Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Sunday, April 21, 2013

sesi air mata + merisik

hari ini, 21 April 2013, membuka satu lagi sejarah baru dlm hidupku. tak pernah lagi aku menangis teresak2 depan org lain, terutama sekali depan mak dan ayah, depan paksu dan opah, serta depan ahmad taufiq and familynya. sungguh, aku sangat tak mampu kawal perasaan aku hari ini, disebabkan terlalu banyak yg dipendam dalam hati selama 21 tahun aku hidup di bumi Allah ini, aku luahkan segala2nya ketika family dia datang hendak merisik hari ini.

Tuhan saja yg tahu betapa sebaknya hati aku hari ini. menyaksikan perjanjian antara dua buah keluarga, berjanji untuk sebuah ikatan pertunangan dan pernikahan. di sampaing sesi air mata yg sangat sangat meruntun jiwa, dan paling aku terkesan sekali ialah bagaimana ikatan kekeluargaan itu memberi aku semangat serta kekuatan yang selama ini kian hilang dalam diri aku.

masih segar dalam ingatanku bila paksu dan opah begitu memahami masalah yg aku hadapi, bila emak turut sama menangis dan minta agar ayah faham apa yg sedang aku alami. masih segar di ingatanku tatkala paksu menguhurkan bantuan yg sangat sangat aku perlukan buat masa sekarang utk terus berjaya dlm pelajaran. masih segar di ingatanku tatkala opah memeluk dan mencium aku serta berdoa supaya aku belajar rajin2 hingga berjaya.Ya Allah, Kau berkatilah keluargaku ini, limpahkan rezeki dan nikmatMu yg tak terbanding buat mereka.

buat ayah, minta maaf jika tak dapat menjadi anak yg ayah inginkan. bukan tidak pernah akak mencuba, malah seumur hidup akak, akak habiskan dgn cuba untuk membanggakan ayah di mata org lain. tp ada benda yg akak pendam sekian lama, yg membuat akak terluka sekian lama. tapi tidak mengapa, mungkin salah akak jugak selama ni. akak minta maaf dr hujung rambut sampai hujung kaki atas segala kesalahan yg akak pernah buat terhadap ayah. ketahuilah seorang anak itu tidak ada apa yg paling dia inginkan kecuali sedikit perhatian bukti kasih dan sayang.

buat emak, terima kasih atas kasih sayang yang tidak terbatas selama ini. emak adalah anugerah terindah yg Allah berikan untuk akak. tiada kasih sayang dalam dunia ni yang mampu menandingi kasih sayang emak. akak cuma harap mak memahami akak kenapa akak minta semua ni. akak menyayangi emak melebihi segala2nya dalam dunia ni, emak yg mengandungkan akak 9 bulan, yang membesarkan akak tanpa kurang sikit pun kasih sayang selama 21 tahun ni, terima kasih.

mungkin ini adalah titik permulaan untuk sebuah kehidupan baru dalam hidupku. aku tidak nampak lagi jalan di hadapanku, apa berliku atau lurus, aku tidak tahu, yg aku tahu aku buat semua ini kerana Allah, bukan kerana cinta sesama manusia, tp kerana ingin menjaga syariat dan batas agama, serta tidak mahu diri menjadi lebih leka dlm permainan dunia. apa yg terjadi ini akan mengajarku supaya menjadi lebih matang dan cuba untuk belajar menjadi dewasa. ada hikmahnya di sebalik apa yg Allah sudah tentukan.

memang aku nampak segala yg negatif berada di hadapan, tp aku juga cuba untuk mempositifkan segala2nya. jika pengakhirannya tidak begitu baik kelak, aku akan terima dgn redha ketentuan Allah. sebenarnya sehebat mana kita merancang, tetap juga Allah yg tentukan. malah walau kita tidak merancang apa2 pun, ada rancangan yg telah Allah tentukan buat kita. 

tipulah jika aku katakan aku tidak pernah merasa ragu dalam perancangan ini. malah sering dtg perasaan ragu itu dalam diri. tp sejauh mana aku pusing untuk mengelak, Allah tetap temukan aku semula dgn jalan yg ini. bagai Allah ingin aku kembali pada jalanNya dan buat yg terbaik dalam landasan Allah. sungguh, walau sekuat mana hati aku menyatakan cukup, tinggalkan cinta sampai di sini, tp aku tetap akan berada di tempat yg sama semula. Allah, cukup lama aku memendam perasaan ini.

dan satu kata2 ahmad taufiq kepada ayahku saat perbincangan ini berlangsung sentiasa bermain2 dalam minda, "cikgu bukan memberi AMANAH ini kepada saya, tapi saya yang meminta AMANAH ini dari cikgu." semoga kata2 ini kamu pegang hingga ke akhir hayat kamu, supaya kamu tidak lupa akan AMANAH yg kamu sendiri minta ini.

semoga segalanya berubah menjadi baik, dan semoga kita semua kekal berada dalam rahmat Allah.
di sini, aku memohon ribuan ampun dan maaf kepada semua pihak yg terluka dan terasa hati dalam perancangan ini. aku berpegang pada satu perkara, "perkahwinan itu menutup segala pintu dosa, dan membuka segala pintu rezeki." PERKAHWINAN BUKANLAH SEBUAH PENGHALANG UNTUK KITA BERJAYA. 

1 comment: