Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Friday, July 26, 2013

love him, miss him

salam subuh hari nuzul al- quran.
masuk hari ni, dah 16 Ramadhan, bermakna dah 16 hari jugak la since last day aku jumpa dgn encik tunang.
rindu x yah ckp la, mmg sebulan ramadhan ni x kan jumpa dia dah. huhu. sampai la time akad nikah kami nanti.

but.

tiap2 hari msg.
dr bgn tidur, stop jap time dia pergi kerja, and malam msg sampai tertidur.
dan setiap hari menghitung hari.
God I miss him so much.

" btw syg, x elok la selalu minum air twister ( merujuk kpd tropicana twister, my feberet ) "
" nape lak?? "
"bab menghabiskan wet abg. wakaka"

hampeh. haha.

dia suka bergurau. suka menyakat. cheer up my day, my life.
tapi dia selalu ada.
di setiap saat dan ketika.
tika aku senang malah tika aku susah.

tika mak aku sakit and aku nak balik.
tika duit aku beratus lesap.
tika aku nak cari buku for my study.
tika aku teringin nak makan kfc and chicken chop.
tika aku perlu sedikit perhatian dan kasih syg.

tunang aku, org yg x pernah mengalah.
i love you, i miss you.
:')

15 days more, and we'll belong to each other, forever. :')


Thursday, July 25, 2013

eh dia dah habis belajar ke belum?

guys, picture this.

lets say, aku ni lepas spm aritu ambik diploma pengimejan perubatan mcm yg aku pernah dpt dulu. diploma program pulak mmg dah dipendekkan jd dua tahun stgh. so masa umur aku 20 tahun aku dah habis diploma mcm kawan2 aku yg dh habis diploma skrg. 

so lepas habis diploma aku terus dpt kerja kt hospital kerajaan memandangkan bidang pengimejan perubatan ni mmg memerlukan ramai perempuan. meaning that, dlm umur 21 aku dah ada pekerjaan and wang gaji sendiri.

then dlm umur 21 jugak aku decide nak kahwin. lepas dpt diploma and dh ada pekerjaan sendiri.
weird x? org pandang pelik x? org akan tanya x knapa?
sbb aku dh habis blaja and dh dpt kerja pun, mesti org x kan pandang pelik kan.
mesti akan senyap manusia2 yg sibuk tanya "eh dia dh habis belajar ke?"

damn.
sumpah.
aku benci dan rasa annoying bila pelajaran lg dipentingkan dr agama sendiri.
bila masa depan lg berharga dr dosa2.
bila yg baik disembunyikan sbb hanya nampak yg buruk.

salah ke aku masih belajar and aku nak kahwin?
ada aku cakap aku nak kahwin and berhenti belajar ke?
ada aku ckp pelajaran tu x penting ke?

if la aku ni budak biasa2, budak kelas bawah, bukan ANAK CIKGU,
confirm org takde yg pandang pelik bila aku nak kawen awal. 
mcm kawan2 aku yg dah kawen skrg.
sebab apa? sebab diorg x sambung belajar.
sebab diorg bukan anak cikgu.
sebab diorg x dianggap punya cita2 tinggi.

aku pulak?
mentang2 anak cikgu, bekas pelajar terbaik SPM skolah,
sume pakat dok pelik bila aku nak kahwin.
mcm la aku kahwin then aku benti blaja.
mcm la masa depan aku terus gelap bila dh kawen.

huh.

i'm gonna finish my degree and let you all see how I will be more successful than you and you!!

bakal suami, nanti kita tunjuk kat semua org eh.
mcm la kita x boleh berjaya bila kawen awal.

# ada anak cikgu kawan ayah dlu dak laki kawen pas SPM dgn ustazah dia rilek jer. dah ada anak sorang dah pun.

pehal tang aku nak pelik sgt? 

my wedding preparation

assalamualaikum. lama dh x update belog. bukan busy sangat pun. lebih kpd malas and takde idea.
now, nak cerita.
lagi beberapa minggu je lg tarikh perkahwinan aku akan tiba. tapi serius cakap, aku tak eksited sangat pasal majlis kenduri besar tu. yg aku tunggu2 sangat2 ialah hari pernikahan aku, iaitu pada 2 syawal ni.
itu yg aku nantikan.
itu yg aku eksitedkan.

pasal kenduri, kalau boleh aku nak as simple as possible.
aku taknak kenduri yg grand2, yg riuh sana sini.
aku rimas, mcm mana aku tak suka berada di kenduri kawen yg riuh teramat, mcm tu la aku taknak situasi sama jadi kat kenduri aku. 
bunyi kompang and suara org tua2 berlagu kuat, sungguh buat aku rimas.
bunyi deejay yg merepek meraban, plus lagu kawen dulu2 yg sungguh la haii bsing teramat, buat aku rasa mcm wedding ni satu majlis yg sangat buat aku rasa rimas dan sesak.

