Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Friday, June 14, 2013

kisah kelam kabut my engagement day

1 Jun 2013.

mak kejut aku pukul 6stgh pagi, solat subuh then iron baju tunang serta tudung. (kau tengok, kerja last minute, pagi nak bertunang tu baru aku iron baju ngan tudung) hahaha. 

pukul 7 lebih, mak keluar pergi beli barang sikit, mak pesan suh aku kejut adik2 aku yg tengah terbongkang tidur kat ruang tamu tuh. so sbg kakak berwibawa, pepagi lagi aku dah jerit, "bangun woi bangun!!! mak suh bangun!!" sambil baling kusyen kat dorang. muahaha kejam x aku? tapi bese la dak laki, liat gila nak bangun, (sama cam tunang aku tuh). then aku biar je la. last2 ayah yg turun kejut suh depa siap.

pukul 8.. mak x sampai umah lagi. kakak tukang make up tuh da bg msg cakap dia akan datang rumah opah jam 9 pagi. aku still kat rumah aku la, rumah kakak tu selang dua rumah je dr umah aku. so aku decide nak pergi sekali la dgn kak tu ke rumah opah. tp mak lambat pulak baliknye. 

pukul 8.45 baru mak sampai umah. masa tu aku msg ngan my tunang. dia bg berita yg buat aku rasa nak bunuh dia time tu jugak. katenye dari Banting (umah family dia) just dua kereta yg datang. I was like shocked to death, what the hell man?? aritu bajet ur rombongan dtg dlm 30 org, ni dua kereta je. makanan dah tempah sampai 70 orang. takkan nak biar membazir camtu je? huh. aku mmg dah start tensen time tuh.

last2, sampai rumah opah sekali ngan kakak tukang makeup tuh, terus pakai baju tunang and start make up. ditemani oleh kak tikah (kakak sedara), sembang la memacam dlm bilik tu. dekat sejam jgk la aku dimakeupkan. tapi sies, lepas habis make up tu aku tgk muka aku kat cermin, what the??? bulu mata palsu yg kak tu bg pakai tebal gila nak mati la. aku ni dah la x pernah pakai bulu mata palsu cenggitu, so dah brape kali aku merayu kat kakak tu ckp nak bukak, x selesa. tp kakak tu ngan kak sedara aku tu ckp okey je, mmg la nak bertunang ni kena la nampak lain sikit. aku dah rasa mcm nak nangis je time tu, sbb tgk muka sendiri pelik gila. huhu. tp nak xnak, atas nasihat dua org kakak tu, aku biarkan je la. and time tu gak my bestfriend masa form 1 dulu datang, laily. dia masuk bilik and temankan aku dlm tu sampai la rombongan pihak lelaki sampai. 

masa tunggu rombongan pihak lelaki sampai tu, rupa2nya kawan2 lama kitorang, geng smk slim dah siap berkumpul kat feldajaya. yg tunang aku pulak ada kat sungkai tunggu depa nak tunjuk arah. aku berapa kali jugak la call tunang aku tanya dia kat mana. berdebar siot!! 

then kawan2 smk slim and semetro datang serentak. yg perempuan masuk bilik temankan aku. penuh bilik tuh dgn kawan2 aku semua. mmg riuh la ak ckp. padahal kat luar tu pihak laki ngan family aku tgh berbincang pasal majlis akad nikah and kenduri nanti. then tetibe ada orang panggil suh aku keluar dr bilik utk upacara sarung cincin. waaa time ni berdebar gila siot!! sies aku ase mcm nak panggil je dorang suh sarung cincin dalam bilik. (actually mak dah siapkan pelamin mini kat luar utk sarung cincin).  dah la mak takde time tuh, mak dok sibuk kat dapur. mmg serius aku neves and taktau nak watpe. dah sarung cincin terpinga2, nak watpe ni? nak pergi mane ni? bapak la cuak weh, first time tunang la katekan. hehe. (ada second time ke?) nauzubillah, mintak dijauhkan. 

cincin tunang saya. :)) pilih sama2 kat jalan tar aritu.


tapi perasaan berdebar aku tu hilang bila tunang aku dah sampai ke rumah aku. tengok dia, buat aku rasa mcm, bersyukur sangat2 hubungan kami dah sampai tahap nie. and hari tu, dia nampak sangat smart di mata aku. serius aku ckp, my tunang is not someone yg suka bergaya, dia jenis simple gila kalau keluar. tapi awal2 aku dah ckp kat dia, "abg time tunang t jgn mengada2 nak pakai tshirt ngan selipar je". 
so aku tak sangka jugak la dia sanggup cari baju kemeja yg match dgn tema colour majlis kami ni, kat Banting sampai 5 6 kedai dia masuk tak jumpa baju yg dia nak. then dia balik Perak dia cari lagi kat tanjung malim tuh. semata2 sbb nak aku happy. 


and yet, usaha awak berbaloi. :)) aku rasa mcm aku jatuh cinta kali kedua dekat dia hari tu. sebab dia.. sangat pandai melayan kawan2 aku, melayan aku. ambikkan air utk aku (mmg aku tak makan pape and tak minum pape lgsg start dari makeup kol 9 tuh). kekadang aku ase penat aku tak rasa mcm nak layan sesape, dia yg tolong ceriakan suasana. serius aku mmg sangat penat, berapa kali dok bergambar ngan kawan2, bygkan lau stiap sorg nak bergambar ngan aku, yg dtg tu bukannye sikit2. 

alhamdulillah, makanan mmg cukup utk tetamu, lebih pun sikit je, mmg tak salah jugak la tempah utk 70 orang. sbb sbnrnye family dia ramai je yg dtg. sepupu2 dia, pakcik2 dia, nenek2 dia. plus kawan2 kitorang lagi. 

petang tu, dalam pukul 4, kawan baik aku and topek, shima, datang. dia datang lambat sbb dia pergi kenduri kahwin kakak angkat dia. aku masa tu dah tukar baju dah, tp dia suh aku pakai balik baju tunang aku tuh, sbb dia nak bergambar dgn aku. huhuhu. makeup time tuh pun dah cair dah, dah berminyak2 gila dah muka aku. tapi nak wat camne, demi kawan kan, aku turutkan gak la. lepas je shima balik, aku terus ckp kat mak aku nak balik ke rumah dulu. sbb kepala aku migrain sgt time tuh. mmg sakit gila la kepala aku. so aku amik kunci kereta, drive balik sekali ngan adik2 aku, depa pun sibuk nak ikut. 

malam tu, msg ngan tunang. (first time bergelar tunang) hehe. i said to him, thanks a lot for everything. and i also said to him, "abg nampak hensem td, baju abg pun smart." and dia reply, "yela, dh dekat 5 6 kedai masuk, takut syg xpuas hati je."  see, dia selalu camtu. takut syg xpuas hati je, takut syg xsuka je. apa yg aku nak tu la yg dia buat. so sweet of you. :)))


happy engagement my dear.. saya bersyukur jadi tunang awak. 
semoga ikatan ni berkekalan, hingga 2 syawal nanti, saat saya sah menjadi milik awak sepenuhnya.
:))

# sebenarnya entry ni dah lama taip, tersimpan dlm draft x publish2. hehe. ni baru nak publish.

2 comments: