Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Saturday, April 27, 2013

my dream wedding

assalamualaikum.. huhu.
sape x pernah ada impian kan nak wedding mcm mana nanti. tambah2 bagi perempuan, masing2 mesti ada kehendak dan keinginan mcm mana dorg nak masa perkahwinan dorang nanti. to be honest, aku tak pernah langsung fikir pasal ni, tak pernah ada impian nak baju camne, nak kahwin mcm mana nanti, seyes mmg aku tak tahu menahu pasal ni.

tapi pernah satu masa, rasanya dalam tahun 2011, aku ternampak satu gambar ni, and terus dalam diri aku tersemat satu keinginan, bila akad nikah nanti aku nak mcm ni. tp tak tau la dapat direalisasikan ke tak impian aku ni. seyes, aku jatuh cinta pandang pertama pada gambar ni and mmg nak masa akad nikah nanti mcm ni. cuma masa tu aku tak tahu lagi bila aku akan kawen kan. 

nak tau mcm mana and gmbr apa yg buat aku tetiba pasang impian aku sendiri?

this is it. 


cantik sangat sangat sangat kan? bagi aku, tak perlu baju mahal2 sampai beribu2, impian aku satu ni je sebenanrya, aku nak pakai mcm ni masa akad nikah nanti.
moga2 terealisasilah impian aku yg satu ni. huhu.

ade lagi contoh kat bawah ni, ni semua aku google kat internet and serious, mmg sangat menyejukkan mata bila tgk bakal pengantin pakai gini, x kire lah berfesyen camne pun tp aku harap sangat aku dpt pakai camni masa akad nikah aku nanti. lawaa sangatt.

satu lg contoh. lawa kan? @_@

mcm ni pun lawaa. 

ni lawa tp baju dia agak ketat. aku nak baju yg longgar mcm jubah, klu boleh mmg xnak nampak sikit aurat pun masa akad nikah nanti. maklumlah, kami InshaAllah akad nikah dekat masjid, hari jumaat pulak tu, bulan syawal pulak tuh, so aku mmg nak majlis kami nanti full of barakah and hope sesiapa yg datang sume pakai menutup aurat and sopan. :)
#panjangnyee caption. huhu.

mashaAllah, cantik gileee. sopan and menutup aurat. suke222. 

seriously aku harap sangat2 dpt pakai camni masa hari akad nikah aku nanti. moga Allah permudahkan segala urusan kami lepas ni. takut sangat. huhuhu.

mcm yuyu ni pun comel jugak. eheh. 

sekian,
doakan aku eh.

:)


Friday, April 26, 2013

counting the days..

pejam celik pejam celik
hari berganti hari
minggu berganti minggu
sampai lah tiba hari dan waktu di mana aku akan menjadi milik seseorang
saat akad dan qabul terlafaz
aku milik dia, sepenuhnya.

td dah kompemkan dgn tok kadi.
the precious date will be on
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


celebrations month.
2 syawal 1434H
bersamaan dgn 9 Ogos 2013
jatuh pada hari jumaat, hari yg full of barakah InshaAllah.
tepat jam 5.30 petang.

moga Allah mempermudahkan urusan dan moga segalanya berjalan lancar.

ngee, mcm ni la nanti bila dia jabat tgn ngan tok kadi.
hope dia x gugup ler. hee.

# td dia dh dpt dah soalan bocor dr tok kadi apa yg kena baca sblm akad nikah. 
senyum lebar dia haa bila dpt kertas tuh. haha.
moga x gugup ye nanti syg..

:)
kite pulak yg cuak tunggu jd hak org. huhu.

Thursday, April 25, 2013

# day 2. i really love you, my future husband.

24 April 2013.

hari ni, kitorang setelkan persetujuan wali, mintak tandatangan my dad and salinan ic kat sekolah ayah, then alang2 masuk trolak, ajak dia singgah rumah ain. aku bersyukur sangat dpt lelaki yg boleh masuk dgn semua kawan2 aku, dr masa kawan kat matrik dulu, kawan sekolah menengah, kawan kat u, semua dia boleh masuk sbb dia mmg jenis ramah and friendly, siap kami pernah pergi bercuti dgn kawan2 aku, and dia rilek je join. masa raya pun pergi raya rumah kawan2 aku, dia alhamdulillah mmg sporting and ramah sgt. pendek kata kalau bawak dia pergi mana2 pun aku takkan rasa kekok. ini satu sikap dia yg melengkapkan aku, sbb aku ni susah sikit sbnrnye nak masuk dgn org yg aku baru kenal.

then lepas lepak sejam dua kat rumah ain, gerak pergi slim buat test hiv. ni lagi satu yg aku sangat suka tentang dia. dia akan uruskan semua hal and aku just duduk diam. dia ambik ic aku, pergi kat kaunter daftar, aku just duduk kat kerusi tunggu. nampak tak betapa aku sebenarnya sangat bergantung kat dia. semua benda dia yg uruskan, dia yg buat. dari situ dah nampak sikap kepimpinan dia. masa test hiv ni, aku dipanggil first. dia dah siap gelak2kan aku dah, tgk nurse tu pgg jarum injection tu dia ckp kat nurse tuh, "suntik dia jarum paling besar kak." aku dah la tgh cuak time tu sbb tu lah first time in my life darah aku diambil, huhu.pastu bila turn dia tgk2 kena suntik kat jari je. hampeh betul. bila tanya, rupanya perempuan mmg kena ambil darah byk sikit sbb nak wat test kehamilan sekali. 