kalau boleh, itupun kalau boleh,
biarlah lagu yg dipasang di majlis aku nanti lagu yg berunsur ketuhanan, lagu nasyid.
biarlah pakaian yg aku pakaian tak menyerlah dan tak menampakkan apa yg tak patut nampak.
biarlah tudung aku labuh menutupi dada walau tak cantik sekalipun.
biarlah mekap tak terlalu tebal walaupun buruk dipandang.
biarlah org kata wedding aku wedding paling 'lame' dan xbest sekalipun, janji aku tak suka majlis yg terlalu merimaskan, terlalu cerewet.

lain org, lain keinginan.

aku lebih pentingkan majlis pernikahan aku nanti.
aku risaukan tudung ape aku nak pakai masa nikah.
mekap camne aku nak mekap masa tu.
labuh mana tudung aku. dah bersedia ke aku dan dia.
macam2.

tp pasal kenduri besar.
setakat ni.

katering dah tempah. 11k total katering. yes, mahal.nak.mampos.
tapi nak wat camne, kate org sedap dan berbaloi. so terima je la pilihan mak dan ayah.

bunga pahar, in process. mak DIY sendiri. cantik sangat.

baju sanding, insyaAllah pakai baju nikah je, mahal2 tempah sampai 2 ratus nak pakai sekali je mmg x berbaloi la, so alang2 pakai masa wedding day sekali. lagipun baju tempah 100% lagi selesa dr baju sewa, sbb baju sendiri.
dan serious, aku bersyukur gile aku tak pilih baju yg mula2 ak cdg nak sewa kat butik ritu, sbb rupe2nye kawan aku yg dah nak kawen bulan 9 ni pon sewa baju yg same.
peh, mmg x ahh aku nak prefer baju sewa g dah pasni.
dah la dah ramai org pakai, t masa tgkap gmbr kawen same je dgn org lain yg pakai baju same.
so, biarlah pakai baju dua tiga kali pun, janji baju milik aku sendiri, saiz aku sendiri, and yg penting aku selesa. 

fotografi, insyaAllah dah tempah kat butik kahwin ritu, rm500 je utk time sanding and outdoor. murah gila. selalunye 1000 lebih. sbb tu aku ambik. sbnrnye aku berkire2 jugak nak amik ke tak fotografer ni, sbb aku klu boleh mmg nak jimat kos.
tapi.
bila fikir2 balik, kahwin ni InshaAllah sekali seumur hidup, nak jugak kenangan tu terabadi cantik2 dlm satu album, n klu nak harapkan adik2 aku ambik gambar mmg tak laa kan, tak pro langsung. tgk la masa tunang ritu, hampeh gile dorg. aku suruh tgkap gmbr depa g sibuk makan. dua tiga kali pulak tu makannye. hampeh. =,="

pelamin, dah tempah jugak kt butik kahwin tu. 400 lebih, simple je pelamin dia. sbb aku taknak bersanding pun sbnrnye. taknak tepung tawar bagai tuh. cam org India punya wedding je. sies aku taknak. aku geli tgk. so pelamin tu lebih kpd nak tgkap gambar je.

goodies, dah beli dah beg goodies. mule2 utk jimat kos aku pikir nak beli paper bag tu je cam org skrg selalu buat tuh, rm35 dah boleh dpt seribu beg. tp nak wat camner, opah pulak x setuju. katenye terlalu murah and simple. so nak x nak mak belikan jugak la beg yg lawaaa and mahal sikit. dah abis beratus kat goodies beg je. isinye belum beli lagi. haih sabar2, ckp org tua kena didahulukan.

kad kahwin, alhamdulillah, dah siap dah pun, dah edar pun kat certain kawan. kos overall rm250 je utk kad. order 500 keping. tu pun jenuh cari tempat paling murah and berbaloi. tempah kat LH Creative, kt Kompleks Pertama area Jalan Tar. 

ape lg eh? setakat ni tu je la.
lagi tiga minggu je before majlis besar.
hope semua sempat siap.
huhu.

just nak ckp, aku tak impikan wedding besar2 utk majlis aku. tak pernah mimpi nak tema garden ke, outdoor wedding ke indoor ke hape ke. yg penting bagi aku just masa akad nikah tu je. yg lain sekadar nak inform org ramai bahawa kami dah menikah. kalau boleh mmg nak jimat sejimat2 ada. taknak membazir dan taknak majlis mendatangkan dosa.
so, biar simple, tapi dimeriahkan dgn doa dan kehadiran2 kawan2 serta ahli keluarga yg ikhlas utk mendoakan kami.
:)))

maaf andai majlis nanti ada kekurangannya.
hope sape yg kenal aku, datang la ea. :)

lai2 sape nak tlg masukkan goodies dlm beg. huhu

Friday, July 19, 2013

buat bakal suamiku

Buat bakal suamiku,
Terima kasih memilih aku menjadi calon peneman seluruh hidupmu
Terima kasih memilih aku untuk menjadi ibu kepada anak-anakmu kelak
Terima kasih memilih aku untuk menjaga makan minummu
Terima kasih juga memilih aku untuk menjadi peneman tidurmu
Juga terima kasih kerana yakin dan percaya untuk membawa aku bersama hingga ke syurga.

