Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Thursday, May 30, 2013

mengikat janji

Once upon a time, back to 2010, me and him had make a deal. Kami ada buat satu perjanjian. Masa ni, kami tulis dalam kertas apa yang kami nak untuk hubungan kami. Well, to be truth, masa tu hubungan ni baru beberapa bulan, kira mcm sesaje la memain walaupun ada keseriusan di situ, aku pun macam yakin tak yakin je dgn hubungan ni. yelah, berdasarkan pengalaman aku yg lepas2, mana pernah hubungan kekal lama. Sekejap2 putus, gaduh sikit putus.

Back to the story, lepas dh siap buat perjanjian tu, kami exchange kertas tu. Syaratnya kami kena baca bila dah sampai rumah (kami exchange kertas tu masa dalam train nak balik Perak). Sampai je rumah, aku terus bukak apa yg dia tulis. Dan ayat yang paling aku ingat sampai mati, “dengan ini, saya Ahmad Taufiq bin Baharuddin berjanji akan menjadikan Nurul Azawani binti Kamarudzaman isteri saya yang sah suatu hari nanti.”

Itu janji dia. Janji seorang budak 18 tahun yang tgh belajar kat uitm merbok masa tuh. Lepas baca apa yg dia tulis, aku terharu sangat. Aku simpan elok2 kertas perjanjian tu sampai sekarang. Dan masa kami diakad nikah nanti, aku akan tunjuk balik perjanjian tu kat dia, and kami akan tersenyum sama2 bila tengok balik macam mana sebuah janji yang dibuat ketika hubungan baru beberapa bulan menjadi satu kenyataan. J

However, bukan senang untuk menjadikan ini satu kenyataan. Malah janji pernah dimungkiri separuh jalan. Hubungan kami pernah terlerai satu masa dulu. Dan ketika itu, aku berjanji pada dia, sampai bila-bila pun takkan ada seorang lelaki pun yang dapat menggantikan tempat dia. And he said to me, “tunggu aku 5 tahun lagi.” Believe it or not, aku bertekad aku akan tetap tunggu dia. Aku tutup pintu hati aku untuk sesiapa pun. Sebab kenyataannya mmg hati aku hanya pada dia, just dia yang faham segalanya tentang aku, dia yang mampu melayan karenah gila aku. Just him. Tapi tu lah, takdir Allah, tak sampai beberapa bulan pun, kami bersama semula. Alhamdulillah.


Satu je yang aku nak highlight kat sini, lelaki ini memang seorang yang tidak memungkiri janji. Sekali dia berjanji, dia akan cuba sedaya upaya untuk tepati janji tu. Even untuk benda2 kecik. Contohnya, aku suruh dia hantar aku balik Perak, and he said ok. Then bila tiba2 dia rasa mcm malas nak hantar, tapi dia tetap akan hantar jugak. Another one, if aku suruh tolong topupkan aku malam tu, bila dia cakap je ok, nak x nak dia akan buat jugak. Seriously, inilah yg paling aku suka tentang dia. Sikap tanggungjawab dan menepati janji dia tinggi. Dia cakap nak datang, dia datang, tak kira la lambat mana pun. Dia cakap nak kahwin dgn aku, dia usaha sungguh2 ke arah tu. Sampai sanggup pergi jumpa ayah aku beberapa kali, sanggup berdepan dgn family dia ckp nak kahwin. Dia cakap nak bayarkan duit buku aku, dia bayar. Dia memang nampak mcm jenis yang suka bergurau, suka main2, kuat menyakat, tapi deep down inside his heart, dia seorang lelaki yg cukup suka tolong orang, cukup pegang pada janji, and cukup dgn sikap tanggungjawab yang tinggi.

He’s one in a million, at least for me. Dia special, seteruk2 dia, dia penuhi setiap keinginan aku. Kalau masa jumpa, dia akan mengalah dgn setiap permintaan aku. Even bnd2 kecik dah cukup buat aku rasa happy. Contohnya baru2 ni, masa pergi tgk wayang citer iron man, dia nak duduk belah kiri, tapi aku nak duduk situ, mule2 dia x bagi, pastu dia tgk aku buat muka sikit je, terus dia mengalah and bg aku duduk situ. Little things like this yang buat aku makin hari, makin menghargai kehadiran dia dalam hidup aku.


Tapi yelah, orang kata nak bahagia tu bukan senang. Ni lagi dua hari nak bertunang, macam2 jadi. Setiap masa aku asyik marah dia, apa dia buat semua salah di mata aku, sampai kami gaduh teruk gila. Mula mengungkit salah masing2, mula tiba2 nak menyesal, padahal semua tu just mainan emosi. Ya Allah, moga kami tabah dan sabar harungi semua ni. moga dia jodoh aku sampai ke akhirnya.

Friends, please doakan kami. Cuak sangat dah ni nak jadi tunang orang. Baru tunang kot, belum nak nikah lagi. Huhuhu.

For you my dear, I’m so sorry I’m being too emotional. I’m sorry for not being the best. But I promise you, I will try. J

we are getting engaged. :))

Monday, May 27, 2013

peliknya kahwin awal

Bila dengar cerita anak orang tu, umur 19 20 dah nak kahwin, mesti orang kata, “uih awalnye nak kawen, x sambung belajar lg ke?”

Tapi bila tengok facebook budak 12 13 tahun dh start couple, buat biasa je.

Bila tengok kat shopping complex budak2 remaja couple pegang2 tangan, biasa je semua tu.