pastu pergi pejabat agama slim nak antar borang dia utk dicopkan and disahkan sebelum bagi borang tu kat tok kadi pihak perempuan. tp pegawai nak cop tu pulak x da, so dah kena tangguh nak bawak jumpa tok kadi. tu je la untuk hari ni. 

lepas dia hantar aku balik petang tu, hujan turun selebat2nya, guruh petir sabung menyabung. masa ni, demi Allah, first time aku rasa takut and risau sgt pasal dia, tak putus2 aku berdoa dalam hati moga abg selamat sampai rumah. masa tu aku sedar, yg hidup aku mmg akan kosong tanpa dia. sbb dia melengkapkan apa yg aku tiada, menyempurnakan ketidaksempurnaan aku, hadir waktu aku senang dan waktu aku susah. 

aku masih ingat masa hari merisik hari tu, first time aku katakan dgn ikhlas depan semua org, depan mak ayah aku, depan mak ayah dia, dpn family aku, sambil air mata mengalir laju, i said to my dad sambil pandang wajah dia, "dia jadi kawan akak yg paling baik selama ni, dia ada bila akak susah and senang." masa tu ada satu perasaan yg aku rasa, perasaan yg selama ni mungkin tersimpan rapi setelah banyak pergaduhan yg berlaku, perasaan di mana aku terlalu menyayangi lelaki ini, and ikhlas aku katakan, dia melengkapi sebahagian diri aku, memberi aku kasih sayang tika aku sangat memerlukan, memberi aku kekuatan dan peluang utk merasa dihargai dan disayangi. aku sedar dia manusia yg banyak kesilapan, dan satu kesilapan dia adalah meninggalkan aku suatu masa dahulu.

dan dia telah menebus kesilapan itu. masa hari merisik, depan my dad dia minta maaf sbb pernah meninggalkan aku and dia kata itu menjadi satu pengajaran buat dia. balik tu, aku antar msg kat dia, tanya kenapa dia sebut pasal perpisahan kita dulu. and dia jawab, "sbb itu kesilapan abg dulu." and aku tanya, "nak tinggalkan syg lg ke pasni?" he replied, "tak akan sekali2, abg dah serik."  :')

mengenali dia, membuat hidup aku penuh warna warni. kadang aku sedih, kadang aku gembira, tp bila dia di sisi, aku rasa macam aku ada someone yang sangat memahami aku. sangat sangat. dia tahu aku suka bila dia pakai baju warna hitam. td pagi jumpa dia pakai baju warna hitam, sdgkan dia tak suka pakai warna hitam sbb panas. bila aku tanya, dia ckp "abg tau syg suka abg pakai baju warna hitam, sbb tu abg pakai." benda2 kecik mcm tu dia ingat pasal aku. itu sbnrnya yg membahagiakan.

mcm semalam, masa tgh dlm hujan lebat, dia lindungi aku, kami sembang mcm2 dekat pondok tempat tunggu bas tu. then terkeluar topik pasal masak. 

me : adik syg pandai masak, siap masak nasik goreng utk kawan. 
him : eleh, abg pun pandai masak pe.
me : bila masa pulak abg pandai masak?xyah nak bohong la.
him : amboi, lupa ke dulu sape bawakkan syg bekal masa syg kerja? abg yg masak sume tu tau.
me : (teringat dia pernah bawakkan nasik goreng, nuget, kentang and sosej masa aku kerja kat kedai cd dlu)
       haah la, eleh tp nasik goreng tu makcik abg yg masak. abg cuma masak yg len tu je.
him : tp abg masak gak kan? usaha abg tu, duit abg beli sume tu utk syg tau.
me : (terharu sbnrnye bila igt balik) haah kan, sweet gak abg ni sbnrnye ni kan. hum syg x pernah masak      apa2 utk abg kan.
him : tp syg pernah buat kek utk abg, kek paling sedap pernah abg makan.

tengokkk, aku baru buat kek sebijik je utk dia, masa hari jadi dia taun lepas, tp sampai skrg dia mintak aku buat lg kek tu utk dia, sedap sgt katanya. tp sampai skrg jugak aku tak buat2 lg utk dia. alasan aku, sibuk, busy, x reti, x jadi. :( bila aku suruh dia goreng telur, goreng kentang utk aku, semua dia buatkan. x berkira sikit pun. mana aku nak cari lagi lelaki yg sangat faham aku mcm mana dia faham aku? bukan setakat dia faham, tapi dia terlalu bertolak ansur dgn setiap kelemahan aku. and for that, i love him so much. 