Buat bakal suamiku,
Aku tidak pandai memasak makanan kegemaranmu,
Aku tidak pandai menjahit pakaian untukmu,
Aku juga tidak pandai menjadi isteri terbaik buatmu,
Tapi aku berjanji aku akan cuba.
Aku akan cuba memasak setiap makanan yg kamu sukai,
Aku juga akan cuba belajar menjahit hingga aku mampu menjahit sehelai pakaian untukmu.
Aku juga akan cuba mendidik diri menjadi seorang isteri yang sejati untukmu.

Buat bakal suamiku,
Selamat datang ke dalam hidupku,
Selamat menjadi bakal imam di dalam solatku,
Selamat juga menjadi bapa kepada anak-anakku,
Selamat menjadi anak kepada ibu bapaku,
Selamat menjadi abang kepada adik-adikku,
Selamat menjadi teman baikku dunia akhirat.
Selamat juga menjadi bantal ketika lenaku.

Dan yang paling penting,
Selamat tahan dengan setiap ragam dan karenahku,
Selamat sabar ketika aku mengeluh tentang ujian hidup,
Selamat mendidikku untuk belajar menjadi dewasa,
Selamat menahanku dari menjadi isteri derhaka,
Selamat juga menjagaku di dunia yang penuh cabaran dan dugaan.
Selamat menyayangi dan menyintaiku hingga sampai syurga. 



ikhlas dari, 
bakal isterimu.

Monday, July 15, 2013

mas kahwen

dulu satu masa dulu aku pernah ckp kat dia, 

" abg, nanti mas kawen hope abg bg guna duit hasil titik peluh abg sendiri. "

and then masa berlalu, aku pun dah lupa aku pernah ckp bnd tu.
sampai la skrg dia sibuk kerja bulan puasa ni.
aku pulak marah2 sebab dia tak msg time dia keje. sbb selalunye kitorang mmg selalu sgt msg. dulu kan dia belajar lagi.

then satu malam lepas aku tarawih, aku dok bising kat dia sbb dia da x msg time petang2, then dia bg satu msg yg buat aku rasa sebak sangat.

" syg, abg keje utk kumpul duit, syg jugak yg ckp dulu kan mas kawen syg nak duit hasil titik peluh abg sendiri. lagi satu kan syg nak pergi honeymoon kan? abg kumpul duit utk bg syg pergi honeymoon. syg kena la faham abg. "

:'(

nanges.
dia usaha, aku dok marah2.
argghh, bersyukur sangat2 Allah kurniakan aku seorang lelaki yg dpt tahan dgn segala perangai pelik aku.

I love you so much dear.
moga kita berjodoh sampai syurga. 

Sunday, July 7, 2013

rain and rainbow

somewhere in 2006.

aku, angah, hanis farhan, and zakwan . kami berempat berada di garisan permulaan. 
as soon as aku jerit, “mula!” , sehabis tenaga masing2 mengayuh basikal menuju ke garisan penamat. 
and somewhere along that time, rantai basikal aku terputus. can imagine what happened?

Ya, aku jatuh menyembah jalan tar.

Sakit, pedih, berpinar.

Kepala terasa berpusing laju, bayangkan, selaju-laju ada kayuh basikal and then the bike malfunction, seriously teruk gila impact jatuh masa tu.

My leg and hand was badly wounded. My head was spinning inside.

I didn’t cry. Even a single tears. I walked back home, said to my mum, “mak, ada plaster?” and my mum was shocked when she saw blood all over my hand and leg. “Ya Allah, ni kenapa ni??”

“Jatuh. lumba basikal. dgn adik2.”        
                      
I was in Form 2 at that time. Form 2 for God sake. Matang sangat kan.


April, 2008.

Ujian selaras pertama.
I was in Form 4. Baru masuk sekolah SEMETRO, my dad was a teacher there.

Dpt markah ujian addmath pertama. cikgu kata, 

“ada 5 orang dpt markah kosong dlm kelas ni. kosong.”

Kemudian satu persatu nama dipanggil ke hadapan utk ambik kertas ujian.