Bila dengar kat berita pasal remaja2 kena tangkap basah kat blik2 hotel, oh normal lah tu zaman sekarang.

Tapi bila remaja2 ni bagitau hasrat nak nikah sekaligus menghalalkan hubungan yang haram, eh peliknya semua tu. Awalnya nak kahwin, belajar pun tak habis lagi. Macam benda ni dah jadi di luar norma masyarakat sungguh la.


Ini lah yang terjadi di zaman sekarang. Mentaliti orang kita kini. Yang jelas haramnya di’biasa’kan, yang hendak dihalalkan di usia muda, di’pelik’kan. Sampai remaja2 yang umur 19-23 ni takut nak bersuara untuk halalkan hubungan, sedangkan mereka ni tahu dan rasa, macam mana sakitnya berada dalam satu perhubungan yang tak halal.


And mesti ada yang akan bidas, “lah, dah tahu camtu, putus je la, xpayah nak couple2, senang cerita. Mengada2 pulak nak kahwin awal, belajar pun tak habis lagi.” (dramatic sungguh ayat aku).

Ya betul, tapi cuba la korang letakkan tempat korang dalam diri mereka. Yang aku sasarkan di sini adalah remaja yang umur 19-23 tahun ya, mereka tu dah dikira dewasa, umur dah lepas 18. Dah cukup baligh dah, cukup akal fikiran dah, dan memang waktu yang Allah akan hadirkan perasaan hendak berkasih sayang, naluri yang ingin dicintai dan mencintai.

Ustazah aku pernah cakap dalam kelas, manusia ni, akan tiba satu masanya Allah akan hadirkan perasaan cinta dalam diri, perasaan ingin dikasihi dan mengasihi oleh yang berlainan jantina, so don’t blame them if they are falling in love. Itu lumrah. Cuma yang pentingnya di sini, mereka itu perlu berfikiran waras dan wajar untuk menjaga hubungan itu berlandaskan syariat Islam. Dan kahwin awal ni, adalah salah satu cara mereka untuk menjaga hubungan tu. Salah jugak ek?

Yang menjadi masalah paling besar, paling neraka sekali, paling malapetaka sekali bagi masyarakat kita ialah, TAK HABIS BELAJAR LAGI. Ini lah dia satu2nya penghalang yang dah macam jadi satu kewajipan pulak bagi manusia kat sini, kalau nak kahwin kena habis belajar dulu. Kenapa eh benda ni jadi isu besar? Tak percaya yang mereka ni boleh berjaya jugak even dah kahwin? Macamlah kalau dah kahwin tu memang dah tak boleh nak belajar. Lagikan masa diorang ni couple diorang msg 24 jam, chatting, keluar dating sepanjang masa, boleh divide masa, takkan lah masa kahwin tiba2 dah x boleh nak manage life. Memanglah tanggungjawab bertambah, tapi rasanya itu boleh diatasi, boleh diajar, boleh dibentuk jika dibagi sokongan dan dorongan. Ini tak, lagi di’api2’kan mereka ni, kononnya bila dah kahwin, kena layan suami je all the time, suami kena kerja kuat2 cari duit sampai tak boleh nak belajar. Bukannya nak di’support’ niat baik mereka, tapi lagi dihentam bertubi2.

Tak dinafikan, parents are the greatest obstacle dalam usaha nak kahwin awal ni, dan sebab utama mereka jd the greatest obstacle adalah sebab mereka nak yang terbaik dalam hidup kita, nak kita berjaya dulu, pegang duit sendiri dulu, rasa hidup bujang dulu. Ya memang betul, tak salah pun apa parents kita cakap, diorang kan memang dah makan garam dulu dari kita. Cuma kita sekarang hidup di zaman yang memang penuh dengan nafsu. Semua benda dah jadi satu jalan ke arah penzinaan. Internet, handphone, university, rumah sewa, kereta, motor. Dengan ada semua benda ni, remaja menjadi terlalu bebas. Serius aku cakap, TERLALU. Mak ayah jauh, tak dapat nak kawal setiap pergerakan mereka ni. masa umur 19-23 ni lah masa paling kritikal sekali, sebab masa ni diorang tengah hidup jauh dari mak ayah, dengan fikiran yang baru nak menjadi dewasa, semua benda mereka nak cuba, mereka hanya akan fikir keseronokan sebelum akibat. Why umur 19-23? Sebab sebelum 19, dok rumah, dengan mak ayah, pergi sekolah hari-hari. Yang duduk asrama dikawal rapi, pergaulan dijaga. So masih terkawal. Yang lepas 23 pulak, masa ni dah habis belajar, dah mula fikir pasal kerja, fikirang dah matang untuk fikir akibat sebelum tindakan.


So kenapa kita nak halang bila mereka ini meminta untuk diselamatkan?

Aku minta untuk kahwin awal, jujur aku cakap, kerana aku ingin sekali ditarik semula dari arus dunia remaja yang makin lama, makin menghanyutkan aku ke jalan yang salah. Aku menjadi begitu bebas keluar ke sana sini dengan seorang yang tidak halal bagiku, malah aku makin mengharapkan si dia berbanding ibu bapaku yang jauh, kerana dia begitu dekat dgnku. Aku minta untuk dinikahkan kerana aku takut suatu hari nanti, aku hanyut dan tidak dapat diselamatkan semula. Aku takut dah terlambat untuk aku. Dunia ni just sementara, macam mana kalau tiba2 Allah tarik nyawa aku masa aku tengah couple dgn seorang lelaki yg ternyata sama sekali bukan muhrim denganku.


