Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Saturday, June 29, 2013

niat seorang lelaki, menjadikan perempuan seorang isteri. :)


sepanjang aku couple dgn dia dulu, aku tak pernah tau bila dia terniat untuk jadikan aku isteri dia.
aku baru tau masa kami nak pegi buat test HIV utk borang kawen aritu.
aku tanya dia, bila dia ada niat untuk jadikan aku isteri dia.
then dia jawab, masa dia bawak aku pergi kubur arwah mak dia and terus jumpa ayah dia.

aku ingat dia saje2 je.
but I found this, dalam blog dia.
yes he had a blog, tp masa dia buat blog ni dia tak pernah bgtahu aku pasal kwujudan blog dia.
sampai la masa anniversary kami rasenye.
dia banyak tulis pasal aku dalam blog tuh.
and salah satunya, yang atas ni la.
sumpah buat hati sebak.
:')

Wednesday, June 19, 2013

wedding preparation + assignments + final exam law paper

tengok tajuk atas tuh, betapa multitasker nye aku kan? haha
yela, mane tak nye, skrg ni musim final exam utk bebudak degree, 26 Jun ni aku start final, sampai 5hb Julai habis. 

and minggu terakhir kuliah ni laaa semua lecturer dok nak bagi assignments. sabar jee laaa! semua students mmg mengeluh and mengata la belakang lect. bukan apa, diorang tiba2 je buat last minute decision nak bagi assignments sbb diorang xtau lagi 5% nak bg markah apa utk coursework. kemain banyak cuti dulu taknak bagi. haihhh.



bayangkan laa, assignment land, admin, and criminal datang bertimpa2 dlm waktu yg sama. nasib baik politik lect dah bagi awal2 da assignment. huhu.
tapi takpe, Alhamdulillah setakat ni leh manage lagi.



dua minggu lepas, kena handle events. handle amazing race utk budak2 part 1 and part 2, and me jd one of the facilitator. program hari ahad, sampai tgh hari, balik dari program terus gerak pergi perak dgn tunang. tau nak buat apa? nak g tempah baju nikahhh. tengok punya dah tak cukup masa, belum habis berpeluh handle program td pun, dah terus mandi tukar baju siap gerak g perak.

sampai sungkai dalam pukul 6 petang, pergi kedai Kak Maria (tailor) tuh, and terus amik ukuran baju. yg encik tunang ni pun satu, banyak pulak songeh dia nak baju melayu camne. haha. name je lelaki, tapi cerewet sungguh. lama kat kedai tuh sbb tunggu dia je lah, dok nak mcm tu nak mcm ni. banyak benor celotehnye. cian tgk kak tu melayannye. yg aku buat baju kurung moden biasa je. ukuran dah ambik masa buat baju tunang ritu. huhu. mmg lawok bile fikir balik tunang aku ni.

now sibuk siapkan assignments, minggu ni last week kuliah. sabtu ni InshaAllah pergi tempah kad kahwin kat shah alam ni gak, pastu terus balik perak dgn my fiancee nak pergi tengok baju utk sanding nanti. aku start final ari rabu depan so still la ada cuti sampai selasa nak study kat rumah (study la sangat) hehe. 

then start final, sampai 5 julai habis final, terus rapid buat preparation utk wedding. haa amek kau betapa last minutenye planning. haha. takpa janji kawen dah la.. hehe. ada org tu cuak tunggu hari nikah jee. :)) kitorang nikah seminggu sebelum sanding. aku pun sebenarnya eksited tunggu hari nikah je. bab sanding2 ni semua aku tak berapa nak eksited pun. tp sbb family nak kan, so ikutkan je lah. :)

sebenarnya, aku pun tak sangka aku dah fast forward tiga empat tahun ke hadapan dlm hidup aku. mean that, supposed to be selalunya org kahwin lepas habis degree, dah start cari kerja bagai. but aku, kahwin InshaAllah di tahun kedua pengajian ijazah. tapi aku lebih bersyukur aku kahwin awal daripada aku terus2 bergelumang dgn dosa couple lagi empat tahun. lagipun ini takdir yg Allah dah tetapkan dalam hidup aku, pusing ikot mana pun sebelum ni, dia sampai ke sini jugak. :) and I will not regret it InshaAllah, korang just tolong doakan aku laa. doakan kebahagiaan kami pasni. tu je yang paling penting sebenarnya. doa dan sokongan dari orang2 sekeliling kami.