“Nurul Azawani binti Kamarudzaman.” I move forward. Ke meja guru. Once that paper bertukar tangan, I look at my marks. Ops. Mark. I got ZERO. I am one of my classmates who got ZERO.

That was my first failure. Demi Allah, sepanjang aku sekolah dari tadika sampai form 3, aku tak pernah gagal, and aku paling banyak dpt A. I even once got 100% for my English paper in form 2 and form 3.

But at that time, I failed, for the first time. Aku senyum.
I didn’t even cry.
Balik rumah, I promised myself, “kau tak akan fail addmath SPM, kau tak akan gagal lagi dah lepas ni.”

And yes, I did not fail anymore after that.
And yes, I got A for my addmath paper in SPM.


May, 2009.

It was raining at that time. I was in tears. A lot of tears.
I read a text, from my boyfriend’s phone.

He was cheating on me.
With other girl.

He, was the first boy I ever loved so much.

I didn’t cry that much when I had my first accident.
I didn’t cry that much when I had my first failure.
But I cried a lot of tears when my first true love, broke my heart in pieces.
He once promised me, that he will love me forever.

Ahh, epic, failed.
Monkey love sucks.
And it got even sucker when I was kinda stupid girl at that time.

I can’t eat, I can’t sleep, I can’t even get out from my room, all I can do was just thinking about him all the time.

Love sucks, ain’t it?


March 2013.

In front of Masjid Sungkai,
with Taufiq’s  dad and his auntie.

“pakcik nak tanya kamu ni, kamu betul serius dgn Ahmad Taufiq? Nak kahwin dgn dia?”

diam. tiada jawapan utk itu.

“emm, nape pakcik tanya?”

“dah berapa kali topek telefon pakcik bagitau hajat nak kahwin dgn wani, nampak serius benar. Jadi pakcik nak tanya wani depan2 wani ni, depan masjid rumah Allah ni, wani betul nak kahwin dgn dia?”

diam sebentar. kumpul kekuatan. senyum.

“ye pakcik.”
 “ye apa? Jawab penuh.”
 diam, gelak. “nak penuh mcm mana pakcik?”
 “ye saya nak kahwin dgn Ahmad Taufiq.”

aku ulang. “ye saya nak kahwin dgn Ahmad Taufiq.” sambil senyum2 geli hati.

“Alhamdulillah, depan rumah Allah ni ye saksi kata2 kamu.”

Senyum. Ye pakcik.

Lepas tu ayah dia belanja makan. Really awkward at that time.


2013, present.

“ehh apa kedekut sangat dgn awek sendiri ni?”
 “awek?? Baik sket, tunang k.”  marah dia kalau sebut ‘awek’ dia.

Senyum lagi.


well,
You can’t have a rainbow, without a little rain. J


ramadhan datang lagi :)

10 August 2010, di stesen keretapi Butterworth, Penang.

aku menyambut first ramadhan with him, dalam train, nak balik ke Perak. still remember back then, kami bersahur dlm train jam 5 pagi, sbb train kami bertolak jam 12 mlm and sampai Perak pukul 7 pagi. bersahur dgn keropok and air yg kami beli before naik train. 

that was, a lifetime experience. sbb sebenarnya masa tu kami pertama kali jumpa lepas kami in a relationship. 
so kali ni, dah 3 kali ramadhan kami lalui bersama as a partner. and 3 kali syawal, 2010, 2011, and 2012. masuk tahun ni, 4 kali. dan syawal kali ni, InshaAllah lebih bermakna buat kami. :')

sebenarnya aku agak berdebar menanti syawal tahun ni. syawal pertama, aku masih lagi milik mak and ayah aku. syawal kedua, aku akan menjadi milik dia. dosa aku akan ditanggung oleh dia, dan syurga aku akan terletak di bawah dia. Ya Allah, tipu la kalau kata tak ada rasa cuak and berdebar langsung. ada, kadang2 sampai rasa mcm taknak kawen sampai bila2. tapi life must go on kan, satu hari, satu masa, aku akan kawen jugak. tu la fitrah hidup manusia. aku cuak, sebab memikirkan mcm mana aku nak hormat, hidup dgn seorang lelaki yg selama ni hanyalah sekadar seorang kekasih, yang bila bergurau aku boleh pukul2 dia, bila marah aku boleh marah dia sungguh, bila sedih aku boleh tak hirau dia, tapi lepas ni, orang yg bergelar kekasih ni akan bergelar suami, yang mana aku akan berdosa jika sedikitpun aku tertinggi suara kat dia. Ya Allah, mohon Kau campakkan rasa sabar dlm diri aku untuk menjadi seorang isteri.