empat tahun, tunggang terbalik kami, jatuh bangun sama2, terjatuh tersungkur, empat tahun kami lalui macam2 sama2, tapi satu je, kami x pernah mengalah utk sebuah ikatan perkahwinan. bukan sikit usaha kami nak capai matlamat yg satu ni, banyak dah tangisan, sengketa, sandiwara, air mata, perbincangan and mcm2 lagi utk menghalalkan sebuah ikatan yg kami bina satu masa dulu. moga Allah berikan ganjaran terbaik buat kami. moga Allah meredhai ikatan perkahwinan ini dan moga perkahwinan ini mampu buat kami jadi lebih baik, matang and berjaya dalam kehidupan, InshaAllah. 

mase test hiv. this is what happened when I ask him to take pic. always buat muke! grr.

but i will always love you, future husband. :)




Tuesday, April 23, 2013

# day 1

23 April 2013.

today, kami plan nak buat test hiv and ambil borang kebenaran nikah kat pejabat agama slim. tapi biasa la, lain yg dirancang lain yg jadi. kami gerak pukul 10 pagi, then terus pergi poliklinik slim utk test hiv. tp bila sampai sana, org klinik tu ckp test hiv ada petang je lepas kol 2. so kami pergi pejabat agama dulu ambil borang. sampai sana, org kat pejabat agama tu terangkan apa yg kami kena buat utk nak menikah ni and bagi borang, harga borang tu seorang seringgit. tapi yg jd masalah rupanya kami ni tak sama daerah walaupun sungkai dgn slim tu dekat je. topek dia daerah slim river so mmg borang antar kat situ la cuma aku ni dah masuk daerah tapah, so kena antar borang kat pejabat agama tapah la. tu dh satu hal. 

pastu pas ambil borang, pergi makan kat restoran kurnia, slim river sambil isi borang. then dia p jumpa ketua kampung utk surat akuan bujang and ustaz area kampung dia utk pengesahan borang nikah tu. setel tang dia, cuma hiv je belum setel lagi.

ingat petang tu nak buat test hiv, tp takdir Allah, hujan lebat gila pulak ptg tu. sampai berapa checkpoint kami kena berhenti. makluim la, dia bawak moto je. sebab dia tu mmg penakut nak bawak kereta walaupun dah ada lesen kereta. haih, nasib laa. bakal suami sapa ntah. tapi yg paling aku terharu, masa berhenti kat bus stop sbb ujan lebat sgt2, aku duduk tp kena gak tempias ujan sbb ujan mmg lebat gila, tp dia berdiri sebelah aku and halang aku dari kena ujan. habis dia basah lenjun satu badan kena hujan. kat sini aku nampak sikap pelindung dia, hope sikap dia ni kekal hingga ke akhirnya.

so sbb ujan lebat and x berhenti lagi petang tu, kami decide nak buat test hiv esok je. so ptg tu dia belanja makan kfc. eheh. mmg my favourite laa. kat kfc slim tu pulak terjumpa zarul, kawan lama kami masa form 1 kat smk slim. dia pun makan situ dgn awek dia, awek dia pulak budak sekolah teknik abg rupanya, cuma abg xbrapa igt. so nak x nak terkeluar jugak la cerita pasal nak kawen ni kat zarul tuh. tp nanti masa kenduri pun mmg nak jemput jugak semua kawan2 masa kat smk slim dulu. baru best. haha. bayangkan, kami dulu pernah berebut kerusi, tgk2 skrg dah nak kawen. hebat x hebat perancangan Allah.

overall, aku rasa seronok habiskan masa dgn dia buat urusan nak kahwin hari ni, semoga Allah permudahkan lagi kerja kami. bila tarikhnya? rahsia dlu. :) tp inshaAllah mmg dalam masa terdekat ni. tadi aku tanya dia, "bila dalam perhubungan kita ni first time abg terfikir nak jd kan syg ni isteri abg?" and dia jawab, "masa abg bawak syg pergi kubur mak abg ritu, time kita jumpa ayah skali."  masa tu hubungan kami mencecah setahun, i still remember, 10 Mei 2011. thanks abg, for having that kind of feelings and make it comes true. 

day 1 - finished. ^_^v

Sunday, April 21, 2013

sesi air mata + merisik

hari ini, 21 April 2013, membuka satu lagi sejarah baru dlm hidupku. tak pernah lagi aku menangis teresak2 depan org lain, terutama sekali depan mak dan ayah, depan paksu dan opah, serta depan ahmad taufiq and familynya. sungguh, aku sangat tak mampu kawal perasaan aku hari ini, disebabkan terlalu banyak yg dipendam dalam hati selama 21 tahun aku hidup di bumi Allah ini, aku luahkan segala2nya ketika family dia datang hendak merisik hari ini.