aku bukannya perempuan yang takde masa depan yang nak kawen awal sangat ni (awal sangat ke). I'm a student kot, sama mcm korang2 gak yg baca ni. :) aku pelajar u, dak fakulti undang-undang, yang berada di semester 3, tahun kedua pengajian. setakat ni takde repeat paper lagi, tak pernah fail lagi. dan mohon tak fail lah utk semester2 akan datang. jgn korang fikir aku kahwin awal mean aku amik tak kisah pasal education aku. inshaAllah aku akan tetap habiskan degree ni, tak kisah la jadi lawyer ke tak ke yg penting aku ada degree. and akan berkerja beberapa tahun lg inshaAllah. doakan yeee. :)



bakal suami aku, tak sampai ke tahap degree, but I will never look down at him. dia nanti jadi suami, sampai bila2 pun dia tetap berada di kedudukan yang tinggi dari aku. and bakal suami aku pun bukannya lelaki yg xda masa depan, he's a brilliant actually. selalu berjaya keluar dari masalah sendiri. dia berfikir selalu pandang ke hadapan. dia ada plan dia sendiri utk masa depan kami. jangan menghukum dia hanya kerana dia satu level bawah aku dari segi pendidikan. he's not a law student like me, but he's my future husband. dan kerana dia lah aku masih survive as law student. korang jgn ingat jadi law student ni senang. saat semua org enjoy bergembira dgn life masing2, kami struggle hafal kes and akta. bukan sikit, beribu2. kadang2 aku tensen sangat2, selalu sangat aku rasa nak quit course ni. aku rasa mcm aku tak mampu. sebab aku bukan seorang pelajar yg rajin. 



korang, saat aku takde printer nak print assignment aku lepas tunang aritu, dia yg bawak aku pergi tempat print, binding. padahal kat rumah aku tu ada je printer. tapi tak boleh guna pulak. mmg tensen sungguh la time tu. then dia yang bawak aku ke shah alam, bawak pergi fac utk hantar assignment before jam 4 petang. semua tu buat lepas bertunang ritu kot. bayangkan, habis je majlis bertunang, aku balik rumah, terus struggle tak tidur buat assignment politik 15 page. esoknye, pergi tapah ambik borang kahwin and time tu la menyelit2 masa pergi print assignment then terus balik shah alam. aku dah nak putus asa dah sebenarnya malam tu, ngantuk, penat, tp my fiancee kata, buat jugak assignment tu, selagi tak siap abg tak hantar balik shah alam. nak tak nak buat jugak la, malas nak naik bas balik shah alam. sambil2 tu dia kata lagi, sayang siapkan assignment, abg belanja makan chicken chop kat tempat yg syg suka tu esok. then lepas banyak kali merungut penat letih kat dia, siap jugak assignment aku pukul 7 pagi esoknye. 

how a great partner works. :)

even banyak kerja, tanggungjawab bertambah pasni, inshaAllah, aku buat semua ni kerana Allah. takpe la susah sikit pasni, janji tak tambah saham dosa utk akhirat kelak. nak kata tak pernah bergaduh dgn tunang aku tu mmg tipu la. ada je gaduhnye. tapi dah x selalu mcm masa couple dulu. serious cakap, dah bertunang ni rasa mcm lagi bahagia, tak stress2 dah gaduh mcm dulu. kalau gaduh pun, sekejap je, pastu baik balik. alhamdulillah, lepas nikah nanti taktau la mcm mana pulak kan. hope korang doakan yg baik2 je utk kami. :)


sekian dulu entry utk hari ni. saja nak hilangkan stress. pasni ada presentation admin pulak. :)
doakan aku utk final exam eh.

start with Equity and Trust.
Criminal Law.
Land Law.
Administrative Law.
and lastly,
Law and Politics.

