Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Tuesday, April 23, 2013

# day 1

23 April 2013.

today, kami plan nak buat test hiv and ambil borang kebenaran nikah kat pejabat agama slim. tapi biasa la, lain yg dirancang lain yg jadi. kami gerak pukul 10 pagi, then terus pergi poliklinik slim utk test hiv. tp bila sampai sana, org klinik tu ckp test hiv ada petang je lepas kol 2. so kami pergi pejabat agama dulu ambil borang. sampai sana, org kat pejabat agama tu terangkan apa yg kami kena buat utk nak menikah ni and bagi borang, harga borang tu seorang seringgit. tapi yg jd masalah rupanya kami ni tak sama daerah walaupun sungkai dgn slim tu dekat je. topek dia daerah slim river so mmg borang antar kat situ la cuma aku ni dah masuk daerah tapah, so kena antar borang kat pejabat agama tapah la. tu dh satu hal. 

pastu pas ambil borang, pergi makan kat restoran kurnia, slim river sambil isi borang. then dia p jumpa ketua kampung utk surat akuan bujang and ustaz area kampung dia utk pengesahan borang nikah tu. setel tang dia, cuma hiv je belum setel lagi.

ingat petang tu nak buat test hiv, tp takdir Allah, hujan lebat gila pulak ptg tu. sampai berapa checkpoint kami kena berhenti. makluim la, dia bawak moto je. sebab dia tu mmg penakut nak bawak kereta walaupun dah ada lesen kereta. haih, nasib laa. bakal suami sapa ntah. tapi yg paling aku terharu, masa berhenti kat bus stop sbb ujan lebat sgt2, aku duduk tp kena gak tempias ujan sbb ujan mmg lebat gila, tp dia berdiri sebelah aku and halang aku dari kena ujan. habis dia basah lenjun satu badan kena hujan. kat sini aku nampak sikap pelindung dia, hope sikap dia ni kekal hingga ke akhirnya.

so sbb ujan lebat and x berhenti lagi petang tu, kami decide nak buat test hiv esok je. so ptg tu dia belanja makan kfc. eheh. mmg my favourite laa. kat kfc slim tu pulak terjumpa zarul, kawan lama kami masa form 1 kat smk slim. dia pun makan situ dgn awek dia, awek dia pulak budak sekolah teknik abg rupanya, cuma abg xbrapa igt. so nak x nak terkeluar jugak la cerita pasal nak kawen ni kat zarul tuh. tp nanti masa kenduri pun mmg nak jemput jugak semua kawan2 masa kat smk slim dulu. baru best. haha. bayangkan, kami dulu pernah berebut kerusi, tgk2 skrg dah nak kawen. hebat x hebat perancangan Allah.

overall, aku rasa seronok habiskan masa dgn dia buat urusan nak kahwin hari ni, semoga Allah permudahkan lagi kerja kami. bila tarikhnya? rahsia dlu. :) tp inshaAllah mmg dalam masa terdekat ni. tadi aku tanya dia, "bila dalam perhubungan kita ni first time abg terfikir nak jd kan syg ni isteri abg?" and dia jawab, "masa abg bawak syg pergi kubur mak abg ritu, time kita jumpa ayah skali."  masa tu hubungan kami mencecah setahun, i still remember, 10 Mei 2011. thanks abg, for having that kind of feelings and make it comes true. 

day 1 - finished. ^_^v

No comments:

Post a Comment