Ustazah aku juga pernah cakap, dalam Islam, jika perlu dipilih antara dua mudarat, pilihlah mudarat yang paling ringan.

Dalam kes ni, mudarat satu ialah takut remaja2 ni melakukan zina, terjerumus ke lembah penzinaan. Mudarat dua ialah kalau mereka ni diberi kebenaran utk kahwin awal, takut mereka x dpt kawal hidup lepas kahwin, and terjadinya penceraian awal. Di antara zina dengan cerai (bukan meminta, sekadar memberi contoh utk kes ni), yang mana lebih berat dosanya? Zina adalah salah satu dosa besar, yang perlu bertaubat nasuha untuk diampunkan Allah, tp cerai adalah perkara halal yang paling dibenci Allah. Tepuk dada, tanya iman.

Aku sangat sangat bersyukur, bila Allah bukakkan pintu hati mak ayahku untuk memberi kebenaran aku berkahwin di usia 21 tahun. Aku sangat bersyukur kerana ibu bapaku yang menyelamatku dari hanyut dalam arus nafsu remaja. Walaupun pada mulanya mereka tak bersetuju, setelah dua tahun aku dan dia mencuba, Alhamdulillah, Allah bukakkan pintu hati mereka untuk bersetuju, walaupun jalannya tidak semudah yang disangka. Ya, sangat sangat susah untuk mendapatkan persetujuan mereka, dah berapa air mata yang mengalir, dah berapa perpisahan yang terjadi, dah berapa pergaduhan yang berlaku antara kami, tapi syukur, Allah masih taknak kami mengalah. Syukur sangat Ya Allah, untuk hadiah ini. Kau selamatkan kami, Kau tarik kami dari sebuah hubungan yang haram kpd satu hubungan yang sangat Kau redhai, ikatan pernikahan.

InshaAllah takkan kami sia-siakan peluang ini. Semoga pengakhiran yang baik berada di hadapan kami, dan andai Allah takdirkan yang sebaliknya nanti, semoga ia adalah untuk kebaikan. Janganlah pula kalian menuding jari, kerna sesungguhnya apa yang kami buat, semuanya kerana kami sayangkan agama kami, sayangkan iman kami, dan ingin yang terbaik dalam kehidupan kami. Bukan kehidupan yang penuh dengan dosa dan perkara haram.

Cuma aku mohon satu je, moga keluargaku dapat bersama2ku dalam semua ini. Tanpa kalian, aku takkan mampu bergerak dgn sendiri. Kalian adalah yang paling utama dalam hidupku, sampai mati pun, kalian tetap yang paling utama. Ini adalah hadiah paling bermakna yang kalian beri padaku, menyelamatkan aku tika aku hampir saja tunduk dengan godaan dunia.

Seronok sangat bila mak and ayah bekerjasama nak jayakan majlis pertunangan kami hujung minggu ni. ayah tetapkan lauk menu, mak gubah barang2 hantaran, opah sponsor itu ini, seronok. Baru terasa betapa pentingnya family. J indahnya ukhwah yang terjalin, I really appreciate what you guys did. Whatever happen after this, I love you guys so much. Doakan yang terbaik buat akak. 

Terima kasih untuk ini. Terima kasih sangat sangat. 

susah nak puaskan hati semua orang

monday, 27 Mei 2013.
salam subuh, it's 6.55 am in the morning.
5 days to go.

ternyata payah ya nak puaskan hati semua orang.
bila kita tulis sikit pasal kita, orang akan kata, "tu la, sume bnd xtau nk buat, bile nak blajar."
tak tahu yg kita ni tgh usaha nak belajar.

blog, tempat aku luah apa aku rasa, apa aku nampak, apa aku percaya, 
tentang hidup aku.
without my blog, without my writing, aku rasa aku dah tiada tempat utk melepaskan masalah di dada.
kosong.

siapa kata jadi aku senang?
siapa kata aku gembira?
malah aku sangat sangat tidak gembira sekarang.
bila manusia yang aku harapkan ada, yang akan support aku dlm semua ni,
gone. hilang. pergi.
hilang segala kegembiraan dan semangat aku untuk hadapi benda ni.
serius aku cakap, now I'm really stress.

tapi siapa aku nak menangis depan semua?
siapa aku nak bgtau semua orang yang aku sakit hati, stress?
siapa aku nak turn down everyone?
maka kita pendam, kita simpan.
biar orang nampak senyum kita, tapi simpan air mata kita.
rasanya macam dah lama air mata aku tak mengalir.
kering dah.
empty.

hidup ternyata payah.
bila bahagia mula datang kejap je, mula la duka menjengah.
mungkin aku memang ditadirkan utk ini.
tak boleh nak senyum lama-lama.
takdir mungkin.
redhakan saja.
Allah Maha Adil.

so here we are, 5 days more.
whatever happen next, dalam ketentuan Allah.
kita rancang macam2, tp yang tentukan semuanya Allah.


 

Saturday, May 25, 2013

apa yang kau tahu wani??

Terus terang aku cakap, ni baru first time aku tahu hantaran tu camne, baru aku tahu nak bertunang kena bawak hantaran, baru aku tahu adat merisik bertunang bagai. Seriously, aku tak pernah ade pengalaman pergi mende2 camni, paling selalu aku pergi pun kenduri kahwin je. Sebab sedare2 belah ayah kat sini semua kecik2 lagi, mak sedara pak sedara sume dah kawen time aku belum lahir lagi. So nak tengok siapa bertunang bagai?  Memang aku zero knowledge langsung pasal adat2 melayu ni. Sampai masa sembang ngan cik abang ritu pun, dia tanye, “kita nak bagi berapa balas berapa hantaran ni? abg ingat nak bagi 5 dulang.” Pastu aku selambe je jawab, “oh, camtu orang balas 5 jugak la.” Haha. Pastu kena gelak jee. Ade ke orang buat 5 balas 5? Huhu. Dia jugak la yg explain pastu.