:)


Sunday, June 16, 2013

pasti kan ku beri :)

sekarang jam 3 pagi, I'm listening to this song. found in his laptop (which are in my possession of course) hehe. aku pernah dgr lagu ni dulu, tp xbrapa nak hayati lirik dia. but then, aku dgr lagu ni yg ada sekali lirik dia, my eyes were tearing.. seriously, this song, remind me of him. my fiancee. 
Kau mau apa, pasti kan ku beriKau minta apa, akan aku turutiWalau harus aku terlelah dan letihIni demi kamu sayang

Aku tak akan berhentiMenemani dan menyayangimuHingga matahari tak terbit lagiBahkan bila aku matiKu kan berdoa pada ilahiTuk satukan kami disurga nanti

Taukah kamu apa yang ku pintaDi setiap doa sepanjang harikuTuhan tolong aku tolong jaga diaTuhan aku sayang dia

Aku tak akan berhentiMenemani dan menyayangimuHingga matahari tak terbit lagiBahkan bila aku matiKu kan berdoa pada ilahiTuk satukan kami disurga nanti
ada tak someone dalam hidup korang (other than our parents of course) yg sanggup buat anything utk korang? yg sanggup bersusah payah demi korang? yang bagi setiap apa korang nak? yg cuba sedaya upaya penuhi permintaan korang even if bnd tu sangat menyusahkan dia? ada tak someone dlm hidup korang yg akan ada di sisi korang saat korang susah dan senang? yg x pernah mengeluh sikit pun setelah berkorban evrything utk korang? sounds crazy aite? sounds impossible also aite?
but I have that person in my life.I have someone who will give up anything for me.even his entire life just to be with me.
he's no angel. nor that he is too good to be true.he's just him.the one that will always be the person i rely on.that will always there besides me.the one who never walks away.
dia lah orgnye, yang sanggup bangun awal hantarkan aku balik u, bawak moto berjam2 dgn penat tak ilang lagi. dia lah orgnye, yg sanggup bawak aku pusing satu KL and shah alam utk cari buku2 law aku. dia lah orgnye, yg teman aku study sampai kol 3 4 pagi, yg dengar aku cakap pasal criminal law dlm telefon, yg dgr aku terangkan pasal prosedur mahkamah pukul 3 pagi, di saat semua org lena tidur. dia lah orgnye, yg sanggup bagi aku guna laptop dia, bukan utk sehari dua, for the entire sem just because my laptop have problems, even dia selalu main game kat laptop. dia lah orgnye, yg bawak aku pergi mkn KFC n chicken chop (my favourite food) each time aku rasa stress and teringin sangat nak mkn benda tuh. dia lah orgnye, yg sanggup msg aku 24 jam even dia tgh keluar dgn kawan2, tgh main snuker, tgh kat cc main game online, semata2 sbb taknak aku marah dia. dia lah orgnya, yg sanggup pergi masuk dekat sepuluh kedai cari baju yg sesuai dgn kehendak aku. dia lah orgnya, yg setiap kali keluar akan penuhi setiap keinginan aku, nak makan tu, nak makan ni, nak beli tu, nak beli ni, nak pergi sana, nak pergi sini, even dia baru lepas habis kerja syif 12 jam, just imagine, dari jam 12 mlm sampai 12 tgh hari dia kerja, then pas balik kerja terus keluar dgn aku sampai kol 6 ptg, semata2 sbb aku nak sgt keluar. :') dia lah orgnya, yg angkut segala beg aku yg berat2 masa nak balik umah. dia lah orgnya, yg masukkan duit bila aku betul2 terdesak dah x cukup duit. dia lah orgnya yg sentiasa ada utk aku, bila org lain mula menjauhi aku. dia lah orgnya yg tetap membantu aku bila org lain menolak untuk menghulurkan tangan. dia lah orgnya yg sukar berkata tidak utk setiap kemahuan dan kehendak aku.
and I still remember those days when he was working during his semester break. all of his money, ALL, he spend with me. WITH ME. whenever I had money problem, he gave me his money. when I wanna to watch movie, he brought me to the cinema. whenever I want to have fun, he brought me to I city, to KLCC. whenever I lack of money to buy books, he bought it for me. till one day I asked him, "abg beli apa eh guna duit gaji abg?" and he answered, "tak ada apa pun, semua spend ngan syg. hah ada satu, abg beli sweater bundle harga 12rggt kat chow kit". and my tears rolled down. ingat sikit ke duit gaji dia? banyak kot. and please take note, I didnt ask for his money, he is the one who willingly spend it on me. sedar tak sedar, we shared everything.. and I promise you my dear, I promised you with all my heart, I will return all of your favours to me when I succeed in the future. just keep staying with me, keep being besides me all the time coz I don't know how my life would be without you. :'(
sometimes I feel so lucky to have him in my life. terima kasih Allah.kau hadirkan seseorang yg melengkapi setiap kekurangan aku.di saat aku betul2 rasa kehilangan kasih sayang, kau hadirkan dia dalam hidup aku.melalui dia, aku belajar utk hidup dgn sempurna, dgn org yg tidak sempurna, dalam dunia yg tidak sempurna. 
semoga Allah satukan kami,di dunia juga di syurga kelak. 
buat awak, I wanna grow old with you.there's so much things I wanna do with you.please, always stay.as much as I wanna you to be there for me,I will always be there for you,no matter how hard things gonna be for us later.
Tuhan tolong aku, juga jaga dia.:')



