ayah apatah lg, kami mmg lack of conversation, especially since I'm became a teenager. makin lama, makin jauh dan makin jauh.

I know, the generation gap that exist between us, make things harder, tp aku betul2 harap diorang dpt faham apa yg anak diorang ni rasa and nak, sbb aku tak mampu nak sampaikan pd diorang. I am totally a looser in this kind of thing. kadang2 jeles tgk org yg boleh share anything with their parents. aku? selalu tanggung semuanya seorang2. nangis sorang2. nobody to share with. not even my closest friend as I am more to listening, but not talking. 


taking a law degree, at the age of 20, with a very very fragile emotion, make me often feel that I wanna quit this study. seriously, Allah knows the best how many time I feel like I wanna end everything. susah susah sangat berhenti je belajar, keje, cari duit sendiri and tak menyusahkan mak bapak. selalu sangat mcm tu. I don't have anybody to talk to, selalu bila aku betul2 feel down, aku type je dlm blog ni haa. bila aku terasa dgn sesiapa, bila aku rasa kecewa, bila aku rasa mcm I dont have anybody, dekat sini la aku luah everything.

ingat senang ke nak handle semua ni sorang2? dgn study yg sangat sangat mencabar, dgn kehidupan yg hactic, turun naik kelas sana sini, dengan nak fikir macam2 lagi. penat weh penat. bukan sengaja cari masalah, bukan nak sangat rase tensen gini, dan bukan juga nak salahkan takdir seratus peratus, cuma nak kasi org lain faham, bukan aku mintak pun semua ni. it just, happens. seiring dengan kehidupan. yg makin dewasa, yg makin rumit, yg makin mencabar.

studying, law. :(

jika hadir dia, memudahkan segalanya, maka aku mohon sangat, dipermudahkanlah. my classmate,the same class with me in this law degree, getting married soon, praise to Allah. semoga bahagia kawan, semoga dapat apa yg dihajati. aku tumpang gembira, dan sama2 memohon juga agar suatu hari, dipermudahkan segalanya. 

my parents, still the greatest gift ever. yg terindah. anugerah paling sempurna buatku di dunia ini. cuma kini, aku dah jauh dr mereka, tinggal tak serumah, tak dpt menatap wajah mereka hari2, buat aku rasa alone, buat aku rasa perlukan seseorang di sisi, buat aku rasa hidup dah tak sama macam masa sekolah dulu. really hope they can understand this. mum, dad, I need you in my life, tp dlm masa sama, kita mmg terpaksa belajar jadi dewasa, belajar jauh dr mak ayah. :( 

Ya Allah, please make myself stronger. bukaklah pintu hati mereka2 yang tidak mengerti.

Allah the Almighty. Allah the Most Merciful.
Please, bless my life. 

# I never said, that I am always right, and I never feel like my choice is always the right choice. cuma kadang2, kita tak boleh terlalu berprasangka dan merasakan, "ohh, salah pilihan aku ni, tah2 nanti....." tah2 nanti tu adalah mainan syaitan. waswas dan buruk sangka. semua syaitan punya kerja. benda baik pun akan jadi tak baik. 

sekian, harap mengerti. 



Thursday, March 14, 2013

pendam

bila setiap masalah tu kau PENDAM seorang2, lama2 ia akan jd DENDAM dan suatu hari, ia akan memakan diri dan mungkin juga, menyebabkan kau jd seseorang yg kau tak patut jadi.

.
.
.
.
.
.
.
.

kau akan MARAH


.
.
.
.
.
.
.
kau akan STRESS melampau


and finally kau akan buat benda yg kau x pernah fikir nak buat.

.
.
.
.
.
.
erk motif sangat letak pic cenggini kan.

aku rasa aku ni mmg agak psiko jugak orangnye. mean idak la kejam benor, tp bila ada org buat aku sakit, aku nak dia pun rasa sakit yg sama. susahnya ada sikap mcm ni. Ya Allah, moga Kau lembutkan hati aku. kesiannya orang yg kena. boleh aku tanya dia lepas buat dia cmtu, aku tanya, "sakit ke?" semata2 nak bgtau dia yg "padan muka! sape suruh buat aku sakit!" 

demi Allah, aku tak berniat nak bertindak kejam, mungkin akibat drpd emosi yg aku pendam sekian lama, menjadikan aku seseorang yg dominant, ingin dipatuhi segala arahan, tak boleh silap sikit, tak boleh kemahuan ditolak, pasti akan rasa sakit. 