And aku agak tak suka bila benda yang simple, diremehkan. Mcm adat2 ni la, hadui, patutnya nak kahwin je kot, akad nikah and kenduri tu je yg penting. Ni dah kena fikir pasal nak buat hantaran camne la, nak gubah camne la, nak bagi apa la. And aku tahu sume benda2 ni pun bila aku nak bertunang ni. sebelum ni tak pernah langsung tahu pasal ni. teruk kan? Huhu. Contohnya tadi, aku dgn mak pergi kedai yang jual benda2 tok wat hantaran etc, punya la banyak gile benda dlm tuh, lame gila mak aku dok pilih bekas hantaran, bunga. Pastu balik tuh, mak mintak kain baju melayu yang aku beli ngan cik abang kat jakel ritu, nak gubah jadikan hantaran. Aku cakap kat mak, “ala mak, xpayah susah2, letak je kain tu dalam bekas yg mak beli tadi, kan senang.” Huhu. Last2 mak spend masa berjam2 nak gubah kain tu jadi bentuk bunga. Gile terer la mak. Kagum aku. Haih, kalau la aku ada bakat camtu gak.

Seriously, life aku selama ni sangat simple. X pernah nak fikir benda2 camni, xpernah nak hiraukan benda2 camni. And aku lupa satu benda, sampai satu masa aku akan menjadi dewasa. Aku akan lalui sume benda yang aku rasa aku takkan lalui. And now, mungkin dah sampai jodoh aku, nak tak nak, aku akan lalui jugak semua ni. and Alhamdulillah, sebenarnya benda2 ni mengajar aku banyak perkara, mengajar aku untuk belajar menjadi seorang yang dewasa. Belajar pilih kain sendiri tanpa mak di sisi (even asyik tanye cik abang cantik x cantik x), pergi cari cincin pusing satu jalan TAR dgn cik abang berdua je, belajar isi borang nak kahwin, pergi pejabat agama sendiri, pergi kursus kahwin, pergi sana sini nak uruskan tandatangan dan pengesahan, jumpa ketua kampung yang selama ni tak pernah langsung jumpa, jumpa tok kadi yang membuatkan cik abang saya sangat cuak, haha. Serious, pengalaman2 camni adalah pengalaman yang sangat berharga bagi aku. Benda yang sangat baru dalam hidup aku.

Aku mula merasa yang kehidupan ini bukan setakat pegang buku, belajar, main fb, tgk movie, update blog. Aku mula merasa ada sisi lain dalam kehidupan ini yang memerlukan aku menjadi seorang yang independent, bertanggungjawab, dan mula menghiraukan kehidupan yang bergerak di sekeliling aku. Serious aku cakap, selama ni hidup aku hanya fikir pasal study, pointer. Mak suruh belajar masak, aku malas. Mak suruh kemas rumah, macam2 alasan aku bagi. Mak suruh lipat baju, aku g tengok tv. Bayangkan, sampai bila aku nak camtu? Takkan sampai aku dah habis belajar nanti pun sikap aku tetap camtu. Bayangkan umur 25 26 nanti, nak bentuk aku mcm mana lagi.


Bayangkan, yang tegur aku lipat kain salah tu adalah seorang lelaki. Pernah sekali masa aku tgh slice sosej pun dia tegur, cara aku potong salah. Even dia pernah masakkan untuk aku, pernah tolong aku basuh baju, pernah ajar aku cara nak kemas baju dalam beg, pernah sekali aku nak balik dari umah sedara dia, aku main masukkan je baju dalam beg, lepas tu dia keluarkan balik sume baju tu and lipat elok2 masukkan dalam beg tuh. Just imagine, betapa innocentnye aku bab2 kehidupan ni. dah selama ni semua mak yang buat. Tiba masa aku terpaksa hidup sendiri, dah taktau sume mende. And nasik baik sangat2 aku ada dia yang sangat sangat memahami aku.

Dia buatkan semua benda yang aku tak reti nak buat. Dia ajarkan apa yang aku lack selama ni. bayangkan, nak pergi makan chicken chop selama ni dia yang tolong slice kan ayam tu dulu, baru aku boleh makan. Sebab aku tak reti nak potong ayam tu guna garfu and pisau yang disediakan. Kalau nak makan buah rambutan, hari tu dia kaitkan kat rumah kawan kami, aku tak reti nak bukak buah rambutan, dia yang tolong bukakkan satu2 untuk aku makan. Selama ni kalau makan rambutan kat rumah, mak yang tolong bukakkan, xpun aku suruh adik2 aku. See, how teruk I am kan.

Kesimpulannya kat sini, aku bersyukur, sangat bersyukur aku ditemukan dengan dia. Mungkin dengan ini, aku akan belajar menjadi dewasa dgn sendirinya, kerana tanggungjawab mematangkan seseorang. Melalui dia, aku belajar mengenali kelemahan diri aku sendiri. Melalui dia, aku lihat sisi yang berbeza dalam hidupku. Mungkin dia Allah hadirkan untuk aku, untuk sedarkan aku bahawa aku perlu belajar menjadi dewasa, kematangan tidak akan datang dgn sendirinya, sikap dan tingkahlaku kita dikawal sepenuhnya oleh diri kita sendiri.