walaupun terus terang aku mmg belum bersedia sepenuhnya, tapi aku harap pernikahan ini akan mengajar aku utk menjadi seorang yg betul2 dewasa, yg akan mengubah hidup aku 360 darjah, sbb org yg kenal aku akan tahu mcm mana diri aku, sikap aku, perangai aku. aku dah x boleh and x mampu nak ubah diri aku sendiri, so i hope dia akan mengubah aku, mendidik aku menjadi seorang perempuan yg solehah, dan isteri yg taat serta hormat pd suami.  

moga dia mampu, menjadi imam terbaik buat aku.

sebulan saja lagi, sebelum aku sah menjadi isteri dia. 
aku harap, satu je harapan aku, tolong jgn pertikaikan pernikahan kami.
tolong jgn banyak menyoal kenapa dan mengapa.
sumpah, demi Allah, kami buat semua ni kerana Allah.
terpulang la kalau org lain nak kata macam2, 
nak kata aku ni tak fikir masa depan ke,
nak kata aku ni gatal sangat nak kawen ke, 
nak kata aku ni not a high achiever ke,
terpulang la.
rezeki dan jodoh tu di tangan Allah.

aku ni teruk sangat ke sbb pilih dia?
kahwin muda tu jadi satu masalah sangat ke?
benci bila ada manusia yg masih tak faham. benci tauk.
kalau tiba2 Allah ambik nyawa aku sebelum aku sempat bernikah, tak ke sia2 dosa couple selama beberapa tahun ni? tak ke tak sempat aku nak merasa halalnya pernikahan? tak ke aku tak sempat nak punyai anak sendiri dgn dia?
biarlah nak kahwin umur brapa pun, janji aku tamatkan pelajaran aku, dapat degree yg PENTING sangat tuh.
aku cuma awalkan tiga tahun je, is that SOOOOOOOO wrong?

haih. mulut orang. menyampah.

janji buat kerana Allah, sudahlah.
Allah kan ada.

semoga Ramadhan kali ni membuka mata diri sendiri, membuka mata semua orang, bahawanya redha Allah itu lagi penting dari perancangan masa depan.
rezeki tu Allah yg bagi.
dan kami akan berusaha semampu mungkin.

DON'T EVER JUDGE ME AND MY DECISION.
it's my life, my right.
aku mati nanti, korang ke yg tanggung dosa2 aku?
so please,
make your mind STRAIGHT.

tanya aku depan2 kenapa aku pilih kahwin skrg, 
1000 sebab aku boleh bagi.

sekian, ahlan wasahlan Ramadhan.

peduli apa org kata, biar diri sendiri yg rasa.


teaser. kad kahwin dah siap. akan di'reveal' kemudian. :)

Saturday, July 6, 2013

tamat sudah semester 3

assalamualaikum, hye kawan2 semua. eheh. happy ni. :))
teka sbb apa?
hee.
finally, tamat sudah ~

SEMESTER 3 BACHELOR OF LEGAL STUDIES
FACULTY OF LAW
UITM SHAH ALAM

eheh, seronok sangat lepas habis paper last semalam, even jawab mmg merapu gila dlm paper politik semalam. huhu. tapi takpe la, dah habis jawab semua paper kan, tawakkal je la pd Allah mcm mana resultnya nanti. hope sangat2 takde repeat paper. aku kalau boleh nak habiskan degree ni without any paper repeat at all. susah babe kalau repeat, nak kena extend lagi klu byk repeat. mohon sangat moga xde repeat paper. huhu.

so skrg dah ada kat rumah tercinta, kat Sungkai Perak. :)) mungkin akan sibuk dgn persiapan kahwin, maklum la bulan 8 ni dah jadi milik orang. huhu. semalam cik abang dh tanya dh, "nanti nak bilik kita warna apa?" bilik kita uolls.. adoii, x dpt aku bayangkan sebilik ngan mamat ni. dulu sekelas, skrg sebilik pulak. huhu. 

nak cerita pengalaman sepanjang sem 3 ni. sem ni aku ambik subjek Criminal Law I, Land Law I, Administrative Law, Law and Politics, Equity & Trusts. subjek politik tu subjek elektif. kenapa aku ambik politik? sbb senior kata politik senang nak score. kihkih. padahal aku bukan minat politik pun. overall subjek sem ni, bagi yg paling senang is Criminal Law. Land Law sebenarnya senang tapi banyak gilaaaa prosedur nak kena hafal, serius sangat banyak sampai aku rasa nak nangis lepas habis paper Land aritu. sebab even dpt bawak masuk National Land Code dlm dewan exam tp bila kuar soalan, dah bercampur xtau nak guna seksyen mana. haru kauuuu! huhu. aku dgn ajla dah siap sep2 dah pas habis exam berdoa mintak2 tak fail paper Land law. sbb lecturer pun kata ramai sgt yg repeat land. T_T