Ya Allah, bantulah lembutkan hati ni. kesian sangat kat dia. moga dia masih boleh bersabar dgn tingkah aku, dan cuba bertahan dgn setiap karenahku. aku jadi mcm ni pun ada sebabnya. moga dia mengerti, moga dia faham. 

maafkan saya, awak. 




Tuesday, March 12, 2013

adik, bukan adik angkat, bukan angkat2

me, have 6 siblings. yakni, 

NURUL AZAWANI BINTI KAMARUDZAMAN 
MUHAMMAD HAFIZ BIN KAMARUDZAMAN
MUHAMMAD HANIS FARHAN BIN KAMARUDZAMAN
MUHAMMAD HARIZ ZAKWAN BIN KAMARUDZAMAN
MUHAMMAD AIDIL HAKIM BIN KAMARUDZAMAN
NURUL RAUDHAH INSYIRAH BINTI KAMARUDZAMAN

haha, cantik x susunan tuh? kuikui. saje je buat gitu. me, the eldest. anak sulung uolls. my mum got me when she was 21. haa nampak x, umur aku skrg. hahah. and uolls know kan aku tgh watpe skrg. sambung degree. 

okey, bawah aku, adik lelaki. sume lelaki sampai la Irah. kire pembuka and penutup lah perempuan. adik bawah aku, mean the second child is Muhammad Hafiz or kitorg panggil angah. dia baru lepas SPM, now tgh kerja kat seven e x silap aku. 

me and angah, couple of years back.

then lepas angah, dpt pulak si hanis farhan. the third one. dia sekarang di tingkatan 4, at Sekolah Menengah Sains Tapah. tahun lepas PMR dia dpt straight A. pandai kan adik saya? :) kalau boleh ayah nak suruh dia jadi doc. InsyaAllah. kakak doakan. 

me and hanis farhan. masa ni tgh anta adik kat SBP. :)

then after hanis farhan, dpt pulak muhammad hariz zakwan, which we called, abg wan. tgk, adik lelaki lg kan, bayangkan i live with them selama ni, mane x kasar jadinye. huhu. dia skrg di tingkatan dua kat SEMETRO, sekolah tempat my dad mengajar. 

yg baju ungu tu, hariz zakwan. :)

lepas dpt wan, we live together 4 beradik sama2, gaduh, main, kena rotan, kena marah, sume sama2, sampai tahun 2006, 7 years after dpt wan, mak lahirkan muhammad aidil hakim. mase ni, seronok sangat2 dpt adik baru, even still LELAKI. haha. sbb mak and ayah nak anak perempuan sbnrnye. tp aidil ni, comel sangat3. and dia la penyeri hidup kitorg adik beradik. he's now 7 years old, dh masuk darjah 1 dah.

ni aidil, masa umur setahun lebih x silap. :)

dia senyum sangat3 comel. ^_^v

aidil now, 7 years old. with parut dgn kening akibat drpd terlalu buas mase kecik. hahah.


okey, the last one, nurul raudhah insyirah, anak perempuan tersayang ayah and mak. sbb dpt dia 16 tahun lepas dpt aku, satu2nye anak perempuan lepas aku. heheh. she's so cute and funny. skrg dh umur 5 tahun, dah masuk sekolah tadika dah. :)

irah sayang. ^_^v rambut pendek kecik2 dulu.

here she is, now, 5 years, with teddy bear ayah hadiahkan for her mase birthday dia 4 tahun.

these are my siblings, my life, my happiness, my friends since I was small till now. diorang lah penyeri hidup, kawan suka duka kehidupan when at home. and the bond we shared together, more than any friendship bonds in the world. ;)

look at how beautiful they are. :)

and i love my family so much, so much till only dead can tears us apart. 

my everything. ^_^


Sunday, March 10, 2013

semester 3 - Bachelor of Legal Studies

Assalamualaikum, kum apa kombat, bat apa batman, men apa mentol, tol apa tolak, lak apa laksa, sa apa satu, tu apa tunang, ehh cukup2 stop2. huhuhuhu. mmg salu gini bila nak bg salam kat org. memain lak kan. T_T

okey, nak ceghite pasal aku baru masuk sem 3 ni haa. tau ke kome aku hamik kos apa? tu haa kat tajuk atas tu, kalau yg tak faham, bahase lainnye kos LAW. haa tau skrg? pengajian undang2 la kirenye. aku first masuk kos ni setahun yg lepas, yakni March 2012 till now March 2013. nasib baik still survive without any repeat uolls. huhu. tapi subjek sem ni makin mencabar gila2 bak ang. sume subjek baru yg x pernah blaja sebelum ni. sem ni aku amik subjek (yg law punya subjek)..