Tuhan saja yg tahu betapa sebaknya hati aku hari ini. menyaksikan perjanjian antara dua buah keluarga, berjanji untuk sebuah ikatan pertunangan dan pernikahan. di sampaing sesi air mata yg sangat sangat meruntun jiwa, dan paling aku terkesan sekali ialah bagaimana ikatan kekeluargaan itu memberi aku semangat serta kekuatan yang selama ini kian hilang dalam diri aku.

masih segar dalam ingatanku bila paksu dan opah begitu memahami masalah yg aku hadapi, bila emak turut sama menangis dan minta agar ayah faham apa yg sedang aku alami. masih segar di ingatanku tatkala paksu menguhurkan bantuan yg sangat sangat aku perlukan buat masa sekarang utk terus berjaya dlm pelajaran. masih segar di ingatanku tatkala opah memeluk dan mencium aku serta berdoa supaya aku belajar rajin2 hingga berjaya.Ya Allah, Kau berkatilah keluargaku ini, limpahkan rezeki dan nikmatMu yg tak terbanding buat mereka.

buat ayah, minta maaf jika tak dapat menjadi anak yg ayah inginkan. bukan tidak pernah akak mencuba, malah seumur hidup akak, akak habiskan dgn cuba untuk membanggakan ayah di mata org lain. tp ada benda yg akak pendam sekian lama, yg membuat akak terluka sekian lama. tapi tidak mengapa, mungkin salah akak jugak selama ni. akak minta maaf dr hujung rambut sampai hujung kaki atas segala kesalahan yg akak pernah buat terhadap ayah. ketahuilah seorang anak itu tidak ada apa yg paling dia inginkan kecuali sedikit perhatian bukti kasih dan sayang.

buat emak, terima kasih atas kasih sayang yang tidak terbatas selama ini. emak adalah anugerah terindah yg Allah berikan untuk akak. tiada kasih sayang dalam dunia ni yang mampu menandingi kasih sayang emak. akak cuma harap mak memahami akak kenapa akak minta semua ni. akak menyayangi emak melebihi segala2nya dalam dunia ni, emak yg mengandungkan akak 9 bulan, yang membesarkan akak tanpa kurang sikit pun kasih sayang selama 21 tahun ni, terima kasih.

mungkin ini adalah titik permulaan untuk sebuah kehidupan baru dalam hidupku. aku tidak nampak lagi jalan di hadapanku, apa berliku atau lurus, aku tidak tahu, yg aku tahu aku buat semua ini kerana Allah, bukan kerana cinta sesama manusia, tp kerana ingin menjaga syariat dan batas agama, serta tidak mahu diri menjadi lebih leka dlm permainan dunia. apa yg terjadi ini akan mengajarku supaya menjadi lebih matang dan cuba untuk belajar menjadi dewasa. ada hikmahnya di sebalik apa yg Allah sudah tentukan.

memang aku nampak segala yg negatif berada di hadapan, tp aku juga cuba untuk mempositifkan segala2nya. jika pengakhirannya tidak begitu baik kelak, aku akan terima dgn redha ketentuan Allah. sebenarnya sehebat mana kita merancang, tetap juga Allah yg tentukan. malah walau kita tidak merancang apa2 pun, ada rancangan yg telah Allah tentukan buat kita. 

tipulah jika aku katakan aku tidak pernah merasa ragu dalam perancangan ini. malah sering dtg perasaan ragu itu dalam diri. tp sejauh mana aku pusing untuk mengelak, Allah tetap temukan aku semula dgn jalan yg ini. bagai Allah ingin aku kembali pada jalanNya dan buat yg terbaik dalam landasan Allah. sungguh, walau sekuat mana hati aku menyatakan cukup, tinggalkan cinta sampai di sini, tp aku tetap akan berada di tempat yg sama semula. Allah, cukup lama aku memendam perasaan ini.

dan satu kata2 ahmad taufiq kepada ayahku saat perbincangan ini berlangsung sentiasa bermain2 dalam minda, "cikgu bukan memberi AMANAH ini kepada saya, tapi saya yang meminta AMANAH ini dari cikgu." semoga kata2 ini kamu pegang hingga ke akhir hayat kamu, supaya kamu tidak lupa akan AMANAH yg kamu sendiri minta ini.

semoga segalanya berubah menjadi baik, dan semoga kita semua kekal berada dalam rahmat Allah.
di sini, aku memohon ribuan ampun dan maaf kepada semua pihak yg terluka dan terasa hati dalam perancangan ini. aku berpegang pada satu perkara, "perkahwinan itu menutup segala pintu dosa, dan membuka segala pintu rezeki." PERKAHWINAN BUKANLAH SEBUAH PENGHALANG UNTUK KITA BERJAYA. 

Friday, April 19, 2013

semoga jalan terindah di hadapan

kata ceksom, "selepas kesulitan pasti akan ada kesenangan." InsyaAllah, perit mana aku rasa sekarang, stress mana aku rasa, sakit mana aku rasa, semoga di pengakhiran nanti segalanya indah. 

dan kalau kita buat sesuatu perkara itu kerana Allah, InsyaAllah, ada hikmahnya kelak. tak tahu nak type apa dah. dah x berapa nak semangat nak update blog. to anyone who still read my blog, thanks. 

nak senyum pun dah tak mampu sebenarnya.
nampak tak kepalsuannya di situ?


Wednesday, April 17, 2013

a man who worth everything

Assalamualaikum..

