Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Monday, May 27, 2013

peliknya kahwin awal

Bila dengar cerita anak orang tu, umur 19 20 dah nak kahwin, mesti orang kata, “uih awalnye nak kawen, x sambung belajar lg ke?”

Tapi bila tengok facebook budak 12 13 tahun dh start couple, buat biasa je.

Bila tengok kat shopping complex budak2 remaja couple pegang2 tangan, biasa je semua tu.

Bila dengar kat berita pasal remaja2 kena tangkap basah kat blik2 hotel, oh normal lah tu zaman sekarang.

Tapi bila remaja2 ni bagitau hasrat nak nikah sekaligus menghalalkan hubungan yang haram, eh peliknya semua tu. Awalnya nak kahwin, belajar pun tak habis lagi. Macam benda ni dah jadi di luar norma masyarakat sungguh la.


Ini lah yang terjadi di zaman sekarang. Mentaliti orang kita kini. Yang jelas haramnya di’biasa’kan, yang hendak dihalalkan di usia muda, di’pelik’kan. Sampai remaja2 yang umur 19-23 ni takut nak bersuara untuk halalkan hubungan, sedangkan mereka ni tahu dan rasa, macam mana sakitnya berada dalam satu perhubungan yang tak halal.


And mesti ada yang akan bidas, “lah, dah tahu camtu, putus je la, xpayah nak couple2, senang cerita. Mengada2 pulak nak kahwin awal, belajar pun tak habis lagi.” (dramatic sungguh ayat aku).

Ya betul, tapi cuba la korang letakkan tempat korang dalam diri mereka. Yang aku sasarkan di sini adalah remaja yang umur 19-23 tahun ya, mereka tu dah dikira dewasa, umur dah lepas 18. Dah cukup baligh dah, cukup akal fikiran dah, dan memang waktu yang Allah akan hadirkan perasaan hendak berkasih sayang, naluri yang ingin dicintai dan mencintai.

Ustazah aku pernah cakap dalam kelas, manusia ni, akan tiba satu masanya Allah akan hadirkan perasaan cinta dalam diri, perasaan ingin dikasihi dan mengasihi oleh yang berlainan jantina, so don’t blame them if they are falling in love. Itu lumrah. Cuma yang pentingnya di sini, mereka itu perlu berfikiran waras dan wajar untuk menjaga hubungan itu berlandaskan syariat Islam. Dan kahwin awal ni, adalah salah satu cara mereka untuk menjaga hubungan tu. Salah jugak ek?

Yang menjadi masalah paling besar, paling neraka sekali, paling malapetaka sekali bagi masyarakat kita ialah, TAK HABIS BELAJAR LAGI. Ini lah dia satu2nya penghalang yang dah macam jadi satu kewajipan pulak bagi manusia kat sini, kalau nak kahwin kena habis belajar dulu. Kenapa eh benda ni jadi isu besar? Tak percaya yang mereka ni boleh berjaya jugak even dah kahwin? Macamlah kalau dah kahwin tu memang dah tak boleh nak belajar. Lagikan masa diorang ni couple diorang msg 24 jam, chatting, keluar dating sepanjang masa, boleh divide masa, takkan lah masa kahwin tiba2 dah x boleh nak manage life. Memanglah tanggungjawab bertambah, tapi rasanya itu boleh diatasi, boleh diajar, boleh dibentuk jika dibagi sokongan dan dorongan. Ini tak, lagi di’api2’kan mereka ni, kononnya bila dah kahwin, kena layan suami je all the time, suami kena kerja kuat2 cari duit sampai tak boleh nak belajar. Bukannya nak di’support’ niat baik mereka, tapi lagi dihentam bertubi2.

Tak dinafikan, parents are the greatest obstacle dalam usaha nak kahwin awal ni, dan sebab utama mereka jd the greatest obstacle adalah sebab mereka nak yang terbaik dalam hidup kita, nak kita berjaya dulu, pegang duit sendiri dulu, rasa hidup bujang dulu. Ya memang betul, tak salah pun apa parents kita cakap, diorang kan memang dah makan garam dulu dari kita. Cuma kita sekarang hidup di zaman yang memang penuh dengan nafsu. Semua benda dah jadi satu jalan ke arah penzinaan. Internet, handphone, university, rumah sewa, kereta, motor. Dengan ada semua benda ni, remaja menjadi terlalu bebas. Serius aku cakap, TERLALU. Mak ayah jauh, tak dapat nak kawal setiap pergerakan mereka ni. masa umur 19-23 ni lah masa paling kritikal sekali, sebab masa ni diorang tengah hidup jauh dari mak ayah, dengan fikiran yang baru nak menjadi dewasa, semua benda mereka nak cuba, mereka hanya akan fikir keseronokan sebelum akibat. Why umur 19-23? Sebab sebelum 19, dok rumah, dengan mak ayah, pergi sekolah hari-hari. Yang duduk asrama dikawal rapi, pergaulan dijaga. So masih terkawal. Yang lepas 23 pulak, masa ni dah habis belajar, dah mula fikir pasal kerja, fikirang dah matang untuk fikir akibat sebelum tindakan.