criminal law
land law I
administrative law
equity and trust
law and politics

seee, see,  criminal kott, land kot. waaa. taw x National Land Code (Kanun Tanah Negara) tu tebal mana? tebal kot, tiap2 kali g kelas land kena bawak benda tu. tapi yg seronoknye sem ni, kami dah mula masuk subjek best2, bagi aku la kan. sbb aku minat gile tang criminal2 ni. and belajar land pulak, buat kami tau benda yg org lain x tau, mcm dispute nak bahagikan tanah kat sapa, camne nak obtain geran tanah, tukar nama bagai, pendek kata mmg segala2 pasal tanah laa. tp sem ni x semua tahu la, sbb sem depan sambung Land Law II, yg tu lg susah bak kata lecturer, kire merangkumi semua la. 

and sebelum ni pun, my dad and abg lan (my driving instructor) ade tanye aku pasal dispute about tanah dlm family, mase tu aku tak berapa tau nak jawab sbb belum belajar lg land law ni. sem ni and sem depan InsyaAllah aku nak fokus betul2 belajar benda ni, at least aku tahu pasal land ni and boleh jugak tolong sikit2 org yg memerlukan pengetahuan pasal tanah2 ni. mmg kalau org yg x belajar undang2 kurang tahu bnd2 yg berkaitan undang2 ni. they will know the surface, but not the inside. banyak lagi sebenarnya yg perlu kita tahu. InsyaAllah aku takkan sia-siakan ilmu yg aku dpt drpd kos undang-undang ni. walaupun nanti aku tak memilih profession peguam, tp ilmu tu tetap akan tersemat dalam diri and mungkin akan dapat membantu orang lain yg dlm kesusahan. 



sebenarnya kan korang, best belajar law ni. best sbb kita tahu benda yg org lain x tahu, dan benda2 tu adalah benda2 crucial dalam kehidupan kita. benda yg kita guna dalam seharian. mcm contract law, hari2 kita buat contract dgn org lain kot. beli gula2 seposen kat kedai makcik tu pun adalah contract, naik bas bayar and ambik tiket dr pakcik bas tu pun adalah contract, and so on. mcm torts, pokok mangga belakang rumah termasuk sikit kat bahagian rumah jiran, tu masuk dlm law of torts, langgar anak orang tengah2 perjalanan pun, dh masuk dlm law of torts. and mcm2 lagi laa. suka bila bace kes pelik2 yg kitorg kena guna, kekadang kes yg x logik pun ada, buat gelak je tp mmg tu la kenyataannye, manusia ni pantang ada yg xpuas hati sikit, dia saman. especially kat negara Barat, diorg mmg suka saman menyaman ni, bg diorang hak diorang itu penting and mmg langsung x boleh dicabuli, and maybe sbb diorang banyak duit kot sbb tu lah silap sikit asyik nak saman je keje.

eh banyak lak dah aku mengarut kat sini. nak cerita, aku dah masuk sem 3, and dah makin payah, ramai kawan2 yg repeat, ada gak yg extent, PTPTN kena tarik sbb pointer x cukup, malah ada gak yg quit terus kos ni sbb x leh bawak. moga2 aku dpt terus survive dalam kos ni. and aku sebenarnya agak bangga jugak dgn diri aku sendiri, bayangkan, without any basic foundation in law, sampai masa masuk first sem pun torts tu aku taktau mende, yg kawan2 lain dr asasi semua dah belajar dah benda2 tu masa diorang kat asasi law dulu, yg aku ni, satu apah taktahu, mmg dr zero, tp alhamdulillah mampu gak bertahan without any repeat. walaupun pointer x sehebat masa aku kat matrik amik sains dulu, tp aku dah cukup bersyukur sbb pernah lagi fail. moga2 lepas ni pun takkan ada yg fail. InsyaAllah.