To those who life has been great all this while, tahniah. aku manusia biasa, tak lepas dr masalah, kesulitan and what so ever. My life has been great, too great actually, sampai aku x pernah merasa kegagalan. Tp aku gagal satu benda, aku gagal nak kawal kehidupan aku. Aku takkan salahkan sesiapa, ini salah aku sendiri. Salah aku yg mudah leka dan mudah hanyut.

Aku x mintak apa2 dah dlm hidup aku ni, aku cuma nak satu je, satu je yg aku nak, aku nak ayah aku balik. Aku ada ayah, aku tau ayah manusia biasa yg tak sempurna. Ayah had done a very great job in make sure kami adik beradik cukup makan minum, walaupun x mewah, tp cukup sampai aku berjaya jejak kaki ke universiti. 13 tahun pertama hidup, aku tak rasa kekurangan apa-apa sebab aku masih kecil, masih mentah, ayah hantar aku ke sekolah, and pernah sekolah dgn ayah selama setahun setengah.

But then, masuk umur aku 14 tahun, bila aku dah pindah sekolah x sama dgn ayah, aku mula merasa jarak antara aku and ayah. Less conversation, less seeing each other even in one house, less hanging out together. Semua dh jd makin kurang. Masa umur aku 16 tahun, aku start sekolah dgn ayah balik, masa ni things were much more better. Masa kat semetro ni, banyak bnd aku banggakan ayah. Aku jd johan pesta pantun negeri, aku jd pengawas, aku dipilih utk mengacara majlis, aku disukai semua guru2, aku salu dpt tempat top 3 dlm kelas, dan paling membanggakan, aku pelajar terbaik spm semetro tahun 2009.

Tp semuanya berubah setelah aku habis sekolah. Bila aku dh mula terpaksa hidup jauh dr mak ayah. Masa ni, aku perasan aku makin lama makin dah x bercakap dgn ayah. Kalau ada pun masa kat matrik dlm fb and msg. masa ni okey lg. but then, masa aku nak masuk universiti, aku mcm terpaksa handle sume benda sendiri. Ayah makin jauh dan jauh. Just mak yg selalu ada di sisi and bg semangat. mak yg tolong kemas beg, mak yg menghitung hari masa aku nak masuk u, mak yg bawak pergi sana sini cari barang, mak yg handle everything. Ayah cuma tolong hantar aku ke university masa mula2 aku masuk u.

I know ayah had been a very great dad, but aku sebenarnya rindukan kasih sayang seorang ayah. Ye mmg aku tau ayah sayang aku, tp x cukup sekadar aku tahu, ayah patut zahirkan kasih sayang tu supaya aku nampak and merasa kasih sayang tu sebelum mata tertutup. Aku rindu sangat pada ayah. I wish he know all this, I wish he says he loves me a lot, I wish he shows that he loves me, coz aku x perlukan mana2 lelaki sehebat mana aku perlukan seorang ayah dlm hidup aku.

Dan sebab ni, aku selalu tgk cerita Kabhi Kushi Kabhi Gham, and selalu x dpt tahan air mata dari mengalir masa dialog last antara shah rukh khan ngan ayah dia tu. Sama sgt dgn keadaan aku and ayah. I miss my dad, wajah pertama yg aku nampak masa aku menjengah dunia 21 tahun yg lalu.
Aku tahu aku x boleh nak harapkan kesempurnaan, tp cukup sekadar menunjukkan sedikit kasih sayang buat anak yg sangat memerlukan seorang ayah dlm hidupnya.

I promised you dad, apa pun jadi, sesusah mana atau sesulit mana pun keadaan, I will become a lawyer just like what you want. I will complete my study and genggam ijazah undang2, and I am hoping that one day, masa perlantikan akak sbg peguam, you will be there, smiling proud for what I have achieved. That’s my promise.

Kalau ayah baca apa akak tulis ni, I want you to know, I’m glad being born as your daughter, and I’m glad for having you as my dad. I love you so much that I could never love any guys more than I love you. I’m sorry I’ve failed to become a great daughter, I’m sorry for always make you disappointed.  If you can give me just one last gift, please, all I need is you.

Love,
Your first daughter.  

Monday, April 15, 2013

demi Allah

Demi Allah, aku ingin jadikan hubungan ini halal kerana Allah. hanya kerana Allah. kerana aku tahu haramnya perhubungan tanpa ikatan yg sah. 

Demi Allah, aku ingin jadikan hubungan ini halal supaya hidupku tidak lagi melakukan dosa2 kecil yg mana pasti akan terjadi ketika dlm proses perhubungan. kerana aku mahu hidup dalam keadaan tenang dan halal.

Demi Allah, tidak sekali2 cintaku pada lelaki ini melebihi cintaku pada kedua ibubapaku yg telah menjaga dan membesarkanku selama 21 tahun. aku pilih jalan ini kerana aku takutkan Allah, takutkan azab Allah di akhirat kelak. 