Apa yang kau tahu selama ni wani?? Sebelum dia hadir, kau cuma tau nak belajar, sebab Allah dah memang anugerahkan kau otak yang agak bagus. Itupun Allah yang bagi, pinjaman Allah saja. Yang lain kau taknak belajar buat sendiri. #ketuk kepala sendiri.

InshaAllah, peluang yang Allah bagi ini, pernikahan ini, tanggungjawab yang bakal aku galas lepas ni, aku takkan sia-siakan. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Dan kini aku makin pasti, kenapa Allah pertemukan kita semula 3 tahun yang lalu dan kenapa Allah masih temukan kita semula walaupun selepas kita buat keputusan untuk berpisah. Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.


Sekian. Maaf entry agak panjang.

eh, awak tua lagi.

it's 9.38 am, saturday morning, a week before my engagement day. arghh. kind of emotional right now, macam2 sakit datang time2 camni. semalam selsema, teruk gila sampai x boleh nak tidur, lepas tu esoknye pulak tgn bengkak2 + selsema and sakit tekak, sabar je lahh. then today pulak, datang satu lagi, batuk tak henti2. aduhh. ujian. moga2 dah nak dekat sangat tarikh tunang nanti idak la sakit2 lg camni.

hari khamis malam ritu ikutkan nak balik dah, suruh dia (bakal tunang) antar ke KL sentral dr shah alam. alhamdulillah, dia sangat memahami, sanggup dia datang dr banting ke shah alam, antar aku ke kl sentral. sayang awak lebih laa. tp malangnye, tiket ETS sume habis. so i said, nak x nak kena balik esok lah. tu yg malam tu kitorang tidur umah sedara dia, which we called ibu. thanks ibu, dh banyak kali sangat tumpang rumah ibu. naik segan dah ase. =,='

esoknye pukul 6 setengah pagi aku dah call dia yg tengah nyenyak tidur suh antar aku balik. kesian dia, tak sempat nak tidur puas lagi, semalam before balik rumah ibu kitorang g enjoy dulu tengok wayang kat midvalley and makan2 dulu. superb best, tengok Iron Man 3 lagi sekali. padahal dah tgk dah dulu, cuma bukan dgn dia laa. thankss my super duper nice boyfriend. 

orite, let see, apa ye nak tulis sebenarnye tadi. hah, tgk tajuk kat atas. hehee. sebenanrnya, kami akad nikah nanti 2 syawal, which jatuh pada 9 Ogos. kan mase akad nikah ade kat borang tu kan umur, haha, baru perasan, dia dah lepas 21, sbb birthday dia 13 jun ni, and aku pulak still 20, sbb birthday aku lambat gile lagi, bulan 12 nanti. so tibe2 pulak umur kitorang jadi lain masa akad nikah nanti, macam tak sebaya je. hehe. padan muka, sape suh awak lahir dulu. :p

dia selalu cakap camni bila aku berkasar dgn dia, "eh ingat sikit yee, abg ni lg tua dari kamu tau, abg ni dah makan garam dulu. haha." then aku akan balas, "hek eleh, tua 6 bulan pun nak kecoh." pastu dia akan jawab "6 bulan pun, abg da pandai merangkak kamu baru nak jengah dunia". hahaha. vengong je dia ni. tapi ok la tu dia lahir dulu, daripada kalau aku lahir dulu, tak ke kekok jugak rasenye lagi tua dr bakal husband. hehe.

haih, seminggu je lagi before kami tukar status daripada boyfriend-girlfriend kepada tunang. huhu. moga Allah permudahkan segalanya. apa pun yang terjadi, sesulit mana pun kehidupan, I will always stay next to you, InshaAllah. 

Just remember, you are amazing. you are special. 
and no one could ever take your position in my heart.
ever.



Wednesday, May 22, 2013

Happy Mother's Day, mum.

Throughout my life, my mum had done so many things for me. She bought me my first handphone, which I want it so badly after my UPSR result. She bought me my first face washer, when acne started to attack my skin. She taught me how to wear a pad, when I first hit my menstrual cycle. she was there with me, all of the time. She was the one who catch me when I’m falling, when I’m crying in the middle of the night for a high fever I had. 

When I was 13, my dad send me to a boarding school. That was the first time I ever separated with my family. And I still remember one night, after night PREP session, I called my mum using the public phone, and I’m crying in the phone, told my mum how I hate being there, I hate everything there. I force my mum to tell my dad that I wanna go home, I don’t want to be there. My mum was very patient with me, she hear all my complaint, all my disagreement, all that I needed. And the next day, my dad send me a diary (my dad was a teacher there). When I opened that diary, the first word I see is my mum handwriting, “anakku, bersabarlah, ada hikmahnya untuk apa yang berlaku hari ini. Kesusahan hari ini adalah untuk kesenangan hari esok.”

My mum gave me that diary, so that I could write anything in there, anything that I had to talk about. And for years, I kept writing in that diary, all my painful and sweet memories during school years, my first love, my exam result, my bestfriends and my enemy at school, everything I wrote it there. My mum give me a life, she was there for me all of the time, she is everything I needed the most in this world.

