Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Monday, April 15, 2013

demi Allah

Demi Allah, aku ingin jadikan hubungan ini halal kerana Allah. hanya kerana Allah. kerana aku tahu haramnya perhubungan tanpa ikatan yg sah. 

Demi Allah, aku ingin jadikan hubungan ini halal supaya hidupku tidak lagi melakukan dosa2 kecil yg mana pasti akan terjadi ketika dlm proses perhubungan. kerana aku mahu hidup dalam keadaan tenang dan halal.

Demi Allah, tidak sekali2 cintaku pada lelaki ini melebihi cintaku pada kedua ibubapaku yg telah menjaga dan membesarkanku selama 21 tahun. aku pilih jalan ini kerana aku takutkan Allah, takutkan azab Allah di akhirat kelak. 

Demi Allah, kasih dan sayangku pada ibu dan bapaku, tersangatlah besar, malah apa yg aku lakukan dlm hidupku selama 21 tahun ini, semua kerana aku sangat menyayangi mereka, ingin membanggakan mereka. tp aku mohon satu saja, bagi aku pilih jalan ini untuk aku buktikan, aku masih mampu membahagiakan dan membanggakan mereka dgn kehidupan yg halal tanpa dosa dlm percintaan.

Demi Allah, aku sedar umurku baru setahun jagung, tapi aku tidak mahu mensia2kan masa remajaku dgn perkara yang tidak halal, dan demi Allah, naluri seorang manusia itu ingin dicintai dan mencintai, memerlukan antara lelaki dan perempuan. bak kata ustazah, "akan tiba satu masa, walau kamu nak atau x nak, naluri kamu akan terbuka utk menerima cinta, sbb dah mmg fitrah Allah jadikan manusia itu berpasang2an." demi Allah, aku menjumpai seseorang yg sangat buat aku rasa ingin menyintai dan dicintai, walau seberapa buruk dia pada pandangan semua orang, aku kenal dia, aku terima segala kelemahan dia. masa depan kami nanti, di tangan Allah. baik, buruk, aku terima dgn redha. kerna mungkin dia memang jodoh yg Allah dah catatkan untukku.

Demi Allah, perkahwinan itu menutup segala pintu dosa, dan membuka segala pintu rezeki. aku gagal hidup sendirian dalam hidup yg amat mencabar ini, aku sangat memerlukan seseorang utk menemaniku, utk menjadi pendampingku, utk ada ketika aku resah dan ketawa. aku memang tidak bisa hidup sendiri, aku tahu itu. kerna itu, aku sering bersama dia. dia selalu ada, ketika susah dan senangku.

Demi Allah wahai ibu dan bapaku, aku berjanji dunia akhirat, aku akan menjadi anak yg bisa membahagiakan kalian, membanggakan kalian, dan tidak akan sekali2 aku kecundang dalam hidup ini, izinkan aku membuat pilihan ini, kerana aku sangat tahu apa yg diri aku inginkan. izinkan aku sekali ini sahaja, memilih jalan hidup aku sendiri. bukan kerana aku sudah tidak sabar utk lepas dr kalian, malah kalau bisa, aku ingin seumur hidupku hanya tinggal bersama kalian, duduk dgn mak ayah 24 jam, tp hidup ini membuat aku terpaksa berpisah dgn kalian untuk menuntut ilmu, dan naluri serta fitrah manusia akan sekali lg memaksa aku untuk berpisah dgn kalian. tp ketahuilah, ini semua kerana Allah, bukan kerana aku menyintai dia melebihi aku mencintai kalian. kalian tiada tolok bandingnya. 

aku tidak mampu dan tidak sanggup nak habiskan beberapa tahun lagi utk satu percintaan dan perhubungan yg haram, maka izinkan perhubungan ini menjadi halal. dan kalau disuruh aku berpisah dgn dia, mmg aku bisa, tp jiwa aku akan mati, sebab dia adalah the missing puzzle... 

demi Allah, demi Allah, hanya demi Allah, aku lakukan ini semua. 
semoga kalian bisa mengerti, dari seorang anak yg tidak mahu ibu bapanya diheret ke neraka. 

No comments:

Post a Comment