Kau kekasih hingga ke akhirnya...

Monday, July 1, 2013

dah sebulan jadi tunang orang :D

assalamualaikum, hye semua. eheh.
ingat x 1 Jun aritu apa yg terjadi dlm hidup aku? hehe. antara hari paling bersejarah dalam hidup aku. my engagement day. dgn siapa eh? :))

dia (ketua), my dad, murni (penolong ketua), and me. :)

with my ex classmate masa form 1. eheh.
siapa sangka kan? dgn budak kelas yg pernah aku gaduh tu jgk la aku bertunang akhirnya. huhu.
now dah 1 Julai 2013, genap sebulan usia pertunangan kami. :) mcm2 dah sebenarnya kami lalui sepanjang kami bersama since Mei 2010. kalau korang perasan, blog ni aku mula2 buat pun taun 2010, and aku buat blog ni sbnrnya mmg khas utk aku dan dia. huhu. tengok la, dari dulu sampai sekarang, tak pernah bertukar watak utama dalam blog ni. aku and dia. just him, x pernah ada pengganti dia sepanjang tiga tahun. :)

kenangan masa pertama kali kami jumpa as couple. 10 Ogos 2010. :)

kalau korang perasan jugak, ada beberapa kali kami putus. tapi paling lama masa september 2012 sampai disember 2012 la. 3 bulan jugak kami putus, tapi sbnrnya x sampai sebulan putus,ada org tu rindu sangat kat kite sampai turun sungkai cari kite. hehe. kelakar pulak bila ingat balik. tapi masa tempoh putus tu la baru kami sedar, yg kami x boleh tanpa each other. :) even putus, x contact, tp masa birthday aku, dia ingat utk wish, malah yg paling tak sangka, dia siap buat surprise birthday. siap bagi cincin lagi tu. ex ke mcm tu? hehe. pelik sangat sebenarnya hubungan kami ni. macam2 konflik dah jadi. tapi sebab kami fight jugak utk bersama, we still together until now. :))

kenangan masa balik Perak sama2 dr Kedah. :)

sebenarnya, tahun 2013 ni adalah tahun yg sangat mencabar bagi aku. sangat2. banyak sangat konflik, masalah and pergelutan yg terjadi tahun ni. semuanya bermula apabila hubungan kami bertaut kembali masa penghujung Disember. awal Januari, kami dah start fikir dalam2 tentang hubungan ni, 3 tahun weh, 3 tahun couple berkepit ke sana ke mari, mmg dah rasa lain mcm, rasa diri dah terlalu rapat, dah share macam2 sama2. disebabkan ada rasa yang tak tenang, disebabkan taknak pandangan org lain mcm, disebabkan sedar kami beragama Islam, patut jaga batas hubungan lelaki perempuan, kami decide nak sambung balik hajat yg kami pernah suarakan masa umur kami 19 tahun, we wanna get married. kami nak jadi halal buat masing2.

tapi, konflik start when he wanna quit his study. masa tu aku dah start ragu, betul ke keputusan aku pilih dia? terjamin ke masa depan aku dgn dia? walaupun ada rasa ragu, aku masih teruskan hubungan dgn dia. kenapa aku perlu buang dia just sbb dia nak berhenti belajar? that's his decision, x kan sbb tu aku nak tinggalkan dia kan. x kan lepas habis madu sepah dibuang. dia yg banyak tolong aku masa aku study ni, tak mungkin semudah tu aku nak tinggalkan dia. and i decided, no matter what happens next, I will still choose him. unless Allah mmg nak pisahkan kami. :)

kenangan dating tepi laut kat Penang. :) masa ni aku budak matrik, dia budak u. sama2 blaja kat Kedah. 

lepas tu bermula la sesi perbincangan dgn family dia utk masuk merisik aku. masa ni, banyak sangat air mata and drama yg terjadi. berapa kali aku and dia berbincang dgn ayah dia, makcik dia, nenek dia. serius hampir setiap minggu kami bertemu utk fikir cara terbaik nak bagitau my parents, yang dia betul2 berhajat nak jadikan aku isteri dia yg sah. tapi takdir Allah, dgn bantuan Allah utk menghalalkan sebuah ikatan, utk mendirikan sebuah masjid, we finally succeed. :)

Alhamdulillah, bulan 4 hari tu selesai merisik. and masa tu juga kami dua2 belah pihak bincang bila tarikh bertunang and nikah and kenduri. 1 Jun bertunang, 2 bulan ikat, 2 syawal inshaAllah aku akan sah menjadi isteri dia. :) 

kenangan first time raya sama2. :))

Ya Allah, bila imbas balik, banyak sangat sangat kenangan yg kami dah lalui sama2. :') 3 tahun dgn dia, kenal sangat dah sikap dia, kenal sangat dah apa dia suka, apa dia tak suka, makanan feveret dia, game feveret dia, lagu feveret dia. kenal sangat dah everything tentang dia. dan aku sangat sangat bersyukur, aku end up dgn org yg sama aku habiskan masa 3 tahun. sebelum ni hubungan x pernah kekal. tp dgn dia, aku rasa lain, dgn dia, aku jadi diri aku sendiri, dgn dia, aku boleh sembang mcm2 apa yg aku nak, aku boleh sendawa kuat2 tanpa ada rasa malu, aku boleh makan mcm mana aku suka x perlu nak cover, dgn dia, aku boleh gelak and nyanyi kuat2, dgn dia, aku rasa mcm dunia aku lengkap sempurna. even aku tau aku sangat x sempurna. terima kasih sgt2 my fiancee, you are the best fiancee ever. :')

there's no one I would rather spend my entire life with besides you.
semoga kita tabah hadapi apa jua cabaran mendatang lepas ni.
semoga apa yg kita buat ni mendapat rahmat dan redha Allah.
semoga keputusan kita mendahulukan agama dari masa depan dan pandangan orang lain menjadi keputusan terbaik.
dan semoga kita kekal bersama sampai syurga kelak. :)


dear my lovely fiancee,
meeting you again after 5 years was fate, 
becoming your friend and texting you was a choice, 
but falling in love with you and finally marrying you was beyond my control. 

Selamat usia sebulan pertunangan kita sayang. :)

4 comments:

  1. insyaALLAH jodoh kalian kuat..aminn.

    ReplyDelete
  2. kecik je kan dunia nie..hehe sy pon sama jgk, kapel dgn org laen last2 tersangkut jgk dgn budak kelas masa form 4 & 5 ritu..hehe pape pon semoga semuanya dipermudahkan..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa yeke, hehe. thanks mizz erma. :)

      Delete