Until now, believe it or not, my mum is the one who pack my clothes when I want to return to university, and she also will be the one who unpack my beg when I return home. She is the one whom I call when I don’t know how to use the washing machine in my “rumah sewa”, when I don’t know how many water I should put in the rice cooker, when I don’t know how to open a sardine can. Yes that is my mum, always do everything for me all these while, that now I’m not able to do anything by myself. I am a very spoiled daughter. I don’t even know how to cook anything until now. 

my bestfriend ever

My mum told everyone during the ‘merisik’ proses lately, ‘all these while, she was just taught me how to be a good daughter and a good student, and she’s not yet teach me how to be a wife.’ I agreed with my mum, but sampai bila aku harus mcm ni? Sampai bila aku nak terus bergantung pada mak and ayah dalam semua benda? i always try to learn to cook, to clean the house, but I can’t. I can’t make myself better, when I have everything. My mum was a great teacher, but she is my MUM. A mum who loves her daughter too much, and maybe it’s time for me to learn for myself, to be a woman instead of being a girl. My mum gives me everything a daughter needed, she gives up her own life taking care of ours. She spend most of her time for her childrens, she is the best mum in the world and would always be. 

 my precious family

To my mum, Puan Fairos binti Baharun. 

You are a gift, you’re a gift I never dreamed I could want or need, and every day I will show you that you’re a gift that I deserved. You make me the best person I could ever hope to be, and I want to spend and learn the rest of my life loving you and take care of you. This is my promise, thank you so much for being my mum. I love you so much than you could ever imagine. 

i love you so much mum

Monday, May 20, 2013

my engagement day preparation

assalamualaikum, hye guys..

semalam pergi cari cincin tunang and baju nikah utk buat hantaran masa engagement day nanti. penat gila bak ang. memule pergi cari baju nikah kat jakel. alhamdulillah sekejap je nak cari baju. jumpa baju yg berkenan terus beli. warna putih. :) x saba nak tgk cik abang pakai baju melayu putih and samping masa akad nikah nanti. hehe.

then cari cincin kat PKNS shah alam. tp x de yg berkenan, mahal lak tu. then jejalan kat Plaza Alam Sentral tgk pameran pengantin, saje gedik nak tengok2 jap. alang2 dah ada pameran kat situ. huhu. pastu lunch, dia belanje chicken chop, sedap gila. pasni nak pergi lagi tempat chicken chop tuh. err asal cerita mcm diari ni. huhu.

pape pun, dah selamat dpt cincin yg berkenan kat jalan TAR. hah amik kau, kat KL nun g cari cincin. sempat g balik tuh singgah karaoke jap. 

oke mmg dh xtau nak update apa. mcm dah ilang bakat nak update blog sekejap disebabkan busy wat preparation mcm2. huhu

lain kali je la update. 

chow.

Friday, May 17, 2013

tak semestinya..

tak semestinya..
apa yg dilihat dek mata kasar itu NYATA.
 
tak semestinya..
dia gembira dan tersenyum, dia BAHAGIA.
 
tak semestinya..
setiap kata-kata yang terucap itu BENAR.
 
tak semestinya..
dia menangis kerna dia LEMAH.
 
tak semestinya..
dia meminta atas RELAnya.
 
tak semestinya..
bahagia itu REALITI.
 
tak semestinya..
yang tersurat itu yang tersirat.
 
kadang-kadang, kita kena terima, bahawa hakikat hidup tak selalu indah seperti yang direncana. 

Sunday, May 12, 2013

the reason why I choose you

There used to be some moments, where I will ask myself, why I choose him as my life partner. Dan kadang2, diri aku sendiri takde jawapan utk soalan tu. Yeah people will ask me, why on earth will a law student like me, choose someone like him, who not even completed his study and has nothing. And I really don’t know how I would answer that kind of question. Which sometimes really affected my mind, kenapa eh aku pilih dia? Masa depan aku panjang lagi, mane tau pasni terjatuh cinta kat bakal lawyer ke, bakal doctor ke. Yela, aku kan bakal lawyer, I deserves someone better. Sometimes this kind of thought enter my mind and I will like, pheww, I made a wrong decision here.

But.

Who said he has nothing??

When I first met him, he was an RK student, same class with me, and also my class rep at that time. RK student, which just a rank below than SBP and MRSM student, yg hanya budak 3A ke atas boleh masuk. So aku dgn dia, masa ni, sama kan? Budak RK, same class, same teacher.

Then, time goes by, and don’t even know him after that. Until the day SPM’s result came out, masa tu, kami jumpa balik and contact. Not long after that, he got his university offer and me got myself into a matriculation. So here, life journey begin. He’s a university student, me as a matriculation student. Bagitau aku, orang bodoh mana yg boleh dpt masuk u?

3 years passed, aku dah habis matrikulasi, and proceed to law degree in Uitm Shah Alam. While him, he was just one sem short from graduation that time. ONE sem short. And you know why on earth did he quit?? The answer is because of me. ME, his girlfriend since he first got into the university.
Just imagine, three years in university and all he did was MELAYAN my stupid karenah and perangai yg sangat2 tak matang and mengada2. Yes here I make a mistake, the mistake I regret the most, I took a man’s life. In a very cruel way. Bayangkan, selama dekat matrik, aku kat Kulim dan dia kat Sg.Petani, yg jaraknya lebih kurang sejam perjalanan, dan hampir setiap minggu aku suruh dia turun Kulim, semata2 nak suruh teman aku beli barang kat Giant, semata2 nak ajak date sebab aku boring dok matrik. And time aku cuti matrik, aku ajak dia temankan aku balik Perak, naik tren, even time tu university dia tak cuti. And he as an Art and Design student, sangat2 banyak kerja yg rumit and assignment yg melambak2, tp time2 tu aku ajak message, kalau dia tak reply message aku akan marah2 dia, aku akan merajuk tak tentu pasal, bayangkan dia tengah buat kerja kayu tp sambil tu message aku sbb xnak aku marah. Can you imagine that? How cruel I am to him.