semua ini untuk mak dan ayah yg dah banyak berkorban utk aku. mak, siang malam cari duit buat belanja aku kat universiti ni. ayah, walaupun jarang bertegur sapa, tp setiap kali bila aku nak balik semula ke shah alam, pasti dia bagi duit belanja. diorang la penguat semangat aku utk terus survive dalam kos yg mencabar mental dan fizikal ni. Allah je yg mampu balas jasa diorang kat aku selama ni. and selain tu, aku ada someone, yg selalu back up aku dr belakang, yg selalu dgr and respon bila aku membebel pasal law kat dia, yg teman aku beli buku2 law bila aku perlu, yg teman aku study sampai 3 4 pagi, yg bagi duit belanja if aku betul2 kering takde duit, and take me wherever I want bila aku stress and tension, dia selalu sangat tunaikan permintaan aku. thanks jugak kat org tu, yg dah mewarnai kehidupan aku beberapa tahun ni. i really aprreciate these people in my life, tanpa mereka, aku kosong, aku sunyi, aku mati. 

nyawa saya.

superman saya.


Friday, March 8, 2013

hey awak, nape generous sangat?

you know what, I tell you what. this guy, this really one guy, make me feel like, "thanks Allah you give me  
him." why? because, 

me : abg.... huhuhuhu, my lappy de problem.
him : laa yeke, g la antar kedai. :p
me : xde duit laa. hummm. 
him : haha, abg kenal sgt la dgn syg ni. ni mesti nak mintak guna lappy abg kan?"

arggghhh, tengok, tengok! superman saya.

me : hmm, hehehe. tau2 je abg nie. 
him : ngan syarat, jgn jadikan lappy abg jambu mcm hari tu. habis semua pink syg tukar.
me : alaaa abg ni, biase la pompan. org minat pink.
him : sampai abg format balik lappy abg tau x. 
me : =,=" nak bg ke x ni?
him : nak bg la ni. bila syg nak?

haaaaaa, cairrrr. cairrr. why on earth ada laki mcm ni? =,="

next, 

me : abg org ase org nak moto la. senang nak p kelas.
him : aik, lesen moto ade ke?
me : takde, ingat nak ambik pasni.
him : ambik la, nanti pakai moto abg.
me : laa dah tu abg nak guna moto ape?
him : abg bukan pakai moto sgt dah.pakai utk jmp syg je pun.

haaaaaaaaaa cair kuasa 18. =,="
abg, why you so sweet? 

Dear Allah, please make him mine. 

guys norm or what??

haha, just now I look at my old folder of pictures, and found some of his funny and annoying pictures. yes that is him, FUNNY+ANNOYING ! dia suka sangat menyakat aku, pergi mana2, kompem mata meliar pandang girl yg dia rasa hot. I was so annoyed by his action that I said to him, "TUNDUKKAN PANDANGAN ANDA! jalan tgk bawah!" and he did that. haha, so funny that time. even masa makan KFC, bila mata dia dok pandang awek kat sebelah tuh, I said to him, "makan tgk je ayam tu, x payah nak tgk tempat lain." and dia mula la tgk je ayam tu sambil tu gelak2. sepak gak dia ni. =,="
I found some of his pictures, which I guess I can use to indicate what I mean above.
Okee, masa ni dalam komuter nak pergi Midvalley, sometimes ago. 
konon tgk pemandangan la kan, konon.


beberapa saat kemudian..

.
.
.
.
.

konon memang sangat2 menghayati pemandangan la kann. 

suddenly, awek hot lalu
.
.
.
.
.
.


ha, see, see! nampak awek gini laa lebey kurang riak muka dia. tampaq laju2 baru tau!
padahal aku ni haa ade kat sebelah. chaitt, igt aku xhot? xhot kau tak dtg cari aku balik tau. lalala :p

ngeeee!
:D

konklusi ---> mmg norma lelaki gini kan? even abg lan my instructor ajar lesen tu pun, bila aku tgh drive, then nampak awek lalu sebelah, "uikss, awek awek!" haa gitu la dia ngomong.

then I asked him, with a very annoying face, "ee abg lan ni, mmg laki ni pantang nampak awek lalu kan??"
abg lan dgn sengih sumbingnye jawab, "haha, biase la tu wani, name pun lelaki, boypren wani pun mesti mcm tu jugak kan."
and me with a red face, "ha'ah! bencik!"

wakakaka.
sekiann. 