ohh lupa sem 3 ni jugak kitorang ambik BEL Presentation Skill. dua kali kena buat speech, satu 5 minit yg satu lg full speech 10 minit. tajuk speech aku yg first Narrowing the Generation Gap, yg second Profile of a Pedophile. overall aku puas hati la jugak dgn presentation speech aku even sebenarnya tak bagus sangat pun. :p

sem ni agak mencabar jiwa raga, sbb banyak sangat yg terjadi sepanjang sem ni. and sem ni jugak baru aku kenal siapa kawan siapa lawan. sem ni jugak mengajar aku bahawa tak semua org boleh terima diri kita seadanya. sem ni jugak mengajar aku bahawa subjek Law bukan senang, huhu. and sem ni jugak aku dirisik and bertunang dgn seorang lelaki yg sangat aku sayang. :) Alhamdulillah for this sem, walaupun ada asam garamnya, buruk baiknya, tp di sebalik semua tu, rupanya Allah nak hadiahkan aku hadiah paling bermakna dlm hidup seorang perempuan. :)

me and my housemates :)

anyway, doakan result aku sem ni okey and sape2 yg dekat dgn Sungkai, Perak tu boleh la datang majlis perkahwinan aku 17 Ogos ni. :)))

Friday, July 5, 2013

they are 21, a student, a wife, and a mother.

nak share cerita mereka.
mereka sebaya aku.
tapi kawen lagi awal dari aku.
mereka juga pelajar universiti seperti aku.
tapi dah anak satu.

first.


dena bahrin.
dena baru 21 tahun, student UIA :)
baru je dpt anak tahun ni jugak, dia kawen tahun lepas. :)

comel and sweet sangat dorg ni. :')
ni blog dena.

second.


Irine Nadia. 
she's also 21. sebaya aku.
budak masscomm uitm. :)
baru kawen tahun lepas gak. and taun ni dpt baby first.

her husband. :)

and their little girl, Fiska Medina. :)
ni blog irine.

third.


sarah dan taufiq. :)
diorang ni paling awal kahwin. masa umur 18 tahun.
dan x lama lepas tu, terus pregnant and dapat baby comel. :)


dorang skrg dua2 umur 21 tahun. 
and dua2 still student. aku kagum gila dgn dorg ni.
mcm mana dorg hadapi dugaan masa mula2 kahwin, dapat anak time tgh blaja.
serius kagum sangat.

moga kebahagiaan menjadi milik kalian selama2nya. :')
ni blog diorang, kat sini la diorang coret segala memori pasal khidupan dorg pas kahwin.
bagus utk motivasi. :)


and suka kata2 dorang ni,


:)


Tuesday, July 2, 2013

kalau kita marah, kalau kita menyesal

kadang2 dalam hidup kita ni akan ada mcm2 masalah yang datang, mcm2 masalah yg timbul. kadang2 masalah tu sampai buat kita nak give up, marah dgn sendiri sbb buat pilihan yg salah, buat keputusan yg salah, and macam2 lagi. 

me always like this, selalu sangat hati tu tak tetap. berubah2. bila gaduh sikit dgn tunang, mula la rasa menyesal mcm2, padahal gaduh sekejap je. and my tunang serious dah banyak sangat mengalah dgn aku sepanjang hubungan kami, tambah2 lepas kami bertunang ni. dia jadi mcm seorang lelaki yg sangat berbeza, sangat memahami, selalu mengalah, and penyayang sangat2. dulu pun dia mcm ni tapi tak la sampai selalu mengalah mcm ni. sampai aku pulak rasa bersalah. dia dah belajr menjadi dewasa, dah mula tahu dia akl pegang tanggungjawab yg besar lepas ni. tapi aku pulak?? tak pernah nak belajar jadi isteri yg terbaik buat dia. :'(

tapi, satu je benda aku pegang, I love him, I love him so much, sampai bila2 I will always love him.
gaduh la mcm mana pun, marah la besar mana pun, at the end I will always forgive him and lupakan yg aku gaduh dgn dia. 

sebab dia dah terlalu banyak mengalah dgn hubungan ni.
dia dah terlalu banyak berkorban hati dan perasaan dgn sikap aku.
sbb bukan semua org dpt faham aku. 
he's the one, who understand me more than everybody else.

selalunya bila aku gaduh dgn dia, bila aku marah dgn dia, bila ku mula menyesal pilih dia, blog ni la tempat yang akan aku tuju. aku akan baca setiap kenangan aku dgn dia, apa yg pernah terjadi dlm hidup kami selama ni. and aku akn gelak, ketawa sorang2 kadang2 sampai mengalir air mata fikir betapa jauh kami mampu bertahan. 