So kenapa kita nak halang bila mereka ini meminta untuk diselamatkan?

Aku minta untuk kahwin awal, jujur aku cakap, kerana aku ingin sekali ditarik semula dari arus dunia remaja yang makin lama, makin menghanyutkan aku ke jalan yang salah. Aku menjadi begitu bebas keluar ke sana sini dengan seorang yang tidak halal bagiku, malah aku makin mengharapkan si dia berbanding ibu bapaku yang jauh, kerana dia begitu dekat dgnku. Aku minta untuk dinikahkan kerana aku takut suatu hari nanti, aku hanyut dan tidak dapat diselamatkan semula. Aku takut dah terlambat untuk aku. Dunia ni just sementara, macam mana kalau tiba2 Allah tarik nyawa aku masa aku tengah couple dgn seorang lelaki yg ternyata sama sekali bukan muhrim denganku.


Ustazah aku juga pernah cakap, dalam Islam, jika perlu dipilih antara dua mudarat, pilihlah mudarat yang paling ringan.

Dalam kes ni, mudarat satu ialah takut remaja2 ni melakukan zina, terjerumus ke lembah penzinaan. Mudarat dua ialah kalau mereka ni diberi kebenaran utk kahwin awal, takut mereka x dpt kawal hidup lepas kahwin, and terjadinya penceraian awal. Di antara zina dengan cerai (bukan meminta, sekadar memberi contoh utk kes ni), yang mana lebih berat dosanya? Zina adalah salah satu dosa besar, yang perlu bertaubat nasuha untuk diampunkan Allah, tp cerai adalah perkara halal yang paling dibenci Allah. Tepuk dada, tanya iman.

Aku sangat sangat bersyukur, bila Allah bukakkan pintu hati mak ayahku untuk memberi kebenaran aku berkahwin di usia 21 tahun. Aku sangat bersyukur kerana ibu bapaku yang menyelamatku dari hanyut dalam arus nafsu remaja. Walaupun pada mulanya mereka tak bersetuju, setelah dua tahun aku dan dia mencuba, Alhamdulillah, Allah bukakkan pintu hati mereka untuk bersetuju, walaupun jalannya tidak semudah yang disangka. Ya, sangat sangat susah untuk mendapatkan persetujuan mereka, dah berapa air mata yang mengalir, dah berapa perpisahan yang terjadi, dah berapa pergaduhan yang berlaku antara kami, tapi syukur, Allah masih taknak kami mengalah. Syukur sangat Ya Allah, untuk hadiah ini. Kau selamatkan kami, Kau tarik kami dari sebuah hubungan yang haram kpd satu hubungan yang sangat Kau redhai, ikatan pernikahan.

InshaAllah takkan kami sia-siakan peluang ini. Semoga pengakhiran yang baik berada di hadapan kami, dan andai Allah takdirkan yang sebaliknya nanti, semoga ia adalah untuk kebaikan. Janganlah pula kalian menuding jari, kerna sesungguhnya apa yang kami buat, semuanya kerana kami sayangkan agama kami, sayangkan iman kami, dan ingin yang terbaik dalam kehidupan kami. Bukan kehidupan yang penuh dengan dosa dan perkara haram.

Cuma aku mohon satu je, moga keluargaku dapat bersama2ku dalam semua ini. Tanpa kalian, aku takkan mampu bergerak dgn sendiri. Kalian adalah yang paling utama dalam hidupku, sampai mati pun, kalian tetap yang paling utama. Ini adalah hadiah paling bermakna yang kalian beri padaku, menyelamatkan aku tika aku hampir saja tunduk dengan godaan dunia.

Seronok sangat bila mak and ayah bekerjasama nak jayakan majlis pertunangan kami hujung minggu ni. ayah tetapkan lauk menu, mak gubah barang2 hantaran, opah sponsor itu ini, seronok. Baru terasa betapa pentingnya family. J indahnya ukhwah yang terjalin, I really appreciate what you guys did. Whatever happen after this, I love you guys so much. Doakan yang terbaik buat akak. 

Terima kasih untuk ini. Terima kasih sangat sangat. 

No comments:

Post a Comment