Demi Allah, kasih dan sayangku pada ibu dan bapaku, tersangatlah besar, malah apa yg aku lakukan dlm hidupku selama 21 tahun ini, semua kerana aku sangat menyayangi mereka, ingin membanggakan mereka. tp aku mohon satu saja, bagi aku pilih jalan ini untuk aku buktikan, aku masih mampu membahagiakan dan membanggakan mereka dgn kehidupan yg halal tanpa dosa dlm percintaan.

Demi Allah, aku sedar umurku baru setahun jagung, tapi aku tidak mahu mensia2kan masa remajaku dgn perkara yang tidak halal, dan demi Allah, naluri seorang manusia itu ingin dicintai dan mencintai, memerlukan antara lelaki dan perempuan. bak kata ustazah, "akan tiba satu masa, walau kamu nak atau x nak, naluri kamu akan terbuka utk menerima cinta, sbb dah mmg fitrah Allah jadikan manusia itu berpasang2an." demi Allah, aku menjumpai seseorang yg sangat buat aku rasa ingin menyintai dan dicintai, walau seberapa buruk dia pada pandangan semua orang, aku kenal dia, aku terima segala kelemahan dia. masa depan kami nanti, di tangan Allah. baik, buruk, aku terima dgn redha. kerna mungkin dia memang jodoh yg Allah dah catatkan untukku.

Demi Allah, perkahwinan itu menutup segala pintu dosa, dan membuka segala pintu rezeki. aku gagal hidup sendirian dalam hidup yg amat mencabar ini, aku sangat memerlukan seseorang utk menemaniku, utk menjadi pendampingku, utk ada ketika aku resah dan ketawa. aku memang tidak bisa hidup sendiri, aku tahu itu. kerna itu, aku sering bersama dia. dia selalu ada, ketika susah dan senangku.

Demi Allah wahai ibu dan bapaku, aku berjanji dunia akhirat, aku akan menjadi anak yg bisa membahagiakan kalian, membanggakan kalian, dan tidak akan sekali2 aku kecundang dalam hidup ini, izinkan aku membuat pilihan ini, kerana aku sangat tahu apa yg diri aku inginkan. izinkan aku sekali ini sahaja, memilih jalan hidup aku sendiri. bukan kerana aku sudah tidak sabar utk lepas dr kalian, malah kalau bisa, aku ingin seumur hidupku hanya tinggal bersama kalian, duduk dgn mak ayah 24 jam, tp hidup ini membuat aku terpaksa berpisah dgn kalian untuk menuntut ilmu, dan naluri serta fitrah manusia akan sekali lg memaksa aku untuk berpisah dgn kalian. tp ketahuilah, ini semua kerana Allah, bukan kerana aku menyintai dia melebihi aku mencintai kalian. kalian tiada tolok bandingnya. 

aku tidak mampu dan tidak sanggup nak habiskan beberapa tahun lagi utk satu percintaan dan perhubungan yg haram, maka izinkan perhubungan ini menjadi halal. dan kalau disuruh aku berpisah dgn dia, mmg aku bisa, tp jiwa aku akan mati, sebab dia adalah the missing puzzle... 

demi Allah, demi Allah, hanya demi Allah, aku lakukan ini semua. 
semoga kalian bisa mengerti, dari seorang anak yg tidak mahu ibu bapanya diheret ke neraka. 

Saturday, April 6, 2013

perangai paling bodoh dalam dunia

tau tak aku ada satu penyakit, satu perangai yg bagi aku, adalah perangai paling bodoh and tak matang dalam dunia. yes, i admit. perangai aku yg satu ni memang gila gila gila bodoh and aku sendiri tak suka tp benda ni sangat memberikan aku kepuasan and buat aku ketagih sangat sangat sampai aku tak boleh nak hentikan.


tau tak apa dia?




scroll bawah.



baca lagi.




lagi.




lagi.


aku suka sangat buat orang yang aku sayang marah dan bengang.

serius bodoh kan? aku rasa aku lah partner paling teruk dalam dunia. aku suka cari gaduh ngan partner aku. aku suka sangat tgk dia marah gila. aku suka uji kesabaran dan ego dia. aku suka bila aku buat dia mengalah. suka sangat sangat sangat. :( 



pastu yg lagi teruk, lepas aku buat dia sakit hati and marah gila2 sampai dia terpaksa mengalah dgn setiap perangai dan kehendak aku, aku akan tanye dia, "sakit tak?"  "best tak?" kekadang aku akan ckp, "serve you right!". padahal sebenarnya deep inside my heart, aku rasa bersalah sangat2, and sampai aku menangis lepas aku buat mcm tu kat org yg aku sayang.

dan yg paling paling paling buat aku rasa nak hantuk2 kepala sendiri kat dinding, lepas teruk2 buat dia marah, lepas teruk2 gaduh, lepas teruk2 uji ego dan kesabaran dia, aku akan tanya dia, "do us still love me?" 

dan jawapan dia dari dulu sampai sekarang dah 3 tahun tetap sama, "still love you." tak pernah berubah. hanya ada satu masa dalam perhubungan ni dia jawab tak, iaitu masa kami putus september 2012 yg lepas. itupun hanya sekadar kata-kata, sebulan lepas putus aku sendiri nampak betapa cinta dia pada aku tak pernah padam. setiap perkataan, perbuatan, can't never deny his love for me. 