#sorry abg. ampun taruk gambar curik2. kihkih.

#eheh, tgk, penat dia melayan karenah aku sepanjang kat midvalley, skjp nak g masjid india la ape la.
heee. my sweet babysitter.

eh kejap, mane aci gambar dia je, aku nak gak.
 .
.
.
.
.

ni dia tangkapkan, x lawa kan dia tangkap? hahah. :p

katenye : alololo omeynyee syg abg!
#aku auta je, mane ade dia ckp gitu. hahah.

tapi kan, tapi kannn.
bila nak tangkap berdua je kan, kan, kan
mesti tak jadi! geram betey! 
pasaipa ntah, gelak lah, gambar senget lah, x lawa lah
bla bla bla.

pendek kata, entry ni nak highlight mcm mana laki bila nampak awek hot.
hahah.


and he did. :)

Tuesday, March 5, 2013

am i too weak?

my dear, 
am i sissy ?
or maybe too dependent.
or just too weak.

it is not what i like most about me.
this stupid and tiring feeling.
yes indeed.
and it's eating me inside if i keep it.
it is not what i choose to feel.
it is not something i could control
and so i told you about it.
so that you could calm me down.
and kiss my head and tell me everything is going to be okay.
and tell me that i don't have to worry.

i'm not asking for 25 presents on my 25th birthday,
nor a coffee every morning , every time i open my eyes.

i just want you to be there.
just to think of me when you decided to use your words,
and think of how i feel when you decided to do something.

not like i put a limit
nor prepared you a list.
i just want you to know,
that i feel exactly like you do,
a human being same as you too,
and cry the same tears as u did,

i'm sorry, i miss you,love you too much.
and afraid .
afraid to loose you, when you were not even mine. 

baby i'm just a girl, who don't know how to live..
yet.. 

Saturday, March 2, 2013

I'm tired



I'm tired of my life.
I just wanna run away.
mungkin hidup ni tak berpihak pada aku.

Friday, March 1, 2013

pada suatu cinta dahulu

Org taktau dia mcm mana, tp aku tau segalanya tentang dia. Org boleh tuduh dan pandang dia mcm2, tp aku kenal dia, who always dahulukan org lain dr diri sendiri, persis arwah mak dia. And at the end, I choose to be with him.
 
 " InsyaAllah syg. Harap kau memberiku peluang utk mengemudi hubungan kita, dan bersabar serta bersama dgnku di saat senang dan susah. Berikanku peluang, ini saja aku minta."

:'(
 
he can deny my existance in front of the public, he can choose to have his own life satu masa dhulu, tp satu bnd dia x boleh deny, the fact that he can't live without me. only a month dia mampu tahan, then x sampai sebulan, he find me back. dia, bukan aku. masa tu aku dah mula fikir, dia ni kenapa? 
 
and now everything seems to be so absurd. 
 
diam. 
 
I wish he could be mine. in the halal way. but, entahlah. banyak sangat hati nak kena jaga. sampai hati sendiri tak terjaga. ingat kalau dia takde my study lg bagus ke? lg teruk ada la. T_T
 
I am 21, not 12 anymore. sampai masa anak2 juga perlu diberi pilihan sendiri. bukan nak cepat2 dewasa, bukan. tp ada sebabnya. bukan saja2. lagipun me myself, is the one yg mmg x boleh hidup sendiri2. perlukan org yg sanggup menjaga, yg sanggup melayan setiap karenah, setiap perangai, setiap permintaan. I can't live by myself out there. 

ini bukan hubungan cinta monyet biasa2 lagi dah. ini hubungan yg nak diikatkan jadi satu. nak jadikan yg haram tu halal. nak jadikan yg dosa itu pahala. salah sangat ke? 

belajar itu cuma satu proses dlm kehidupan. tp kalau belajar sambil dosa terus dilakukan? why not kasi belajar with life yg tenang tanpa dosa? kalau dulu yelah, mungkin baru 19 tahun, awal sangat lagi. tp skrg dah 21. kalau ikut dah masuk umur mengundi dah sbb dah kira dewasa. 

susah la nak jaga hati semua orang! 

poor his dad, poor his family. poor myself too. 
dia lg la, lg banyak dia nak kena fikir.
sampai aku kesian masa dia luahkan everything to me.
he was so, kehilangan when his mum died.

jangan salahkan kami, kami dah cuba. his family dah cuba. 
titik.