perjalanan kami tak mudah. 
malah sangat payah.
penuk onak penuh duri, penuh cubaan dan dugaan.
dah berapa banyak air mata yg mengalir hanya kerana hubungan yang satu ni.

now, 38 hari lagi sebelum kami sah dinikahkan and menjadi suma isteri yg sah.
Ya Allah, moga aku mampu menjadi isteri terbaik buat dia. 
lepas ni, redha aku bawah redha dia.
syurga aku, terletak pada dia.
moga aku selalu ingat itu.

aku jadikan kau jambatan untuk aku berjaya,
aku suruh kau buat macam2, aku suruh kau teman aku di saat kau ingin tidur dgn lena,
aku suruh kau lakukan benda yg mustahil lelaki lain akan sanggup buat untuk aku.
and you did all that.
dan bila aku berjaya kelak, demi Allah pegang janji aku,
aku takkan sekali2 tinggalkan kau. aku takkan sekali2 menyesal memilih kau.
kau jodoh yg Allah tetapkan buat aku.
jangan sesekali ragu dgn kesetiaan aku lepas aku berjaya kelak.
because I will never succeed without you.
segala pengorbanan yg pernah kau buat akan sentiasa aku ingat. 

:')


Monday, July 1, 2013

cute waffle story :)

semalam kitorang pergi KL nak cari cincin and kasut utk nikah. padahal esoknye ada paper land law. huhu. alhamdulillah la pergi satu kedai cincin je then terus dpt cincin yg nak. :) pastu pergi Pertama Complex kat Jalan Tar, saje nak tgk2 kasut kat situ. btw kat situ la kami tempah kad kawen. hehe. kat LH Creative Enterprise. murah and berbaloi2. :)


pastu kami masuk satu kedai kasut tuh, aku dok tengok2 kasut kat situ, depan kedai kasut tu ada kedai jual waffle. tunang aku tu lapo agaknye, dia kata kat aku, "syg, cam sedap je waffle depan tu." then aku tgh belek2 kasut ckp la kat dia "nak pergi la beli." then dia pun g la beli. pas aku setel tgk2 kasut, aku pun pergi la kat dia. 

"sape suh beli waffle ni?" aku tanya kat dia, saje nak memainkan dia. hehe. pastu dia jwb "lah td syg yg kate okey." haha. dia ni memang, pape mesti tanya aku dulu. padahal bukannye beli guna duit aku pun, guna duit dia jugak. hee. then aku tanya la kat dia, "beli perisa apa?" dia jawab, "madu and kacang". pastu aku pun saje laa wat muke, "nehh, apa beli tuh, tak sedap ah, nape x beli peanut ngan coklat?" then dia balas la, "lah td x cakap pun syg nak."

pastu dia ckp kat kakak yg meniaga waffle tu, "kak, sy punya dh buat belum? tukar eh, nak coklat ngan peanut."

:) 

apa yg aku nak highlight dlm story ni? rasa korang pun boleh nampak kot.
dia, xpernah pentingkan diri sendiri.
always dahulukan me. tanya aku before buat anything.
and sentiasa mengutamakan apa yg aku nak.
rasa mcm terbalik pun ada kan? huhu.

anyway, thanks awak. :)
for filling my life with happiness.
escpecially lepas dah tunang ni.
serious hubungan rasa lagi tambah mesra and manis. :))



dah sebulan jadi tunang orang :D

assalamualaikum, hye semua. eheh.
ingat x 1 Jun aritu apa yg terjadi dlm hidup aku? hehe. antara hari paling bersejarah dalam hidup aku. my engagement day. dgn siapa eh? :))

dia (ketua), my dad, murni (penolong ketua), and me. :)

with my ex classmate masa form 1. eheh.
siapa sangka kan? dgn budak kelas yg pernah aku gaduh tu jgk la aku bertunang akhirnya. huhu.
now dah 1 Julai 2013, genap sebulan usia pertunangan kami. :) mcm2 dah sebenarnya kami lalui sepanjang kami bersama since Mei 2010. kalau korang perasan, blog ni aku mula2 buat pun taun 2010, and aku buat blog ni sbnrnya mmg khas utk aku dan dia. huhu. tengok la, dari dulu sampai sekarang, tak pernah bertukar watak utama dalam blog ni. aku and dia. just him, x pernah ada pengganti dia sepanjang tiga tahun. :)

kenangan masa pertama kali kami jumpa as couple. 10 Ogos 2010. :)

