Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Saturday, May 25, 2013

apa yang kau tahu wani??

Terus terang aku cakap, ni baru first time aku tahu hantaran tu camne, baru aku tahu nak bertunang kena bawak hantaran, baru aku tahu adat merisik bertunang bagai. Seriously, aku tak pernah ade pengalaman pergi mende2 camni, paling selalu aku pergi pun kenduri kahwin je. Sebab sedare2 belah ayah kat sini semua kecik2 lagi, mak sedara pak sedara sume dah kawen time aku belum lahir lagi. So nak tengok siapa bertunang bagai?  Memang aku zero knowledge langsung pasal adat2 melayu ni. Sampai masa sembang ngan cik abang ritu pun, dia tanye, “kita nak bagi berapa balas berapa hantaran ni? abg ingat nak bagi 5 dulang.” Pastu aku selambe je jawab, “oh, camtu orang balas 5 jugak la.” Haha. Pastu kena gelak jee. Ade ke orang buat 5 balas 5? Huhu. Dia jugak la yg explain pastu.


And aku agak tak suka bila benda yang simple, diremehkan. Mcm adat2 ni la, hadui, patutnya nak kahwin je kot, akad nikah and kenduri tu je yg penting. Ni dah kena fikir pasal nak buat hantaran camne la, nak gubah camne la, nak bagi apa la. And aku tahu sume benda2 ni pun bila aku nak bertunang ni. sebelum ni tak pernah langsung tahu pasal ni. teruk kan? Huhu. Contohnya tadi, aku dgn mak pergi kedai yang jual benda2 tok wat hantaran etc, punya la banyak gile benda dlm tuh, lame gila mak aku dok pilih bekas hantaran, bunga. Pastu balik tuh, mak mintak kain baju melayu yang aku beli ngan cik abang kat jakel ritu, nak gubah jadikan hantaran. Aku cakap kat mak, “ala mak, xpayah susah2, letak je kain tu dalam bekas yg mak beli tadi, kan senang.” Huhu. Last2 mak spend masa berjam2 nak gubah kain tu jadi bentuk bunga. Gile terer la mak. Kagum aku. Haih, kalau la aku ada bakat camtu gak.

Seriously, life aku selama ni sangat simple. X pernah nak fikir benda2 camni, xpernah nak hiraukan benda2 camni. And aku lupa satu benda, sampai satu masa aku akan menjadi dewasa. Aku akan lalui sume benda yang aku rasa aku takkan lalui. And now, mungkin dah sampai jodoh aku, nak tak nak, aku akan lalui jugak semua ni. and Alhamdulillah, sebenarnya benda2 ni mengajar aku banyak perkara, mengajar aku untuk belajar menjadi seorang yang dewasa. Belajar pilih kain sendiri tanpa mak di sisi (even asyik tanye cik abang cantik x cantik x), pergi cari cincin pusing satu jalan TAR dgn cik abang berdua je, belajar isi borang nak kahwin, pergi pejabat agama sendiri, pergi kursus kahwin, pergi sana sini nak uruskan tandatangan dan pengesahan, jumpa ketua kampung yang selama ni tak pernah langsung jumpa, jumpa tok kadi yang membuatkan cik abang saya sangat cuak, haha. Serious, pengalaman2 camni adalah pengalaman yang sangat berharga bagi aku. Benda yang sangat baru dalam hidup aku.

Aku mula merasa yang kehidupan ini bukan setakat pegang buku, belajar, main fb, tgk movie, update blog. Aku mula merasa ada sisi lain dalam kehidupan ini yang memerlukan aku menjadi seorang yang independent, bertanggungjawab, dan mula menghiraukan kehidupan yang bergerak di sekeliling aku. Serious aku cakap, selama ni hidup aku hanya fikir pasal study, pointer. Mak suruh belajar masak, aku malas. Mak suruh kemas rumah, macam2 alasan aku bagi. Mak suruh lipat baju, aku g tengok tv. Bayangkan, sampai bila aku nak camtu? Takkan sampai aku dah habis belajar nanti pun sikap aku tetap camtu. Bayangkan umur 25 26 nanti, nak bentuk aku mcm mana lagi.


Bayangkan, yang tegur aku lipat kain salah tu adalah seorang lelaki. Pernah sekali masa aku tgh slice sosej pun dia tegur, cara aku potong salah. Even dia pernah masakkan untuk aku, pernah tolong aku basuh baju, pernah ajar aku cara nak kemas baju dalam beg, pernah sekali aku nak balik dari umah sedara dia, aku main masukkan je baju dalam beg, lepas tu dia keluarkan balik sume baju tu and lipat elok2 masukkan dalam beg tuh. Just imagine, betapa innocentnye aku bab2 kehidupan ni. dah selama ni semua mak yang buat. Tiba masa aku terpaksa hidup sendiri, dah taktau sume mende. And nasik baik sangat2 aku ada dia yang sangat sangat memahami aku.

Dia buatkan semua benda yang aku tak reti nak buat. Dia ajarkan apa yang aku lack selama ni. bayangkan, nak pergi makan chicken chop selama ni dia yang tolong slice kan ayam tu dulu, baru aku boleh makan. Sebab aku tak reti nak potong ayam tu guna garfu and pisau yang disediakan. Kalau nak makan buah rambutan, hari tu dia kaitkan kat rumah kawan kami, aku tak reti nak bukak buah rambutan, dia yang tolong bukakkan satu2 untuk aku makan. Selama ni kalau makan rambutan kat rumah, mak yang tolong bukakkan, xpun aku suruh adik2 aku. See, how teruk I am kan.

Kesimpulannya kat sini, aku bersyukur, sangat bersyukur aku ditemukan dengan dia. Mungkin dengan ini, aku akan belajar menjadi dewasa dgn sendirinya, kerana tanggungjawab mematangkan seseorang. Melalui dia, aku belajar mengenali kelemahan diri aku sendiri. Melalui dia, aku lihat sisi yang berbeza dalam hidupku. Mungkin dia Allah hadirkan untuk aku, untuk sedarkan aku bahawa aku perlu belajar menjadi dewasa, kematangan tidak akan datang dgn sendirinya, sikap dan tingkahlaku kita dikawal sepenuhnya oleh diri kita sendiri.


Apa yang kau tahu selama ni wani?? Sebelum dia hadir, kau cuma tau nak belajar, sebab Allah dah memang anugerahkan kau otak yang agak bagus. Itupun Allah yang bagi, pinjaman Allah saja. Yang lain kau taknak belajar buat sendiri. #ketuk kepala sendiri.

InshaAllah, peluang yang Allah bagi ini, pernikahan ini, tanggungjawab yang bakal aku galas lepas ni, aku takkan sia-siakan. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Dan kini aku makin pasti, kenapa Allah pertemukan kita semula 3 tahun yang lalu dan kenapa Allah masih temukan kita semula walaupun selepas kita buat keputusan untuk berpisah. Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.


Sekian. Maaf entry agak panjang.

No comments:

Post a Comment