Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Thursday, April 25, 2013

# day 2. i really love you, my future husband.

24 April 2013.

hari ni, kitorang setelkan persetujuan wali, mintak tandatangan my dad and salinan ic kat sekolah ayah, then alang2 masuk trolak, ajak dia singgah rumah ain. aku bersyukur sangat dpt lelaki yg boleh masuk dgn semua kawan2 aku, dr masa kawan kat matrik dulu, kawan sekolah menengah, kawan kat u, semua dia boleh masuk sbb dia mmg jenis ramah and friendly, siap kami pernah pergi bercuti dgn kawan2 aku, and dia rilek je join. masa raya pun pergi raya rumah kawan2 aku, dia alhamdulillah mmg sporting and ramah sgt. pendek kata kalau bawak dia pergi mana2 pun aku takkan rasa kekok. ini satu sikap dia yg melengkapkan aku, sbb aku ni susah sikit sbnrnye nak masuk dgn org yg aku baru kenal.

then lepas lepak sejam dua kat rumah ain, gerak pergi slim buat test hiv. ni lagi satu yg aku sangat suka tentang dia. dia akan uruskan semua hal and aku just duduk diam. dia ambik ic aku, pergi kat kaunter daftar, aku just duduk kat kerusi tunggu. nampak tak betapa aku sebenarnya sangat bergantung kat dia. semua benda dia yg uruskan, dia yg buat. dari situ dah nampak sikap kepimpinan dia. masa test hiv ni, aku dipanggil first. dia dah siap gelak2kan aku dah, tgk nurse tu pgg jarum injection tu dia ckp kat nurse tuh, "suntik dia jarum paling besar kak." aku dah la tgh cuak time tu sbb tu lah first time in my life darah aku diambil, huhu.pastu bila turn dia tgk2 kena suntik kat jari je. hampeh betul. bila tanya, rupanya perempuan mmg kena ambil darah byk sikit sbb nak wat test kehamilan sekali. 

pastu pergi pejabat agama slim nak antar borang dia utk dicopkan and disahkan sebelum bagi borang tu kat tok kadi pihak perempuan. tp pegawai nak cop tu pulak x da, so dah kena tangguh nak bawak jumpa tok kadi. tu je la untuk hari ni. 

lepas dia hantar aku balik petang tu, hujan turun selebat2nya, guruh petir sabung menyabung. masa ni, demi Allah, first time aku rasa takut and risau sgt pasal dia, tak putus2 aku berdoa dalam hati moga abg selamat sampai rumah. masa tu aku sedar, yg hidup aku mmg akan kosong tanpa dia. sbb dia melengkapkan apa yg aku tiada, menyempurnakan ketidaksempurnaan aku, hadir waktu aku senang dan waktu aku susah. 

aku masih ingat masa hari merisik hari tu, first time aku katakan dgn ikhlas depan semua org, depan mak ayah aku, depan mak ayah dia, dpn family aku, sambil air mata mengalir laju, i said to my dad sambil pandang wajah dia, "dia jadi kawan akak yg paling baik selama ni, dia ada bila akak susah and senang." masa tu ada satu perasaan yg aku rasa, perasaan yg selama ni mungkin tersimpan rapi setelah banyak pergaduhan yg berlaku, perasaan di mana aku terlalu menyayangi lelaki ini, and ikhlas aku katakan, dia melengkapi sebahagian diri aku, memberi aku kasih sayang tika aku sangat memerlukan, memberi aku kekuatan dan peluang utk merasa dihargai dan disayangi. aku sedar dia manusia yg banyak kesilapan, dan satu kesilapan dia adalah meninggalkan aku suatu masa dahulu.

dan dia telah menebus kesilapan itu. masa hari merisik, depan my dad dia minta maaf sbb pernah meninggalkan aku and dia kata itu menjadi satu pengajaran buat dia. balik tu, aku antar msg kat dia, tanya kenapa dia sebut pasal perpisahan kita dulu. and dia jawab, "sbb itu kesilapan abg dulu." and aku tanya, "nak tinggalkan syg lg ke pasni?" he replied, "tak akan sekali2, abg dah serik."  :')

mengenali dia, membuat hidup aku penuh warna warni. kadang aku sedih, kadang aku gembira, tp bila dia di sisi, aku rasa macam aku ada someone yang sangat memahami aku. sangat sangat. dia tahu aku suka bila dia pakai baju warna hitam. td pagi jumpa dia pakai baju warna hitam, sdgkan dia tak suka pakai warna hitam sbb panas. bila aku tanya, dia ckp "abg tau syg suka abg pakai baju warna hitam, sbb tu abg pakai." benda2 kecik mcm tu dia ingat pasal aku. itu sbnrnya yg membahagiakan.

mcm semalam, masa tgh dlm hujan lebat, dia lindungi aku, kami sembang mcm2 dekat pondok tempat tunggu bas tu. then terkeluar topik pasal masak. 

me : adik syg pandai masak, siap masak nasik goreng utk kawan. 
him : eleh, abg pun pandai masak pe.
me : bila masa pulak abg pandai masak?xyah nak bohong la.
him : amboi, lupa ke dulu sape bawakkan syg bekal masa syg kerja? abg yg masak sume tu tau.
me : (teringat dia pernah bawakkan nasik goreng, nuget, kentang and sosej masa aku kerja kat kedai cd dlu)
       haah la, eleh tp nasik goreng tu makcik abg yg masak. abg cuma masak yg len tu je.
him : tp abg masak gak kan? usaha abg tu, duit abg beli sume tu utk syg tau.
me : (terharu sbnrnye bila igt balik) haah kan, sweet gak abg ni sbnrnye ni kan. hum syg x pernah masak      apa2 utk abg kan.
him : tp syg pernah buat kek utk abg, kek paling sedap pernah abg makan.

tengokkk, aku baru buat kek sebijik je utk dia, masa hari jadi dia taun lepas, tp sampai skrg dia mintak aku buat lg kek tu utk dia, sedap sgt katanya. tp sampai skrg jugak aku tak buat2 lg utk dia. alasan aku, sibuk, busy, x reti, x jadi. :( bila aku suruh dia goreng telur, goreng kentang utk aku, semua dia buatkan. x berkira sikit pun. mana aku nak cari lagi lelaki yg sangat faham aku mcm mana dia faham aku? bukan setakat dia faham, tapi dia terlalu bertolak ansur dgn setiap kelemahan aku. and for that, i love him so much. 

empat tahun, tunggang terbalik kami, jatuh bangun sama2, terjatuh tersungkur, empat tahun kami lalui macam2 sama2, tapi satu je, kami x pernah mengalah utk sebuah ikatan perkahwinan. bukan sikit usaha kami nak capai matlamat yg satu ni, banyak dah tangisan, sengketa, sandiwara, air mata, perbincangan and mcm2 lagi utk menghalalkan sebuah ikatan yg kami bina satu masa dulu. moga Allah berikan ganjaran terbaik buat kami. moga Allah meredhai ikatan perkahwinan ini dan moga perkahwinan ini mampu buat kami jadi lebih baik, matang and berjaya dalam kehidupan, InshaAllah. 

mase test hiv. this is what happened when I ask him to take pic. always buat muke! grr.

but i will always love you, future husband. :)




No comments:

Post a Comment