1001 memories we've made. 
and it lasts forever in my heart. :)


Friday, June 14, 2013

kisah kelam kabut my engagement day

1 Jun 2013.

mak kejut aku pukul 6stgh pagi, solat subuh then iron baju tunang serta tudung. (kau tengok, kerja last minute, pagi nak bertunang tu baru aku iron baju ngan tudung) hahaha. 

pukul 7 lebih, mak keluar pergi beli barang sikit, mak pesan suh aku kejut adik2 aku yg tengah terbongkang tidur kat ruang tamu tuh. so sbg kakak berwibawa, pepagi lagi aku dah jerit, "bangun woi bangun!!! mak suh bangun!!" sambil baling kusyen kat dorang. muahaha kejam x aku? tapi bese la dak laki, liat gila nak bangun, (sama cam tunang aku tuh). then aku biar je la. last2 ayah yg turun kejut suh depa siap.

pukul 8.. mak x sampai umah lagi. kakak tukang make up tuh da bg msg cakap dia akan datang rumah opah jam 9 pagi. aku still kat rumah aku la, rumah kakak tu selang dua rumah je dr umah aku. so aku decide nak pergi sekali la dgn kak tu ke rumah opah. tp mak lambat pulak baliknye. 

pukul 8.45 baru mak sampai umah. masa tu aku msg ngan my tunang. dia bg berita yg buat aku rasa nak bunuh dia time tu jugak. katenye dari Banting (umah family dia) just dua kereta yg datang. I was like shocked to death, what the hell man?? aritu bajet ur rombongan dtg dlm 30 org, ni dua kereta je. makanan dah tempah sampai 70 orang. takkan nak biar membazir camtu je? huh. aku mmg dah start tensen time tuh.

last2, sampai rumah opah sekali ngan kakak tukang makeup tuh, terus pakai baju tunang and start make up. ditemani oleh kak tikah (kakak sedara), sembang la memacam dlm bilik tu. dekat sejam jgk la aku dimakeupkan. tapi sies, lepas habis make up tu aku tgk muka aku kat cermin, what the??? bulu mata palsu yg kak tu bg pakai tebal gila nak mati la. aku ni dah la x pernah pakai bulu mata palsu cenggitu, so dah brape kali aku merayu kat kakak tu ckp nak bukak, x selesa. tp kakak tu ngan kak sedara aku tu ckp okey je, mmg la nak bertunang ni kena la nampak lain sikit. aku dah rasa mcm nak nangis je time tu, sbb tgk muka sendiri pelik gila. huhu. tp nak xnak, atas nasihat dua org kakak tu, aku biarkan je la. and time tu gak my bestfriend masa form 1 dulu datang, laily. dia masuk bilik and temankan aku dlm tu sampai la rombongan pihak lelaki sampai. 