Perkara ni berterusan sampai dia one sem short from his graduation. Setiap kali final, kami akan mengalami krisis. Dia nak buat kerja, aku nak message, bila dia tinggalkan aku untuk buat kerja sekejap, aku mengamuk tak tentu pasal, mintak nak putus bagai. Bayangkan seorang lelaki yg tgh belajar, boleh sabar dgn karenah perempuan mengada2 mcm aku ni, if I were him, I would have left me immediately. Buat apa nak bersama dgn pompan yg asyik nak msg 24 jam sampai dia sendiri x de life.

Dan segala2nya berubah after September 2012, he left me. The only time he finally has the courage to left the girl he loves the most. Sebab dah tak tahan sangat dgn sikap dan perangai aku yg sangat menguji kesabaran seorang lelaki. Yes, aku selalu marah dia, kutuk dia, tengking dia, kongkong dia 100%, sikap yg langsung tak patut ada pada seorang perempuan utk dijadikan seorang isteri. And I regret that. I regret my attitude to him back then. Aku tak salahkan dia kerna meninggalkan aku suatu masa dulu. It’s my fault. And I learn to let go. A month without him, aku sedar, betapa lelaki ini meninggalkan satu kesan yg sangat mendalam buat aku. Tanpa dia, aku rasa kosong. But at that time, I let bygone be bygone. Then, dia sendiri yg cari aku semula after we broke up, not me. So here I can see, that he still love me, and will always be. He can say a thousand words to deny that, but through his action, through his attitude, through his behaviour, I know this man still loves me.

Back to the story, lepas kami declare balik, he made a sudden decision, he wants to quit. Masa tu, he was just one sem short from graduate. Tinggal satu sem je lagi. And he decided to quit. Sebab dia mmg dah tak mampu nak teruskan course ni. He said to me, he really can’t do it anymore. Puas aku nasihat, his makcik nasihat, his saudara nasihat, but he said, “this is the best for me. I know what I wanna do in my life.” And so, he quit.

Keputusan dia untuk berhenti belajar, sebenarnya memberi kesan yg agak hebat buat aku. Sebab apa? Sebab aku masih belajar, and bakal tamat belajar and have a degree, dan kalau nasib aku baik, I will proceed to do a professional program, LLB Hons, who will certified me to be a lawyer. Orang sekeliling akan tanya, kenapa kau pilih dia? Even my paksu told me, “kak, kalau org yg kak pilih tu bakal doctor ke bakal lawyer ke, kami akan terima dia skrg jugak, without any objection.” Nampak x betapa taraf pendidikan memainkan peranan penting dalam nak menentukan jodoh seseorang sekarang?  My whole family risaukan masa depan aku dgn dia, semua org risau, semua org pelik why I choose him, tp pernah x korang tanya aku sendiri, kenapa?

Ya, dia mungkin satu level, or dua level bawah aku dari segi pendidikan, tp dia jauh dah tinggalkan aku beberapa level dari segi kematangan and kehidupan. He was the one who taught me that kalau nak jemur kain, kena terbalikkan kain tu terlebih dulu. He was the one who taught me how to ride a motorcycle. He was the one who taught me how to slice a hotdog, how to hold a knife, how to buy a train ticket, how to ride LRT, how to live in outside world, in short, he TEACH me how to LIVE, which my parents can’t teach me as I’m becoming far far away from them. Dia buat aku sedar, bahawa HIDUP ni tak semudah yang aku sangkakan, tak seindah yang aku bayangkan.

And my only question to those who know me, adakah patut if aku tinggalkan dia, just sbb dia buat keputusan utk berhenti belajar yg mana aku sendiri menjadi puncanya? Am I deserves someone better if I already had the man who will never leave me no matter how bad and how annoying myself is? Adakah patut selepas segalanya yang dia buat untuk aku, selepas dia korbankan masa depan dia untuk aku, patutkah aku tinggalkan lelaki yang dah banyak ajar aku erti kehidupan, yang ada di sisi aku time aku susah dan senang selama ni? Nope, tidak sama sekali.

So if you guys wanna compared me to him, I am too far behind him. Dia mengajar aku mcm mana untuk hidup dengan sempurna, dalam dunia yg tidak sempurna, dengan orang yang tidak sempurna. He’s not perfect, he has a lot of disadvantages, he make me cry a lot, but one thing for sure, he make me feel that I’m not alone, he make me feel that someone has complete my incomplete. Dia melengkapkan kekurangan aku, catch me when I am falling, and stays with me no matter how bad my situation is. Of course he can never be compared to both my parents, but it’s good to have someone who make you feel, SPECIAL.

And for that 1000 reason, I choose him.

