Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Wednesday, June 19, 2013

wedding preparation + assignments + final exam law paper

tengok tajuk atas tuh, betapa multitasker nye aku kan? haha
yela, mane tak nye, skrg ni musim final exam utk bebudak degree, 26 Jun ni aku start final, sampai 5hb Julai habis. 

and minggu terakhir kuliah ni laaa semua lecturer dok nak bagi assignments. sabar jee laaa! semua students mmg mengeluh and mengata la belakang lect. bukan apa, diorang tiba2 je buat last minute decision nak bagi assignments sbb diorang xtau lagi 5% nak bg markah apa utk coursework. kemain banyak cuti dulu taknak bagi. haihhh.



bayangkan laa, assignment land, admin, and criminal datang bertimpa2 dlm waktu yg sama. nasib baik politik lect dah bagi awal2 da assignment. huhu.
tapi takpe, Alhamdulillah setakat ni leh manage lagi.



dua minggu lepas, kena handle events. handle amazing race utk budak2 part 1 and part 2, and me jd one of the facilitator. program hari ahad, sampai tgh hari, balik dari program terus gerak pergi perak dgn tunang. tau nak buat apa? nak g tempah baju nikahhh. tengok punya dah tak cukup masa, belum habis berpeluh handle program td pun, dah terus mandi tukar baju siap gerak g perak.

sampai sungkai dalam pukul 6 petang, pergi kedai Kak Maria (tailor) tuh, and terus amik ukuran baju. yg encik tunang ni pun satu, banyak pulak songeh dia nak baju melayu camne. haha. name je lelaki, tapi cerewet sungguh. lama kat kedai tuh sbb tunggu dia je lah, dok nak mcm tu nak mcm ni. banyak benor celotehnye. cian tgk kak tu melayannye. yg aku buat baju kurung moden biasa je. ukuran dah ambik masa buat baju tunang ritu. huhu. mmg lawok bile fikir balik tunang aku ni.

now sibuk siapkan assignments, minggu ni last week kuliah. sabtu ni InshaAllah pergi tempah kad kahwin kat shah alam ni gak, pastu terus balik perak dgn my fiancee nak pergi tengok baju utk sanding nanti. aku start final ari rabu depan so still la ada cuti sampai selasa nak study kat rumah (study la sangat) hehe. 

then start final, sampai 5 julai habis final, terus rapid buat preparation utk wedding. haa amek kau betapa last minutenye planning. haha. takpa janji kawen dah la.. hehe. ada org tu cuak tunggu hari nikah jee. :)) kitorang nikah seminggu sebelum sanding. aku pun sebenarnya eksited tunggu hari nikah je. bab sanding2 ni semua aku tak berapa nak eksited pun. tp sbb family nak kan, so ikutkan je lah. :)

sebenarnya, aku pun tak sangka aku dah fast forward tiga empat tahun ke hadapan dlm hidup aku. mean that, supposed to be selalunya org kahwin lepas habis degree, dah start cari kerja bagai. but aku, kahwin InshaAllah di tahun kedua pengajian ijazah. tapi aku lebih bersyukur aku kahwin awal daripada aku terus2 bergelumang dgn dosa couple lagi empat tahun. lagipun ini takdir yg Allah dah tetapkan dalam hidup aku, pusing ikot mana pun sebelum ni, dia sampai ke sini jugak. :) and I will not regret it InshaAllah, korang just tolong doakan aku laa. doakan kebahagiaan kami pasni. tu je yang paling penting sebenarnya. doa dan sokongan dari orang2 sekeliling kami.


aku bukannya perempuan yang takde masa depan yang nak kawen awal sangat ni (awal sangat ke). I'm a student kot, sama mcm korang2 gak yg baca ni. :) aku pelajar u, dak fakulti undang-undang, yang berada di semester 3, tahun kedua pengajian. setakat ni takde repeat paper lagi, tak pernah fail lagi. dan mohon tak fail lah utk semester2 akan datang. jgn korang fikir aku kahwin awal mean aku amik tak kisah pasal education aku. inshaAllah aku akan tetap habiskan degree ni, tak kisah la jadi lawyer ke tak ke yg penting aku ada degree. and akan berkerja beberapa tahun lg inshaAllah. doakan yeee. :)



bakal suami aku, tak sampai ke tahap degree, but I will never look down at him. dia nanti jadi suami, sampai bila2 pun dia tetap berada di kedudukan yang tinggi dari aku. and bakal suami aku pun bukannya lelaki yg xda masa depan, he's a brilliant actually. selalu berjaya keluar dari masalah sendiri. dia berfikir selalu pandang ke hadapan. dia ada plan dia sendiri utk masa depan kami. jangan menghukum dia hanya kerana dia satu level bawah aku dari segi pendidikan. he's not a law student like me, but he's my future husband. dan kerana dia lah aku masih survive as law student. korang jgn ingat jadi law student ni senang. saat semua org enjoy bergembira dgn life masing2, kami struggle hafal kes and akta. bukan sikit, beribu2. kadang2 aku tensen sangat2, selalu sangat aku rasa nak quit course ni. aku rasa mcm aku tak mampu. sebab aku bukan seorang pelajar yg rajin. 



korang, saat aku takde printer nak print assignment aku lepas tunang aritu, dia yg bawak aku pergi tempat print, binding. padahal kat rumah aku tu ada je printer. tapi tak boleh guna pulak. mmg tensen sungguh la time tu. then dia yang bawak aku ke shah alam, bawak pergi fac utk hantar assignment before jam 4 petang. semua tu buat lepas bertunang ritu kot. bayangkan, habis je majlis bertunang, aku balik rumah, terus struggle tak tidur buat assignment politik 15 page. esoknye, pergi tapah ambik borang kahwin and time tu la menyelit2 masa pergi print assignment then terus balik shah alam. aku dah nak putus asa dah sebenarnya malam tu, ngantuk, penat, tp my fiancee kata, buat jugak assignment tu, selagi tak siap abg tak hantar balik shah alam. nak tak nak buat jugak la, malas nak naik bas balik shah alam. sambil2 tu dia kata lagi, sayang siapkan assignment, abg belanja makan chicken chop kat tempat yg syg suka tu esok. then lepas banyak kali merungut penat letih kat dia, siap jugak assignment aku pukul 7 pagi esoknye. 

how a great partner works. :)

even banyak kerja, tanggungjawab bertambah pasni, inshaAllah, aku buat semua ni kerana Allah. takpe la susah sikit pasni, janji tak tambah saham dosa utk akhirat kelak. nak kata tak pernah bergaduh dgn tunang aku tu mmg tipu la. ada je gaduhnye. tapi dah x selalu mcm masa couple dulu. serious cakap, dah bertunang ni rasa mcm lagi bahagia, tak stress2 dah gaduh mcm dulu. kalau gaduh pun, sekejap je, pastu baik balik. alhamdulillah, lepas nikah nanti taktau la mcm mana pulak kan. hope korang doakan yg baik2 je utk kami. :)


sekian dulu entry utk hari ni. saja nak hilangkan stress. pasni ada presentation admin pulak. :)
doakan aku utk final exam eh.

start with Equity and Trust.
Criminal Law.
Land Law.
Administrative Law.
and lastly,
Law and Politics.

:)


No comments:

Post a Comment