masa tunggu rombongan pihak lelaki sampai tu, rupa2nya kawan2 lama kitorang, geng smk slim dah siap berkumpul kat feldajaya. yg tunang aku pulak ada kat sungkai tunggu depa nak tunjuk arah. aku berapa kali jugak la call tunang aku tanya dia kat mana. berdebar siot!! 

then kawan2 smk slim and semetro datang serentak. yg perempuan masuk bilik temankan aku. penuh bilik tuh dgn kawan2 aku semua. mmg riuh la ak ckp. padahal kat luar tu pihak laki ngan family aku tgh berbincang pasal majlis akad nikah and kenduri nanti. then tetibe ada orang panggil suh aku keluar dr bilik utk upacara sarung cincin. waaa time ni berdebar gila siot!! sies aku ase mcm nak panggil je dorang suh sarung cincin dalam bilik. (actually mak dah siapkan pelamin mini kat luar utk sarung cincin).  dah la mak takde time tuh, mak dok sibuk kat dapur. mmg serius aku neves and taktau nak watpe. dah sarung cincin terpinga2, nak watpe ni? nak pergi mane ni? bapak la cuak weh, first time tunang la katekan. hehe. (ada second time ke?) nauzubillah, mintak dijauhkan. 

cincin tunang saya. :)) pilih sama2 kat jalan tar aritu.


tapi perasaan berdebar aku tu hilang bila tunang aku dah sampai ke rumah aku. tengok dia, buat aku rasa mcm, bersyukur sangat2 hubungan kami dah sampai tahap nie. and hari tu, dia nampak sangat smart di mata aku. serius aku ckp, my tunang is not someone yg suka bergaya, dia jenis simple gila kalau keluar. tapi awal2 aku dah ckp kat dia, "abg time tunang t jgn mengada2 nak pakai tshirt ngan selipar je". 
so aku tak sangka jugak la dia sanggup cari baju kemeja yg match dgn tema colour majlis kami ni, kat Banting sampai 5 6 kedai dia masuk tak jumpa baju yg dia nak. then dia balik Perak dia cari lagi kat tanjung malim tuh. semata2 sbb nak aku happy. 


and yet, usaha awak berbaloi. :)) aku rasa mcm aku jatuh cinta kali kedua dekat dia hari tu. sebab dia.. sangat pandai melayan kawan2 aku, melayan aku. ambikkan air utk aku (mmg aku tak makan pape and tak minum pape lgsg start dari makeup kol 9 tuh). kekadang aku ase penat aku tak rasa mcm nak layan sesape, dia yg tolong ceriakan suasana. serius aku mmg sangat penat, berapa kali dok bergambar ngan kawan2, bygkan lau stiap sorg nak bergambar ngan aku, yg dtg tu bukannye sikit2. 

alhamdulillah, makanan mmg cukup utk tetamu, lebih pun sikit je, mmg tak salah jugak la tempah utk 70 orang. sbb sbnrnye family dia ramai je yg dtg. sepupu2 dia, pakcik2 dia, nenek2 dia. plus kawan2 kitorang lagi. 

petang tu, dalam pukul 4, kawan baik aku and topek, shima, datang. dia datang lambat sbb dia pergi kenduri kahwin kakak angkat dia. aku masa tu dah tukar baju dah, tp dia suh aku pakai balik baju tunang aku tuh, sbb dia nak bergambar dgn aku. huhuhu. makeup time tuh pun dah cair dah, dah berminyak2 gila dah muka aku. tapi nak wat camne, demi kawan kan, aku turutkan gak la. lepas je shima balik, aku terus ckp kat mak aku nak balik ke rumah dulu. sbb kepala aku migrain sgt time tuh. mmg sakit gila la kepala aku. so aku amik kunci kereta, drive balik sekali ngan adik2 aku, depa pun sibuk nak ikut. 

malam tu, msg ngan tunang. (first time bergelar tunang) hehe. i said to him, thanks a lot for everything. and i also said to him, "abg nampak hensem td, baju abg pun smart." and dia reply, "yela, dh dekat 5 6 kedai masuk, takut syg xpuas hati je."  see, dia selalu camtu. takut syg xpuas hati je, takut syg xsuka je. apa yg aku nak tu la yg dia buat. so sweet of you. :)))


happy engagement my dear.. saya bersyukur jadi tunang awak. 
semoga ikatan ni berkekalan, hingga 2 syawal nanti, saat saya sah menjadi milik awak sepenuhnya.
:))

# sebenarnya entry ni dah lama taip, tersimpan dlm draft x publish2. hehe. ni baru nak publish.

Thursday, June 13, 2013

happy birthday my fiancee :))

“ Bila time birthday abg, arwah mak yg akan ingat birthday abg, dia mesti akan tanya abg, topek nak sambut birthday mcm mana tahun ni? arwah mak je yg faham abg, yg ingat birthday abg di saat org lain semua x ingat.”

Sumpah, dah berapa kali dia cerita benda ni dekat aku, setiap kali dia teringat arwah mak dia. Dan setiap kali dia cerita setiap kali tu aku akan jadi sebak, betapa insan bernama emak itu sangat bermakna dlm hidup kita semua. Aku pun setiap kali birthday mak yg akan sambut, mak akan beli kek and buat surprise utk aku. Just mak yg ingat and akan sambut birthday aku even aku dah semakin meningkat dewasa. :’(

Dan bila dia cerita pasal arwah mak dia, aku sungguh berjanji dgn diri aku sendiri, aku akan hilangkan perasaan kosong yg ada dlm hati dia. Aku akan cuba sedaya upaya untuk ganti tempat mak dia walaupun aku takkan mampu jadi mcm his mum. Dan setiap kali birthday dia aku akan sambut, aku akan ingat dan takkan sekali2 aku lupa. Macam mana dia sanggup turun dr Kedah utk buat surprise birthday for me mcm tu jugak lah aku akan buat kat bakal suami aku ni. dah tiga tahun aku di sisi abg saat birthday dia, and aku akan tetap berada di sisi dia sampai takdir memisahkan kami.

I still remember, hanya pernah sekali dia ada kekuatan untuk bawak aku melawat kubur arwah mak dia, dan sekali itulah juga dia bawak aku jumpa ayah dia, dgn tekad mengenalkan perempuan yg bakal menjadi isteri dia suatu hari nanti. Dan Alhamdulillah, walaupun byk dugaan yg melanda hubungan kami,  kami kekal bersama sampai kini dah bergelar tunang.

Dalam diam dia, dalam senyuman dia, dalam gelak tawa dia, dalam setiap gurauan dia, I know he miss his mum so much. He always said that hanya mak dia yg faham dia sepenuhnya. Dia cerita mcm mana mak dia sanggup bagi duit utk dia bayar yuran utk main paintball kat sekolah di saat ayah dia kata itu semua membazir, sbb tu mmg hobi dia. Masa tu baru aku sedar, abang mmg suka main tembak2, game favourite dia pun game Sudden Attack, dan kadang-kadang aku sedar abang cuba ajak aku share minat dia, sampai dia pernah creat ID untuk aku main game Sudden Attack tuh, pernah ajak aku pergi CC utk main game tuh. 
Tapi aku ni perempuan, tak minat sangat benda2 camtu. Sekarang baru aku sedar, abang minat main paintball, abang minat game tembak2, dan patutlah nama fb dia Fiq Sharpshooter.

found this picture in his fb back then. :)

Dah jadi tunang ni, baru aku cuba menjadi yg terbaik buat dia, baru aku cuba nak suka apa yg dia suka, baru aku cuba nak selami apa minat dia, apa yg dia tak suka. sbb one day, bukan one day, lg 53 hari, dia akan menjadi suami aku yang sah. Dan sebagai seorang isteri, I will be right behind you no matter what happened, come hell or high water, I will not leave you.