kalau korang perasan jugak, ada beberapa kali kami putus. tapi paling lama masa september 2012 sampai disember 2012 la. 3 bulan jugak kami putus, tapi sbnrnya x sampai sebulan putus,ada org tu rindu sangat kat kite sampai turun sungkai cari kite. hehe. kelakar pulak bila ingat balik. tapi masa tempoh putus tu la baru kami sedar, yg kami x boleh tanpa each other. :) even putus, x contact, tp masa birthday aku, dia ingat utk wish, malah yg paling tak sangka, dia siap buat surprise birthday. siap bagi cincin lagi tu. ex ke mcm tu? hehe. pelik sangat sebenarnya hubungan kami ni. macam2 konflik dah jadi. tapi sebab kami fight jugak utk bersama, we still together until now. :))

kenangan masa balik Perak sama2 dr Kedah. :)

sebenarnya, tahun 2013 ni adalah tahun yg sangat mencabar bagi aku. sangat2. banyak sangat konflik, masalah and pergelutan yg terjadi tahun ni. semuanya bermula apabila hubungan kami bertaut kembali masa penghujung Disember. awal Januari, kami dah start fikir dalam2 tentang hubungan ni, 3 tahun weh, 3 tahun couple berkepit ke sana ke mari, mmg dah rasa lain mcm, rasa diri dah terlalu rapat, dah share macam2 sama2. disebabkan ada rasa yang tak tenang, disebabkan taknak pandangan org lain mcm, disebabkan sedar kami beragama Islam, patut jaga batas hubungan lelaki perempuan, kami decide nak sambung balik hajat yg kami pernah suarakan masa umur kami 19 tahun, we wanna get married. kami nak jadi halal buat masing2.

tapi, konflik start when he wanna quit his study. masa tu aku dah start ragu, betul ke keputusan aku pilih dia? terjamin ke masa depan aku dgn dia? walaupun ada rasa ragu, aku masih teruskan hubungan dgn dia. kenapa aku perlu buang dia just sbb dia nak berhenti belajar? that's his decision, x kan sbb tu aku nak tinggalkan dia kan. x kan lepas habis madu sepah dibuang. dia yg banyak tolong aku masa aku study ni, tak mungkin semudah tu aku nak tinggalkan dia. and i decided, no matter what happens next, I will still choose him. unless Allah mmg nak pisahkan kami. :)

kenangan dating tepi laut kat Penang. :) masa ni aku budak matrik, dia budak u. sama2 blaja kat Kedah. 

lepas tu bermula la sesi perbincangan dgn family dia utk masuk merisik aku. masa ni, banyak sangat air mata and drama yg terjadi. berapa kali aku and dia berbincang dgn ayah dia, makcik dia, nenek dia. serius hampir setiap minggu kami bertemu utk fikir cara terbaik nak bagitau my parents, yang dia betul2 berhajat nak jadikan aku isteri dia yg sah. tapi takdir Allah, dgn bantuan Allah utk menghalalkan sebuah ikatan, utk mendirikan sebuah masjid, we finally succeed. :)

Alhamdulillah, bulan 4 hari tu selesai merisik. and masa tu juga kami dua2 belah pihak bincang bila tarikh bertunang and nikah and kenduri. 1 Jun bertunang, 2 bulan ikat, 2 syawal inshaAllah aku akan sah menjadi isteri dia. :) 

kenangan first time raya sama2. :))

Ya Allah, bila imbas balik, banyak sangat sangat kenangan yg kami dah lalui sama2. :') 3 tahun dgn dia, kenal sangat dah sikap dia, kenal sangat dah apa dia suka, apa dia tak suka, makanan feveret dia, game feveret dia, lagu feveret dia. kenal sangat dah everything tentang dia. dan aku sangat sangat bersyukur, aku end up dgn org yg sama aku habiskan masa 3 tahun. sebelum ni hubungan x pernah kekal. tp dgn dia, aku rasa lain, dgn dia, aku jadi diri aku sendiri, dgn dia, aku boleh sembang mcm2 apa yg aku nak, aku boleh sendawa kuat2 tanpa ada rasa malu, aku boleh makan mcm mana aku suka x perlu nak cover, dgn dia, aku boleh gelak and nyanyi kuat2, dgn dia, aku rasa mcm dunia aku lengkap sempurna. even aku tau aku sangat x sempurna. terima kasih sgt2 my fiancee, you are the best fiancee ever. :')

there's no one I would rather spend my entire life with besides you.
semoga kita tabah hadapi apa jua cabaran mendatang lepas ni.
semoga apa yg kita buat ni mendapat rahmat dan redha Allah.
semoga keputusan kita mendahulukan agama dari masa depan dan pandangan orang lain menjadi keputusan terbaik.
dan semoga kita kekal bersama sampai syurga kelak. :)


dear my lovely fiancee,
meeting you again after 5 years was fate, 
becoming your friend and texting you was a choice, 
but falling in love with you and finally marrying you was beyond my control. 

Selamat usia sebulan pertunangan kita sayang. :)