Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Saturday, March 23, 2013

karam

dear me, please, 
cukup2 la air mata tu jatuh. 
buku land law depan mata, tp knapa air mata yg mengalir.
lepas solat hati tenang sebentar, tp kenapa kemudian ia berdarah kembali.
perjalanan hidup yg disulitkan oleh diri sendiri, nak salahkan siapa?
sendiri cari padah, cari nahas, sendiri gali lubang kubur sendiri,
sendirilah tanggung.
biar semua menjauh.
biar semua tak peduli.
biar sakit jerih payah semua sendiri2.
siapa lagi mau peduli, salah sendiri.

lagipun siapa yg nak faham kan.
semua cuma tahu menuduh dan menghentam.
tidak apa, tiada bukti pun boleh main tuduh je,
biasalah manusia kan, cakap tanpa bukti.
apa namanya?

biarlah sampai aku jatuh tersungkur sendiri,
sampai aku rasa dah tiada daya lagi,
biarlah aku dengan dunia aku sendiri,
sakit aku sendiri, susah perit aku sendiri,
Allah ada, masih nak terima aku,
bukan seperti manusia yg hanya tahu menghukum aku
tanpa tahu cerita di sebalik cerita.

ya, dunia memang tempat yg penuh dgn ujian,
dan ya juga, Allah takkan menguji, melainkan dia tahu kita mampu,
aku mampu, tp sejauh mana aku tidak tahu,
moga Allah tak tinggalkan aku, saat aku sedang cari Dia.
saat semua pergi tinggalkan aku, moga Dia ada.

bila hidup terlalu berahsia, pendam segalanya, begini padahnya.
begini padahnya bila tiada komunikasi dua hala,
antara insan2 yg aku rasakan paling memahami diri ini, 
kerana darah dan setiap sel tubuh, sama.

sial.
tiada siapa akhirnya mengerti.
sedang Allah paling memahami, paling mengetahui,
Dia tahu siapa aku, bagaimana aku, Dia tahu setiap rahsia yg dipendam.

dan hidup aku, makin hari makin terasa kosong.
makin tak nampak huruf dan abjad di hadapan,
kerna mata hati ditutup, oleh seribu duka yg terpendam.
lalu yang paling aku arif kini ialah menangis, menangis, dan terus menangis.
pergilah semua menjauh, biar aku dalam dunia aku, biar aku tenggelam dalam dunia aku.
nanti kalau aku karam sendiri, sila jangan salahkan aku.

terima kasih blog, 
sebab jadi pendengar setia aku saat semua dah tidak mahu lagi mendengar.


No comments:

Post a Comment