Selamat hari jadi yang ke 21 sayang, semoga berjaya dunia akhirat, semoga Allah merahmati kamu di setiap nafas hidup kamu, dan semoga kita mampu menjadi zauj dan zaujah hingga ke syurga kelak. :) tiada hadiah yang paling bermakna yang dpt aku bagi kepada kamu, melainkan seorang isteri yg akan menemani kamu di setiap langkah kehidupan kamu selepas ini. :)


this is me and my fiancee. and also my adik. hehe. comel kan kami? :))


# now I can call u abang officially, as you are older than me: :pp

Thursday, June 6, 2013

life as a student.. or more exactly, LAW STUDENT

assalamualaikum. you know what, I'm updating this at cyber cafe under my house.
seriously, i'm so tensed right now.

serious aku cakap, sengsara hidup wehh takda broadband and printer.
aku rasa macam nak kerja sekarang nak beli benda alah tu.
 
skrg assignment melambak2, tu belum kire study lagi. lecturer asyik dok suruh baca kes baca kes, celah mana ku nak cari full case kalau aku takde internet. takkan tiap2 hari nak kena turun cc abeskan dua ringgit sejam. dah tu, dah cari case takkan nak baca kat laptop je nak buat rujukan, mesti la kena print. takkan asyik nak pinjam printer kawan je, case bukan sehelai dua weh. kalau satu kes dah dua tiga helai kertas, kkdg sampai 20 page full case, bayangkan kalau dah beratus kes utk just satu subjek. tu baru satu subjek, sem ni amek 5 subjek law. hah kire r sendiri brape byk kes nak kena baca and paham.

dgn nak dekat final ni duit sengkek. bayangkan skrg ni dalam dompet aku just tinggal 2ringgit, tu pun utk tambang bas esok. 50rggt seminggu mmg xckup ar lau semua benda nak kena pakai duit skrg, tetibe lak duit bil elektrik kena bayar, indah water, duit fotostat notes lagi, duit buku beli kat lecturer pun aku masih berhutang lagi tau tak. sies tensen pasal masalah duit ni. bukannye kita nak duit banyak or nak jadi hamba duit, tp kenyatannye dunia skrg mmg perlukan duit. semua benda duit duit duit. kalau aku ni dah kerja takpe la gak. ni aku student lagi. PTPTN dah la dpt sikit je. kat siapa lagi aku nak mintak??? 

serious aku tensen dohh. tp dalam tensen2 aku, ada seorang yang masih aku boleh harapkan bila aku betul2 terdesak. cam today, aku betul2 tinggal 2ringgit je ni, mak tak masukkan lagi duit hari ni sebab ada hal,esok baru mak masukkan. aku dah la makan megi je siang tadi, ngan malam ni kena cari bahan artikel utk BEL esok, duit takda nak pergi cc. so aku msg tunang aku, aku tanye dia.. "abg... ade rm10 x?" dia balas, "ade,nape tanye?" aku pun jawab terus terang, "nak pinjam dlu, nanti syg ganti balik, terdesak ni." then dia balas, "ok, nanti abg masukkan."

malam tu, abg masukkan duit. bukan 10rggt, tp 20rggt. i said to him "thanks sgt2, nanti org ganti balik." dia ckp "xperlu, syg blaja je rerajin. abg just nak syg berjaya je."
 
u see guys, nampak x kenapa aku pilih dia. nampak x apa lebihnya dia? nampak x????
 
geram kadang2. orang luar boleh tolong, tp orang yang aku harap sangat tolong aku, support aku, buat aku mcm orang luar.

and tolong ar buang pemikiran korang yg kawen time study ni merupakan satu masalah.
dia banyak tolong aku.
dia ada masa org lain takda utk aku.
don't ever judge him.

masalah tau x bila tgh study tp duit takda nie.
masalah besar actually bg student.
menambahkan stress yg dh sedia ada.
sumpah aku ckp, lau aku dh kerja t, duit aku aku akan bagi kat adik2 aku yg tgh study kat u.
aku taknak dorang lalui apa yang aku lalui.
cukup r aku terasa beban dia.
cukup r aku as anak sulung rasa betapa payahnya takde duit.

seriously skrg ni kalau aku dpt satu printer and broadband pun dah cukup! 
bencinyeee!!!
stres gilaaaaaaaaaaa!!

haih.
sorry blog, aku mmg dh xtahan sgt dah ni.
 
and...
thanks my fiancee.
sbb sudi tolong aku time aku betul2 perlukan kamu.
tak salah aku pilih kau.
thanks again.


