Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Friday, July 19, 2013

buat bakal suamiku

Buat bakal suamiku,
Terima kasih memilih aku menjadi calon peneman seluruh hidupmu
Terima kasih memilih aku untuk menjadi ibu kepada anak-anakmu kelak
Terima kasih memilih aku untuk menjaga makan minummu
Terima kasih juga memilih aku untuk menjadi peneman tidurmu
Juga terima kasih kerana yakin dan percaya untuk membawa aku bersama hingga ke syurga.

Buat bakal suamiku,
Aku tidak pandai memasak makanan kegemaranmu,
Aku tidak pandai menjahit pakaian untukmu,
Aku juga tidak pandai menjadi isteri terbaik buatmu,
Tapi aku berjanji aku akan cuba.
Aku akan cuba memasak setiap makanan yg kamu sukai,
Aku juga akan cuba belajar menjahit hingga aku mampu menjahit sehelai pakaian untukmu.
Aku juga akan cuba mendidik diri menjadi seorang isteri yang sejati untukmu.

Buat bakal suamiku,
Selamat datang ke dalam hidupku,
Selamat menjadi bakal imam di dalam solatku,
Selamat juga menjadi bapa kepada anak-anakku,
Selamat menjadi anak kepada ibu bapaku,
Selamat menjadi abang kepada adik-adikku,
Selamat menjadi teman baikku dunia akhirat.
Selamat juga menjadi bantal ketika lenaku.

Dan yang paling penting,
Selamat tahan dengan setiap ragam dan karenahku,
Selamat sabar ketika aku mengeluh tentang ujian hidup,
Selamat mendidikku untuk belajar menjadi dewasa,
Selamat menahanku dari menjadi isteri derhaka,
Selamat juga menjagaku di dunia yang penuh cabaran dan dugaan.
Selamat menyayangi dan menyintaiku hingga sampai syurga. 



ikhlas dari, 
bakal isterimu.

No comments:

Post a Comment