and tonight, tonight the fight occur again. seperti malam2 sebelumnya. seperti hari2 sebelumnya, seperti tahun2 sebelumnya. dan sekali lagi, aku bertanyakan soalan yg sama, "so u not love me anymore?" "so, ko dah tak cintakan aku lagi?" "amacam, x cinta aku dah?" 

dan jawapan dia tetap sama. "still love you."

and malam ni aku bengang dgn jawapan dia yg masih sama, so i replied this, "dammit why you not just say you don't love me anymore?? why you still love me after all this hah??"
 
dan jawapan dia kali ni sangat sangat sangat menyentuh naluri perempuan aku, sangat sangat buat aku tersentap.

"sebab bukan mudah nak melepaskan kau pergi."



:'(  

so agak2 sape yg sakit sekarang ni?


Tuesday, April 2, 2013

sweet little moments

guys, sepanjang tiga tahun hubungan me and him, ada beberapa moments yg I will treasure the most, sampai akhir hayat takkan lupa. and now I'm gonna list it as memories, so that when I'm growing older, I will never forget these moments.

pertemuan di Petronas after 5 years.

masa ni, tarikh ambil result SPM tahun 2010, bulan 3. kami terserempak each other. aku perasan dia masa dia keluar dr tandas and nak pergi ke kereta ayah dia, and dia senyum kat aku ngan muka yg sangat sangat eksited. hahaha. mungkin sbb dia tak sangka akan jumpa aku with baju yg sama aku antar kat dia dalam gambar mase kitorg start msg bulan 1 2010. and that was the beginning of everything after that. saat ni, mmg aku takkan lupakan sampai bila2, senyuman dia masa tu, cara dia pandang aku, lain. 

the sweater moment.

masa ni, kitorang dah in a relationship selama 3 bulan lebih kurang, and ni first time jumpa lepas couple. kitorang nak balik Perak sama2, and masa ni aku first time naik KTM. sangat sejuk dalam tu, and aku tak bawak sweater, so dia ada sweater and he give me his sweater although dia pun sejuk dalam tu. how sweet, and masa ni, sebenarnya masa ni la aku mula jatuh cinta dgn dia. ^_^v  

kalau abang dah takda, Penang 2011.

masa ni kitorang pergi Penang, jalan2 kat Padang Kota, and ada satu masa sedang kami tgh berjalan tu, tiba-tiba dia sebut something which is sampai mati aku x boleh lupa, "sayang, nanti kalau satu hari abg dah x da nak jadi ur babysitter, sayang nak buat apa?" lepas dia tanye tu aku gelak, then aku jawab main2, "cari org lain la, apa lg." pastu dia jawab, "memang abg nak sayang cari lelaki lain pun, dgn syarat dia boleh jaga sayang lebih dr mcm mana abg jaga sayang." masa ni aku rasa sebak gila. hell no, u r the best babysitter in the world and nobody can replace ur place. 

kenapa ambil hati abang?

still at Penang, masa ni lepak tepi laut, depan plaza gurney(tak silap). in that very romantic moment together, he suddenly ask me out of the blue, "sayang, kenapa sayang ambik hati abg?" and with smile, I answer, "sebab abg yg bagi." #rasanya saat ni paling aku rasa romantik sepanjang 3 tahun kami bersama. 

abang,nak pergi i-city.

hewhew, masa ni i-city baru lagi, and aku pun ada keinginan yg sangat3 utk pergi sana. so dh berapa kali aku mintak kat dia nak pergi i city, sampai la satu hari tercapai gak impian aku. masa tu dia ajak aku pergi umah sedara dia (which we call ibu) kat KL, then kat sana, dia ajak satu family ibu pergi icity, so malam tu kami satu family pergi i city naik kereta. bayangkan, sbb aku nak g i city sampai satu fmly terpaksa pergi icity. =,=" abg2.. huhu.

a date with my ex.

yeah masa ni adalah antara masa berharga bagi aku sepanjang kami bersama. masa kami putus. tiga bulan kami putus, starting 15 September 2012 till bulan December 2012, eh empat bulan la maknenye. masa ni, 23 November 2012, which kami decide nak keluar sama, as LAST DATE. masa ni, serius, adalah date paling indah sepanjang 3 tahun kami kenal. walaupun kami hanya berstatus ex masa tu, tapi segala2nya lebih indah drpd masa kami menjadi kekasih. senyuman yg tak lekang dr bibir, mengimbau kembali setiap kenangan kami masa bersama di setiap jalan yg kami lalui, lepak sama2 kat dataran merdeka, suddenly cinta macam tiba2 hadir balik masa ni. and masa ni lah aku sedar, I love him and sampai bila2 cinta utk dia takkan pernah hilang. 

happy birthday wani.