Sunday, June 2, 2013

my engagement day, 1 Jun 2013

assalamualaikum..

bermula dari classmates, berebut sebuah kerusi, terjumpa balik masa nak amik result spm, and now officially engaged ALHAMDULILLAH. :)))

ucapan banyak banyak banyak terima kasih pada my family, especially my lovely MUM and OPAH yg banyak bersusah payah nak jayakan majlis pertunangan ni, pada PAKTEH and PAKNGAH yang tolong pasang langsir, kemas rumah opah, pada ADIK-ADIK yang x lokek tolong bantu pasang meja, susun kerusi, pada AYAH yang tolong layan tetamu, pada MAKLANG yang sumbangkan sedikit wang utk jayakan majlis, pada SEPUPU yang turut sama memeriahkan majlis, pada AYAHDE dan MAKDE yang datang dr Puncak Alam tolong jadi speaker masa berbincang, and most of all, pada KAWAN-KAWAN lama yang sudi datang dari Slim and Trolak untuk menjayakan majlis kawan korang nie.

syukur sangat sangat. Allah permudahkan segalanya.
kini sah menjadi . . .

tunang orang. hehe.
(nenek dia sarungkan cincin)

dari kiri : ain, topek (tunang saya), me, shu, laily. kat riba topek tu my adik, aidil. :))

classmates perempuan masa form 1, satu kelas dgn aku n topek dlu. :))

our classmates dulu. :))

dari kiri : salam, topek, idan, me, ain, shu and laily. 
semua ni my bestfriends kat slim and trolak. :))

with ain, BFF masa kat SEMETRO. thanks dtg majlis aku weh. :)

with adik yang baru lepas kena demam campak. :)

dgn tunang. hihi. we are engaged! :))

dari kiri : tunang, nenek dia, me, mak, mak tiri dia, opah, and bakal bapak mertua. :))

keluarga dua2 belah pihak. :)

with geng SEMETRO.. x termasuk my fiancee, dia dak slim.. hehe

sumpah ak ase muka ak lain doe

our hantaran. nampak x kek tuh? bentuk love, ada tulis SELAMAT BERTUNANG WANIE & TAUFIQ.
hehe. my mum tempah. thanks mak. sweet gile.

bestfriends lagi. :)

baru lepas sarung cincin. :))

muka dia jahat. hehe.

lastly nak tunjuk gak gambar nie, hehe. kelakar tgk raut muke sorang2. candid nie, nga tunjuk kat opah mana selipar. haha

sebenarnya banyak lagi gambar, tapi malas nak upload semua. hehe
overall, aku puas hati dgn majlis nie.
cuma yang agak x puas hati, bulu mata dia bagi tebal sangat, tengah2 majlis aku bukak. hehe
and muka agak berminyak and berpeluh sbb wat kat kampung, umah opah agak panas. huhu. 
tapi yang lain semua okey, makanan pun sedap.
kawan pun tak sangkai ramai yang sudi datang.
and
.
.
.
.
.
.
thanks sangat sangat tu my fiancee (cewah lain mcm lak guna ayat ni) hahaha,
sebab dia pandai layan my kawan2, even tu bukan kawan dia
bersyukur sangat dpt dia yang ramah camnie,
leh masuk dgn semua orang.
thanks dear.
tak sangka kita dah jadi tunang kan.

tengok kawan lama kitorang post camnie. hehe. ditujukan khas buat kami berdua, bekas classmate masa form 1 dlu. :))

ni lagi seorang classmate kitorang yang dulu yg eksited lak kitorang dh nak kawen. hehe

ape2 pun, thanks pada semua yang terlibat untuk menjayakan majlis nie.
buat SHAHKHIR yang bersusah payah contact kawan2 lama kitorang ajak datang.
and buat family yang dah bertungkus lumus menjayakan majlis ni.
SAYANG korang semua sangat sangat.
Allah saja yang mampus membalas budi baik kalian. 

sekian, doakan kami kekal sampai akhir hayat.
:)