Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Thursday, May 30, 2013

mengikat janji

Once upon a time, back to 2010, me and him had make a deal. Kami ada buat satu perjanjian. Masa ni, kami tulis dalam kertas apa yang kami nak untuk hubungan kami. Well, to be truth, masa tu hubungan ni baru beberapa bulan, kira mcm sesaje la memain walaupun ada keseriusan di situ, aku pun macam yakin tak yakin je dgn hubungan ni. yelah, berdasarkan pengalaman aku yg lepas2, mana pernah hubungan kekal lama. Sekejap2 putus, gaduh sikit putus.

Back to the story, lepas dh siap buat perjanjian tu, kami exchange kertas tu. Syaratnya kami kena baca bila dah sampai rumah (kami exchange kertas tu masa dalam train nak balik Perak). Sampai je rumah, aku terus bukak apa yg dia tulis. Dan ayat yang paling aku ingat sampai mati, “dengan ini, saya Ahmad Taufiq bin Baharuddin berjanji akan menjadikan Nurul Azawani binti Kamarudzaman isteri saya yang sah suatu hari nanti.”

Itu janji dia. Janji seorang budak 18 tahun yang tgh belajar kat uitm merbok masa tuh. Lepas baca apa yg dia tulis, aku terharu sangat. Aku simpan elok2 kertas perjanjian tu sampai sekarang. Dan masa kami diakad nikah nanti, aku akan tunjuk balik perjanjian tu kat dia, and kami akan tersenyum sama2 bila tengok balik macam mana sebuah janji yang dibuat ketika hubungan baru beberapa bulan menjadi satu kenyataan. J

However, bukan senang untuk menjadikan ini satu kenyataan. Malah janji pernah dimungkiri separuh jalan. Hubungan kami pernah terlerai satu masa dulu. Dan ketika itu, aku berjanji pada dia, sampai bila-bila pun takkan ada seorang lelaki pun yang dapat menggantikan tempat dia. And he said to me, “tunggu aku 5 tahun lagi.” Believe it or not, aku bertekad aku akan tetap tunggu dia. Aku tutup pintu hati aku untuk sesiapa pun. Sebab kenyataannya mmg hati aku hanya pada dia, just dia yang faham segalanya tentang aku, dia yang mampu melayan karenah gila aku. Just him. Tapi tu lah, takdir Allah, tak sampai beberapa bulan pun, kami bersama semula. Alhamdulillah.


Satu je yang aku nak highlight kat sini, lelaki ini memang seorang yang tidak memungkiri janji. Sekali dia berjanji, dia akan cuba sedaya upaya untuk tepati janji tu. Even untuk benda2 kecik. Contohnya, aku suruh dia hantar aku balik Perak, and he said ok. Then bila tiba2 dia rasa mcm malas nak hantar, tapi dia tetap akan hantar jugak. Another one, if aku suruh tolong topupkan aku malam tu, bila dia cakap je ok, nak x nak dia akan buat jugak. Seriously, inilah yg paling aku suka tentang dia. Sikap tanggungjawab dan menepati janji dia tinggi. Dia cakap nak datang, dia datang, tak kira la lambat mana pun. Dia cakap nak kahwin dgn aku, dia usaha sungguh2 ke arah tu. Sampai sanggup pergi jumpa ayah aku beberapa kali, sanggup berdepan dgn family dia ckp nak kahwin. Dia cakap nak bayarkan duit buku aku, dia bayar. Dia memang nampak mcm jenis yang suka bergurau, suka main2, kuat menyakat, tapi deep down inside his heart, dia seorang lelaki yg cukup suka tolong orang, cukup pegang pada janji, and cukup dgn sikap tanggungjawab yang tinggi.

He’s one in a million, at least for me. Dia special, seteruk2 dia, dia penuhi setiap keinginan aku. Kalau masa jumpa, dia akan mengalah dgn setiap permintaan aku. Even bnd2 kecik dah cukup buat aku rasa happy. Contohnya baru2 ni, masa pergi tgk wayang citer iron man, dia nak duduk belah kiri, tapi aku nak duduk situ, mule2 dia x bagi, pastu dia tgk aku buat muka sikit je, terus dia mengalah and bg aku duduk situ. Little things like this yang buat aku makin hari, makin menghargai kehadiran dia dalam hidup aku.


Tapi yelah, orang kata nak bahagia tu bukan senang. Ni lagi dua hari nak bertunang, macam2 jadi. Setiap masa aku asyik marah dia, apa dia buat semua salah di mata aku, sampai kami gaduh teruk gila. Mula mengungkit salah masing2, mula tiba2 nak menyesal, padahal semua tu just mainan emosi. Ya Allah, moga kami tabah dan sabar harungi semua ni. moga dia jodoh aku sampai ke akhirnya.

Friends, please doakan kami. Cuak sangat dah ni nak jadi tunang orang. Baru tunang kot, belum nak nikah lagi. Huhuhu.

For you my dear, I’m so sorry I’m being too emotional. I’m sorry for not being the best. But I promise you, I will try. J

we are getting engaged. :))

No comments:

Post a Comment