bila teringat pasal surprise birhday ni, aku happy and sebak. happy sbb dia sanggup buat surprise birthday for me(even awal beberapa minggu), sebak sbb masa ni kami bukan kekasih, masa ni we were just EX. ade ke EX sanggup buat surprise party tok ex dia and paling tak disangka, ada ke ex bagi cincin utk hadiah birthday yg tertulis nama korg bdua? ni la antara saat paling indah dan pelik dlm hidup aku. we were just EX. x da hubungan apa2. tp moment ni, memang lebih indah dan sweet drpd masa kami jd kekasih dulu. nothing in two years(at this time) can replace this moment. masa dia tutup mata aku and bwk aku ke tmpt kek, masa dia suruh kawan aku masak utk raikan birthday aku, masa dia suruh aku tiup lilin, masa dia potong kek sama2 dgn aku, masa dia suapkan kek kat aku, and paling penting, masa dia kata, "sorry I xtau nak bg apa utk hadiah u, ni je I dpt bg." sambil hulurkan satu kotak kecil and he said, "tgk betul2 ada tulis apa kat situ." and masa aku nampak huruf nama kami kat cincin tu, sungguh aku sebak sampai aku rasa nak peluk dia masa tu jugak. T_T #rindunyeee masa jd EX. erkk? 

nasik lemak kukus.

i think i already told this story in my blog. aku copy paste je la. :)

one day, at gerai nasik lemak kukus.

dia : syg bayar eh, abg xde duit. 
me : hah? serius? bak cni dompet nak tgk. (dia bg dompet)
dia : cek la, mmg x de duit. 
me : (cek semua tempat) ee abg ni! tipu ni. xkan la xde duit. pe syg lak kena bayar.
dia : lah, kan syg ade duit. skali skala syg la belanja abg pulak. dh abg mmg xde duit. 
me : ee! ( wat muke geram sambil teruskan makan)

bile dh habis makan, nak bayar. 

dia : hah syg, bak duit, abg nak g bayar ni.
me : betul ke x de duit ni? 
dia : lah betul la, dh cek td kan.
last2 , dia g bayar. sampai kat kaunter, dia senyum2 sambil sorok2 kuarkan duit and bayar. 

me : ee tipu! td kate x de duit, kat mane abg sorok ni? oo da pandai sorok2 duit skg kan! 
dia : haha. dah syg pepagi lg mintak dompet abg nak cek duit. jenuh la abg camtu.
me : ee, cpt bgtau kat mane abg sorok. 
dia : hehe, dlm zip dompet ni la, syg x cek cni td.

mase tu aku fikir, boleh je dia sorok je duit tu and biar aku je yg bayar, jimat duit dia. tapi tak, dia tetap bayarkan and siap bagitau aku lagi kat mane dia sorok. and sepanjang balik umah tu aku tersenyum teringat sikap dia. satu yg paling aku suka ttg dia, dia tak pernah berkira and kedekut dgn aku. selagi dia ada duit, dia akan tunaikan apa yg aku nak. selalu aku perhati bnd ni. bukan aku nak duit dia sgt, aku mintak pun bnd2 remeh2 je. aku cuma nak tgk keikhlasan dia nak buat bnd tu utk aku. and he did. walaupun aku selalu cek dompet dia,  selalu sangat kire duit dia, tp dia rilek jee, xpernah langsung kedekut or berkira. :')

pizza story.

masa ni aku mengidam sangat2 nak makan pizza, tp xtau nak cari kat mane. bape kali gak dlm msg aku merengek, "nak pizzaaa."  "ee teringinnya nak makan pizza."  "kalau la dpt makan pizza skrg ni." sampai kat fb aku post gmbr pizza kat wall fb dia. huhu. punya kempunan aku nak makan pizza. masa ni dia kat Kedah. pastu ujung minggu tu dia balik Perak, tp malangnya kami gaduh pulak. so mmg x da harapan la aku nak makan pizza. then masa gaduh tu, dia ckp ayah dia nak jumpa. dia datang sungkai with his dad, kami sembang. tp x sangka dia datang dgn pizza skali. hahah. even just dua slice tp sies cukup bermakna bagi aku yg sangat kempunan pizza, (bukan x leh beli sendiri, tp nak dia jugak yg belikan, baru nk makan). =,="

toblerone and tingkap bas.

ha ini paling latest. baru je terjadi sabtu lepas. masa kuar dgn adik2 aku kat KL. masa ni dh nak balik dah, dia yg tolong belikan tiket bas and antar kami sampai kat pintu bas kat Pudu Sentral tu. sblum aku masuk dlm bas tu, dia ckp, "nak surprise x?" aku pun ckp la, "nak2!" then x sangka dlm masa berjalan tu dia sempat belikan coklat toblerone utk aku, (dia tau aku suka coklat tu). pastu sblum bas gerak, aku dok kat tepi tingkap, then dia ketuk tingkap bas aku dr luar, and taip kat hp dia, "sweet x?" pastu tunjukkan kat tingkap bas tu. hahah. sweet gila time tu ase.aku pun taip kat hp aku and tunjuk kat tingkap bas tu, "i love u." mmg aku senyum sepanjang perjalanan balik tu. :))

moral of the entry : hargai org yg disayangi. :)