I choose to marry, my former classmate which once I dislike the most. :))




Friday, May 10, 2013

telling a tale..

sebelum aku tulis apa2 lagi kat sini, aku cuma nak pesan kepada semua orang, tolong bersedia untuk menerima rasa sakit setelah kamu temui rasa bahagia. yes, itu adalah benda paling crucial sekali untuk kita ingat, so before you move on to a relationship, please, please think about it first, whether you really can bear the risk of heartbroken, the risk of crying all night, the risk of being jealous all the time, and the risk of loving too much.


i'm telling you guys a fairytale story in this blog, yet the story is all true just satu benda korang kena tahu, aku selalu tulis yg baik2 dan yg indah2 dalam blog ni, tp segala keburukan, segala pahit yang aku rasa, aku simpan sendiri. supaya semua orang boleh tengok akan hebatnya kasih sayang, tp biar semua orang tak tahu di sebalik kasih sayang itu, datang sekali rasa sakit yg hanya orang yg mengasihi seseorang tahu. and paling korang kena ingat, kasih sayang yang paling suci dan telus ialah kasih sayang dari ibu bapa, yang datang tanpa sedikit pun rasa sakit malah korang akan selalu gembira dan bahagia bersama kasih sayang mereka.


and please don't trust too much. your trust, will make you suffer. believe me. there will never be a person who never lie, and never be a person who honest enough to love you. setiap orang tu ada kekurangan dan kadang2, kekurangan itu disembunyikan dan akan menjadi satu penipuan kelak. jangan terlalu percaya, kelak kebenaran yg keluar akan menyakiti diri anda sendiri. being in love, is feeling happy and pain simultaneously. you can't pick just one, you will get both.





10 May 2013

for all the tears and joy, thank you. for all the pain and happiness, thank you. for all the love and hatred, thank you. most of all, for all the memories we had shared together, thank you. you have been such an amazing person and friend in my life, starting from 10 Mei 2010 till now, and InshaAllah for the rest of my life. may Allah bless you always Ahmad Taufiq bin Baharuddin.
 
10 Mei 2010 - 10 Mei 2013 

 i don't need any anniversary present for this year, cukup saat kita menjadi halal buat masing2 menjadi hadiah paling bermakna dalam hidupku. semoga kau akan bahagiakan setiap saat hidupku selepas ini.

semoga bersama selamanya. :)

Saturday, May 4, 2013

sifat pelindung semulajadi lelaki. :)

sebenarnya mula2 jumpa lagi aku dah nampak sifat pelindung dia, bila mana aku sejuk, dia hulurkan sweater and let himself sejuk. tp masa tu hanyalah sekadar satu hubungan yg baru nak bermula. so aku tak amik kisah sgt, cuma perkara tu lah yg menambat hati aku untuk menyintai dia. later then, masa aku nak balik sendiri ke Perak, dia masa tu kt Perak, bila dgr aku nak balik sendiri naik KTM dr Kedah ke Perak, dia sanggup dtg Kedah naik tren, then teman aku balik Perak semula. beratus gak la dia habis untuk tiket. 

and then masa kami nak date kat teluk intan, masa tu kire mcm date rasmi pertama la lepas jumpa, naik motor. helmet yg dia ada tak ada visor. then mase on the way tu aku mengadu yg mata aku masuk habuk. dia serta merta berhenti kat kedai motor and pasangkan visor. aku x jangka pun dia nak berhenti and terus pasangkan visor. perkara ni tetap aku ingat sbb ini antara sebab yg buat aku terus sayangkan dia dulu.

banyak lagi sebenarnya cerita dulu, yg kalau aku ungkit satu persatu panjang utk aku ceritakan. but skrg, aku makin nampak sifat pelindung yg ada pada dia. bila naik motor, hujan, ada satu je baju hujan yg selalu dia bawak, dia akan paksa aku pakai even aku ckp xnak. dia berhujan basah lenjun. 

baru2 ni, pergi pwtc. pesta buku. dah dua kali dah sbnrnye kami pergi sama2. tahun lepas pun ada pergi jugak. dan dia akan jaga aku, ikut mana aku pergi, xkan lepaskan aku sorang2 sbb dia tahu, org ramai kat sana. and bila aku penat dah xlarat, aku suruh dia bawakkan handbeg aku, dia xbanyak kire, terus bawakkan. aku dulu anti sgt bila tgk laki bawakkan handbeg pompan, tp bila aku tgk dia jalan sambil bawak handbeg perempuan(yakni handbeg aku), aku rasa tersentuh. lelaki selalu akan turutkan kemahuan perempuan, tp perempuan mampu ke jd yg terbaik utk lelaki tu (asking myself). 

and tadi masa tgh 'eat talk' (ayat aku cipta sendiri) mean sembang2 sambil makan sesame, tiba2 dia ckp, "nanti igtkan abg beli tudung labuh sikit utk sayang pas kawen nanti." aku sbnarnya terharu, tp aku gelak2 je bila dia ckp camtu. aritu dia suruh aku delete gambar dlm blog yg xappropriate. nampak dah sifat pelindung dia sebagai lelaki, apatah laki utk melindungi seorang isteri. :)

hari tu masa balik dr jalan tar utk cari baju tunang, we sing together, lagu permata utk isteri. :) then td tanye, abg, nyanyi la lagu tuh utk org mase pas nikah nanti, mesti sweet. hehe. dia jawab, "abg dh siap hafal dah." ekeke. comel je dia ni. :) always make me laugh. kami ni, selalu sgt gaduh sbnarnya. selalu sgt3. bukannya sweet sgt pun kami ni, but kami mmg melengkapkan each other. keikhlasan senyum bila bersama, gelak tawa berdua, mmg mencipta keserasian antara kami. gaduh banyak mana pun, kasar mana pun, x dpt dinafikan, aku dan dia mmg sukar berpisah. even rasanya melawan arus, but we manage to survive. Ya Allah, moga hubungan ni kekal sampai akhir hayat, moga dia adalah jodoh untukku yg telah Allah tetapkan.

moga ini permulaan yg baik buat kami.

:)

Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku